Artikel : Dilema Dikir Barat Sekolah

Artikel asal adalah dari blog Kesenian Tradisional yang di tulis oleh saudara Mafaka

http://www.mafaka.org/2008/07/dikir-barat/dilema-dikir-barat-sekolah/

====================================================

Sebenarnya hari ini aku baru sahaja pulang dari menghakimi pertandingan dikir barat sekolah peringkat negeri Selangor di Kuala Kubu Baru dan beberapa minggu sebelum itu aku juga dijemput untuk menjadi hakim di daerah Ulu Langat. Kalau nak diikutkan aku dah naik muak menghakimi pertandingan dikir barat sekolah-sekolah ni.

Apa tidaknya, kebanyakan sekolah yang bertanding, kualitinya sama jugak masa aku menghakiminya masa 5 tahun sebelumnya. Sangat teruk. Mungkin jugak disebabkan kawan-kawan yang ajak aku untuk menghakiminya ataupun jauh disudut hati ada ‘angin’ yang mengatasi rasa muak aku lantaran aku gagah jugak untuk menghakiminya.

Aku dapat rasakan kebanyakkan peserta-peserta yang bertanding tidak tahu apa itu dikir barat yang sebenarnya, bentuk persembahan yang sepatutnya dipertandingkan atau mungkin jugak jurulatih yang mengajarnya itu pun sama macam murid-murid yang diajarnya.

Apabila dipersilakan pasukan pertama untuk membuat persembahan, kebiasaanya telahan aku mengenai persembahan tersebut adalah betul; para pemuzik masuk, muzik dimainkan untuk ‘memanggil’ awak2 dan penyanyi masuk pentas.

Awak-awak pula dengan gaya yang sangat jelek semasa masuk ke pentas. Kadang-kadang seperti Red Indian keliling api, kadang-kadang macam orang asli buat ritual ketuhanan malah ada juga yang semacam gaya yang memperpodohkan diri sendiri dan yang lebih tragis lagi semacam memperbodohkan kesenian dikir barat itu sendiri walaupun niat mereka tidak sebegitu. Mungkin gaya tersebut mudah untuk dikreasikan oleh pengajar dikir barat ataupun budak-budak dikir barat itu sendiri.

Persembahan ‘ritual’ itu akan berlarutan untuk masa beberapa minit sehinggalah ada muzik yang mereka reka sendiri sebelum bertabuh. Apabila tok jogho buka sahaja mulut untuk menyanyi, dah mula dah pangkal rambut dikepala berdenyut-denyut. Semasa nak naik ke pentas bukan main menari-nari lagi sedangkan perkara yang sepatutnya tidak diambilkira (ataupun mungkin mereka tak tahu) untuk permarkahan.

Begitu juga dengan tukang karut yang memang betul-betul mengarut. Aku perhatikan sekarang seakan-akan menjadi satu trend tukang karut yang suka sangat terkial-kial terkinja-kinja kat pentas ketika menyanyi. Gaya fizikal yang melampau dan tidak kena dengan persembahan dikir barat. Melodi karut perlahan, karut Kelantan, Wau Bulan ke laut, suara flat pekeliling, pitching berterabur dan entah apa-apa lagi yang dibuatnya.

Walau bagaimanapun, tidak nampak perasaan bersalah ataupun malu di wajah-wajah budak-budak dikir barat ini malah, mereka begitu bersemangat membawakan apa sahaja yang disuap oleh tok guru dikir barat mereka. Sebab itu mereka sebenarnya tidak boleh dipersalahkan kerana mereka, sebagai murid, mereka akan terima apa sahaja input yang disogokkan oleh guru mereka.

Aku tak pasti sama ada mereka yang bertangunggjawab menganjurkan pertandingan ini mengambil berat tentang unsur-unsur penting/perkara-perkara perlu yang sepatutnya ada dalam dikir barat. Ataupun memang mereka tak tahu ataupun mereka hanya memandang ringan tentang benda ni semua. Yang penting pertandingan itu berjalan dengan lancar dan juga program ko-kurikulum mereka dapat diisi sepenuhnya.

Terdapat beberapa sebab kenapa kualiti dikir barat sekolah tidak berkembang:

i. pengajar dikir barat tidak tahu dikir barat dengan mendalam

ii. pengajar yang tidak mempunyai sistem mengajar

iii. pendikir-pendikir yang sentiasa bertukar dari tahun ke tahun

iv. masa mengajar tidak cukup

Berulang kali aku ke tandas, berulangkali tongkat dagu, berulangkali aku layangkan otak aku ke tempat-tempat yang merangsangkan supaya aku dapat bertahan di situ untuk menghabiskan pertandingan itu. Selalu aku cuba untuk mengadili pertandingan yang sebegitu dengan aksi “seorang hakim yang professional” iaitu dengan memakai baju batik, pen di tangan, tumpukan sepenuhnya pada pertandingan, hangguk sekali sekala, duduk dalam keadaan sopan, tulis apa yg dilihat walaupun tak tahu apa yang ditulis. Namun aku gagal untuk berlagak sebegitu kerana kebanyakkan persembahan tidak membenarkan aku berkelakuan sebegitu.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa pasukan yang berjaya membuatkan aku malah hakim-hakim yang lain menikmati persembahannya sehingga habis. Tetapi tak banyak, mungkin 2 atau 3 pasukan daripada 10 pasukan mungkin.

Setelah habis pertandingan, sebelum keputusan kebiasaannya ketua hakim akan memberi ulasan. Satu lagi perkara klise yang akan disebut ialah “tahniah kepada semua kerana dikir barat pada tahun ini amat bagus berbanding tahun-tahun sebelumnya….” Dan seumpamanya. Kadang-kadang hakim yang mengulas terpaksa menjadi hipokrit dengan berkata sedemikian sedangkan kualitinya sama sahaja dengan tahun-tahun yang sebelumnya malah lagi teruk ataupun mereka pun sudah lupa.

Selesai sahaja keputusan dibuat dan diumumkan, beberapa orang guru penyelaras pasukan dikir barat akan menerpa ke arah hakim-hakim pertandingan untuk bertanyakan bermacam-macam soalan. Kebiasaannya ialah; “ sekolah saya dapat nombor berapa?…”, “di mana silap sekolah saya”. “apa yang perlu saya repair?” dan sebagainya. Tidak salah mereka bertanyakan soalah-soalan yang sebegitu tetapi masalahnya adakah jawapan yang diberikan oleh hakim-hakim adalah difahaminya dan digunapakai untuk menambahbaik pasukan dikirnya? Ini kerana bukan cikgu-cikgu itu yang mengajar, mereka hanyalah penyelaras. Mungkin jawapan-jawapan itu untuk dijawab bila ditanya oleh pengetua mereka. Pernah aku bertanya kepada seorang cikgu perempuan yang sibuk-sibuk bertanyakan apa kesilapan murid-muridnya. Saja aku nak tahu jawapan dia. Soalan aku, “part mana yang cikgu nak tahu?” dia jawab, “ntahlah, saya memang langsung tahu apa pasal dikir barat nih”… Adoii…menyirap jer aku dengar jawapan dia. Kalau dia memang tak tahu langsung pasal dikir barat, macamana dia nak faham (dalam masa 2 atau 3 minit) apa yang kita sampaikan. Macamana pulak kalau dia nak bagitahu semula kepada murid-muridnya? Aku percaya, mesej yang akan disampaikan kepada murid-murid tidak sama dengan apa yang diterimanya.

Selain daripada murid-murid dikir barat yang memang mempunyai bakat dalam dikir barat dan juga ada ‘music sence’, ada 2 perkara perlu yang penting untuk menaikkan lagi kualiti dikir barat sekolah-sekolah;

i. tenaga pengajar yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mendalam di bidang dikir barat. Tahu mengenai teori dan juga praktikal.

ii. Tenaga pengajar mestilah mempunyai system pengajaran yang tersusun, terancang dan teratur supaya apa yang diajar dapat diterima dengan sepenuhnya oleh pendikir.

Aku rasa ada juga yang beranggapan aktiviti dikir barat sekolah-sekolah yang dianjurkan setiap tahun hanyalah sekadar untuk memenuhi calendar aktiviti ko-kurikulum sekolah. Mereka tidak mengambil berat (mungkin juga tidak tahu bagaimana) mengenai perkara-perkara ‘wajib’ yang perlu diisi dalam dikir barat itu sendiri. Walau bagaimanapun ucapan terima kasih harus diberikan kepada sesetengah tenaga pengajar dikir barat yang amat menitikberatkan perkara-perkara ‘wajib’ tersebut.

DVD Pertandingan Dikir Barat Antidadah Kebangsaan 2008 DVD Pertandingan Dikir Barat Antidadah Kebangsaan 2008

Sempena Karnival Seni Pendidikan Pencengahan Dadah yang di adakan di KB Mall pada 17-18 Ogos 2008.

DVD ini memuatkan 4 pasukan terbaik menampilkan

Johan - Negeri Sabah
Naib Johan - Negeri Terengganu
Ketiga - Negeri Kelantan
Keempat - Negeri Selangor

MYR20.00

8 Comments For This Post

  1. SITI ZUBAIDAH Says:

    Saudara Mafaka,
    Saya merupakan salah seorang tenaga pengajar dikir barat di sekolah saya. Untuk makluman saudara, saya telah mula mendalami seni dikir barat sejak tahun 2003, sewaktu dipilih menjadi guru penasihat dikir barat sekolah. Oleh sebab minat dan pernah menyaksikan persembahan dikir barat sewaktu mengajar di Terengganu, saya telah mula jatuh cinta dengan seni warisan bangsa ini.

    Justeru, saya telah mempelajari sedikit sebanyak tentang dkr barat melalui jurulatih penjara yang berasal dari negeri Kelantan. Walaupun saya ni asal anak jati Selangor, tetapi minat saya thdp seni ini amat mendalam dan sentiasa berasa kasihan melihat wajah-wajah anak didik saya ini, kurang pgetahuan tentang dikir barat walhal mereka amat berminat untuk menyertai pertndgan dkr barat. Oleh sebab itu, saya telah berusaha mendalami ilmu dkr walaupun banyak kekangan yang saya terima maklum lah org perempuan.

    Tapi akhirnya, dengan berkat kesabaran dan bantuan jurulatih yang diberikan oleh JPS, saya bersama-sama dengan murid-murid yang semuanya anak jati negeri Selangor, telah berjaya menjadi johan keseluruhan dan terbaik dalam sejarah selama mana pertandigan ini berlangsung. Murid-murid yang saya didik telah berjaya menjadi Tok Jogho Terbaik, Tukang Karut Terbaik dan johan keseluruhan yang tidak pernah diperoleh oleh mana-mana negeri walaupun negeri Kelantan sendri.

    Apa yang ingin saya kongsi di sini ialah bukan untuk menunjuk-nunjuk atau penghargaan daripada sesiapa tetapi ingin menjelaskan kepada saudara bahawa komitmen guru adalah sangat penting dan menjadi tunjang kepada segala kejayaan.

    Saudara, namun saya kurang setuju sekiranya saudara menyalahkan guru dan pihak pentadbir sekolah keseluruhannya. Sebenarnya, sekiranya saudara amat prihatin terhadap seni warisan budaya ini, sudilah kiranya saudara turun ke padang dan membuat kertas kerja atau apa sahaja untuk mengadakan bengkel atau kursus yang sesuai untuk para guru menambah ilmu tentang dikir barat khususnya pertandingan antidadah yang sentiasa dijalankan pada setiap tahun.

    Menuding jari kepada pihak2 tertentu tidak akan menyelesaikan sebarang masalah. Keberkatan ilmu, dan keikhlasan hati saudara dalam menangani kemelut yang memualkan saudara itu perlulah ditangani dengan bijak. Seperti yang telah saya lakukan terhadap sekolah saya, iaitu pengorbanan yang tidak dapat dibayangkan oleh saudara terutama dari segi masa dan tenaga yang sememangnya tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Hanya Allah saja yang mengetahuinya.

    Namun, segala pengorbanan itu berbaloi apabila anak didik saya melonjak kegembiraan ketika diumumkan sebagai johan keseluruhan pada tahun 2005. Nama sekolah kami terpahat dalam ingatan setiap warga yang datang melihat pada hari tersebut. Sekolah kerdil yang sebelum ini tidak pernah melepasi pertandingan peringkat daerah sekalipun, kini telah mula dikenali hingga ke Sabah.
    Saudara Mafaka, kesimpulannya di sini, sekiranya guru-guru kurang minat atau tiada motivasi, adalah disebabkan mereka kurang pendedahan. Guru-guru lepasan Universiti, biasanya kurang pendedahan tentang ilmu seni dan budaya kerana mereka lebih tetumpu kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

    Aktiviti kokurikulum di kebanyakan sekolah, kurang dititikberatkan kerana lebih memberatkan akademik. Begitulah mantaliti kebanyakan sekolah. Tidak terkecuali sekolah saya tetapi sedikit sebanyak kemenangan pasukan dikir barat sekolah saya telah membuka minda mereka.Kepada guru-guru penasihat ingin saya tegaskan di sini, “Tidak semua manusia dilahirkan pandai, dan tidak semua murid akan berjaya menjadi doktor” Sebagai seorang pendidik, guru perlu mencungkil bakat yang ada dalam diri seseorang murid dan menjadikan mereka berguna kepada bangsa dan negara dengan bakat dan potensi diri yang lahir ikhlas dalam diri mereka.

    Pedulikan apa orang lain kata, yang penting anda tahu apa yang anda lakukan dan kepuasan sebenar seorang pendidik ialah melihat anak murid berjaya dalam pelajaran atau bidang kokurikulum. Potensi diri mereka itu yang memberikan jawapannya. Berikan galakan dan motivasi yang membina kepada dua-dua bidang kerana kebanyakan orang yang berjaya dalam hidup bukan orang yang bijaksana saja tetapi orang yang berbudi bahasa, menghormati orang lain, rajin berusaha dan berdisiplin.

    Saudara Mafaka, diharap saudara dapat membantu pihak guru dengan memberikan segala ilmu tentang seni dikir barat. Dengan itu, saudara tidak akan lagi merasa pening-pening lalat atau merasa mual apabila terpilih menjadi hakim dalam sebarang pertandingan dikir barat di negeri Selangor, khususnya….

  2. mafaka Says:

    Saudari Siti Zubaidah.
    Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudari yang bergelar seorang guru kerana sudi membaca tulisan saya ini.

    tumpuan saya lebih tertangkap pada kenyataan saudari yang berbunyi…
    “Saudara, namun saya kurang setuju sekiranya saudara menyalahkan guru dan pihak pentadbir sekolah keseluruhannya…..”
    dan saya tidak tahu kenyataan manakah dalam tulisan saya yang menyalahkan guru dan pihak pentadbir sekolah keseluruhannya. Apa yang telah saya terangkan adalah merangkumi semua/kebanyakkan kemungkinan yang menyebabkan berlakunya kepincangan dalam kualiti dikir barat sekolah. ianya juga adalah daripada pemerhatian saya sepanjang saya melibatkan diri dengan dikir barat sekolah.

    saya memohon maaf sekiranya tulisan saya itu mencubit perasaan mana2 pihak dan saya amat mengalu-alukan segala komen yang disertai dengan bukti2 dan fakta2 yang berisi.

    sudilah kiranya Saudari dapat nyatakan sekolah mana yang saudari ajar tersebut dan siapakah jurulatih yang disediakan oleh JPA yg telah cigku nyatakan.

  3. Siti Zubaidah Says:

    Salam saudara Mafaka…

    Maaf, kami sebagai guru berasa sedikit tercuit kerana bukannya pihak kami sengaja hendak mempersembahkan dikir barat yang sebegitu rupa…tapi pihak guru mengakui memang tidak mempunyai ilmu yang mendalam khususnya tentang syarat-syarat pertandingan mahupun seni itu sendiri. Untuk pengetahuan saudara, apa yang saudara nyatakan seperti dalam artikel, seolah-olah menyalahkan guru dan pihak sekolah. Tetapi sebenarnya senario tersebut terjadi disebabkan guru-guru mempunyai kekangan masa dengan beban mengajar di sekolah yang terlalu banyak. Saya telah banyak mengorbankan masa, tenaga dan wang untuk memastikan sekolah saya menjadi johan kebangsaan pada tahun 2005. Tetapi tidak semua guru yang dapat melakukan sebegitu memandangkan mereka banyak komitmen lain. Jadi kita tidak boleh menyalahkan mereka dengan mengatakan “pengajar dikir barat tidak tahu dikir barat dengan mendalam, pengajar yang tidak mempunyai sistem mengajar, dan masa mengajar tidak cukup” Untuk makluman saudara, keadaan di sekolah dan di Universiti berbeza. Pihak guru terpaksa mengajar sendiri kerana tidak ada peruntukan khas untuk memanggil jurulatih luar. Banyak prosedur yang terpaksa dilakukan.

    Selain itu, upacara ‘ritual’ yang saudara nyatakan itu, memang sering dilakukan pd setiap kali pertandingan di peringkat sekolah mahupun Universiti. Saya lihat negeri Kelantan sendiri mengadakan upacara itu setiap kali pertandingan dikir barat diadakan. Cuba saudara saksikan sendiri dalam Youtube.

    Sekiranya saudara membuat rujukan, saudara tahu sekolah saya dan jurulatih yang dibekalkan oleh JPS merupakan sahabat-sahabat saudara juga. Memang tidak dinafikan kehebatan mereka dan saya sangat2 menghargai ilmu yang dicurahkan kepada anak didik saya.

    Saudara Mafaka, saya rasa satu cara untuk mengatasi dilema dikir barat di sekolah ialah pihak saudara perlu turun ke padang dan membuat bengkel-bengkel yang sesuai untuk menerangkan tentang syarat-syarat dalam dikir barat dan ilmu seni itu sendiri. Mungkin itu merupakan projek besar-besaran saudara kerana saudara merupakan penggiat seni yang boleh dianggap sudah tersohor. Satu cara yang lain ialah bekerjasama dengan JPS (Jabatan Pelajaran Selangor) untuk mengeluarkan VCD atau menjual sendiri di internet tentang teknik atau cara mengajar dikir barat yang betul kepada guru-guru sekolah supaya semua guru akan mempunyai standard ilmu yang sama. Harapan saya melihat saudara bekerjasama dan berusaha untuk memartabatkan seni dikir barat di peringakat sekolah sangat tinggi. Saya juga berharap sesuatu dapat dilakukan memandangkan pertandingan dikir barat akan terus diadakan pada setiap tahun dan saudara juga yang akan menghakiminya…

  4. mafaka Says:

    Saya tidak faham apa yang dimaksudkan “bukannya pihak kami sengaja hendak mempersembahkan dikir barat yang sebegitu rupa….” apakah saudari akan mengajar sesuatu kepada anak murid saudari sekiranya saudari tidak tahu dengan mendalam tentang sesuatu perkara yang ingin saudari ajarkan? bagi saya keadaan itu tidak seharusnya berlaku sama ada terhadap ko-kurikulum mahupun kurikulum sekolah. sekiranya tiada masa, tiada kepandaian, tiada peruntukan kewangan utk membayar jurulatih luar, bagi saya tak perlulah digagahkan juga. kalau nak buat jugak, jadilah tikus membaiki labu. namun kalau dilihat dari sudut penggalakan aktiviti kebudayaan sememangnya positif tetapi……… Apa yang saya perhatikan, ramai guru2 sekolah ataupun pengajar daripada luar yang berlagak pandai, berlagak tahu sedangkan sebaliknya. ini terbukti apabila kita melihat hasil ketika hari pertandingan. kita dapat mengagak setelah sesebuah kumpulan membuat persembahan, apakah kumpulan tersebut kurang latihan ataupun silap latihan.

    berkenaan dengan sekolah saudari menjadi johan 2005, boleh tak saudari berikan beberapa sebab kenapakah sekolah saudari menang pada tahun tersebut dan mendapat anugerah tok jogho serta tukang karut terbaik? jangan terlalu tinggi sangat mengangkat bakul, nanti bakul terjatuh, menghempap kepala sendiri.

    satu lagi kelemahan ketara jurulatih adalah suka sangat meniru apa yang dilakukan oleh pasukan daripada kelantan. mereka menganggap apa yang dilakukan oleh pendikir kelantan adalah “wahyu” yang perlu mereka ikuti. cuba saudari terangkan kepada saya apakah relevannya ‘ritual’ yang saya maksudkan itu dalam dikir barat? sepatutnya perkara tersebut dikaji terlebih dahulu sebelum ditiru bulat. itu bukannya cara utk mengajar. memang benar, dikir barat di Malaysia ini asalnya dari Kelantan namun perlu dikaji apakah makna ‘dikir barat asal dari kelantan’ itu sendiri.

    memang senang untuk bercakap bagi mengadakan bengkel dikir barat. saya boleh turun padang jikalau saudari sediakan padang yang sepatutnya utk saya dan rakan2 saya berguling di situ. kalau saudari menyuruh saya untuk mengadakan begkel, saya tidak akan lakukan kecuali pihak saudari berikan peruntukan kewangan dan juga sediakan peserta2 bengkel yang sememangnya mempunyai minat dan bakat yang mendalam. saya jamin, dengan bantuan kawan2 saya di luar sana, bengkel ini akan dapat dijayakan. walau bagaimanapun saya mengakui kurangnya bahan2 bacaan dan juga audio visual mengenai pengajaran dikir barat, namun kalau nak seribu daya……

  5. Siti Zubaidah Says:

    Assalamualaikum… minta maaf sekiranya saudara berasa tersinggung dengan komen saya di sini. sebenarnya saya tak pernah pun nak angkat bakul sendiri. Saya ni perempuan tak larat nak angkat bakul seperti orang lelaki. Kemenangan hari tu disebabkan persembahan yang menghiburkan di samping bersahaja dan tidak berlebih2. Itu komen daripada hakim. Saya bukan nak highlight yang itu cuma nak memberi komen dan pendapat sedikit kerana saudara kecewa dengan dikir barat yang selalu dipertandingkan di sekolah tidak menepati tahap seperti yang saudara ingin lihat. Saya sebagai pendidik cuma nok memberi cadangan untuk memperbaiki dilema seperti yang dinyatakan. Harap saudara bertenang dan sangat besar jasa saudara sekiranya saudara dapat memberi tunjuk ajar kepada saya yang tak tahu apa2 ni. Sekiranya saudara ingin menolong pihak guru, saudara boleh menghubungi pegawai pendidikan daerah untuk berurusan dan melakukan sedikit kertas kerja. Peruntukan kewangan akan diterima sewaktu pendaftaran peserta. Itu hanya cadangan utk penambahbaikan.Insya-Allah, satu hari nanti mutu dikir barat sekolah akan bertambah baik sekiranya saudara dan rakan-rakan dapat memberikan tunjuk ajar bukan saja di sekolah-sekolah tetapi di seluruh Malaysia kerana upacara ‘ritual’ tu ada dilakukan hampir di setiap sekolah di Malaysia sewaktu pertandingan berlangsung. Harap saudara dapat berikan tunjuk ajar kepada kami yang kurang ilmu ni…

  6. arjunasukma Says:

    cikgu sekolah tinggi kajang tak silap ni..ore kuat helmi ni..hehe

    tapi cik zubaidah bersemangat kuat dengan dikit ni..bagus2..tahniah cikgu,,

  7. JutawanCeramic Says:

    “Ritual” tu hok pendikir masuk panggung/naik pentas tu la kan?

    naik biasa2 pun tak apa dah..janji kita naik dengan penuh berhemah, sopan santun.. sebab nak ngadap penonton getek..

    naik pentas tu rasanya takdop markah, tapi kalau nak wat comel tak tahu la…

  8. mohd ramli Says:

    akumm…arjunasukma….
    saya pun pernah jadi hakim dikir barat kerana tiada orang nak jadi hakim pada masa tu. Saya terasa terpaksa apabila dipanggil berkali-kali oleh rakan di jabatan supaya memenuh kuota hakim. Walaupun saya terangkan berulangkali kepadanya namun beliau tetap dengan pendiriannya… Jadilah aku hakim bidang terjun:

    Tapi hakim peringkat bahagian taklah sesusah diperigkat negeri: Diperingkat bahagian biasanya 2 atau 3 shaja yang berkuaiti. No 1 dan no 2 pun berbeza banyak dari segi kualitinya. Yang lain entah apa2. Macam2 nada gendang sampai sakit telinga. Saya yang tak pandai dikir barat pun tak tahan mendengarnya, tak tahulah saudara arjuna yan memang mahir dalam dikir ni..

    Cadangan saya ..
    Saudara arjunasukma perlulah hasilkan beberapa cd/vcd lengkap teknik2 asas bermain muzik dikir barat. Disamping dapat sedikit habuan hasil penjualan cd/vd dapatlah memberi panduan kepada cikgu2 atau cikgi yang memang besemangat mengajar muridnya….

    ps : cd/vcd tu mestilah lengkap dari peringkat asas hinggalah peringkat yang paling tinggi….tq

Leave a Reply

Shopping Cart

Advertise Here

Email Update

Dapatkan berita pertandingan, persembahan dan aktiviti terbaru dikirbarat.net melalui email anda:

Delivered by FeedBurner

Pelawat Semasa