Archive for 'Album Dikir Barat'
Album Dikir Warriors – Lagu Dikir Bola Berentak Dikir Barat Asli

Album Dikir Warriors – Lagu Dikir Bola Berentak Dikir Barat Asli

Posted 17 May 2012 | By | Categories: Album Dikir Barat | No Comments

Album Dikir Warriors (DW) berjudul Bo Lawe Staro Demo diterbitkan dengan kerjasama RF Creative Resources & Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net) bertujuan membangkitkan semangat skuad The Red Warriors, selain menghangatkan lagi suasana menjelang aksi final Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby 19 May 2012 nanti.

Dikir Warriors - Bo Lawe Staro demo

Album mengandugi lapan lagu Dikir Warriors iaitu :

Track #1 – Overtue, nyanyian oleh D’Warrians & AFK (Serunai). Game tak start lagi pun, orang dah sibuk bercerita berapa gol buleh menang malam ni. Kena ejah la puak-puak pemain. Kot mana-mana pun nak GOL GOL GOL

Track #2 – Bo Lawe Staro Demo, nyanyian oleh Anak Amir. Lagu yang lebih 2 tahun dalam pembikinan. Tuan dia peram lama lagu ni. 70 ribu lebih hits dalam youtube. Toksir banyak, 10% beli album pun cukup doh.


Dikir Warriors – Bo Lawe Staro Demo ( Siaran Langsung MHI TV3 )

Track #3 – GOL GOL GOL, nyanyian oleh Isey Fazlisham ft. Din Besi (djembe). Teringat lagu waka-waka nyanyian Shakira masa piala dunia 2010. Kita cuba buat latine style Kelate. Tukang nyanyi dia kata “letih kalu nk nyanyi lagu nie live…takdak tempat rehat”

Track #4 – Gomo Kelate Gomo, nyanyian oleh Muslih Sangsaka. Semasa final piala FA Kelate vs Teganu, tubik idea nk buat lagu yang boleh pakat nyanyi ramai-ramai. Besar harapan lagu ni nanti akan bergema dalam stadium.

Track #5 – Legasi Mat Che Su, nyanyian oleh Isey Fazlisham. Lagu yang pertama tubik dalam kepala selepas timbul idea nak buat album dikir bola. Tahun 80an lagu asal Mat Che Su jadi siulan.. Tahun 2012, tak mustahil lagu ni jadi ringtone peminat-peminat bola kelate.. :)


Dikir Warriors – Legasi Mat Che Su ( Siaran Langsung MHI TV3 )

Track #6 – Harimau Malaya, nyanyian oleh Abe Pozi & D’Warrians. Kalu pakat nanyai ramai-ramai sokmo-sokmo, Insyallah ianya jadi doa dan pembakar semangat ke Olimpik dan Piala Dunia”

Track #7 – Kita Oghe Hmeney (K.O.H), nyanyian oleh Muslih Sangsaka ft. Abe Yusni (Serunai). Ore hmeney lo ni glamour terutamanya pemain bola. Bila dah bersohor, jangan kita lupa diiri dan lupa Tuhan. ” Dari mana kita mari, pah kemana kita nak gi?”

Track #8 – Hmeney Oghe Kelate (H.O.K), nyanyian oleh Anak Amir. Banyak jenis hmeney ado di Kelate. Tukang lirik dia buat lagu nie ada 20 rangkap, senang nak nyayi mana-mana.. Buleh pusing ikut sedap..

Dapatkan CD Dikir Warriors Sekarang ! Klik www.dikirwarriors.com