Archive for 'Persembahan'

Persembahan Dikir Barat Sempena Pembukaan Restoran Anis Corner, Pantai Dalam

Posted 15 November 2009 | By datukd | Categories: Persembahan, Terkini | View Comments

Sabtu, 14 November – Satu persembahan dikir barat telah diadakan sempena pembukaan Restoran Anis Corner di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Persembahan telah diadakan oleh pasukan Bandar Teknologi Kajang bersama pasukan Irama Warisan Pantai Dalam. Persembahan telah dimulakan dengan alunan merdu lagu-lagu ‘Jogho’ oleh Li Irama Warisan dan seorang Jogho yang memiliki suara ala ‘Mat Udy’.

Persembahan yang berjalan selama 3 jam tanpa henti, bermula dari jam 10 malam sehingga 1.30 pagi boleh diiktiraf sebagai persembahan paling menarik pada tahun 2009. Tarikan utama persembahan apabila kedua-dua kumpulan menampilkan 3 tukang karut masing-masing menjadikan jumlah Tukang Karut yang membuat persembahan sebanyak 6 orang. Tukang-tukang karut yang tidak asing dikenali di Lembah Klang yang telah memberikan persembahan mantap termasuklah Abe Mie Gajah Putih (Mie Puchong), Jemie Kebah, Muslih Sang Saka (Sutrapawana UIA), Tok We Ali, Ise Salak Madu (UITM) dan penampilan khas Mat Yi Tupai. Selain itu, kedua-dua kumpulan membuat persembahan ‘Karut Kelantan’ tidak kurang daripada 45 minit bagi setiap kumpulan. Semasa persembahan, kedua-dua kumpulan turut menyelitkan mengenai isu-isu semasa, jenaka, seloka dan senda gurau yang amat melucukan secara spontan.

Persembahan menjadi lebih hangat apabila 3 orang Tukang Karut yang mewakili kumpulan Bandar Teknologi Kajang yang dikepalai oleh Mat Yi Tupai yang tidak putus idea dalam menyampaikan ‘syarahan’ hampir sejam walaupun ‘pengikut-pengikutnya’ iaitu Ise Salak Madu dan Tok We Ali memberikan isyarat untuk menghentikan huraian pada malam itu. Keunikan itu telah menjadi buah mulut para peminat-peminat Dikir Barat yang datang dari seluruh pelosok Lembah Klang termasuk Singapura (Azam dan Fique) yang sangat terhibur dengan persembahan mereka.

Kemuncak persembahan diakhiri dengan nyanyian penutup ‘Wau Bulan’ oleh Abe Mie Gajah Putih.

Muslih Sang Saka (kiri) yang telah 'Ditembak' Bertubi-tubi oleh Mat Yi Tupai (kanan)

Muslih Sang Saka (kiri) yang telah 'Ditembak' Bertubi-tubi oleh Mat Yi Tupai (kanan)

Persembahan Dikir Barat Laman Budaya Dataran Merdeka

Posted 11 November 2009 | By datukd | Categories: Persembahan | View Comments

Baru-baru ini hamba bersama dengan Pasukan Dikir Barat Basa Diwana Universiti Malaya telah dijemput untuk mengadakan Persembahan Dikir Barat bersempena dengan Karnival Seni Budaya yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, agensi Kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dianais dan Basa Diwana UM

Dianais dan Basa Diwana UM

Persembahan dijalankan dua kali iaitu di sebelah petang dan acara kemuncak pada waktu malam. Antara lain persembahan adalah dondang sayang, nyanyian lagu asli, nyanyian lagu moden dan persembahan kugiran turut diadakan. Selain itu, hadirin yang mengunjungi karnival itu turut mengambil kesempatan untuk mencuba bakat menyumpit, memiliki karikatur dan mendapatkan penerangan daripada Orang Asli mengenai kegunaan beberapa jenis akar kayu yang turut dipamerkan di karnval tersebut.

Karnival ini amat dialu-alukan oleh penggiat seni budaya bagi menonjolkan aktiviti dan bakat oleh penggiat seni sekaligus menambahkan lagi aktiviti pelancongan dalam negara khususnya.
Penglibatan hamba dalam karnival ini turut dimuatkan dalam akhbar Metro bertarikh 9 November 2009 pada halaman V16 slot Variasi seperti foto berikut.

Paparan Metro bertarikh 9/11/2009

Paparan Metro bertarikh 9/11/2009

Karnival tersebut turut berjalan lancar walaupun keadaan hujan yang agak lebat pada waktu petang dan kami amat risau akan tiada pengunjung untuk bersama menikmati persembahan kami. Mujurlah hujan berhenti selepas jam 7.30 pm. Walaupun pentas basah namun kami amat seronok mempersembahkan persembahan dikir barat tersebut..

Dianais bersama Muslih Sang Saka

Dianais bersama Muslih Sang Saka

Syabas hamba ucapkan kepada penganjur dan semoga acara-acara seperti ini diteruskan lagi dengan kepelbagaian seni budaya seperti wayang kulit mahu pun Mak Yong.

http://dianais.com

Sekitar Persembahan Dikir Barat Piala Malaysia 2009

Posted 09 November 2009 | By admin | Categories: Persembahan | View Comments

Persembahan dikir barat tertangguh sejam, disebabkan oleh masalah teknikal dikir terpaksa bermula pukul 4 petang.
Perancangan mula2…atau mula2 start dikir 2 puak, semasa tabuh buka panggung…setelah dikir barat bermula, yang dimulai oleh pasukan dk.net…tiba2 2 pasukan tadi bertukar menjadi satu….hanya dikuasai oleh pasukan dk.net sahaja…

Pada permulaan penonton sangat ramai, tiba2 hujan turun dengan lebatnya…menyebabkan penonton melarikan diri daripada hujan ke stadium dengan merempuh pagar stadium.yang masuk free jual balik ikut pagar tepi dgn harga rm5 sahaja (dulu ada khemah atau peneduh atas, sekarang dah dibuang, xde tempat untuk berlindung hujan) ada juga penonton yang bersesak2 masuk ke khemah dikir barat…2 khemah menjadi satu..kerana pakatan(abe die) menjual keropok dan air satu lagi.

Pendikir terpaksa berdikir dalam kebasahan tempat duduk kerana air mengalir ke tempat duduk..semua jadi gatal punggung. Dikir di teruskan sehinggalah pukul 6 walaupun hujan masih lagi turun walau tidak lebat…..

Kesimpulannya dikir barat berjalan dengan lancar walupun penonton duduk jauh2 kerana hujan…jadi kutipan derma tidak dapat dilakukan dan hanya mendapat rm61 sahaja dan diberikan kepada penyanyi cilik yang dibawa oleh abe die…sekian dulu laporan untuk dikir final piala malaysia 2009….

Nota kaki : pada tgh hari 8 hb 11 2009 sempat buat dikir hatuk lawan puak aswara…sempena meraikan pasukan bola sepak kelantan di JKR. siap makan kijang panggang lagi beserta ayam kampung n gulai kawah….sekeping habuk x amik gambar dgn puak bola kelate.

Laporan di sediakan oleh Moka.

Persembahan Dikir Barat Sempena Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia – Kelantan VS Negeri Sembilan

Posted 03 November 2009 | By admin | Categories: Persembahan | View Comments

Dikir Barat sempena sesi rakaman untuk rancangan Sekilas Liga Terbitan TV1 untuk terbitan hari Jumaat ini6/11/2009 jam 2.30 ptg menjelang final Piala Malaysia 2009 akan dijalankan di HTO de Futsal, Subang (Gambar Ihsan Ahli Kelab Kelate.net)

Persembahan Dikir Barat sempena meraikan dan memeriahkan perlawanan akhir bola sepak TM Piala Malaysia akan diadakan seperti berikut : Kumpulan Dikir Barat Komuniti Dikir Barat Malaysia (http://dikirbarat.net) VS Kumpulan Dikir Barat Bandar Teknologi Kajang dengan kerjasama Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan.

Tarikh : 7 november 2009 (Sabtu)

Masa : 3.00 petang

Tempat : Perkarangan Stadium Bukit Jalil.

Persembahan percuma… tiada sebarang tiket dikenakan..datanglah beramai-ramai..Gomo Kelate Gomo

Aturcara Ahli Kelate.Net & DikirBarat.Net pada Sabtu 7hb November 2009

# 08.00 am – 01.15 pm (bebas)
# 01.15 pm (sembahyang zohor)
# 03.00 pm (persembahan dikir barat bermula)
# 04.15 pm (sembahyang asar)
# 05.00 pm (berkumpul sebelum masuk ke dalam stadium)
# 05.30 pm (memasuki stadium, semua ahli menuju ke tempat yang di gariskan didalam stadium)
# 06.00 pm (gantung banner sambil menyanyi lagu olek-olek)
# 07.15 pm (sembahyang magrib)
# 08.15 pm (sembahyang isyak)
# 09.00 pm (menonton perlawanan)
# 12.00 am (bersurai)

http://bit.ly/dikirfinalpialamalaysia atau
http://forum.kelate.net/viewtopic.php?f=98&t=3123

(sila klik diatas utk mengetahui dgn lebih lanjut)

FEStKUM 2009

Posted 16 October 2009 | By moka | Categories: Persembahan, Video | View Comments

Gambar Sepanjang Rumah Terbuka Komuniti Dikir Barat Malaysia

Posted 20 October 2008 | By senok | Categories: Persembahan | View Comments

Telah berjaya diadakan rumah terbuka pada 18 hb Oktober 2008, bertempat di rumah saudara Mafaka. Disusuri dengan persembahan dikir barat antara Kumpulan Sutrapawana UIA vs Seni Proton.

[...]

Persembahan Dikir Barat & Wayang Kulit

Posted 22 August 2008 | By senok | Categories: Persembahan | View Comments

25 Ogos 2008 bertempat di Tapak Convest Hill UIAM Gombak, akan diadakan persembahan wayang kulit dan dikir barat. bermula pukul 8.30 malam, persembahan akan dimulakan oleh persembahan Wayang Kulit Saupi (di import dari terengganu), dan Dikir Barat menyusul selepas itu…

Persembahan Dikir Barat malam tersebut dijangkakan di buat secara tradisional ataupun hatuk..Sutrapawana A vs Sutrapawana B

Bersama memeriahkan seni budaya kita

Kumpulan Dikir Barat Citra Deewana FIESTRA KRP 2008 UTM Skudai

Posted 19 July 2008 | By senok | Categories: Persembahan | View Comments

Tarikh : 26 Julai 2008
Masa : 9.30 malam
Tempat : Tempat Letak Kereta Fakulti Alam Bina
Tok Joro : Peeju Suara Emas
Tukang Karut : Pok Kobs Sri Pandan + Ya Asmara + Rasul Arjuna

[...]

Hatuk Dikir Barat : Sri Samudra Vs Sri Cendana

Posted 19 July 2008 | By senok | Categories: Persembahan | View Comments

Sri Samudra vs Sri Cendana
Jogho : Man Khan
Tukang Karut : Adik Lih, Cikgu Madi UM, Din Anak Layang
Tempat : Taman Samudra, Gombak
Tarikh : 19 hb Julai 2008 ( Sabtu )
Masa : 9 Malam

[...]

Dikir Barat Sempena Titian Kasih Di Singapura

Posted 29 June 2008 | By senok | Categories: Persembahan | View Comments

Program Titian Kasih Singapore adalah proses memperkenalkan budaya Malaysia kepada pelancong² dan juga penduduk Singapura bertempat di Sunset & Kg Gelang Singapore. [...]