Archive for 'Terkini'
Kumpulan Mana Bakal Bergelar Juara? Titih Pusaka @ Sri Gedombak?

Kumpulan Mana Bakal Bergelar Juara? Titih Pusaka @ Sri Gedombak?

Posted 12 July 2010 | By admin | Categories: Pertandingan, Terkini, Umum | View Comments

Saingan peringkat separuh akhir telah melabuh tirainya. Pertandingan tersebut telah di adakan dengan begitu meriah sekali di dewan Uitm, Machang Kelantan. 2 pasukan telah mengesahkan kelayakan ke peringkat akhir Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2010.

Walau bagaimanapun tarikh untuk ke peringkat akhir belum ditentukan lagi dan ia dijangka diadakan pada penghujung bulan 10. 2 pasukan yang layak ialah pasukan Sri Merkang, Pasir Puteh Kelantan yang merupakan salah satu kumpulan yang hebat dan sering bergelar juara pada pertandingan dikir barat Kebangsaan manakala satu lagi kejutan dan satu-satunya dalam sejarah pertandingan dikir barat kebangsaan kumpulan IPTA pertama melayakkan diri ke pertandingan akhir dikir barat kebangsaan iaitu kumpulan Titih Pusaka Uitm, Shah Alam.

Yang paling menarik pada tahun ini ialah apabila kedua-dua tukang karut terdiri daripada pelajar ipta iaitu saudara Muslih Aling @ Muslih Sang Saka dari UIAM, Gombak, dan Isey Salok Madu dari UiTM Shah Alam. Ini menunjukkan bahawa, RTM telah berjaya mencungkil bakat baru dalam arena dikir barat tanah air.

Saingan di jangka akan lebih meriah kerana kedua-dua tukang karut ini adalah merupakan kawan baik dan mempelajari dikir barat dari tok guru yang sama. Sama-sama kita nantikan adakah pertandingan kali ini akan menunjukkan tahap sebenar pertandingan dikir barat kebangsaan? Adakah kawan jadi lawan? Adakah pertandingan kali ini adalah pertandingan yang terhebat dalam sejarah dikir barat kebangsaan dan yang paling telus? Tungguuuuuuuu

Gambar Sekitar Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2010 – Suku Akhir

Gambar Sekitar Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2010 – Suku Akhir

Posted 09 June 2010 | By moka | Categories: Terkini | View Comments

Pada 8 Jun 2010, Saya selaku ahli Warga komuniti dikir barat (moka) berkesempatan untuk pergi menyaksikan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2010 peringkat suku akhir 2010 di Dataran Kada, Kok Lanas Kota Bharu Kelantan. Walaupun pertandingan tersebut bermula pada 7 Jun 2010, namun di sebabkan kesibukan masa, saya hanya sempat pergi menyaksikan pada 8 Jun 2010.

Pada hari pertandingan tersebut, beberapa gambar sempat di ambil untuk tatapan warga komuniti dan peminat dikir barat seantero dunia yang tidak kesempatan untuk pulang ke Kelantan. Keputusan pertandingan masih belum diketahui dan pihak penganjur hanya akan menghubungi 4 kumpulan dari 8 kumpulan yang berjaya mendapat markah tertinggi.

Pertandingan  Dikir Barat Kebangsaan 2010 Peringkat Suku Akhir

Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2010 Peringkat Suku Akhir

Posted 02 June 2010 | By moka | Categories: Pertandingan, Terkini | View Comments

Jangan lupa saksikan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan Peringkat Suku Akhir 2010 yang pasti akan akan memberikan persembahan sengit daripada pasukan yang bertanding untuk merebut tempat ke peringkat separuh akhir. Acara tersebut seperti dibawah :

Tarikh : 7 Jun 2010 – 8 Jun 2010
Masa : Jam 8:30 mlm
Tempat : Dataran Kada Kok Lanas, Kota Bharu Kelantan

Antara pasukan yang bertanding ialah kumpulan UiTM, Kumpulan Sri Merkang, Kumpulan Padang Lembek, Kumpulan Mejah Ana dan lain-lain lagi.

Datanglah menyaksikan jaguh-jaguh dikir barat tanah air merebut tempat ke separuh akhir….Pasti Gempak!!!!!!

Pertandingan Dikir Barat Akhir FESENI 2010 Universiti Malaya

Pertandingan Dikir Barat Akhir FESENI 2010 Universiti Malaya

Posted 07 March 2010 | By admin | Categories: Pertandingan, Terkini | View Comments

Di jemput kepada semua peminat-peminat dikir barat menyaksikan pertandingan akhir Dikir Barat FESENI bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya pada 19 Mac 2010, 8 Malam. Pertandingan yang menampilkan saingan di antara kolej-koleh Universiti Malaya. Sama-sama memeriahkan lagi acara ini seperti yang di adakan pada tahun-tahun sebelumnya. Dapatkan jadual penuh acara di Weblog Salam Pantai Timur.

Eksklusif Majalah Mastika Januari 2010 : Dikir Barat ‘Gerudi Inul’ Memalukan Orang Kelantan !

Eksklusif Majalah Mastika Januari 2010 : Dikir Barat ‘Gerudi Inul’ Memalukan Orang Kelantan !

Posted 21 December 2009 | By admin | Categories: Terkini | View Comments

Komuniti Dikir Barat Malaysia pernah meluahkan permasalahan ini pada masa lalu dan kini pihak majalah Mastika keluaran Januari 2010 telah mengambil inisiatif membongkar penghasilan VCD Dikir Barat ‘Gerudi Inul’ ini yang memalukan penggiat dan peminat dikir barat di Malaysia.

Serba sedikit kandungan Majalah Mastika – Januari 2010

Majalah Mastika - Dikir Barat

Majalah Mastika - Dikir Barat

Majalah Mastika - Dikir Barat

Majalah Mastika - Dikir Barat

Pihak Mestika juga mendapatkan pandangan dua ahli Komuniti Dikir Barat Malaysia iaitu saudara Arjunasukam @ Abe Yie dan juga Saudara Asrulfaizal Kamaruzaman dalam membincangkan topik panas ini.

Untuk bacaan penuh mengenai isu ini, dapatkan Majalah Mestika keluaran Januari 2010 yang sudah berada di pasaran.

Majalah Mastika Januari 2010

Terima kasih kepada pihak Mastika yang menyebarkan luahan hati kami sebagai peminat dan penggiat Seni Dikir Barat di Malaysia.

Video Luahan Hati Komuniti Dikir Barat Malaysia

Untuk mendapatkan gambaran asal mengenai video-video panas ini boleh lah melayari Youtube dengan kata kunci ‘ Jaguh Pesona Dikir’. Apa komen anda semua?

Kumpulan Sri Arena, Tumpat Johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2009

Posted 22 November 2009 | By moka | Categories: Pertandingan, Terkini, Umum | View Comments

Kuala Lumpur 22 Nov – Sri Arena Tumpat Kelantan telah berjaya menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM 20,000 apabila di nobatkan sebagai johan pertandingan Dikir Barat Kebangsaan anjuran RTM. Manakala naib johan pula disandang oleh kumpulan Sri Istana, Tumpat dengan hadiah sebanyak RM 15,000. Bagi Juara terbaik pula disandang oleh Hassan Sri Panggung (Sri Arena, Tumpat) dengan hadiah sebanyak RM 3000, manakala Tukang karut terbaik pula di sandang oleh Azhar atau Kohar Teknik (Sri Istana, Tumpat) dengan hadiah sebanyak RM 3000. Kedua-dua kumpulan dikir barat tersebut telah memberikan persembahan yang terbaik tetapi nasib lebih menyebelahi kumpulan Sri Arena walaupun terdapat kecacatan persembahan semasa tukang karut menyampaikan persembahan. Walau bagaimanapun tahniah diucapkan kepada kumpulan Sri Arena Tumpat Kelantan dari Komuniti Dikir Barat.net kerana berjaya menjadi johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan RTM. Bagi kumpulan yang tidak berjaya di harapkan jangan berputus asa cuba lagi di tahun hadapan.

Persembahan Dikir Barat Sempena Pembukaan Restoran Anis Corner, Pantai Dalam

Posted 15 November 2009 | By datukd | Categories: Persembahan, Terkini | View Comments

Sabtu, 14 November – Satu persembahan dikir barat telah diadakan sempena pembukaan Restoran Anis Corner di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Persembahan telah diadakan oleh pasukan Bandar Teknologi Kajang bersama pasukan Irama Warisan Pantai Dalam. Persembahan telah dimulakan dengan alunan merdu lagu-lagu ‘Jogho’ oleh Li Irama Warisan dan seorang Jogho yang memiliki suara ala ‘Mat Udy’.

Persembahan yang berjalan selama 3 jam tanpa henti, bermula dari jam 10 malam sehingga 1.30 pagi boleh diiktiraf sebagai persembahan paling menarik pada tahun 2009. Tarikan utama persembahan apabila kedua-dua kumpulan menampilkan 3 tukang karut masing-masing menjadikan jumlah Tukang Karut yang membuat persembahan sebanyak 6 orang. Tukang-tukang karut yang tidak asing dikenali di Lembah Klang yang telah memberikan persembahan mantap termasuklah Abe Mie Gajah Putih (Mie Puchong), Jemie Kebah, Muslih Sang Saka (Sutrapawana UIA), Tok We Ali, Ise Salak Madu (UITM) dan penampilan khas Mat Yi Tupai. Selain itu, kedua-dua kumpulan membuat persembahan ‘Karut Kelantan’ tidak kurang daripada 45 minit bagi setiap kumpulan. Semasa persembahan, kedua-dua kumpulan turut menyelitkan mengenai isu-isu semasa, jenaka, seloka dan senda gurau yang amat melucukan secara spontan.

Persembahan menjadi lebih hangat apabila 3 orang Tukang Karut yang mewakili kumpulan Bandar Teknologi Kajang yang dikepalai oleh Mat Yi Tupai yang tidak putus idea dalam menyampaikan ‘syarahan’ hampir sejam walaupun ‘pengikut-pengikutnya’ iaitu Ise Salak Madu dan Tok We Ali memberikan isyarat untuk menghentikan huraian pada malam itu. Keunikan itu telah menjadi buah mulut para peminat-peminat Dikir Barat yang datang dari seluruh pelosok Lembah Klang termasuk Singapura (Azam dan Fique) yang sangat terhibur dengan persembahan mereka.

Kemuncak persembahan diakhiri dengan nyanyian penutup ‘Wau Bulan’ oleh Abe Mie Gajah Putih.

Muslih Sang Saka (kiri) yang telah 'Ditembak' Bertubi-tubi oleh Mat Yi Tupai (kanan)

Muslih Sang Saka (kiri) yang telah 'Ditembak' Bertubi-tubi oleh Mat Yi Tupai (kanan)