Archive for 'Umum'
Kumpulan Mana Bakal Bergelar Juara? Titih Pusaka @ Sri Gedombak?

Kumpulan Mana Bakal Bergelar Juara? Titih Pusaka @ Sri Gedombak?

Posted 12 July 2010 | By admin | Categories: Pertandingan, Terkini, Umum | View Comments

Saingan peringkat separuh akhir telah melabuh tirainya. Pertandingan tersebut telah di adakan dengan begitu meriah sekali di dewan Uitm, Machang Kelantan. 2 pasukan telah mengesahkan kelayakan ke peringkat akhir Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2010.

Walau bagaimanapun tarikh untuk ke peringkat akhir belum ditentukan lagi dan ia dijangka diadakan pada penghujung bulan 10. 2 pasukan yang layak ialah pasukan Sri Merkang, Pasir Puteh Kelantan yang merupakan salah satu kumpulan yang hebat dan sering bergelar juara pada pertandingan dikir barat Kebangsaan manakala satu lagi kejutan dan satu-satunya dalam sejarah pertandingan dikir barat kebangsaan kumpulan IPTA pertama melayakkan diri ke pertandingan akhir dikir barat kebangsaan iaitu kumpulan Titih Pusaka Uitm, Shah Alam.

Yang paling menarik pada tahun ini ialah apabila kedua-dua tukang karut terdiri daripada pelajar ipta iaitu saudara Muslih Aling @ Muslih Sang Saka dari UIAM, Gombak, dan Isey Salok Madu dari UiTM Shah Alam. Ini menunjukkan bahawa, RTM telah berjaya mencungkil bakat baru dalam arena dikir barat tanah air.

Saingan di jangka akan lebih meriah kerana kedua-dua tukang karut ini adalah merupakan kawan baik dan mempelajari dikir barat dari tok guru yang sama. Sama-sama kita nantikan adakah pertandingan kali ini akan menunjukkan tahap sebenar pertandingan dikir barat kebangsaan? Adakah kawan jadi lawan? Adakah pertandingan kali ini adalah pertandingan yang terhebat dalam sejarah dikir barat kebangsaan dan yang paling telus? Tungguuuuuuuu

Kumpulan Sri Arena, Tumpat Johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2009

Posted 22 November 2009 | By moka | Categories: Pertandingan, Terkini, Umum | View Comments

Kuala Lumpur 22 Nov – Sri Arena Tumpat Kelantan telah berjaya menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM 20,000 apabila di nobatkan sebagai johan pertandingan Dikir Barat Kebangsaan anjuran RTM. Manakala naib johan pula disandang oleh kumpulan Sri Istana, Tumpat dengan hadiah sebanyak RM 15,000. Bagi Juara terbaik pula disandang oleh Hassan Sri Panggung (Sri Arena, Tumpat) dengan hadiah sebanyak RM 3000, manakala Tukang karut terbaik pula di sandang oleh Azhar atau Kohar Teknik (Sri Istana, Tumpat) dengan hadiah sebanyak RM 3000. Kedua-dua kumpulan dikir barat tersebut telah memberikan persembahan yang terbaik tetapi nasib lebih menyebelahi kumpulan Sri Arena walaupun terdapat kecacatan persembahan semasa tukang karut menyampaikan persembahan. Walau bagaimanapun tahniah diucapkan kepada kumpulan Sri Arena Tumpat Kelantan dari Komuniti Dikir Barat.net kerana berjaya menjadi johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan RTM. Bagi kumpulan yang tidak berjaya di harapkan jangan berputus asa cuba lagi di tahun hadapan.

Kumpulan Dikir Barat Merkang Johan Pertandingan Akhir Dikir Barat Kebangsaan 2008

Posted 07 December 2008 | By moka | Categories: Umum | View Comments

Pertandingan akhir dikir barat yang berkonsepkan kebudayaan Melayu telah berlangsung dengan jayanya dan merupakan satu pengiktirafan terhadap kesenian dikir barat kerana telah ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia. Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menjadi penganjur Pertandingan Akhir Dikir Barat Kebangsaan 2008 telah memasuki edisi ke 15 pada 06 Disember 2008 (Sabtu) di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Hj. Ahmad Shah, Kuantan, Pahang, jam 09.00 malam yang dipancarkan secara langsung di RTM1.

Dua kumpulan yang telah berentap pada pusingan akhir bagi merebut gelaran juara iaitu Kumpulan DK Merkang dari Pasir Puteh dan saingannya iaitu Kumpulan Sri Budi dari Kota Bharu. Kedua-dua kumpulan tersebut telah mempamerkan kecemerlangan mereka daripada 34 kumpulan lain yang mengambil bahagian dalam uji bakat pertandingan ini yang diadakan sejak Mei lalu yang turut menerima penyertaan daripada seluruh negara.

Pertandingan Akhir Dikir Barat Kebangsaan 2008 ini menjanjikan hadiah menarik iaitu Johan Pertandingan menerima wang tunai RM20 000 berserta trofi dan sijil penyertaan. Naib Johan pula telah menerima RM15 000 bersama trofi dan sijil penyertaan. Wang tunai RM 3000 juga disediakan sebagai hadiah untuk Juara Terbaik Dikir Barat bersama trofi dan sijil penyertaan serta bagi kategori Tukang Karut Terbaik Dikir Barat pula akan menerima hadiah wang tunai RM 3000 berserta trofi dan sijil.

Keputusan Pertandingan Akhir Dikir Barat Kebangsaan:

Johan: Kumpulan DK Merkang, Pasir Puteh Kelantan
Naib Johan: Kumpulan Sri Budi, Kedai Lalat, Kota Bharu Kelantan.

Juara Terbaik: Mohd Hanafiah Jusoh (Kump. DK Merkang)
Tukang Karut Terbaik: Mohd Shuhaimi Ibrahim(Kump. DK Merkang)