Artikel : Dilema Dikir Barat Sekolah

Sebenarnya hari ini aku baru sahaja pulang dari menghakimi pertandingan dikir barat sekolah peringkat negeri Selangor di Kuala Kubu Baru dan beberapa minggu sebelum itu aku juga dijemput untuk menjadi hakim di daerah Ulu Langat. Kalau nak diikutkan aku dah naik muak menghakimi pertandingan dikir barat sekolah-sekolah ni.

Apa tidaknya, kebanyakan sekolah yang bertanding, kualitinya sama jugak masa aku menghakiminya masa 5 tahun sebelumnya. Sangat teruk. Mungkin jugak disebabkan kawan-kawan yang ajak aku untuk menghakiminya ataupun jauh disudut hati ada ‘angin’ yang mengatasi rasa muak aku lantaran aku gagah jugak untuk menghakiminya.

Aku dapat rasakan kebanyakkan peserta-peserta yang bertanding tidak tahu apa itu dikir barat yang sebenarnya, bentuk persembahan yang sepatutnya dipertandingkan atau mungkin jugak jurulatih yang mengajarnya itu pun sama macam murid-murid yang diajarnya.

Apabila dipersilakan pasukan pertama untuk membuat persembahan, kebiasaanya telahan aku mengenai persembahan tersebut adalah betul; para pemuzik masuk, muzik dimainkan untuk ‘memanggil’ awak2 dan penyanyi masuk pentas.

Awak-awak pula dengan gaya yang sangat jelek semasa masuk ke pentas. Kadang-kadang seperti Red Indian keliling api, kadang-kadang macam orang asli buat ritual ketuhanan malah ada juga yang semacam gaya yang memperpodohkan diri sendiri dan yang lebih tragis lagi semacam memperbodohkan kesenian dikir barat itu sendiri walaupun niat mereka tidak sebegitu. Mungkin gaya tersebut mudah untuk dikreasikan oleh pengajar dikir barat ataupun budak-budak dikir barat itu sendiri.

Persembahan ‘ritual’ itu akan berlarutan untuk masa beberapa minit sehinggalah ada muzik yang mereka reka sendiri sebelum bertabuh. Apabila tok jogho buka sahaja mulut untuk menyanyi, dah mula dah pangkal rambut dikepala berdenyut-denyut. Semasa nak naik ke pentas bukan main menari-nari lagi sedangkan perkara yang sepatutnya tidak diambilkira (ataupun mungkin mereka tak tahu) untuk permarkahan.

Begitu juga dengan tukang karut yang memang betul-betul mengarut. Aku perhatikan sekarang seakan-akan menjadi satu trend tukang karut yang suka sangat terkial-kial terkinja-kinja kat pentas ketika menyanyi. Gaya fizikal yang melampau dan tidak kena dengan persembahan dikir barat. Melodi karut perlahan, karut Kelantan, Wau Bulan ke laut, suara flat pekeliling, pitching berterabur dan entah apa-apa lagi yang dibuatnya.

Walau bagaimanapun, tidak nampak perasaan bersalah ataupun malu di wajah-wajah budak-budak dikir barat ini malah, mereka begitu bersemangat membawakan apa sahaja yang disuap oleh tok guru dikir barat mereka. Sebab itu mereka sebenarnya tidak boleh dipersalahkan kerana mereka, sebagai murid, mereka akan terima apa sahaja input yang disogokkan oleh guru mereka.

Aku tak pasti sama ada mereka yang bertangunggjawab menganjurkan pertandingan ini mengambil berat tentang unsur-unsur penting/perkara-perkara perlu yang sepatutnya ada dalam dikir barat. Ataupun memang mereka tak tahu ataupun mereka hanya memandang ringan tentang benda ni semua. Yang penting pertandingan itu berjalan dengan lancar dan juga program ko-kurikulum mereka dapat diisi sepenuhnya.

Terdapat beberapa sebab kenapa kualiti dikir barat sekolah tidak berkembang:

i. pengajar dikir barat tidak tahu dikir barat dengan mendalam

ii. pengajar yang tidak mempunyai sistem mengajar

iii. pendikir-pendikir yang sentiasa bertukar dari tahun ke tahun

iv. masa mengajar tidak cukup

Berulang kali aku ke tandas, berulangkali tongkat dagu, berulangkali aku layangkan otak aku ke tempat-tempat yang merangsangkan supaya aku dapat bertahan di situ untuk menghabiskan pertandingan itu. Selalu aku cuba untuk mengadili pertandingan yang sebegitu dengan aksi “seorang hakim yang professional” iaitu dengan memakai baju batik, pen di tangan, tumpukan sepenuhnya pada pertandingan, hangguk sekali sekala, duduk dalam keadaan sopan, tulis apa yg dilihat walaupun tak tahu apa yang ditulis. Namun aku gagal untuk berlagak sebegitu kerana kebanyakkan persembahan tidak membenarkan aku berkelakuan sebegitu.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa pasukan yang berjaya membuatkan aku malah hakim-hakim yang lain menikmati persembahannya sehingga habis. Tetapi tak banyak, mungkin 2 atau 3 pasukan daripada 10 pasukan mungkin.

Setelah habis pertandingan, sebelum keputusan kebiasaannya ketua hakim akan memberi ulasan. Satu lagi perkara klise yang akan disebut ialah “tahniah kepada semua kerana dikir barat pada tahun ini amat bagus berbanding tahun-tahun sebelumnya….” Dan seumpamanya. Kadang-kadang hakim yang mengulas terpaksa menjadi hipokrit dengan berkata sedemikian sedangkan kualitinya sama sahaja dengan tahun-tahun yang sebelumnya malah lagi teruk ataupun mereka pun sudah lupa.

Selesai sahaja keputusan dibuat dan diumumkan, beberapa orang guru penyelaras pasukan dikir barat akan menerpa ke arah hakim-hakim pertandingan untuk bertanyakan bermacam-macam soalan. Kebiasaannya ialah; “ sekolah saya dapat nombor berapa?…”, “di mana silap sekolah saya”. “apa yang perlu saya repair?” dan sebagainya. Tidak salah mereka bertanyakan soalah-soalan yang sebegitu tetapi masalahnya adakah jawapan yang diberikan oleh hakim-hakim adalah difahaminya dan digunapakai untuk menambahbaik pasukan dikirnya? Ini kerana bukan cikgu-cikgu itu yang mengajar, mereka hanyalah penyelaras. Mungkin jawapan-jawapan itu untuk dijawab bila ditanya oleh pengetua mereka. Pernah aku bertanya kepada seorang cikgu perempuan yang sibuk-sibuk bertanyakan apa kesilapan murid-muridnya. Saja aku nak tahu jawapan dia. Soalan aku, “part mana yang cikgu nak tahu?” dia jawab, “ntahlah, saya memang langsung tahu apa pasal dikir barat nih”… Adoii…menyirap jer aku dengar jawapan dia. Kalau dia memang tak tahu langsung pasal dikir barat, macamana dia nak faham (dalam masa 2 atau 3 minit) apa yang kita sampaikan. Macamana pulak kalau dia nak bagitahu semula kepada murid-muridnya? Aku percaya, mesej yang akan disampaikan kepada murid-murid tidak sama dengan apa yang diterimanya.

Selain daripada murid-murid dikir barat yang memang mempunyai bakat dalam dikir barat dan juga ada ‘music sence’, ada 2 perkara perlu yang penting untuk menaikkan lagi kualiti dikir barat sekolah-sekolah;

i. tenaga pengajar yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mendalam di bidang dikir barat. Tahu mengenai teori dan juga praktikal.

ii. Tenaga pengajar mestilah mempunyai system pengajaran yang tersusun, terancang dan teratur supaya apa yang diajar dapat diterima dengan sepenuhnya oleh pendikir.

Aku rasa ada juga yang beranggapan aktiviti dikir barat sekolah-sekolah yang dianjurkan setiap tahun hanyalah sekadar untuk memenuhi calendar aktiviti ko-kurikulum sekolah. Mereka tidak mengambil berat (mungkin juga tidak tahu bagaimana) mengenai perkara-perkara ‘wajib’ yang perlu diisi dalam dikir barat itu sendiri. Walau bagaimanapun ucapan terima kasih harus diberikan kepada sesetengah tenaga pengajar dikir barat yang amat menitikberatkan perkara-perkara ‘wajib’ tersebut.

[wpsc_category=2,full]

Artikel asal adalah dari blog Kesenian Tradisional yang di tulis oleh saudara Mafaka

http://www.mafaka.org/2008/07/dikir-barat/dilema-dikir-barat-sekolah/

====================================================

  • SITI ZUBAIDAH

    Saudara Mafaka,
    Saya merupakan salah seorang tenaga pengajar dikir barat di sekolah saya. Untuk makluman saudara, saya telah mula mendalami seni dikir barat sejak tahun 2003, sewaktu dipilih menjadi guru penasihat dikir barat sekolah. Oleh sebab minat dan pernah menyaksikan persembahan dikir barat sewaktu mengajar di Terengganu, saya telah mula jatuh cinta dengan seni warisan bangsa ini.

    Justeru, saya telah mempelajari sedikit sebanyak tentang dkr barat melalui jurulatih penjara yang berasal dari negeri Kelantan. Walaupun saya ni asal anak jati Selangor, tetapi minat saya thdp seni ini amat mendalam dan sentiasa berasa kasihan melihat wajah-wajah anak didik saya ini, kurang pgetahuan tentang dikir barat walhal mereka amat berminat untuk menyertai pertndgan dkr barat. Oleh sebab itu, saya telah berusaha mendalami ilmu dkr walaupun banyak kekangan yang saya terima maklum lah org perempuan.

    Tapi akhirnya, dengan berkat kesabaran dan bantuan jurulatih yang diberikan oleh JPS, saya bersama-sama dengan murid-murid yang semuanya anak jati negeri Selangor, telah berjaya menjadi johan keseluruhan dan terbaik dalam sejarah selama mana pertandigan ini berlangsung. Murid-murid yang saya didik telah berjaya menjadi Tok Jogho Terbaik, Tukang Karut Terbaik dan johan keseluruhan yang tidak pernah diperoleh oleh mana-mana negeri walaupun negeri Kelantan sendri.

    Apa yang ingin saya kongsi di sini ialah bukan untuk menunjuk-nunjuk atau penghargaan daripada sesiapa tetapi ingin menjelaskan kepada saudara bahawa komitmen guru adalah sangat penting dan menjadi tunjang kepada segala kejayaan.

    Saudara, namun saya kurang setuju sekiranya saudara menyalahkan guru dan pihak pentadbir sekolah keseluruhannya. Sebenarnya, sekiranya saudara amat prihatin terhadap seni warisan budaya ini, sudilah kiranya saudara turun ke padang dan membuat kertas kerja atau apa sahaja untuk mengadakan bengkel atau kursus yang sesuai untuk para guru menambah ilmu tentang dikir barat khususnya pertandingan antidadah yang sentiasa dijalankan pada setiap tahun.

    Menuding jari kepada pihak2 tertentu tidak akan menyelesaikan sebarang masalah. Keberkatan ilmu, dan keikhlasan hati saudara dalam menangani kemelut yang memualkan saudara itu perlulah ditangani dengan bijak. Seperti yang telah saya lakukan terhadap sekolah saya, iaitu pengorbanan yang tidak dapat dibayangkan oleh saudara terutama dari segi masa dan tenaga yang sememangnya tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Hanya Allah saja yang mengetahuinya.

    Namun, segala pengorbanan itu berbaloi apabila anak didik saya melonjak kegembiraan ketika diumumkan sebagai johan keseluruhan pada tahun 2005. Nama sekolah kami terpahat dalam ingatan setiap warga yang datang melihat pada hari tersebut. Sekolah kerdil yang sebelum ini tidak pernah melepasi pertandingan peringkat daerah sekalipun, kini telah mula dikenali hingga ke Sabah.
    Saudara Mafaka, kesimpulannya di sini, sekiranya guru-guru kurang minat atau tiada motivasi, adalah disebabkan mereka kurang pendedahan. Guru-guru lepasan Universiti, biasanya kurang pendedahan tentang ilmu seni dan budaya kerana mereka lebih tetumpu kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

    Aktiviti kokurikulum di kebanyakan sekolah, kurang dititikberatkan kerana lebih memberatkan akademik. Begitulah mantaliti kebanyakan sekolah. Tidak terkecuali sekolah saya tetapi sedikit sebanyak kemenangan pasukan dikir barat sekolah saya telah membuka minda mereka.Kepada guru-guru penasihat ingin saya tegaskan di sini, “Tidak semua manusia dilahirkan pandai, dan tidak semua murid akan berjaya menjadi doktor” Sebagai seorang pendidik, guru perlu mencungkil bakat yang ada dalam diri seseorang murid dan menjadikan mereka berguna kepada bangsa dan negara dengan bakat dan potensi diri yang lahir ikhlas dalam diri mereka.

    Pedulikan apa orang lain kata, yang penting anda tahu apa yang anda lakukan dan kepuasan sebenar seorang pendidik ialah melihat anak murid berjaya dalam pelajaran atau bidang kokurikulum. Potensi diri mereka itu yang memberikan jawapannya. Berikan galakan dan motivasi yang membina kepada dua-dua bidang kerana kebanyakan orang yang berjaya dalam hidup bukan orang yang bijaksana saja tetapi orang yang berbudi bahasa, menghormati orang lain, rajin berusaha dan berdisiplin.

    Saudara Mafaka, diharap saudara dapat membantu pihak guru dengan memberikan segala ilmu tentang seni dikir barat. Dengan itu, saudara tidak akan lagi merasa pening-pening lalat atau merasa mual apabila terpilih menjadi hakim dalam sebarang pertandingan dikir barat di negeri Selangor, khususnya….

  • http://www.dikirbarat.net mafaka

    Saudari Siti Zubaidah.
    Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudari yang bergelar seorang guru kerana sudi membaca tulisan saya ini.

    tumpuan saya lebih tertangkap pada kenyataan saudari yang berbunyi…
    “Saudara, namun saya kurang setuju sekiranya saudara menyalahkan guru dan pihak pentadbir sekolah keseluruhannya…..”
    dan saya tidak tahu kenyataan manakah dalam tulisan saya yang menyalahkan guru dan pihak pentadbir sekolah keseluruhannya. Apa yang telah saya terangkan adalah merangkumi semua/kebanyakkan kemungkinan yang menyebabkan berlakunya kepincangan dalam kualiti dikir barat sekolah. ianya juga adalah daripada pemerhatian saya sepanjang saya melibatkan diri dengan dikir barat sekolah.

    saya memohon maaf sekiranya tulisan saya itu mencubit perasaan mana2 pihak dan saya amat mengalu-alukan segala komen yang disertai dengan bukti2 dan fakta2 yang berisi.

    sudilah kiranya Saudari dapat nyatakan sekolah mana yang saudari ajar tersebut dan siapakah jurulatih yang disediakan oleh JPA yg telah cigku nyatakan.

  • Siti Zubaidah

    Salam saudara Mafaka…

    Maaf, kami sebagai guru berasa sedikit tercuit kerana bukannya pihak kami sengaja hendak mempersembahkan dikir barat yang sebegitu rupa…tapi pihak guru mengakui memang tidak mempunyai ilmu yang mendalam khususnya tentang syarat-syarat pertandingan mahupun seni itu sendiri. Untuk pengetahuan saudara, apa yang saudara nyatakan seperti dalam artikel, seolah-olah menyalahkan guru dan pihak sekolah. Tetapi sebenarnya senario tersebut terjadi disebabkan guru-guru mempunyai kekangan masa dengan beban mengajar di sekolah yang terlalu banyak. Saya telah banyak mengorbankan masa, tenaga dan wang untuk memastikan sekolah saya menjadi johan kebangsaan pada tahun 2005. Tetapi tidak semua guru yang dapat melakukan sebegitu memandangkan mereka banyak komitmen lain. Jadi kita tidak boleh menyalahkan mereka dengan mengatakan “pengajar dikir barat tidak tahu dikir barat dengan mendalam, pengajar yang tidak mempunyai sistem mengajar, dan masa mengajar tidak cukup” Untuk makluman saudara, keadaan di sekolah dan di Universiti berbeza. Pihak guru terpaksa mengajar sendiri kerana tidak ada peruntukan khas untuk memanggil jurulatih luar. Banyak prosedur yang terpaksa dilakukan.

    Selain itu, upacara ‘ritual’ yang saudara nyatakan itu, memang sering dilakukan pd setiap kali pertandingan di peringkat sekolah mahupun Universiti. Saya lihat negeri Kelantan sendiri mengadakan upacara itu setiap kali pertandingan dikir barat diadakan. Cuba saudara saksikan sendiri dalam Youtube.

    Sekiranya saudara membuat rujukan, saudara tahu sekolah saya dan jurulatih yang dibekalkan oleh JPS merupakan sahabat-sahabat saudara juga. Memang tidak dinafikan kehebatan mereka dan saya sangat2 menghargai ilmu yang dicurahkan kepada anak didik saya.

    Saudara Mafaka, saya rasa satu cara untuk mengatasi dilema dikir barat di sekolah ialah pihak saudara perlu turun ke padang dan membuat bengkel-bengkel yang sesuai untuk menerangkan tentang syarat-syarat dalam dikir barat dan ilmu seni itu sendiri. Mungkin itu merupakan projek besar-besaran saudara kerana saudara merupakan penggiat seni yang boleh dianggap sudah tersohor. Satu cara yang lain ialah bekerjasama dengan JPS (Jabatan Pelajaran Selangor) untuk mengeluarkan VCD atau menjual sendiri di internet tentang teknik atau cara mengajar dikir barat yang betul kepada guru-guru sekolah supaya semua guru akan mempunyai standard ilmu yang sama. Harapan saya melihat saudara bekerjasama dan berusaha untuk memartabatkan seni dikir barat di peringakat sekolah sangat tinggi. Saya juga berharap sesuatu dapat dilakukan memandangkan pertandingan dikir barat akan terus diadakan pada setiap tahun dan saudara juga yang akan menghakiminya…

  • http://www.dikirbarat.net mafaka

    Saya tidak faham apa yang dimaksudkan “bukannya pihak kami sengaja hendak mempersembahkan dikir barat yang sebegitu rupa….” apakah saudari akan mengajar sesuatu kepada anak murid saudari sekiranya saudari tidak tahu dengan mendalam tentang sesuatu perkara yang ingin saudari ajarkan? bagi saya keadaan itu tidak seharusnya berlaku sama ada terhadap ko-kurikulum mahupun kurikulum sekolah. sekiranya tiada masa, tiada kepandaian, tiada peruntukan kewangan utk membayar jurulatih luar, bagi saya tak perlulah digagahkan juga. kalau nak buat jugak, jadilah tikus membaiki labu. namun kalau dilihat dari sudut penggalakan aktiviti kebudayaan sememangnya positif tetapi……… Apa yang saya perhatikan, ramai guru2 sekolah ataupun pengajar daripada luar yang berlagak pandai, berlagak tahu sedangkan sebaliknya. ini terbukti apabila kita melihat hasil ketika hari pertandingan. kita dapat mengagak setelah sesebuah kumpulan membuat persembahan, apakah kumpulan tersebut kurang latihan ataupun silap latihan.

    berkenaan dengan sekolah saudari menjadi johan 2005, boleh tak saudari berikan beberapa sebab kenapakah sekolah saudari menang pada tahun tersebut dan mendapat anugerah tok jogho serta tukang karut terbaik? jangan terlalu tinggi sangat mengangkat bakul, nanti bakul terjatuh, menghempap kepala sendiri.

    satu lagi kelemahan ketara jurulatih adalah suka sangat meniru apa yang dilakukan oleh pasukan daripada kelantan. mereka menganggap apa yang dilakukan oleh pendikir kelantan adalah “wahyu” yang perlu mereka ikuti. cuba saudari terangkan kepada saya apakah relevannya ‘ritual’ yang saya maksudkan itu dalam dikir barat? sepatutnya perkara tersebut dikaji terlebih dahulu sebelum ditiru bulat. itu bukannya cara utk mengajar. memang benar, dikir barat di Malaysia ini asalnya dari Kelantan namun perlu dikaji apakah makna ‘dikir barat asal dari kelantan’ itu sendiri.

    memang senang untuk bercakap bagi mengadakan bengkel dikir barat. saya boleh turun padang jikalau saudari sediakan padang yang sepatutnya utk saya dan rakan2 saya berguling di situ. kalau saudari menyuruh saya untuk mengadakan begkel, saya tidak akan lakukan kecuali pihak saudari berikan peruntukan kewangan dan juga sediakan peserta2 bengkel yang sememangnya mempunyai minat dan bakat yang mendalam. saya jamin, dengan bantuan kawan2 saya di luar sana, bengkel ini akan dapat dijayakan. walau bagaimanapun saya mengakui kurangnya bahan2 bacaan dan juga audio visual mengenai pengajaran dikir barat, namun kalau nak seribu daya……

  • Siti Zubaidah

    Assalamualaikum… minta maaf sekiranya saudara berasa tersinggung dengan komen saya di sini. sebenarnya saya tak pernah pun nak angkat bakul sendiri. Saya ni perempuan tak larat nak angkat bakul seperti orang lelaki. Kemenangan hari tu disebabkan persembahan yang menghiburkan di samping bersahaja dan tidak berlebih2. Itu komen daripada hakim. Saya bukan nak highlight yang itu cuma nak memberi komen dan pendapat sedikit kerana saudara kecewa dengan dikir barat yang selalu dipertandingkan di sekolah tidak menepati tahap seperti yang saudara ingin lihat. Saya sebagai pendidik cuma nok memberi cadangan untuk memperbaiki dilema seperti yang dinyatakan. Harap saudara bertenang dan sangat besar jasa saudara sekiranya saudara dapat memberi tunjuk ajar kepada saya yang tak tahu apa2 ni. Sekiranya saudara ingin menolong pihak guru, saudara boleh menghubungi pegawai pendidikan daerah untuk berurusan dan melakukan sedikit kertas kerja. Peruntukan kewangan akan diterima sewaktu pendaftaran peserta. Itu hanya cadangan utk penambahbaikan.Insya-Allah, satu hari nanti mutu dikir barat sekolah akan bertambah baik sekiranya saudara dan rakan-rakan dapat memberikan tunjuk ajar bukan saja di sekolah-sekolah tetapi di seluruh Malaysia kerana upacara ‘ritual’ tu ada dilakukan hampir di setiap sekolah di Malaysia sewaktu pertandingan berlangsung. Harap saudara dapat berikan tunjuk ajar kepada kami yang kurang ilmu ni…

  • http://arjunasukma.com arjunasukma

    cikgu sekolah tinggi kajang tak silap ni..ore kuat helmi ni..hehe

    tapi cik zubaidah bersemangat kuat dengan dikit ni..bagus2..tahniah cikgu,,

  • http://www.jutawanceramic.com JutawanCeramic

    “Ritual” tu hok pendikir masuk panggung/naik pentas tu la kan?

    naik biasa2 pun tak apa dah..janji kita naik dengan penuh berhemah, sopan santun.. sebab nak ngadap penonton getek..

    naik pentas tu rasanya takdop markah, tapi kalau nak wat comel tak tahu la…

  • mohd ramli

    akumm…arjunasukma….
    saya pun pernah jadi hakim dikir barat kerana tiada orang nak jadi hakim pada masa tu. Saya terasa terpaksa apabila dipanggil berkali-kali oleh rakan di jabatan supaya memenuh kuota hakim. Walaupun saya terangkan berulangkali kepadanya namun beliau tetap dengan pendiriannya… Jadilah aku hakim bidang terjun:

    Tapi hakim peringkat bahagian taklah sesusah diperigkat negeri: Diperingkat bahagian biasanya 2 atau 3 shaja yang berkuaiti. No 1 dan no 2 pun berbeza banyak dari segi kualitinya. Yang lain entah apa2. Macam2 nada gendang sampai sakit telinga. Saya yang tak pandai dikir barat pun tak tahan mendengarnya, tak tahulah saudara arjuna yan memang mahir dalam dikir ni..

    Cadangan saya ..
    Saudara arjunasukma perlulah hasilkan beberapa cd/vcd lengkap teknik2 asas bermain muzik dikir barat. Disamping dapat sedikit habuan hasil penjualan cd/vd dapatlah memberi panduan kepada cikgu2 atau cikgi yang memang besemangat mengajar muridnya….

    ps : cd/vcd tu mestilah lengkap dari peringkat asas hinggalah peringkat yang paling tinggi….tq

  • miakkl

    Assallamualaikum wbt…

    Rakan2 sekalian…dalam kita mencuba memartabatkan seni dikir barat ini kita semua tidak bolehlah mendabik dada terutama penggiat2 dikir dari kelantan.Jangan mudah bangga diri kerana anda semua berasal dari sana.Tidak semua orang kelantan tahu selok-belok dikir barat dan tidak semua para pengadil yang mengadili pertandingan atau mempunyai pasukan dikir masing2 boleh menjadi jurulatih yang baik.

    Saya telah lama bergelumang dalam seni dikir barat ini sejak saya sekolah rendah lagi..dari saya berdikir barat moden sehinggalah saya mempelajari apa itu dikir barat yang asli.Kehendak dan minat saya dalam seni dikir barat adalah sangat mendalam sehingga saya pergi berkurus sampai 3 kali khatamnya dengan KEKWA di MATIC Jalan Ampang yang kini dikenali sebagai MTC.Banyak sudah saya lihat karenah dan birokrasi dari pelbagai pihak.Bagaimana seni dikir barat ini boleh bertahan jika kita masing2 menyalahkan antara satu sama lain.
    Bukankah adalah lebih baik jika kita duduk semeja dan membincangkan langkah2 untuk kita memperkemas dan mempertahankan seni dikir barat yang unik ini.

    INGAT!!!!!dikir barat bukan hak orang kelantan akan tetapi hak semua…kerana ianya seni budaya orang siam yang telah di adaptasi ke kebudayaan orang kelantan.Mendabik dada mengatakan orang luar tidak layak berdikir atau mengajar dikir adalah tidak realistik dewasa kini.SEDARLAH kita dah ke alaf 2020….semua orang sudah maju.Pada orang luar yang sedang mempergiatkan seni dikir barat seperti syed PETRONAS,cikgu zubaidah dan lain2 lagi..sila teruskan usaha murni anda.Saya tak lihat orang luar tidak boleh mengajar dikir lebih baik dari orang kelantan.Sekian…..

  • http://www.dikirbarat.net mafaka

    saudara mohd ramli…sebelum arjunasukma jawab, ingin saya mencelah..
    sememangnya tidak dinafikan kebanyakan sekolah2 di lembah klang dan selangor masih lagi berdikir barat ‘sesuka hati’ mereka. apa yang mereka tahu pasal dikir barat adalah ada awak2, main rebana (kadang2 kompang), ada tepuk dan ada penyanyi. namun sedikit sebanyak perubahan sudah ada di sesetengah sekolah sekarang bila adanya tenaga pengajar yang berpengetahuan berkenaan dikir barat.
    dgr2 arjunasukma akan menerbitkan vcd yg dimaksudkan itu, walau bagaimanapun, berguru face 2 face dgn tok guru adalah sgt perlu berbanding dgn vcd.

    saudara miakkl…
    sebenarnya saya tak berapa risau sgt sekiranya pendikir dari kelantan mendabik dada berkenaan dikir barat berbanding pendikir yang bukan kelantan yg mendabik dada walaupun kedua2 nya sememangnya sikap yg keji…pikir2lah sendiri..tapi saya sokong saudara yg tidak bersetuju dgn pendapat bahawa org luar tidak layak berdikir dan mengajar dikir barat.

    saya sgt tak setuju apabila saudara kata dikir barat adalah kebudayaan org siam yang diadaptasi ke kebudayaan org kelantan. apa maksud saudara berkata sedemikian? apakah guru2 yang mengkhatamkan saudara di matic yang berkata sedimikian? kalau tak keberatan, bolehlah saudara terangkan kepada saya berkenaan perkara tersebut.

  • http://suaramuda.blogspot.com moka

    miakk tu betul ko dh khatam..? setara mana khatam tuh..

  • http://www.dikirbarat.net mafaka

    satu lagi…apa makna khatam dalam dikir barat?

  • http://www.dikirbarat.net slockkere

    Miakkl,

    Adakah dalam mempelajari seni dikir barat ni boleh main khatam2..
    Aduuhhh!!! Hang kena banyak blajar lagilah.. aku rasa hang ni, syok sendiri kalau bercakap..

    Selama ni Saya tgk rekod hang dalam dikir barat bukannya hebat sangat pun.. Hang ajar budak2 sekolah diKL dan diselangor taklah sehebat mana pun dan sampai skrg tak sampai tahap memuaskan. DiMATIC terutamanya, tak adapun melahirkan pelajar yg hebat khususnya dalam bidang dikir barat biasa je.. saya rasa hang ni kena cari tok guru yg blh ajar hang bercakap molek dalam dikir barat.. setakad sijil ataupun diploma tidak cukup.

    Sebenarnya.. aku rasa hang ni susah nak terima pendapat org..
    kita tak blh nak beza-bezakan kelantan atau pun org luar yg blh berdikir atau mengajar.. kita kena seimbang kedua2nya kalau bercakap, bab sejarah pula, kita tak blh memandai2 bercakap asal ujudnya dikir barat itu bukan tugas kita untuk mempersoalkannya… saya harap banyak2lah Munasabah diri..

    Disini bukannya tempatnya kita meluahkan benda yg kita rasa tak puas hati.. disini tempat kita belajar dan bertanya apa yg kita tidak tahu.. kalau anda kata anda sudah TIGA KALI KHATAM! itu adalah contoh kata2 org yg mendabik dada.. Seni dikir barat ni luas.. banyak yg perlu kita halusi dan belajar kesatu tahap yg kita tidak tahu… kerana ianya tiada pengujungnya…

    Kalau nak ikut hati akulah banyak lagi aku nak cakapkan.. tapi disini bukan tempatnya. Hang kata kita harus duduk semeja dan berbincang.. hang beritahu kat mana? kita jumpa dan berbincang utk kebaikkan bersama….

  • http://arjunasukma.com arjunasukma

    hehe..rupanya di sini pun laris jugak yer..

    cadangan mohd ramli akan saya laksanakan namun perlu beri ruang dan masa supaya saya dapat mengatur satu persatu.Sesuatu yang dihasilkan dengan cepat akan kurang kualitinya jika di gunapakai sifir normal.hehe..

    Miakkl juga banyak mempunyai pendapat yang bernas..rajin rajin la menulis. cuma sedikit salah faham makna siam dan melayu selatan thailand itu dipertikaikan oleh pembaca kita di sini. Kalau di Kelantan, siam adalah siam yang beragama buddha..dan mengikut fahaman dan pengetahuan hamba yang tak seberapa ini, dikir barat adalah seni adaptasi dari melayu selatan thailand, bukan siam buddha. Itu aja perbezaan pendapat yang dikesan oleh minda hamba yang tak seberapa..

    Slokere pun tidak kurang arifnya dalam dikir barat ni jika dinilai dari hasil penulisan saudara..bagus la..golongan gabungan peminat dikir dan intelek amat diperlukan untuk memartabat dikir barat sedunia..berdiri sama tinggi, duduk sama rendah..hehe

  • http://dikirbarat.net slockkere

    kawe stuju apa yg dikata oleh org kuat kita mat yie tuu…
    berdiri sama tinggi, duduk sama rendah..heee

  • Mamat Stapa

    Assalamualikum semua.

    Pelajar-pelajar sekolah adalah pelapis untuk meneruskan seni budaya dikir barat pada masa depan. Bimbinglah dan bantulah mereka. Mungkin perlunya orang-orang kaya, NGO dan syarikat menubuhkan satu tabung (dana) untuk membiayai program latihan kepada golongan ini.

    TQ

  • http://azmi-alkelantani.blogspot.com jemie kebah

    ambo beraso nok kecek jugok pasal dikir barat ni…ado hok kato 3 kali khatam doh…ado kata dikir tu hok ore siam buke ore kelate…mana pun asal dan mana pun punca tetapi itulah loghat yang perlu ada dalam dir barat untuk jadikan dikir barat tidak sumbang….nasib baik org uganda tidak bercakap dengan loghat seprti mana org selatan thailand dan orang kelantan bercakap. kalau tidak mesti org kata dikir barat tu asal dari uganda. maafkan saya. pasal nak membangun kan dikir barat ni x payah berkecek pasal asal usul. pendikir dan/atau pengiat seni dikir barat serta peminat mesti pernah tgk macamana pada suatu masa dahulu dikir barat dipersembahkan. saya perah dengar pada suatu masa tukang karut deraman anak keli marah pada jong banonya yang palu gendang panje ketika dia mengarut. jadi untuk mengekalkan keaslian dikir kena jaga dari segi alat muzik, loghat bahaso, seni lagu dan peraturan yang ada dalam dikir barat. abe mie gajah putih ambo raso antara yang layak berkecek dalam soal ni. dikir barat seprti kata abe mi gajah putih adalah seni suara. “dan adapun dikir barat itu ialah seni suara, maka yang perlu dipersembahkan ialah suara. bukan pada tau asal usulnya. ataupun gaya dalam menari. suara tok joghonya.awak2nya. tukang karutnya. muzik hanya ikut. dan kalu x panda lasung muzik palu mambo sajo pun xpo”, kata abe mie gajoh putih dengan nada serius ketika mentraining budak-budak kenchana putra untuk ke pertandingan akhir Dikir barat RTM 2004 diselangi dengan kata ye ye ye.

    serabut weh bo la nulih………….

    terima kasih sedara sedari ni assalamualaikum
    semula pulak ambo mari mitak maah mitak ampung

  • http://www.dehewaraspak.blogspot.com Cikgu Adham

    salam smua.. tahniah atas sumbansaran yang diadakan di atas.. saya rasa cukup bangga kerana ramai orang yang berusaha memartabatkan seni dikir barat. namun, seboleh-bolehnya jangan terlalu menambah unsur kontemporary yang keterlaluan sehingga menjadikan dikir barat membosankan, terutamanya semasa ritual menaiki pentas.. tak perlu meleret-leret persembahan menaiki pentas sehingga memakan msa yang keterlaluan..
    terima kasih

  • Pencinta Warisan

    Salam sejahtera. Warisan bangsa dikir barat ini memang perlu dikekalkan. Walaupun kami dari Sarawak agak tertinggal justeru kekurangan bahan dan ilmu bagi mengajar pelajar kami. Tahniah kerana pihak penggiat dikir barat telah menghasilkan VCD sedemikian. Bagaimanapun daripada pemerhatian saya melalui promosi tersebut, pelat Bahasa Kelantan mungkin akan menyukarkan kami untuk memahami dan menguasai ilmu yang diberikan tersebut. Cadangan saya, untuk VCD yang akan datang pastikan Bahasa Melayu standard digunakan oleh penunjuk cara supaya mudah untuk semua yang menontonnya.
    Sekian.

  • org

    Inila sikap segelintir orang melayu kita…suka menunding jari…lebih baik kita duduk semeja dan ikhtiar memartabatkan seni kita..bukannya nak cari kesalahan orang lain aja tau…sejauh mana arifnya kita kalau asyik nak condemn orang lain jer..lu pikirla sendiri…kalau terus menerus macam ni…seni ni akan pupus…masa tu baru la nak menyesal..dah terlambat…

  • http://www.amirullasyraf.co.cc/ ajoy205

    Salam sejahtera.
    Saya merupakan salah seorang peserta dikir barat di salah sebuah sekolah di Putrajaya. Saya baru sahaja selesai bertanding pagi tadi. Saya menyedari bahawa terdapat banyak kesilapan yang pasukan sekolah saya telah lakukan semasa pertandingan tadi. Jadi, saya berharap supaya saudara dapat menyediakan artikel dan mungkin juga video mengenai bagaimana untuk berdikir barat dengan betul. Saya akan cuba mempraktikkannya di sekolah. Sekian sahaja.

  • amir

    Salam utk semua. Untuk pengetahuan semua, program j-QAF di sekolah-sekoloah rendah juga ada mengadakan pertandingan dikir barat. Tetapi dalam Bahasa Arab. Baru-baru ni dalam tahu dan tak tahu tentang dikir barat saya dan rakan-rakan telah melatih murid-murid berdikir. Sebagai guru tahu ke tak tahu itu soal kedua yang penting orang atas suruh latih. Alhamdulillah dapat nombor 4. Walaupun tak puas hati dengan nombor tersebut (hakim-hakim pun cikgu-cikgu yang tahu dan tak berapa tahu tentang berdikir). Alahamdulillah sekarang saya cuba dapatkan vcd cara2 berdikir dari arjunasukma.com. Harap-harap ia dapat membantu untuk masa hadapan.

  • risha suara mas

    majulah seni dkir barat warisan bangsa

  • guru baru nak mula

    Kewa ni baru nak tubuih dikir barat kat sk rendah di selangor. Kalau bolehlah kiranya sesiapa yang sudi menghantar contoh kertas kerja dikir barat kepada hamba ni. minta tolong banyak2. terima kasih. anak jati kelata

  • guru baru nak mula

    tok ingat ini mail kawe mohdyusrymuhamad@yahoo.com semoga dikir barat disebarkan seluruh negara.( mintak kertas kerja )

  • http://okbro Jali Bunga Raya

    hello bos…

  • pening

    saya jadi tension dan pening bila pikir macam mana nak ajar2 budak2 ni kerana saya sendiri tak tahu nak berdikir.Kena redah jugak sbb pengetua nak juga kita buat.Jadi terpaksa la saya tengok 2 dalam youtube,harap dapat beli vcd saudara tu..kalau dikedai biasa di kelantan ada jual ke cd tuh?boleh saya kirim…

  • moka

    sila hubungi admin..utk dapatkn vcd

  • http://www.dikirbarat.net/ mafaka

    Saudari Siti Zubaidah.
    Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudari yang bergelar seorang guru kerana sudi membaca tulisan saya ini.

    tumpuan saya lebih tertangkap pada kenyataan saudari yang berbunyi…
    “Saudara, namun saya kurang setuju sekiranya saudara menyalahkan guru dan pihak pentadbir sekolah keseluruhannya…..”
    dan saya tidak tahu kenyataan manakah dalam tulisan saya yang menyalahkan guru dan pihak pentadbir sekolah keseluruhannya. Apa yang telah saya terangkan adalah merangkumi semua/kebanyakkan kemungkinan yang menyebabkan berlakunya kepincangan dalam kualiti dikir barat sekolah. ianya juga adalah daripada pemerhatian saya sepanjang saya melibatkan diri dengan dikir barat sekolah.

    saya memohon maaf sekiranya tulisan saya itu mencubit perasaan mana2 pihak dan saya amat mengalu-alukan segala komen yang disertai dengan bukti2 dan fakta2 yang berisi.

    sudilah kiranya Saudari dapat nyatakan sekolah mana yang saudari ajar tersebut dan siapakah jurulatih yang disediakan oleh JPA yg telah cigku nyatakan.