|
Muslih Aling
|
 |
« on: January 31, 2010, 05:59:08 PM » |
|
Pada minggu lepas, saya telah berjumpa dengan beberapa sahabat lama yang kini membina nama yang gah dalam arena dikir barat baik di Kelantan mahupun di Lembah Klang, Jen KD dan Man Khan. Pada sesi perjumpaan tersebut, Jen mengatakan bahawa album beliau telah dilancarkan yang bertajuk "Dikir Hijrah", berkonsepkan muzik tradisional dan tema nasihat, 8 buah lagu yang dimuatkan dalam album tersebut kesemuanya sesuai untuk semua lapisan masyarakat..apa yang membanggakan ialah semua lagu dalam album tersebut berunsurkan tazkirah,nasihat dan peringatan, dan diiringi oleh rebana, memberi nafas baru untuk semua peminat lagu dikir barat. Ironinya, Jen KD berjaya merekrut Saudara Azhan Atan iaitu Johan Akademi Nasyid 1 untuk bersama-sama menjayakan album tersebut.
Sebenarnya, inilah yang kita inginkan daripada penggiat seni yang mahu mengeluarkan album,kita akan menyokong usaha murni ini dan akan terus mempromosi...bukan sebab yang menghasilkan album ini ialah sahabat2 lama kita,tapi apa yang dibawakan dalam album ini.. Jika orang yang sama menghasilkan lagu yang dulunya kita tidak bersetuju, kita akan tetap tidak bersetuju juga sekarang.. dan jika kumpulan yang menghasilkan album jaguh dikir,pesona dikir,dan selebihnya itu tiba2 menukar konsep album mereka kepada yang lebih bermanfaat dan berintelek seperti DIkir Hijrah,kita juga akan tetap menyokong..
|