Assalamualaikum n salam perkenalan....Pertama sekali untuk pengetahuan semua, inilah pertama kali ambo terlibat dalam forum nie setelah sekian lama menjadi ahli. Kalu ada tersalah bual bicara hrp diampunkan deh. Bg diri ambo, kewujudan web nie menggambarkan bahawasanya kita sangat syg ko seni kita terutamanya dikir barat. Melalui page nie kita boleh kongsi maklumat, pandangan dan sebagai dikala maklumat berkaitan dengan seni dikir nie susah nak dapat. Jadi ambo ucap tahniah byk2 kpd admin krn telah mewujudkan satu wasilah kpd pencinta seni dengan kemunculan dikir barat.net. Ok, balik ko topik asal, dibawah nie diutarakan beberapa pandangan dan ulasan kawe berkaitan dengan dikir barat asli.
Pandangan berkaitan dgn dikir barat asli sebnrnya sgt subjektif sifatnya. Ambo xsir nk takwil pndapat sapo2 dlm hal nie sbbnya me’ne dkir nie bnda baru. Dlm hal asal usul dikir pun kita dh byk berpolemik ni pulok kita nk tentu hok mn so dkir hok asli n hok mano buke. Cumanya ambo nk cerita ckit laa gpo hok ambo dok bual dgn seorang tokoh dkir yg jgk guru kwe(sudah meninggal dunia thn lepas) dalam 2,3 thn lepas. Dia ada gtau ambo dikir zmn loni dkir nie lebih sudu dr kuah. Org zmn nie byk tgk ko kreativiti dr keasliaan dkir tu sendiri. Dkir barat asli nie gni, hok apo hok kwe dgr dr dia laa,satu permainan hok asasnya kalu nk sebut gk seni suara laa. Permainan ni lebih menekankan suara sama ada dr tok jogho,tukang karut n awak2. Dr segi tepuk tu hok asasnya ikut displin irama hok ada dlm persembahan dkir tu sndiri. Tepuk ni cuba kita tgk laa sama ada ia dalam bntuk bulatan atau baris,semuanya sama ke.Dari segi tari pulok dia ni sekadar sebagai penambah rasa dlm persembahan. Kalu ado tari cmey2 koho cmey persembahan tp kalu xdop tari cmey pun xpo asal dua hok asas tue tok ditinggal.
Dari segi alat nie,bley laa kita terima bahawasanya 5 alat hok ada loni nie merupakan alatan tradisional dlm persembahan dkir ni sendiri. Walaupun dalam 5 alat tu ada hok baru ditambah tp kita bley laa 5 alat tersebut tue merupakan alatan asli dalam persembahan dikir barat. Lain dr 5 alat nie kwe kira out dr nk kata dkir brt asli. Kalu dia tmboh selain 5 alat nie bg kwe dia bley dikelaskan sbg dkir moden. Tp kalu xdop langsung alat2 tradisional ni kita xleh anggap dia dkir doh walupun dia nyanyi dlm bhsa kelate(hok ni kwe kelaskan sebagai lagu2 daerah)
Dr segi displin irama pulok, irama jogho,jenis2 irama karut n lagu penutup(xkira laa lagu penutup manapun) merupakan irama yg bg kawe menggambarkan keaslian dikir barat tue sndiri. Lain dr irama2 nie kwe kira lari dr asli doh. Dkir asli nie ikut pandangan ambo merupakan persembahan seni suara hok melibatkan semua karakter hok ado dlm dkir barat tue(tolok musician).
Hbs doh hok pasal teknikal nie ambo nk ulas detail lg. Pendetailan kwe nie lebih ko irama-irama hok ada dalam dkir brt n ckit2 berkaitan dgn alat muzik. Bg ambo irama-irama hok x rajin org ubah atau ceduk dr lagu2 lain nie ialah irama karut. Sebabnya pembawakan irama tue serupo jah sejak dulu hingga loni walaupun perkataan dia telah diubah. Sebagai cthnya karut tani..zmn dlu ayat permula nyo lebih bunyi "muse oh muse jatuh bloom dlm telago(maaf kalu silap dey) tp loni org sebut awe oh awe. walaupun perkataan telah diubah tp pembawakan n rima ttp sama. Sama jugak dgn karut kelate lama(beza ckit dr karut kelantan,tp pembawakan sama) bunyi dia lebih kure gni "A'ah bikas bangun cace,ambik tokat panje seto(maaf skali lg kalu salah) tp loni org doh uboh tp rima belake dio org x kosek n cro bwk pun serupo. Dari segi irama jogho pulok hok aslinya jogho akan alun palo pantun ph awak2 akan ulang pantun tue sapa abih. Tok jogho pulok akan bawak pantun lain doh lepas pado tuh. Bley kato kebiasaan pantun lagu jogho ada 4 rangkap. Lagu2 jogho nie bley katokan xdop hok wt sendiri buat saat nie(xtau laa kalu ada) banyaknya ceduk alik selatan siam. Xpo la ceduk ko wt sndiri ko asalkan xlari dr hok asas irama nie.
Dari segi alat pulok, tempo muzik nie kna bwk ikut kesesuaian irama yang didendangkan. Kalu irama joro kna bwk cro joro(tp ikut kesesuaian lagu tu lgmana alunan dia),kalu irama karut cro karut laa n kalu lagu penutup ikut cro dia laa. Pasal isu dikir barat singapore nie ambo rs secara objektifnya dia mmg dkir brt. Cma bg kwe roh keaslian dlm dkir brt yg asal dr kelate sudoh hilang. Tp so karo hok ambo puji demo tue punya awok2 soro mantap n ikut volume hok tok joro or tukang karut letak lagu. Ph pulok kato dmo tue gna teknologi dalam nk ukur soro.Dalam isu dikir barat ni cmpur dgn alat muzik moden pulok ambo anggap sebagai dkir lagi tp ia bukan dkir asli doh. Biasanya dikir barat yang bunyi muzik dia cmpur dgn muzik moden dipersembahkan dalam bentuk nyayian dikir. Bg ambo x saloh cuma dia x asli doh laa. Ambo pun minat jgk hok jenis muzik campur nie. Cth nyanyian@lagu dkir hok kwe minat ialah lagu dr album ckgu sulizi. Tp kalu nk tnjuk ko pelancong kita misti nk tnjuk hok btol2 asli ke..Cumanya so jah kwe bangkang bila xdop langsung alat2 tradisional dlm persembahan yg kononya dianggap dkir.Yg bukan sekadar x asli malah sudah keluar dr lingkungan dikir tue sendiri.
Last skali ambo nk ulas dr segi adat nk main pulok. Kot mana2 pun start dkir dengan tabuh.Xdop tabuh maka xdok doh hok aslinya..Phtu pulok,adat tok joro kalu joro mesti duduk n tukang karut pulok kna berdiri. Awak-awak pulok kot mana2 mmg kijoe dia duduk selo n ngadap audien(kalu baris laa).
Ambo rs setakat tue jah pandangan kwe hok ambo leh oyak. Kalu ado saloh silap dlm artikel nie,tlg2 bg pandangan yg membina. Mana tau ada pandangan ambo hok xbetol ko. Skali lg ambo ucap selamat berkenalan kpd kwn2 sekalian...ok tima ksh n assalamualaikum..

p/s:maaflah kalu isu nie doh basi dey,tp topik nie ambo minat nok ulas sbg permulaan
