Komuniti Dikir Barat Malaysia
March 15, 2010, 12:36:05 PM *
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News:
 
   Home   Help Search Calendar Login Register  
Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Jen Endoro Mahu Bawa Dikir Barat Ke Pentas Dunia  (Read 425 times)
MoKa :-)
dikirbarat.net
Global Moderator
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1390


moka production...


WWW
« on: October 20, 2009, 06:31:39 PM »

KOTA BAHARU, 11 Nov (Bernama) -- "Endoro! Endoro! Aku nak beli motor.

Namaku timbul sampai ke Kuala Lumpur. Ramai orang sanjung segenap bandar segenap kampung. Lo ni doh jadi hero, sampai soho".

Itulah antara bait lagu dikir barat berjudul "Endoro" yang dinyanyikan seorang pendikir di Kelantan, menyuarakan impiannya membeli sebuah motosikal Enduro dan namanya dikenali, ibarat selebriti, termasuk di Kuala Lumpur.

Mohd Zain Ismail atau lebih dikenali dengan nama "Jen Endoro" dalam kalangan peminat dikir barat menyanyikan bait-bait lagu itu sejak 1970an lagi.

"Jen" adalah "Zain" dalam sebutan loghat Kelantan sementara "endoro" ialah cara meeeka menyebut "enduro".

Bagi peminat dikir barat dan penduduk negeri Cik Siti Wan Kembang ini, nama itu sangat sinonim dengan dikir barat dan beliau berperanan besar dalam membawa seni budaya warisan negeri ini ke pentas dunia.

Bagi mereka Jen Endoro bukan hanya seorang penghibur tetapi membawa dikir barat ke satu dimensi baru dalam seni persembahannya.

Setiap kali namanya diumumkan pada persembahan dikir barat, nescaya gegak gempita suara penonton yang hadir yang sememangnya mengagumi kelunakan suara "tok jogho" dan "tukang karut" itu yang kini merupakan ketua Kumpulan Hilir, Kubang Kerian. BEKAS JUARA DIKIR BARAT KEBANGSAAN

Jen Endoro, 48, ialah juara dikir barat peringkat kebangsaan selama dua tahun berturut-turut pada 1998 dan 1999 serta pernah merangkul juara tukang karut terbaik peringkat kebangsaan sempena program Citrawarna pada 2001.

Bukan itu sahaja, beliau telah menjelajah ke hampir semua negara Asean bagi membuat persembahan memperkenal seni budaya itu ke negara terbabit.

Sehingga kini Jen Endoro menghasilkan 11 album dan sembilan dalam bentuk video cakera padat lagu-lagu dikir barat ciptaannya dan hasil karya komposer terkenal seperti Siso dan Eddie Hamid.

"Kalau tidak kerana lagu Endoro itu, siapalah saya dan kerana lagu itulah telah membawa saya ke negara Asean dan pernah menjadi juara dikir barat," katanya.

Katanya lagu itu diciptanya sendiri berdasarkan kepada populariti motosikal lasak Yamaha (endurance) dan perkataan "enduro" ketika itu yang memberikan ilham padanya menulis lirik lagu berkenaan.

Lagu berkenaan kemudian "meletup" dan ketika itulah namanya menjadi sebutan dan menjadi kemestian penganjur menjemput beliau membuat persembahan.

"Bukan lagu Endoro sahaja saya cipta, semua perkara baru seperti Proton Saga yang baru keluar pun saya cipta lagu tetapi tidak boleh menandingi kehebatan lagu Endoro," katanya.

BUTA HURUF

Beliau tidak pernah bersekolah dan menganggap perkara itu menjadi beban baginya menghadapi cabaran hidup walaupun kini sudah berjaya dalam dunia dikir barat.

"Saya tidak tahu kenapa saya yang merupakan anak sulung daripada lima adik beradik tidak dihantar bersekolah. Yang saya tahu arwah ayah, Ismail Awang mahukan saya membantunya membuat kerja kampung bila dewasa," katanya yang berjinak dengan dikir barat sejak berusia 11 tahun.

Jen Endoro bermula sebagai pembawa peralatan muzik dikir barat sebelum akhirnya menjadi tok jogho dan tukang karut yang dikenali.

Katanya mentor atau tok guru beliau ialah allahyarham Ariffin Awang Teh atau dikenali sebagai Rifin Ana yang mengesan bakatnya ketika berusia 15 tahun dan ketika itu beliau diberi peluang menyanyi sebelum persembahan sebenar bermula. PERNAH DIBAYAR HANYA RM15 UNTUK SATU PERSEMBAHAN

Menurut Jen Endoro, ketika itu beliau hanya dibayar RM15 untuk setiap persembahan malah kadang-kadang langsung tidak dibayar.

"Tapi saya tak kisah asalkan hati puas dapat berdikir kerana bagi saya wang tidak menjadi keutamaan asalkan minat berdikir dapat diteruskan," katanya.

Sekarang beliau dibayar antara RM700 sehingga melebihi RM1,000 untuk tiga lagu yang dipersembahkan.

Jen Endoro biasa membuat persembahan di pelbagai tempat termasuk di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan pembesar luar negara.

"Kalau dulu saya takut sangat nak buat persembahan depan pembesar tetapi sekarang dah tak kisah malah saya boleh berdikir secara spontan," katanya. KINI BOLEH MEMBACA DAN MENULIS

Jen Endoro kini tidak lagi buta huruf kerana pada usia 27 tahun beliau telah belajar bersungguh-sungguh dan kini boleh menulis dan membaca dengan lancar dan memudahkannya untuk berkarya.

Beliau yang kini tinggal di Kampung Kota Jembal, juga sudah mempunyai pekerjaan tetap sebagai pemandu, di bawah Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB).

"Saya dapat kerja ini daripada kerajaan negeri Kelantan sekarang kerana menghargai bakat saya mengharumkan Kelantan dalam seni dikir barat," katanya.

Menurutnya tahun depan, kerajaan negeri akan membina rumah baru buatnya seperti mana yang diberikan kepada seorang lagi pendikir terkenal, Megat Nordin yang diberikan sebuah rumah, tahun lepas.

"Rumah sekarang adalah rumah milik mentua dan Alhamdulillah kerajaan negeri nak berikan rumah buat saya," katanya.

Jen Endoro berkata beliau kini juga bersedia menjadi tenaga pengajar kepada mana-mana pihak yang ingin mempelari seni dikir barat dan jika dipelajari dengan bersungguh-sungguh, seseorang itu akan dapat berdikir dengan baik dalam tempoh tiga minggu sahaja.

TIDAK MUDAH BERDIKIR SECARA SPONTAN


Katanya kehebatan pendikir adalah boleh berdikir secara spontan tetapi tidak semua tok jogho boleh menjadi tukang karut yang baik.

"Ada orang hanya boleh menjadi tok jogho tetapi tidak boleh menjadi tukang karut kerana ia memerlukan kreativiti bagi berdikir secara spontan," katanya.

Beliau berkata kebanyakan pendikir kini lebih suka berdikir dengan cara mencedok lagu Bollywood dan lagu-lagu terkenal dan ia sebenarnya tidak baik dalam dikir barat kerana sudah hilang keasliannya.

"Kenapa tidak ciptakan lagu sendiri dan ini yang saya cuba hapuskan secara perlahan-lahan melalui Persatuan Pendikir Kelantan," katanya.

CITA-CITA JEN ENDORO

Mengakhiri perbualan, Jen endoro berkata beliau mahu dikir barat menjadi sebutan di peringkat antarabangsa dan mengharumkan nama negara.

Beliau yakin perkara itu akan dapat dicapai jika usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan.

Sebabnya, pada penghujung persembahannya di hadapan pelancong asing, beliau sering diminta membawa dikir barat ke negara mereka.

"Sebelum saya bersara berdikir, saya mahu buat persembahan di depan perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

"Saya nak tunjuk betapa hebatnya seni dikir barat ini," katanya bersungguh.

-- BERNAMA
Logged

"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga" Dr. Mahathir Mohamad.
Rid
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 782


Iman Islam Kelantan


« Reply #1 on: October 20, 2009, 09:11:09 PM »

ambo minat ni nge Jen ni... beso la jugok dok skaki nge dio...
Logged

Hak Allah..
sang_serak
Pesiban
Tukang Karut
*
Offline Offline

Posts: 323


dikir2 jugok, maye be jange tinggal


« Reply #2 on: October 22, 2009, 01:12:12 AM »

ambo pun
 Smiley Smiley
Logged

dikir2 jugok maye be jange tinggal
cenDawan
Tukang Karut
****
Offline Offline

Posts: 372


« Reply #3 on: October 22, 2009, 01:58:00 AM »

pandai baca ko?? Roll Eyes Roll Eyes.. aku sokmo dop masuk topup dan tlg reply msg.. alosss laaaaaa...
Logged
Lokanbertepuk
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1146



WWW
« Reply #4 on: October 22, 2009, 02:17:29 AM »

ambo tgk tok cha buleh reply msg molek2, x kan dia xleh..hehehe
« Last Edit: October 22, 2009, 02:21:01 AM by Lokanbertepuk » Logged

kacaubilau
Tukang Karut
****
Offline Offline

Posts: 424



« Reply #5 on: October 22, 2009, 06:04:47 AM »

kito respek ngan pencapaian dio..  Wink
Logged

puah wehh....
cenDawan
Tukang Karut
****
Offline Offline

Posts: 372


« Reply #6 on: October 22, 2009, 09:35:54 AM »

ambo tgk tok cha buleh reply msg molek2, x kan dia xleh..hehehe

kalo anak n bini msg xpanda meta2 reply,,tp kalo ore tino lain especially peminat pandai plop tuhhhh.. hahaha
Logged
pokkukama
Awak-awak
*
Offline Offline

Posts: 19



« Reply #7 on: October 24, 2009, 07:41:37 PM »

hebat sungguh abe jen nih..kawe mmg respek..
Logged
snakeye
Tok Jogho
***
Offline Offline

Posts: 105



« Reply #8 on: November 13, 2009, 01:50:45 AM »

walaupun xpandai tapi kalu ado usaha kito bulis pandai ambo ghaso ,tapi  taok tahu la sejauh mano betul ko dop hok ambo royat ni.kalu x betul harap perbetulkan.
Logged

BERSAMA -SAMA KITA MERAKYATKAN  DAN MEMARTABATKAN SENI
blakepaghe
Jong Bbano
**
Offline Offline

Posts: 60



« Reply #9 on: January 21, 2010, 09:25:56 PM »

saloh satu bukti oghe melayu berjayo memperjuangkan seni bangso kito.... syabas jen endoro.
Logged

Gapo gak!!! Smiley
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.9 | SMF © 2006-2009, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!