Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Jenis Gasing  (Read 1390 times)
Wau_bule
Tok Jogho
***
Offline Offline

Posts: 215


« on: January 12, 2008, 08:01:33 PM »

Gasing merupakan permainan masyarakat kampung...seperti yang kita ketahui...mungkin di kalangan kita pada hari ini dan zaman ini tidak ramai yang mengenali gasing secara terperinci dan mendalam...
apa yang ingin saya nak sebut di sini ialah..kepada sesiapa yang mengetahui tentang gasing dan jenis2 nya dipersilakan..melakar sedikit sebanyak..slasilah gasing ini....dengan sukacitanya dipersilakan...
Logged
Wau_bule
Tok Jogho
***
Offline Offline

Posts: 215


« Reply #1 on: January 20, 2008, 04:12:10 AM »

bersentuh pado tajuk jenih gasing ni..hok ambo tahunyo duo tigo jenih jah antaranya ialah gasing uri(ada di kelantan),gasing pangkah dan gasing pinang..hok lain ambo tok tahu..sapo2 ado cerito pasal gasing dipersilake mengulas di sini.... Grin
Logged
Lokanbertepuk
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 509


Google Talk
WWW
« Reply #2 on: January 21, 2008, 09:51:22 PM »

Hehehe...sedak jugok dee ni pon..gasing uri, gasing pangkah, gasing pinang..hok lain ambo tak tahu..pahtu gak ssengeh suko.
Tak apa lah doh pakat taksey tepek belako gak biar kita buat pulok lah.

Kalu mengikutkan cerita, permainan gasing ni lamo doh ado di klantan kita ni, sapa ado setengahnya kata bermula dari abad ke 17 lagi iaitu zaman cik siti lagi, mengikut catatan seorang inggeris W.W. Skeat permainan gasing ni di main dan di minati oleh sumo peringkat kecik besar tuo muda, kalu hok tak main pun jenih ore ttino jah. Kalu budak2 biasanya main gasing buah pinang, lepah tu kalu kalu bdk hok besar sikit gasing supo telor tu atau jenis pangkah ni. Tp kali ni biar kita bekecek ccaro ko permainan gasing uri dulu.

Perkataan uri ni kalu kita maksudkan dgn mudah gak ialah  ligat mmusing sehingga boleh bertahan selama mungkin. Bentuk gasing uri ni ialah leper supo nga piring la lebih kurenyo. Jadi kalu kita nk ppecah kpd bahagian dia gak dlm sebutir gasing terdiri dari kepala, pemotek, piring,simpai, patak dan paksi.

Gasing uri ni hanya terdapat di negeri Kelantan, di Trengganu (yg dimainkan oleh penduduk berdekatan dgn sempadan kelantan/trengganu) di Pahang (di main oleh orang kelantan yg tinggal di pahang seperti yg abg lokan tahu ialah di bukit kuin ll
yg terdiri dari org kampung gaal pasir puteh. Ada juga satu masa dulu (sekitar tahun '70an) gasing uri ini di mainkan oleh orang2 Melaka, ini ialah hasil dari usaha kementerian kebudayaan belia dan sukan masa tu membuat kursus bermain gasing uri sebagai utk menjadikan gasing jenis ini di pertandingkan di peringkat kebangsaan.

Di katakan permainan gasing uri ini pertama kali di mainkan di kg chicha kbg kerian zaman sultan mohammad lV, tp masa tu gasing jenis ni tak pakai simpai timah lagi sbb jame dulu demo main gasing pakoh. Ado pulok kato permainan gasing uri hok paka simpai timah ni bermula sebelum perang jepun di perkenal oleh puok gasing kg kadok kerana didapati gasing jenis ini berpusing cukup lama sehingga memakan masa antara 1 1/2 hingga 2 jam. lepah drpd tu lah gasing timah ni merebak ke merata2 tempat yg memang sudah ada pun kumpulan gasing.

di antara peralatan yg menjadi pelengkap utk nk main gasing uri ni ialah bong, lopok, penyokok, tiang cagok, tali gasing, getah kecupu dan minyok kelapo.

Getah ccupu = utk leset di tali gasing supaya kita belit ko gasing ,,tali tidok beruh (Terburai)

Lopok = utk nk wat letok gasing maso dio mmusing.

Cagok = di pacaok atah tanoh utk wat letok lopok gasing maso nk amik uri.

Penyokok = utk nk wat cokok gasing maso gasing jatoh atah bong (ni kijoan tkg cokok). dr atah penyokok ni lah baru gasing
di pindah dok atah lopok. pahtu boh myk skit atah lopok tu nk wi paksi gasing licin molek.

Bong = utk tmpt gasing jatoh di situ apabila di pusing.

GASING LAWAN ANTARA KAMPONG

Dalam perlawan gasing uri jame dulu dio kiro lawan kapung, sebagai contoh puok kedai lalat lawan dengan puok Kubang telaga.
Antara kedua2 puak ni ..demo bulih mintak tulong kapong lain jugak sebagai pembantu utk puok hok nak belawan tu jika masing2 bersetuju. Kalu puok kedailalat  dio buleh mintak puok cepa, puok wakaf stan Puok beris...kalu puok kubang telaga dio buleh mintak tulong puok kolam, puok kedai menati dan hok mano baik nga dio lah.

Perlawanan yg pertama ni dio keno buat di kapong lain yg di kiro takdak kena mengena dgn puok2 kapong hok nok belawan ni, dio panggil belawan di tengah antara. Bilo sudah cabut undi dgn cara lambung pitih (sebeloh gambar tu ore panggil tok kong, sebelah nombor tu ore panggil bedil) dio kira sapo kalah, puok tu kena pusing dulu.

Biasanya satu set atau dlm bahasa gasing di sebut nagam memerlukan antara 3 hingga 6 buah gasing utk di pusing oleh setiap puak dan setiap perlawanan memerlukan 5 nagam. Dalam perlawanan  gasing uri cara tradisional, hanya nagam yg kelima sahaja di kira sebagai penentu utk kalah menang. kalah menang gasing uri ini di kira pada lama masa gasing itu berpusing. Manakala pihak yg menang akan menjadi tuan rumah pada perlawanan seterusnya. Dgn ini barulah bermulanya adegan melanggar dan menanti dalam perlawanan seterusnya sehingga 7 kali.

kita sambung semula pulok, tak abih lagi ni......

Logged

munkyG
Tukang Karut
****
Offline Offline

Posts: 415


Oh my ruthless queen, I just can't accept our love


WWW
« Reply #3 on: January 21, 2008, 10:22:11 PM »

gemuloh ayoh kawe main gasing pangkah ni wakili kelate... nati kawe kelik kapung CNY ni kawe korek2 info2 hok mana ada...

setahu kawe, untuk gelanggang gasing pangkah ni yang official nya ada 2 tempat je (ni info tahun 90-an) iaitu di gelanggang seni, KB dan di padang majlis daerah kota bharu (sekarang majlis daerah ketereh), di ketereh... loni tak tahu la lagumana cerita kawasan tu... sempat jugok dulu rumah kawe menjadi tempat membuat gasing pangkah...

 Smiley
Logged

Majulah Seni Budaya Bangsa - http://munkyg.com
Lokanbertepuk
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 509


Google Talk
WWW
« Reply #4 on: January 22, 2008, 01:06:18 AM »

Nati dulu abg lokan nak tanya sikit ni....

MatG ni ado jadi guano2 ko dengan gemuloh cikgu Rafei Mohammad ni?

mace tok sedak rasoooo jah..
Logged

Wau_bule
Tok Jogho
***
Offline Offline

Posts: 215


« Reply #5 on: January 22, 2008, 04:57:47 AM »

he..he..hok ni la hok kito noknyo...mugo kito tok tahu sungguh..duk ssengeh jah la....terimo kasih banyok2 la abe mat...hok ni la ore kato jagat lalane sakti melbaro nih...hebat sungguh...terima kasih2... Smiley
Logged
munkyG
Tukang Karut
****
Offline Offline

Posts: 415


Oh my ruthless queen, I just can't accept our love


WWW
« Reply #6 on: January 27, 2008, 08:23:39 PM »

mitak maaf abe mat sbb lambat nk buleh ka reply ni...

masa yang panjang terpaksa saya ambil sbb saya nk confirmkan dgn family saya, sbb saya tak kenal akan pemilik nama itu.

baru ni saya ada tanya abg saya. dia kata keluarga saya tak dok pembawaa nama rafei ni.. tapi dia biasa terdengar...

abe mat kenal gemulah cikgu jalal duduk ketereh?
Logged

Majulah Seni Budaya Bangsa - http://munkyg.com
Lokanbertepuk
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 509


Google Talk
WWW
« Reply #7 on: January 27, 2008, 08:33:43 PM »

kawasan tu hok abg mat  kenalnyo ialah gemuloh cikgu mat rafei saja. dia ni org kuat wau. gasing, rebana  dan mcm lagi lah permainan rakyat kelantan.  Abg dok ingat G ni anak gemuloh ni.
Pasak kito baik sgt la dgn dio..
Logged

munkyG
Tukang Karut
****
Offline Offline

Posts: 415


Oh my ruthless queen, I just can't accept our love


WWW
« Reply #8 on: January 27, 2008, 09:05:50 PM »

ok abe mat.. kito ingat dah.. cikgu mat rafei ni duduk di batu 11. memang seorang budayawan jugaklah... sbb dia ni antara kawan dgn gemulah ayah saya, sering bermain gasing bersama.

cikgu mat rafei ni pun dah lama meninggal, dalam 7-8 tahun juga rasanya. satu pemergian yang besar kepada kita semua.

Logged

Majulah Seni Budaya Bangsa - http://munkyg.com
Lokanbertepuk
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 509


Google Talk
WWW
« Reply #9 on: February 03, 2008, 10:22:39 PM »

Ok doh tu, bilo selesai bab gmuloh cikgu mat rafei bt 11 kadok maka kita sambung sikit lagi pasal betewah gasing uri lawan kapung hok tak habih lagi ari tu.

Masing2 puok hok kaloh dan mene biasanya balik dulu mesyuarat dgn puok kapung dan penyokong masing2 untk nk menetapkan bila hari yg sesuai utk nk buat perlawanan pertama. Setelah mendapat persetujuan antara kedua2 belah pihak masing2 bertunkus lumus untk memperbaki gasing yg sedia ada, kalau ada di antara gasing urinya kurang memuaskan maka gasing baru akan di buat. Biasanya puok ni akan pegi rata2 utk cari kayu yg sesuai utk nk buat gasing, jenis kayu hok comel ialah jenis kayu ada mata atau urat kayu ppulah atau ssipol. Ada juga di ceritakan kayu yg terbaik sekali utk nk buat gasing ni ialah drpd butut umbi nyor tuo hok tebokeh.

Ada satu cerita di antara pemain gasing ni pergi ke Melaka, beliau sempat melawat perigi hang tuah dan kebetulan di tepi perigi tersebut terdapat kayu mati yg sesuai utk di buat gasing. Tanpa membuang masa lagi mereka ini membuka bonet kereta mengambil gergaji dan memotong kayu tersebut. Dalam forum kita ni pon ado sore hok jenih gilo ko kayu nk buat bbano dikir, kalu bunyi kaba kato ado kayu molek gak, gi selalu dio.

Dlm masa peroses membuat gasing inilah kita akan nampak perasaan tolong menolong di antara mereka ini. selalunya setiap kampung ada mempunyai tukang membuat gasing masing2. (ambo tidak berniat utk nk royak bui detail caro2 nk larik gasing, pasang patak, tuang timah dsb nya takut jadi panjang sgt pulok dah). Di ringkaskan cerito apabila gasing sudah siap di buat maka gasing pun akan di pusing atas lopak utk nk tengok imbangan dia comel ko tidok, kalu tak comel dikikis balik simpai timah supaya kena dgn hok dio nok. Selalunyo dio pakai tanah liat utk mengetahui balence atau tidak gasing tu, itu cara tradisionallah mungkin loni kito buleh buat alat supo dengan alat ore dok balance tayar kereto tu bokalo lagi mudoh. Biasanya gasing yg sudah tepat imbangannya kalu kita pusing dgn tangan (polek) di atas lopak ia akan berpusing antara 15 hingga 30 minit lamanya. Kemudian barulah di pusing atas bong sebagai percubaan utk mengetahui lama uri yg sebenar. Kalu pusinganya menjangkau sehingga 1 1/2 jam keatas sudah di kira terbaik dan gasing itu terus di simpan. Satu petua lagi mengenai gasing yg imbangan comel, kita buleh tgk pada aktu gasing tu nk mati. Gasing tak comel dia akan menggelap di atas lopok dan kadang2 jatuh kebawah, tp gasing yg comel dia akan melenggang dan menggelpar juga, tp terkulai di atas lopok tanpa jatuh kebawah.

Setelah semua gasing telah siap, pada sebelah malamnya di adakan upacara sambut semangat gasing dan semangat kayu. Seorang tok bomo akan mengetuai acara tersebut dan mengasap setiap gasing yang baru di buat. Gasing2 yg berpusing lama akan di sayangi oleh pemiliknya dan di beri nama2 gelaran yg mcm2 serta di pasangkan sarong yg berenda2 sebagai tanda sayang. Ada sesetengah gasing akan di bawa kepada orang alim atau orang tertentu untuk di mandikan supaya mendapat keberkatan dan berpusing lama.

Setelah hari yg di janjikan telah tiba , maka kumpulan yg kalah tempohari (kumpulan melanggar) akan datang ke kampung kumpulan yg menang (kumpulan menanti).

Sambung semula pulok...tak abih lagi nih
Logged

Wau_bule
Tok Jogho
***
Offline Offline

Posts: 215


« Reply #10 on: February 03, 2008, 10:32:01 PM »

assalamualaikum semo forumer..comel abe lokan..comel..sambung..sambung...dipersilokae... Grin
Logged
arjunasukma
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1458



WWW
« Reply #11 on: February 04, 2008, 12:48:20 AM »

aa...sikit pun nak cuit ore..hehe
Logged

Akademi Arjunasukma - http://arjunasukma.com
Lokanbertepuk
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 509


Google Talk
WWW
« Reply #12 on: February 18, 2008, 07:59:20 AM »

Kita sambung hok hari tu sikit lagi.

Setelah puok melanggar sampai mari doh kekampung puok menanti ni maka akan di sambutlah oleh menanti sakni, mengikut adat biasanya puok menanti ni kena jamu makan la dulu, kalu patut nasik belauk demo jamu nasik belauk..sekoda yg ada.
Kemudianya masing2 pakat buatlah persediaan masing2, ada hok como getah kecupu di tali gasing, ada hok dok senta gasing takut imbangan lari dan macam2 lah.

Apabila masing2 doh siap belako doh barulah upacara pelawanan di mulakan dengan istiadat buko bong dulu. Dlm buko bong ini biasa kedua2 puok ini akan memusing 2 buah gasing, selalunya pihak tuan rumahlah hok keno pusing dulunyo. lepahtu gasing ni demo buboh atas cagak suku bui dia dok mmusing situlah.

Kalu maso belawan tengah ttara ari tu demo lambung pitih utk nk tahu puok mano dulu kena pusing dulu...tp hok ni dio kena pusing gasing simpai besi. gasing ni demo panggil ibu gasing. Hok mulo2 ni puok melanggar keno pusing dulu pahtu puok menanti jadi jong pakoh...kalu pakoh tak kena bermakna puok pakoh ni lah kena pusing dulu pada nagam yg pertama.

Begitulah caranya untuk memulakan perlawanan setiap nagam. Jadi kalu nak mula nagam yang kedua ni, puok yg kalah uri pada nagam pertama tadi akan pusing dulu dan akan di pakoh oleh puok yang menang uri. Begitulah sehingga selesai berapa nagam yang telah di janjikan.

Biasanya perlawanan jenis lagu ni demo buat sebulan sekali jah kerana bukan mudah nak buat persediaan pulok tuh, tamboh2 puok hok kaloh..nak g cari kayu nk buat gasing lain la dan mace2 lagi lah, tp ada jugak kadang2 tak sapa sebulan pun demo gomo pulok doh.  Tetapi jika puok hok yang melanggar tadi jika kalah juga sebanyak tujuh kali berturut maka puok ni tak leh main doh dengan puok hok menang tadi. Kalu dia nk lawan jugak buleh..tetapi dengan syarat iaitu puok dio kena hantar bunga mas kpd puok hok menang tadi. Bunga mas ni bukenyo supo hok kerajaan kelate hantar ko kerajaan siam dulu tetapi berbentuk satu set peralatan gasing yang lengkap iaitu sebuah gasing baru yang di bungkus dengan kain khas sebagai pembalut, sebatang penyokok gasing baru, sebatang lopakgasing baru, sutas tali gasing baru dan sebutir par cukup lengkap dengan nasi kunyit ayam panggang. Kiranya nak bawok g hantar beda ni nih kena belarok meng la supo nk belarok ore nak nnikoh la. Peristiwa ni jadi mace satu perayaan pulok doh. Bilakala begitu barulah buleh puok hok kalah tadi lawan balek utk menebus maruah. Ore kelate kato nk sapuh selut di tubuh arang di muka. SELESAI.........
Logged

Wau_bule
Tok Jogho
***
Offline Offline

Posts: 215


« Reply #13 on: February 18, 2008, 07:54:05 PM »

assalamualaikum belako2 pada forumer...sapa lagu tu sekali untuk menebuh maruoh puok kaloh buat deh..lebih kure ore habis belajar silat nok pelima gelengge nah deh...lo ni rasonyo tak dok doh ore buat dok...maknonyo tradisi kito sudoh hile satu2 la dok..ko guano abe mat..
Logged
snakeye
Jong Bbano
**
Offline Offline

Posts: 60



« Reply #14 on: August 08, 2008, 11:34:51 PM »

sohor gok gasing uri ni ,berita terkini ambo ado terbaco dalam akhbar SINAR HARIAN versi Klate mengatakan pada 13-22 ogos 2008  dua oghe pemain gasing uri akan ke Scotland untuk persembahan disana tu kata pengarah kesenian dan kebudayaan negara negeri kelantan yang bernama Ismail yusuf.
Logged

BERSAMA -SAMA KITA MERAKYATKAN  DAN MEMARTABATKAN SENI

Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to: