MoKa :-)
dikirbarat.net
Global Moderator
Kepala Pengat
   
Offline
Posts: 1437
moka production...
|
 |
« on: February 12, 2009, 06:11:53 AM » |
|
Watak-watak yang dimainkan
Watak - watak penting dalam sesebuah cerita makyung :-
1. Pak Yung - Menjadi raja atau pemerintah dan menjadi tulang belakang cerita makyung
2. Pak Yung Muda - Walak utama atau hero dalam cerita makyung. Watak inilah yang mengalami berbagai-bagai peristiwa dari saat ia dilahirkan hingga dewasa semasa cerita berkisar di sekitar kehidupan Pak Yung Muda.
3. Mak Yung - Juga permaisuri dan dalam setengah cerita mengambil peranan yang penting sebagai watak utama.
4. Puteri Mak Yung - Sebagai heroin dalam cerita makyung
5. Peran - Terdapat beberapa orang peran atau pelawak dalam cerita makyung. Peran tua biasanya memegang watak yang lebih penting daripada peran-peran lain dan bertindak sebagai orang suruhan raja. Lain-lain peran adalah watak kelakar.
6. Dayang - dayang - Terdiri daripada gadis-gadis manja yang juga bertindak sebagai penari atau pengiring Mak Yung atau Puteri Mak Yung.
Selain daripada watak-watak yang tersebut di atas, watak-watak jahat tidak ketinggalan, seperti raja jin dan sebagainya yang merupakan pihak lawan kepada watak-watak baik di atas.
Struktur Mak Yong
Cerita makyung mempunyai struktur yang tersendiri. Bentuknya adalah sama dalam semua cerita Tang dimainkan. Setiap cerita bermula dengan upacara mengadap rebab di mana watak utama akan menyanyi solo dan diikuti oleh korus. Pelakon-pelakon akan membuat gerak seni jari, bahu dan badan sambil menyanyi. Akhimya mereka bangun secara perlahan dan berdiri tegak sebaik sahaja habis nyanyian solo. Mereka kemudian mengelilingi pentas dengan tarian perlahan dan salah seorang akan memulakan nyanyian solo. Nyanyian di sini adalah 'sedayong Makyung'.
Contoh lagu mengadap rebab:
Bong wei... membalik tipo gak Dage membue silolah cik wei Dage membue silolah cik wei Ayuhlah cik wei Seperti suloh memain angin la... Eh... bemban gugor di tapok Selude cik wei... meningga maye la... Ayuh tue wei Seperti aur menarik suse Ia Eh.., sawo kami menggorok likaghe Aur cik wei menarik suse la... Ayuh tue wei Liuk litok tekula blalai la...
Eh... liuk ko kiri Luk ko kane Liuk ko kiri kulai ko kane la Ayuh tue wei Seperti denok menanti la... Eh... berdiri kami tapok tigo Kami nok adap ke timor Jagolah... Ayuh tue wei Kami nok pecah lakoh lima la...
Lagu-lagu dalam persembahan makyung adalah seperti berikut :
1. Bertabuh 2. Mengadap Rebab 3. Raja atau Pakyung keluar dan berdialog dengan makyung 4. Pakyung Muda atau Puteri makyung akan menyanyi Dondang Lanjut 5. Dialog Pakyung memanggil Pengasuh 6. Nyanyian Pakyung Tua - Sedayong Pakyung 7. Dialog 8. Nyanyian Kisah Barat oleh Pakyung Muda 9. Dialog 10. Nyanyian Peran - Barat Cepat 11. Dialog antara Pakyung dan Peran 12. Nyanyian oleh Pakyung - Lagu Berkbabar 13. Dialog 14. Nyanyian Peran - Lagu Saudara 15. Dialog 16. Lagu Barat Cepat 17. Dialog Peran I dan Peran II 18. Lagu Tok Wak 19. Dialog Pakyung 20. Lagu Ela oleh Pakyung membawa cerita yang akan dipersembahkan
Perbendaharaan Cerita
Cerita-cerita dalam makyung menjalani beberapa tahap perkembangan. Ia bermula dengan cerita asas iaitu Dewa Muda, yang menceritakan tentang asal usul makyung. Berdasarkan cerita ini, ia berkembang menjadi tujuh dan kemudian dua belas cerita. Dua belas cerita yang dianggap lengkap, asli dan cukup nilai seninya adalah :
1. Dewa Muda 2. Dewa Pencil 3. Dewa Sakti 4. Dewa Indera, Indera Dewa 5. Dewa Panah 6. Endeng Tejali
i) Anak Raja Gondang ii) Batak Raja Gondang iii) Bongsu Sakti
7. Gading Bertimang 8. Raja Tangkai Hati 9. Raja Muda Lakleng 10. Raja Muda Lembek 11. Raja Besar Dalam Negeri Ho Gading 12. Bentara Muda
Sinopsis Wak Raja Gondang
Anak Raja Gondang adalah sebuah kisah di dalam negeri Serendah Sepagar Ruyung yang diperintah oleh Raja Besar. Kisah bermula dengan Permaisuri Raja Besar iaitu Puteri Gerak Petera sedang hamil anak sulung mereka. Sebagai persiapan Sekiranya menimang seorang putera maka baginda, Raja Besar keluar berburu ke hutan untuk mencari Gajah Putih Bergading Hitam. Ketika dalam perburuan, Puteri Gerak Petera bersalin, baginda tidak melahirkan seorang putera tetapi seekor siput gondang.
Apabila Raja Besar pulang ke istana, baginda terkejut dan amat murka kerana melihatkan anaknya bukan manusia. Maka, baginda menuduh Puteri Gerak Petera membuat hubungan sulit lalu menghalau Puteri Gerak Petera dari istana. Puteri Gerak Petera bersama anak gondangnya membawa diri dan mendapatkan perlindungan dari Wak Pakil Jenang, seorang bekas pekerja istana. Baginda juga mengarahkan anak gondangnya untuk dijaga oleh Wak Pakil Jenang semasa bekerja. Akhinya apabila tiba saat dan ketikanya, gendang menetas dan keluarlah seorang putera dari gondang. Pada awalnya Wak Pakil Jenang tidak mempercayai kejadian itu.
Apabila Puteri Gerak Petera pulang, didapati gondangnya kosong, berlaku salah faham antara Puteri dengan Wak Pakil Jenang. Anak Raja Gondang menceritakan hal yang sebenar, maka Puteri menyumpah akan sesiapa yang mengganggu gondangnya. Anak Raja Gondang memohon izin untuk memulakan pengembaraan menemui ayahandanya lalu berangkat ke Padang Luas Saujana padang. Di sinilah bermulanya pengembaraan Anak Raja Gondang yang melalui pelbagai halangan, namun atas kebijaksanaannya maka baginda dapat mengatasi anak-anak Mak Inang Kurang Sa Empat Puluh dan Wak Juara Pemikat. Kerana kesengajaannya menganiaya Wak Juara Pemikat maka baginda telah ditangkap o!eh Wak Pertanda Raja lalu membawanya masuk ke istana. Helahnya telah berjaya menemukannya dengan Raja Besar.
Raja Besar terpikat dengan Anak Raja Gondang, lantas mengambil Anak Raja Gondang sebagai anak angkat baginda. Baginda tidak menyangka bahawa Gondang adalah anak kandungnya.
Hikayat dewa muda
Bahagian 1 - Dewa Muda bermimpi didatangi seorang lelaki tua memintanya memburu kijang ucana (emas). Jika tidak tertunai, negeri Selindungan Bulan akan ditimpa bencana. Setelah terjaga, Dewa Muda memanggil pengasuh antara kedua iaitu Peran Tua & Peran Muda bertanyakan maksud mimpinya. Kedua peran sukar menfsirnya lalu memanggil Tok Nujum & menurutnya Dewa Muda perlu mematuhi arahan mimpinya. Dewa Muda & pengasuh keduanya berangkat ke hutan lalu terpandang kijang ucana namun ghaib tiba-tiba namun diteruskan perburuan hingga tersesat di sebuah tasik yang indah. Sewaktu Dewa Muda membasuh muka, muncul wajah Puteri Ratna Emas dalam bayangan air dan mengarahkan agar semua syarat dipatuhi jika ingin bertemu dengannya seperti bermain wau beremas. Dewa Muda lantas pulang menemui bonda & menyatakan hasrat lalu diberitahu bahawa wau tersebut di Tanah Jawa.
Bahagian 2 - Wau berjaya ditemui, malangnya tersangkut atas dahan (bumbung istana bota). Awang Sejambul Lebat dipanggil membantu Dewa Muda untuk meneruskan niat menemui Puteri Ratna Emas dengan meniti tali yang diikat pada busut rumput. Di pertengahan jalan, Dewa Muda ditakuti oleh suara Bota yang garang dan Dewa Muda berasa takut, lantas Dewa Muda turun ke bumi tetapi telah dipukul oleh Awang Si Jambul Lebat dengan Lintang 40 membujur 40 sehingga Dewa Muda sanggup mendaki semula. Mereka berasa amat penat lalu menjamah sedikit makanan dan tertidur di situ. Pada waktu itu, Puteri Ratna Emas dan Inang Bongsu sedang bermain di taman istana. Mereka terkejut melihat tanaman di makan orang. Namun apabila ternampak Dewa Muda dan Awang Sejambul Lebat mereka pun berkenalan. Berputiklah cinta antara Dewa Muda dan Puteri Ratna Emas. Sewaktu hendak di bawa ke dalam istana, Dewa Muda telah ditukarkan rupanya oleh Puteri Ratna Emas menjadi sekuntum Bunga Putih bagi mengelak diketahui asal usul kekasihnya itu oleh ayahanda Raja Bota dan Inang Bongsu yang curiga.
|
|
|
|
« Last Edit: February 12, 2009, 06:16:46 AM by moka »
|
Logged
|
"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga" Dr. Mahathir Mohamad.
|
|
|
|
arjunasukma
|
 |
« Reply #1 on: February 12, 2009, 06:35:19 AM » |
|
baru tahu korie biso mok yong nih..tabik spring...liuk ke kiri..lukla ke kane..hok ni tak kena bbawoh tu rasanya kalu xsilap.. 
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
Lokanbertepuk
|
 |
« Reply #2 on: February 12, 2009, 05:05:40 PM » |
|
Watak Peran adalah sebagai orang suruhan raja dan kelakar jah???  Demo tahu ko atas watak peran sorang tu jah kita buleh buat tessis PHD.. Hok lain kita bui ko mafaka komen lah...
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
arjunasukma
|
 |
« Reply #3 on: February 12, 2009, 05:48:12 PM » |
|
belek kitab towww.. 
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
panahdewa
Jong Bbano

Offline
Posts: 97
|
 |
« Reply #4 on: February 12, 2009, 06:04:19 PM » |
|
nk tnyo skit ehhh..................sapo ehh tok peran jamay2 ritu hok kito bleh angkat jd lagenda????ambo mmg kurang arif sgt bab2 mokyong nihhh
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
mafaka
|
 |
« Reply #5 on: February 12, 2009, 09:36:27 PM » |
|
panah dewa ni minat sungguh ko benda2 hok jame dulu2 kala. bulih jadi pakar sejarah demo nih..
moka pulok jenis brehi copy paste artikel ore..dia tepek ssini pahtu, dia lok kokre utk bgege. dia senyap ttupah..tak bertanggungjawab sungguh..demo toklih tepek tuh contoh lagu mengadap rebab lagu tu tuh..ppalo dia dok mano??pahtu pulak..sikit2 ayuh...sikit2 ayuh..baru jah dok bbual dgn pok lokan minggu lepas pasal 'ayuh' ni...gapo dia gak ayuh ni??
tu sajolah pok lokan wei...kalu nak jawab so so gak maknanya bulih buat tesis jugok pasal mokyong hok moka tepek tuh..
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
Lokanbertepuk
|
 |
« Reply #6 on: February 13, 2009, 01:34:40 AM » |
|
Jolo tu.....tp sapo nk jadi penyelia PHD tuh....PGS ko?? 
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
MoKa :-)
dikirbarat.net
Global Moderator
Kepala Pengat
   
Offline
Posts: 1437
moka production...
|
 |
« Reply #7 on: February 13, 2009, 08:10:40 AM » |
|
 ngepek dh
|
|
|
|
|
Logged
|
"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga" Dr. Mahathir Mohamad.
|
|
|
|
arjunasukma
|
 |
« Reply #8 on: February 14, 2009, 03:17:32 AM » |
|
hoh..padam mukol.. 
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
mafaka
|
 |
« Reply #9 on: February 15, 2009, 07:16:28 PM » |
|
molek jugok kalu PGS jadi penyelia pon..pahtu amik tesis dia getek utk buat ulasan..tokdan apo2 kena henjar kdio..
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
arjunasukma
|
 |
« Reply #10 on: February 15, 2009, 10:04:14 PM » |
|
PGS tu Puteri Gunung Senyum ko Prof Ulam Seluar...hahaha
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
Datuk D
|
 |
« Reply #11 on: February 24, 2009, 10:49:18 PM » |
|
Putri Gunung Senyum ada amik oghe wat PHD ko? kalu ada nok gi dafter gentek eeh.. 
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
D-zack
|
 |
« Reply #12 on: April 08, 2009, 03:15:40 PM » |
|
abe koyie weh.. bilo nk cito ko adik z pasal mokyong etek nyo.. hahahhaa....
|
|
|
|
|
Logged
|
D-zack Anok Kudo Hija
|
|
|
|
|
|
D-zack
|
 |
« Reply #14 on: April 08, 2009, 10:00:50 PM » |
|
Insyaqjj1.. tp ado gapo?? oyak la ckit2.. hahha..
|
|
|
|
|
Logged
|
D-zack Anok Kudo Hija
|
|
|
|