Komuniti Dikir Barat Malaysia
September 03, 2010, 03:22:30 PM *
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News:
 
   Home   Help Search Calendar Login Register  
Pages: [1] 2   Go Down
  Print  
Author Topic: Makyung boleh pupus  (Read 3028 times)
adleenn
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1571



« on: January 19, 2009, 08:32:06 PM »

Usaha berterusan perlu dibuat supaya seni warisan negara diiktiraf Unesco ini terus hidup

GERAK badannya ketika menarikan rentak tarian Raja Besar Senyanya cukup memikat. Diiringi muzik tradisional teater Makyung seperti rebab, gendang dan gong, Rosnan Rahman bersama penari pengiring menyusun tari gemalai, mempesona wakil media yang hadir menyaksikan pratonton persembahan Makyung Raja Besar Senyanya di Istana Budaya baru-baru ini.

Selama tiga hari, bermula 9 Januari, pementasan berkenaan dibawakan Istana Budaya sebagai sebahagian usaha memulihara seni warisan negara yang diiktiraf Unesco pada 2005. Biarpun dipersembahkan di pentas lebih kecil, namun usaha itu sendiri cukup murni tatkala seni warisan bangsa berkenaan bagai makin dilupa generasi muda.

Rosnan sendiri melahirkan kebimbangan apabila tidak ramai anak muda hari ini yang berminat mempelajari lebih mendalam seni Makyung. Malah pada ketika ini, hanya dia satu-satunya Pakyung yang aktif mendalami seni warisan itu dan menjelajah seluruh negara mengadakan persembahan.

"Saya amat sedih apabila memikirkan, siapalah yang akan mengambil ilmu seni Makyung daripada saya, sebagaimana saya mempelajarinya daripada beberapa guru seperti Jumilah Tahir, Mak Su Yam, Che Mat Jusoh dan Fatimah Abdullah (pengarah Raja Besar Senyanya).

"Saya sedar, agak ramai pelajar yang cuba mendalami ilmu seni pementasan tradisional ini di institusi pengajian tinggi, namun ramai juga yang berhenti separuh jalan apabila mereka berputus asa setelah gagal menguasai lakonan Makyung dengan sempurna. Faham sajalah, Makyung punya gaya lakonannya sendiri. Saya sendiri mendalaminya selama lapan tahun bersama Fatimah. Ia ilmu yang mengambil masa untuk dikuasai.

"Begitu juga aspek pendapatan membuatkan mereka tidak berminat untuk terus menguasai seni ini. Dalam seni ini, apa yang paling penting ialah keikhlasan. Jika kita ikhlas mempelajarinya, insya-Allah kita akan mendapat apa yang dihajatkan. Kebanyakan generasi muda hari ini pula mempelajarinya hanya untuk mendapatkan ijazah," ujar Rosnan sebaik tamat persembahan.

Menurut pemegang ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina daripada Universiti Sains Malaysia (USM) ini, dia aktif mempersembahkan Makyung atas dasar tanggungjawab yang diletakkan di bahunya.

"Saya bertuah kerana berada dalam Kumpulan Makyung Nilam Sari Istana Budaya. Di sini kami mempunyai segala-galanya - penari, pemuzik, kostum dan sebagainya. Paling tidak, ia memudahkan kami mengadakan persembahan. Saya memastikan, paling tidak lima atau enam persembahan diadakan dalam setahun di seluruh negara, bagi menghidupkan seni warisan bangsa kita," katanya yang kini bertugas sebagai Penolong Pengarah Produksi di Istana Budaya.


PADA masa yang sama Rosnan gembira melihat beberapa kumpulan kecil aktif bergerak mengadakan persembahan Makyung. Jangka hayat seni itu sendiri banyak bergantung kepada kumpulan kecil ini untuk terus menghidupkan minat orang ramai terhadap persembahan drama tari berasal dari Kelantan yang menggabungkan elemen seni tari, seni suara, lakon, lawak dan muzik itu.

"Seni persembahan Makyung hanya akan kekal apabila kita berterusan mengadakan pementasan. Jika kita menghentikannya, lambat laun orang akan lupa," kata pemuda berasal dari Pokok Sena, Kedah, yang juga pensyarah sambilan di Aswara ini.

Kini, Rosnan berusaha membawa kembali seni pementasan tradisional ke Istana atas bantuan beberapa kenalan. Dia berasa amat gembira sekiranya Makyung dapat pulang ke tempat asal, iaitu dipersembahkan di hadapan sultan serta orang besar istana.

Menganggap Makyung sebagai seni yang membawa seseorang mengenali diri sendiri, Rosnan turut menggesa sektor korporat turut menghulurkan sokongan mereka dalam memulihara seni tradisional terbabit.

Katanya, sememangnya Istana Budaya berperanan besar dalam menghidup dan mengangkat martabat Makyung, namun tanpa sokongan golongan korporat, usaha itu sedikit sebanyak akan terbantut.

Begitu juga Rosnan yang pernah mengadakan persembahan Makyung di New York, Amerika Syarikat pada 2007 berharap lebih ramai generasi muda dari Kelantan yang berminat mendalami seni berkenaan, mengenangkan Makyung ialah warisan berharga daripada negeri terbabit.

"Sedih jugalah apabila orang luar seperti saya pula yang diundang untuk mengajar seni ini kepada pelajar Makyung Kelantan, sedangkan Makyung itu sendiri berasal dari sana," kata cucu kepada pelakon Makyung Kedah yang mula memupuk minat terhadap seni itu ketika menuntut di USM pada 1996.

SINOPSIS: Raja Besar Senyanya:

CERITA Raja Besar Senyanya ialah kisah awal mengenai cerita Anak Raja Gondang. Kisah bermula dalam Negeri Serendah Si Pagar Ruyung yang diperintah Raja Besar Senyanya. Baginda sedang menantikan kelahiran anak sulung hasil perkahwinannya dengan Puteri Gak Petera. Sebagai persiapan menyambut kelahiran seorang putera, baginda keluar berburu ke hutan mencari Gajah Putih Gading Hitam. Ketika itulah Puteri Gak Petera melahirkan seekor Siput Gondang.

Setelah kembali ke istana, baginda amat marah apabila mendapati anaknya bukan manusia, lalu menuduh isterinya membuat hubungan sulit. Baginda menghalau puteri terbabit, yang kemudian meninggalkan istana bersama anak gondangnya. Mereka mendapatkan perlindungan di pondok Wak Pakil Jenang, bekas pekerja istana.

Ketika menumpang di situ, Puteri Gak Petera meminta Wak Pakil Jenang menjaga anaknya apabila dia keluar mencari kayu api. Sewaktu ketiadaannya, siput gondang menetaskan seorang putera yang tampan. Setelah mendapati gondangnya kosong, Puteri Gak Petera berselisih faham dengan Wak Pakil Jenang, sehinggalah Anak Raja Gondang tampil memberikan penjelasan.

Anak Raja Gondang kemudian meminta izin bondanya untuk keluar bermain dengan anak-anak Mak Inang Kurang Sa Empat Puluh. Maka bermulalah pengembaraan Anak Raja Gondang mencari ayahandanya.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Hip/20090120073542/Article/
Logged

Allah jangan lupa.....Ibu jangan dilupai.....Bapa jangan dilupakan...
arjunasukma
Akademi
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 3322



WWW
« Reply #1 on: January 19, 2009, 11:49:28 PM »

Guano ore kedah kuat dok kocok ghebo nih..hehe.. Grin
Logged

Akademi Arjunasukma" style="border:0
snakeye
Tok Jogho
***
Offline Offline

Posts: 107



« Reply #2 on: January 20, 2009, 07:16:04 AM »

mek leen bulis doh tu nok ganti gemuloh kak Jah(ore sohor gok ni)dalam kesenian mokyong nok bui tok pupus mmene mokyong ni.hehehe
Logged

BERSAMA -SAMA KITA MERAKYATKAN  DAN MEMARTABATKAN SENI
Datuk D
Global Moderator
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1381



WWW
« Reply #3 on: January 20, 2009, 09:21:20 AM »

Guano ore kedah kuat dok kocok ghebo nih..hehe.. Grin

baka molek tu..
 Grin Grin
Logged

mafaka
Tukang Karut
****
Offline Offline

Posts: 400



« Reply #4 on: January 20, 2009, 06:03:19 PM »

kena kocok rebo dulu...baru tubik blako segala anok ike dale kube tuh...kalu ore tok kocok, kita tok kaba..blaja bbena blako...tp gak, berasa tok keno weh dgn statement ' makyung bulih pupus' tuh..
« Last Edit: January 20, 2009, 06:06:39 PM by mafaka » Logged

Seni Tradisional Melayu - http://mafaka.org
adleenn
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1571



« Reply #5 on: January 20, 2009, 06:59:28 PM »

ni ada lagi artikel pasal mokyong

dipetik dari utusan online http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_08.htm

Mampukah Makyung bertahan?

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

ADALAH menjadi sesuatu yang membanggakan apabila Makyung telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity (Warisan Kebudayaan Manusia Yang Tidak Ternilai)

Memperlihatkan betapa tingginya nilai Makyung, ia adalah satu-satunya bentuk kesenian rakyat negara ini yang diangkat menjadi antara warisan dunia.

Cukup sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang, Makyung seharusnya dipertahankan selaras dengan pengiktirafan yang diberikan terhadapnya.

Berasal daripada perkataan 'mak hiang' yang membawa maksud semangat padi di Kelantan, Makyung mula bertapak di istana ketika pemerintahan Sultan Mahmud IV (1900-1920).

Berkurun telah berlalu, meski masih wujud sehingga ke era yang serba mengejar kemajuan ini, kesenian itu tidak ubah bagaikan 'hidup segan, mati tak mahu.'

Masakan tidak, jika dahulu, kumpulan-kumpulan yang memperjuangkan kelangsungan Makyung begitu besar tetapi kini, jumlah tersebut makin hari semakin mengecil.

Alangkah malangnya nasib yang menimpa Makyung biarpun telah mendapat pengiktirafan tinggi di mata dunia.

Lebih menyedihkan, meskipun terdapat institusi pengajian tinggi (IPT) yang menawarkan kursus pengajian Makyung, pelajarnya melihat subjek berkenaan hanyalah sebagai batu loncatan untuk lulus peperiksaan semata-mata.

Hanya segelintir daripada mereka sahaja yang betul-betul berminat untuk meneruskan pengajian dengan berguru kepada pejuang Makyung sebaik menamatkan pengajian.

Sejajar dengan itu, dalam usahanya mempertahankan Makyung, Istana Budaya bagai terpanggil untuk berjuang demi memastikan kelangsungan Makyung diteruskan seperti zaman kegemilangannya satu ketika dahulu.

Bersama beberapa kumpulan kecil yang masih wujud di beberapa buah negeri khususnya Kelantan, Istana Budaya bergerak menerusi Kumpulan Makyung Nilam Sari yang diwujudkan atas dasar peri pentingnya kesenian Makyung dipelihara.

Baru-baru ini, Istana Budaya kembali mengangkat kedudukan Makyung dengan pementasan teater Makyung Raja Besar Senyanya yang diterajui penggiat kesenian itu yang juga seorang Pakyung, Rosnan Abdul Rahman.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina dari Universiti Sains Malaysia (USM), Rosnan boleh dianggap sebagai penerus kepada pejuang Makyung terdahulu.

Menariknya, anak muda yang kini bertugas sebagai Penolong Pengarah Produksi di Istana Budaya ini bukannya anak kelahiran Kelantan sebaliknya berasal dari Pokok Sena, Kedah.

Berguru dengan beberapa tokoh Makyung seperti Mak Su Yam, Che Mat Jusoh dan Fatimah Abdullah, Rosnan merupakan satu-satunya Pakyung lelaki dalam seni persembahan teater tradisional Makyung dan pernah mewakili Malaysia mengadakan persembahan di New York, Amerika Syarikat dan Paris, Perancis.

Terlibat dalam rakaman dokumentari Makyung untuk UNESCO, bagaimanapun, Rosnan melahirkan kebimbangan terhadap nasib masa depan Makyung.

"Saya melihat generasi baru tidak berminat untuk menyambung kesenian Makyung. Di IPT pun, ramai yang belajar sekerat jalan.

"Untuk saya perjuangkan Makyung secara sendiri, saya pun kadang-kadang sudah penat. Hendak turunkan kepada orang muda, ramai yang kurang berminat.

Kumpulan muzik Makyung pun makin berkurangan. Ia cukup membimbangkan,'' jelas Rosnan sebaik ditemui selepas pementasan Makyung Raja Besar Senyanya.

Dalam pementasan teater itu, Rosnan membawakan watak sebagai Raja Besar Senyanya.

Sementara pelakon-pelakon lain yang terlibat ialah manakala Norsiah Mohd. Yatim (Puteri Gak Petera), Samsuraya Sulaiman (Anak Raja Gondang), Romli Abdullah (Peran Tua), Muhammad Md. Noor (Peran Muda) dan Inang dibarisi Zalina Yan, Aniza Baharom, Hanipah Hairi, Roszilawati Abd. Rahim, Azizah Abd. Aziz, Sharifah Rahah Syed Mustaffa, Siti Norhabsah Sheikh Ahmad, Hashimah Leman serta Haslinda Abd. Manap.

Menurut Rosnan, walaupun Makyung menuju kepupusan, hakikatnya, masih ada beberapa kumpulan yang meneruskan Makyung dalam persembahan berskala kecil.

"Saya difahamkan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan sedang dalam usaha untuk mengumpulkan semua kumpulan kecil terbabit.

"Usaha ini harus dipuji kerana ia dapat memastikan bukan sahaja nasib Makyung terbela malah nasib kumpulan tersebut juga. Bukan sahaja kerajaan, sektor korporat juga perlu tampil dalam menghulurkan bantuan,'' katanya yang hanya menguasai lapan daripada berpuluh buah lagu Makyung.

Ditanya mengenai penguasaannya dalam Makyung dan dialek Kelantan, Rosnan berkata, ia bukanlah satu kerja yang mudah.

"Selama lapan tahun saya berguru. Kena bercampur dengan orang Kelantan. Segalanya saya mampu atas dasar minat yang mendalam.

"Saya pun sedang dalam proses untuk menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana dan mengkhusus dalam pengkajian Makyung,'' jelasnya.

Kepada satu persoalan mengenai perancangan masa depannya, Rosnan menjelaskan bahawa pihaknya berhajat untuk mengadakan persembahan Makyung di Istana Kelantan satu hari nanti.

"Ia masih dalam perbincangan. Di samping itu, kita akan bergerak ke seluruh negara untuk mengadakan persembahan Makyung,'' sambung Rosnan.

Rosnan yang merupakan pensyarah sambilan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), sebelum mementaskan Makyung Raja Besar Senyanya pernah terlibat dalam produksi teater dan tari tempatan, antaranya Makyung Endeng Tajeli, Makyung Dewa Indera Indera Dewa, Makyung Anak Raja Gondang, Makyung Raja Bongsu Sakti dan Muzikal Hang Li Po.
Logged

Allah jangan lupa.....Ibu jangan dilupai.....Bapa jangan dilupakan...
mafaka
Tukang Karut
****
Offline Offline

Posts: 400



« Reply #6 on: January 20, 2009, 09:28:09 PM »

waratawan dia tahu tulih jah....kalu pasal pengajian di peringkat ipt, kebanyakkan subjek hok student amik pon adalah utk memenuhi syarat pengajian sahaja termasuklah kalu ado subjek mokyong di jabatan seni persembahan sekalipon. lagumana gak student nak 100% mengadap mokyong sedangkan subjek lain bertimbun lagi nak ditela'ah.

istana budaya meme la, sebab dia duk hadap benda tu jah...sebab kijo puok2 tu dah mmain mokyong. tebe tak main gak ore tok bui gaji..

kalu student nak hadap mokyong 100%, maka terbengkalai la subjek lain dan tak akan ke mana jugak. kalu nak hadap mokyong selepas tamat ngaji, demo ni nak make ggapo kalu tok kkijo?...ambo takpola mugo ambo kkijo doh...pah pulok mokyong t sdiri ado kaitan dgn kkijo ambo..

benda lagu ni toklih nak salahkan generasi muda 100%....byk lagi sebab2 lain yang perlu diambil kira dan dikaji.
Logged

Seni Tradisional Melayu - http://mafaka.org
arjunasukma
Akademi
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 3322



WWW
« Reply #7 on: January 20, 2009, 09:57:46 PM »

Marah lagi ko wartawan pesen tuh.. Grin

Gini la mudah, cuba buka jawatan khas dalam perkhidmatan awam penggiat mokyong...ambo dulu letak jawatan ambo loni..nak make minum tido bangun nga mokyong pun bulih la..lagu mana, hok mana berasa keras mari ssini, nak bbadi hatuk ppalo anak jate.. Tongue
Logged

Akademi Arjunasukma" style="border:0
Lokanbertepuk
Tok Nebong [Moderator]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1249



WWW
« Reply #8 on: January 20, 2009, 10:22:39 PM »

lama kan koho dok Cry....baru tak jjadi main mak yong Grin
Logged

arjunasukma
Akademi
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 3322



WWW
« Reply #9 on: January 21, 2009, 02:19:05 AM »

dok eh...

Ike tawar cicoh budu..
Tak try tak tahu.. Tongue

Loni pun sekat air sekat pinggang kita ngarung molek2..kalu jalan kering kote...kita terbang bokali.. Grin
Logged

Akademi Arjunasukma" style="border:0
Lokanbertepuk
Tok Nebong [Moderator]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1249



WWW
« Reply #10 on: January 21, 2009, 04:26:29 AM »

dok eh...

Ike tawar cicoh budu..
Tak try tak tahu.. Tongue

Loni pun sekat air sekat pinggang kita ngarung molek2..kalu jalan kering kote...kita terbang bokali.. Grin

Air dale pinggan nasi buleh la ngarung.. Grin
Logged

arjunasukma
Akademi
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 3322



WWW
« Reply #11 on: January 21, 2009, 06:07:29 PM »

aaaiii...brsungguh napok..talat nak bakar wi hangus nah ko? Tongue

 Grin
Logged

Akademi Arjunasukma" style="border:0
Lokanbertepuk
Tok Nebong [Moderator]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1249



WWW
« Reply #12 on: January 21, 2009, 06:28:55 PM »

Bakar tu dak jugak, tp nk cucoh mercun alik punggong nk suruh hungga deras sikit Grin
Logged

mafaka
Tukang Karut
****
Offline Offline

Posts: 400



« Reply #13 on: January 21, 2009, 07:03:59 PM »

kalu bab hmene toklih bbaso main nga arjunasukma nih...cocoh bedil ggesek pon nyo hungga habih tey dohh..
Logged

Seni Tradisional Melayu - http://mafaka.org
arjunasukma
Akademi
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 3322



WWW
« Reply #14 on: January 21, 2009, 07:16:35 PM »

haha..kawe panah ko dok bakar tuh..nati la..kita ni skolah jah malas..hmene ni xmkn nasi xpo..masa xlapar la..masa lapar make jgk.. Grin
Logged

Akademi Arjunasukma" style="border:0
Pages: [1] 2   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.9 | SMF © 2006-2009, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!