|
Lokanbertepuk
|
 |
« Reply #1 on: January 12, 2008, 09:38:54 AM » |
|
Sebenarnya tak payah kita tulis dah pasal rebab disini, kerana penulisan berkaitan dgn rebab yg panjang lebar ini sudah pun abg lokan tulis di dalam majalah PENTAS bulan mac/april 2007. Sekarang penulisan itu bersama2 dgn satu lagi tajuk yang abg lokan buat iaitu "Jenis2 dan kategori lagu makyung" di dalam proses percetakan oleh kekwa utk di terbitkan dalam bentuk buku mewah. Untuk pengetahuan semua makyung adalah satu2nya warisan negara yang telah di iktiraf oleh UNESCO sebagai intangible heritage mewakili negara malaysia.
Tapi tak apalah atas memenuhi hasrat adinda kita, abg lokan buatlah juga sekadar untuk pengenalan kpd adik2 kita di sini. Kalau tak cukup 450 perkataan pun janganlah potong markah, kalau nak potong juga potonglah nama terus.hehehe..
Sebagaimana kita sedia maklum bahawa rebab adalah salah satu daripada antara alat muzik tradisional melayu. Ia termasuk dalam jenis peralatan muzik bertali yg di sebut kodrofon. Disemenanjung Malaysia ada terdapat dua jenis rebab, iaitu rebab bertali tiga dan rebab bertali dua.
Rebab bertali tiga biasanya diguna dalam permainan makyung, selampit dan permainan peteri, rebab jenis ini terdapat di negeri Kedah, Kelantan, selatan Thai dan Trengganu. Rebab bertali dua pula hanya digunakan untuk mengiringi permainan wayang melayu sahaja. Tempat2 yang terdapat wayang melayu ini pada zaman dahulu ialah di negeri Kelantan, Trengganu, Kedah dan selatan Thai (Patani). Oleh kerana perbincangan pada kali ini menjerumus kepada rebab bertali tiga maka segala penerangan akan akan di tumpukan kepada rebab bertali tiga sahaja.
Pada umumnya orang telah menagkui bahawa rebab ini berasal dari Parsi, ini kerana merujuk kepada perkataan rebab itu sendiri yg berasal dari perkataan "Rabab" bahkan di negara2 lain seperti Afghanistan pun masih memakai nama rabab atau rebet lagi.
Bagi mereka yg berkecimpung dalam permainan makyung biasanya, rebab ini ada mempunyai nama yang tersendiri iaitu UMBANG, sebab itu kalau kalau kita lihat di dalam pengucapan2 dan mentera melayu yang yang terdapat di dalam makyun dan peteri, langsung tidak di sebut langsung perkataan rebab, tetapi di sebut umbang. Sebagai contoh jika hendak di gambarkan suasana segala2 alat bunyi2an yang terdengar lalu di sebut "Lalu hamba mendengar sekali dengan umbang sakti nobat jawa canang kelenang muri dandi nafiri.....".
Pada zaman awalnya rebab ini memakai tali benang, tetapi masa telah berubah menyebabkan rebab sekarang telah memakai tali gitar (Holow guitar). Tali yg sesuai untuk rebab ialah G-3rd D-4th A-5th. Penukaran tali rebab ini kerana tali gitar lebih senang di beli di kedai2 dan bunyinya pun kuat kalau nak di bandingkan dengan tali benang.
Di dalam muzik makyung Khususnya rebab adalah menjadi alat yang terpenting kerana rebablah yang akan menjadi penuntun lagu atau pembimbing lagu hingga sesetengah orang menganggapkan bahawa rebab adalah guru lagu atau pamurba lagu. Kerana di dalam kebanyakan lagu2, rebablah yang akan memulakan intronya dan barulah di ikuti oleh alat muzik lain dan nyanyian. Pemain rebab pula biasanya dipanggil sebagai jong rebab, bukannya Tok minduk yg tertulis di dalam beberapa penulisan yg lain kerana istilah Tok Minduk hanya terdapat dalam permainan peteri sahaja.
Dalam falsafah pemikiran orang melayu, rebab adalah di lambangkan kepada seorang perempuan. Oleh sebab itu nama pada setiap bahagian rebab itu di samping mempunyai makna luaran di sebalik itu ada mengandungi makna di sebaliknya yang abg lokan tidak berhajat nk cerita secara panjang lebar bab ini di sini. Cuma yg boleh di ceritakan secara ringkasnya ialah rebab itu mengandungi kepala, pemulas, batang suna, torak, kemban, batang, tempurung, pacat, susu, kili2, paksi dan kaki. Setiap bahagian (part) ini ada mempunyai tugas masing2.
Tentang tali rebab yang tiga itu adalah lambang kepada tujuh anggota manusia dan tujuh tingkat suara, jumlah tujuh itu di kira dengan mencampurkan jumlah tiga tali dengan empat jari yang memetik.
Cara bermain rebab biasanya kita akan menggesek dengan mengguna kayu penggesek, tali penggesek inilah akan bersentuh dengan tali rebab yang sudah di pasang dengan pacat (bridge) atau kekuda untuk menyangga tali rebab. Apabila tali rebab terkena gesekan, getarannya talinya akan bersambung kekulit muka melalui pacat tadi. Kulit muka yang terpasang pada tempurung rebab ini akan menjadi resonator atau alat penggema bunyi untuk melahirkan bunyi yang lebih kuat. Kulit muka rebab ini di perbuat dari kulit perut lembu/kebau yang di sepat menjadi nipis untuk menghasilkan gema bunyi. Duduk seorang pemain rebab adah mesti dalam keadaan bersila.
Setiap tali rebab juga mempunyai nama dan tiun masing2 iaitu tali no 1 di sebut tali Cin, tali no 2 di sebut tali Tengah dan tali no 3 di sebut tali Bor, tiun tali rebab iaitu jeda antara tali2 tersebut ialah perfect 4th iaitu sama jedanya dengan tiun tali gitar.
Cara pembelajaran rebab sekarang ini masih memakai kaedah tradisional iaitu sistem pandang dengar dan cuba seperti apa yang berlaku ke atas alat muzik lain. Sebenarnya cara ini boleh diperbaiki dgn lebih bersistem lagi iaitu dengan menggunakan notasi seperti apa yg telah di lakukan oleh negara2 luar keatas alat2 muzik tradisional mereka tanpa menjejaskan keaslian yg lain. Untuk itulah semenjak 20 tahun yang lalu abg lokan membuat dan mengajar alat muzik tradional ini dengan menggunakan sistem notasi dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini barulah notasi rebab makyung siap dicipta berserta dengan position penjarian yang lengkap yang mana belum pernah di buat orang selama ini.
Dua minggu yang lepas abg lokan di datangi oleh dua orang pelajar jepun yang sedang membuat kajian serta tessis PHD mereka dalam bidang muzik tradional kita khususnya wayang kulit. Dalam pertemuan itu mereka bertanya bermacam2 soalan yang abg lokan rasa orang kita sendiri pun sudah tak tahu dah benda2 tu semua, ini mungkin kerana pendedahan dalam perkara2 seperti itu sudah tidak ada lagi di tempat kita ini. Hok nok royaknyo lo ni ore lua lebeh besungguh dari ore kito dale bab mengaji bendo2 lagu ni, sikit lagi gak kalu sapo2 nok buat PHD dale bidang kesenian kito ni gak keno g mengaji lua negaro la pulok ore sini tak pado balah mano, dan ko puok tu nyo wat balik g habih.
|