Komuniti Dikir Barat Malaysia
September 03, 2010, 04:13:20 PM *
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News:
 
   Home   Help Search Calendar Login Register  
Pages: [1] 2 3 4   Go Down
  Print  
Author Topic: Mok Yong  (Read 14103 times)
mafaka
Tukang Karut
****
Offline Offline

Posts: 400



« on: April 26, 2007, 07:30:16 PM »

"Anak Raja Panah"
27-29 April 2007
Panggung Eksperimen ASWARA...


hok mana brehi ko mokyong tu, bulih pakat gi ramai2..tp ni budok2 mmain..lecah la sikit...gi la yie kastam oii...kata nak jadi tok peran...
« Last Edit: July 06, 2007, 08:56:36 AM by poktar » Logged

Seni Tradisional Melayu - http://mafaka.org
arjunasukma
Akademi
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 3322



WWW
« Reply #1 on: April 29, 2007, 06:52:24 AM »

yak...dalam gelap limu basoh peluh pela tajul menajol sapo ni panggil ambo ni..hehe..

ada jemputan tu..tp outstation loni...selasa baru sapa KL..kaum kerabat g belaka..

dok eh...sapa demo ni?sedap2 panggil nama ore..ehehe
Logged

Akademi Arjunasukma" style="border:0
mafaka
Tukang Karut
****
Offline Offline

Posts: 400



« Reply #2 on: May 02, 2007, 02:03:05 AM »

ikut lah sapo dio pong...kalu ilmu tafsiran demo tinggi, demo kenal la kawe nih(tafsir melalui nickname tu la)..demo suruh kawe masuk...haa kawe masuk doh nihh...
Logged

Seni Tradisional Melayu - http://mafaka.org
arjunasukma
Akademi
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 3322



WWW
« Reply #3 on: May 04, 2007, 03:04:34 AM »

oo..kenal dah..raja patik ku..kawe ingat pesah kamarul...cessss...tapi guano IP demo sama ngan grutuk nih...guna pc sama ko???wakakaka
Logged

Akademi Arjunasukma" style="border:0
GrutuK
Tok Jogho
***
Offline Offline

Posts: 166


« Reply #4 on: May 07, 2007, 01:41:45 AM »

ahhh sudohhh....guano dok klidah ngan kito nih???cek mmolek sikit sapo dio..
Logged
bunohan
Tukang Karut
****
Offline Offline

Posts: 259


« Reply #5 on: May 07, 2007, 06:27:08 AM »

berigat ko tu.......yak bokte tu.....jupo ko abe yie ko?Huh Huh Huh
Logged
MoKa :-)
dikirbarat.net
Global Moderator
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1443


moka production...


WWW
« Reply #6 on: June 27, 2007, 01:51:45 AM »

Definisi dan sejarah
Mak Yong terdapat di istana raja Melayu Pattani di selatan Siam lebih kurang 400 tahun dahulu dan kemudian berkembang ke Kelantan. Di Kelantan pula permainan ini telah wujud sejak 200 tahun dahulu. Menurut orang-orang tua permainan Mak Yong ini ada sejak sebelum Long Yunus memerintah Kelantan.
Timbul perkataan Mak Yong ini berasal dari cerita tentang anak raja. Ada seorang Raja Siam kemudiannya berkahwin. Hasil perkahwinannya dengan permaisuri Baginda di kurniakan seorang Puteri, Puterinya itu sukakan anjing.Lalu kemudiannya Raja tersebut memberikan patung anjing untuk di buat permainan. Setelah permaisuri itu besar dia tidak lagi sukakan pada patung anjing yang di hadiahkan oleh Ayahandanya itu, malahan ia mahukan anjing yang benar ( hidup ). Kehendaknya diikuti oleh ayahandanya it, tidak berapa lama  kemudian terdengar khabar Puteri itu hamil dan mengikut cerita kehamilan Puteri itu adalah hasil perbuatan sumbang Puteri dengan anjing tersebut. Setelah  peristiwa itu, diketahui oleh Sultan, Baginda menitahkan agar anjing itu dibunuh.
Setelah dibunuh anjing itu di tanam dan kemudiannya Puteri dapat tahu dimana anjing itu di tanam dan kemudiannya Puteri itu menggali semula kubur anjing itu dan mengambilnya semula rangka anjing itu. Oleh kerana terlalu kasihan pada Puterinya maka Raja kemudiannya menbuat  satuu alat bunyian daripada kepala anjing itu untuk menghiburkan hati anaknya. Alat itu kemudiannya dipanggil Rebab. Alat inoi merupakan alat yang paling penting dalam permainan Mak Yong.
Puteri itu amat gembira memperolehi alat itu. Semasa alat bunyian dibunyikan  ia diiringi oleh penyanyi dan tarian dayang-dayangnya. Maka dari sinilah bermulanya apa yang di panggil Mak Yong iaitu permainan yang melibatkan tarian dan nyanyian oleh dayang-dayang istana. Barangkali permainan ini berkembang ke Kelantan dan ini tidaklah menghairankan kerana kelantan amat dekat dengan Siam. Cerita ini mungkin terjadi di istana Raja melayu di Pattani memandangkan di sana juga ada permainan Mak Yong Sejas dahulu lagi.
Selain itu, ada pendapat mengatakan Mak Yong berasal dari kisah 2 orang adik beradik yang kerjanya menjaga lembu di padang. Pada masa menjaga lembunya mereka terpesona dengan tiupan angin lembut ke atas pokok-pokok kayu di sekitar padang itu. Gerak-geri  dahan, liuk-lintuk ranting, lambayang ranting dan lambayang daun serta gaya daun luruh berguguran ke bumi amat mengagumkan mereka dan inilah yang mewujudkan main Mak Yong.
Wersi lain pula mengatakan bahawa Mak Yong wujud dari unsure Magis dan ritual sebagaimana yang terdapat dalam upacara-upacara tertentu seperti pada zaman animisme. Antara upacara itu adalah memuja mak Hiang atau semangat ibu yang sentiasa menjaga semangat padi dan pemujaan ini kemudiannya berubah menjadi permainan Mak Yong.
Selain itu juga, ada pendaapat pula yang menyatakan bahawa Mak Yong ini berasal dari perlakuan 3 orang anak-baranak iaitu Paak Yong, yang bernama Cik Mubin, Mak Yong dann anaknya Awang. Pada suatu hari rebut melanda, Cik Mubin, Mak Yong dan Awang berada di bawah pokok besar. Pada masa itu daun-daun kering dan ranting-ranting rapuh jatuh berguguran kearah mereka anak-beranak. Cik Mubin atau Pak Yong cuba menahan ranting-ranting tadi dari menimpa ke atas mereka anak-beranak. Telatah 3 beranak itulah yang mewujudkan permainan Mak yong.


Struktur dalam cerita Mak Yong
   Cerita Mak Yong mempunyai struktur yang tersendiri dan bentuknya. Walaupun cerita berbeza sekalipun strukturnya adalah sama.
Diantara Strukturnya ialah;
1.   Bertabuh
2.   Mengadap rebab         
Setiap cerita akan bermula dengan upacara mengadap rebab. Watak-watak utama akan menyanyi solo dan diikuti oleh korus. Pelaron-pelakon akan membuat gerak tari jari dan bahu kemudian badan sambil menyanyi. Akhirnya  mereka bangun secara perlan dan berdiri tegak sebaik sahaja habis menyanyi solo. Mereka kemudiannya mengelilingi pentas dan tarian perlahan dan salah seorang akan memulakan nyanyian solo. Nyanyian ini hádala sedayong Mak Yong.
3.   Raja atau Pak Yong keluar dan berdialog dengan Mak Yong.
4.   Pak Yong Muda atau Puteri  Mak Yong akan menyanyi.
5.   Dialog Pak Yong memanggil pengasuh.
6.   Yanyian Pak Yong Tua- Sendayong Pak Yong.
7.   Dialog
8.   Nyanyian Peran
9.   Dialog antara Pak Yong dengan Peran
10.   Pak Yong menyanyi lagu berkhabar.
11.   Dialog
12.   Nyanyian Peran
13.   Dialog
14.   Nyanyian Peran
15.   Dialog
16.   Lagu barat cepat
17.   Dialog Peran 1 dan 2
18.   Lagu Tok wak
19.   Dialog Pak Yong
20.   Lagu Ela oleh Pak Yong membawa cerita yang akan di persembahkan.

Alat Muzik dalam permainan Mak Yong
   Muzik merupakan unsure penting dalam permainan Mak Yong, ini kerana setiap pergerakan setiap watak dalam cerita Mak Yong adalah berdasarkan bunyian muzik.
   Kesinambungan Kumpulan muzik Mak Yong yang lengkap akan mengandungi alat-alat:
-   Rebab
-   Gendang ibu dan anak
-   Geduk ibu dan anak
-   Gong ibu dan anak
-   Serunai
-   Gedombak ibu dan anak
-   Canang
-   Kesi

Biasanya  kumpulan muzik Mak yong tidak akan ada ke semua alat muzik yang di sebutkan tadi, tetapi sekurang-kukurangnya mengandungi alat-alat muzik seperti berikut:
-   Rebab
-   Gendang ibu dan anak
-   Sepasang gong ibu dan anak
-   Serunai

Ahli muzik terpenting dalam kumpulan muzik Mak Yong ialah pemain rebab yang di kenali dengan nama Tok Minduk. Tok Minduk inilah yang akan menentukan tinggi rendah suara penyanyi Mak Yong berdasarkan geseran rebab. Tok Minduk adalah ketua dan pembimbing kumpulan muzik itu. Ahli-ahli muzik ditempatkan di sudut kiri pentas dengan Tok Minduk duduk mengadap ke arah matahari jatuh. Ia memulakan semua lagu sepanjang 8 hingga 16 rentak yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus. Tok Minduk  akan memberi isyarat untuk memulakan lagu, menukar lagu rentak dan segalanya berkaitan aspek muzik.
Di dalam nyanyian suara dan rebab menyelenggarakan melodi,  gendang dipukul bertingkah dan gong menandakan rentak atau bilangannya. Dalam Mak Yong serunai akan hanya dimainkan pada adegang-adegang puncak atau perang.

Tetawak atau gong
   Gong ibu adalah lebih besar dari gong anak. Ia diperbuat dari tembaga. Bunyian gong itu lebih rendah dari bunyian tawak anak. Kedua-dua digantung dan dipisahkan oleh 2 batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukul diperbuat daripada kayu yang dinamakan mengembang. Pemukulnya diperbuat dari kayu  yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah.

Gendang
   Kedua-dua gendang anak dan ibu ini adalah berbeza dari segi saiz dan bunyiannya. Ia diperbuat dari kayu nangka. Muka besar ditutup dengan kulit lembu. Pemukulnya diperbuat dari kayu atau rotan.

Canang
   Sepasang canang ibuu dan anak diperbuat dari tembaga. Terdapat juga canang anak dan ibu yang sama besar juga yang berbeza dari segi saiz. Canang ini dibezakan besar atau  tidak berdasarkan dari segi bunyian sahaja. Sekiranya bunyi itu kuat ia dinamakan canang ibu dan sekiranya bunyinya rendah ia dikenali canana anak.

Kesi
   Kesi mempunyai 2 bahagian, piring dan kicah ianya terdiri 4 piring atau 2 kicah. Ianya diperbuat dari  besi atau tembaga. Ada juga kesi terdiri dari 2 piring dan 1 kicah. Pada bahagian atas kicah diikat dengan tali.

Serunai
   Serunai terdiri daripada beberapa bahagian seperti pipit, mali, batang dan copong. Tiap-tiap bahagian pada serunai ini boleh dipisahkan. Serunai diperbuat  dari bahan-bahan  yang berlainan. Ada juga yang diperbuat dari kayu sepenuhnya, kecuali pipit. Manakala ada bahagian tertentu diperbuat dari tembaga. Daun tor kering digunakan untuk membuat pipit . Mali pula diperbuat dari tembaga atau perak. Manakala bahagian batang serunai pula diperbuat daripada kayu nangka, kayu lada. Bahagian luar serunai di ukir bagi mencantikkan bentuknya.

Rebab
   Rebab boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitui pucuk rebung, batang ,muka. Tempurung muka diperbuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutup dengan kulit perut lembu. Pada muka atau dada di penjuru kiri terdapat 1 lubang luas 1 inci dan ditutup dengan penutup yang dinamakan ‘’  susu ‘’ atau ‘’ tetek ‘’. Fungsinya ahíla untuk mengembangkan tekanan udara atau sira. Pada masa dahulu tali rebab dio buat dari benang kasar tetapi  sekarang menggunakan sama ada tali gitar, tali gabus atau tali biola. Penggeser rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi. Rebab merupakan alat muzik yang utama dalam permainan Maak Yong kerana rebablah yang menentukan tinggi rendahnya  suara pemain Mak Yong menyanyi.

Pakaian pelakon Mak yong
   Dalam satu-satu persembahan Mak Yong tidak memerlukan prop tetapi pakaian watak-watak adalah lengkap dan mahal harganya. Watak-watak penting dalam Mak Yong Muda diberikan nama khas dan setiap watak mempunyai pakaian lengkapnya sendiri walaupun untuk apa cerita sekalipun. Pakaian Mak Yong Muda hádala sama. Kedua-duanya memakai setanjak atau mahkota diperbuat dari balde khas dengan hiasan mutu manikam dan mempunyai tepi yang berkilau. Di bahagian atas setanjak dihiasi dengan beberapa kuntum melur. Beberapa kuntum melur. Beberapa ikat bunga melur digantung pada atas telinga kiri.
   Seabab  yang lalu, Mak  Yong Muda ( Watak Utama) memakai setangan batik dan 7 ulas ikatan bunga melur berjuntai dari telinga kiri. Lebih awal dari itu pakaian Pak yong Muda dipengaruhi gaya mempelai-mempelai diraja Patán dengan memakai setanjak yang diperbuat daripada sutera kuning  dan dihiasi dengan bunga-bunga emas yang digantung pada rantai-rantai emas terjuntai di telinga kiri. Setanjak Pak Yong Tua dihiasi lebih indah daripada warna yang lebih tua.
   Kedua-dua Pak Yong memakai baju sutera berwarna kuning , kemas, tidak berkolar, berlengan pendek. ‘’ Lai ‘’- atau hiasan dari manik-manik dan mutu manikam, labuhnya ingá hampir ke pinggang dipakai di atas baju. Semua pelakon tidak memakai kasut kerana mereka bermain di hadapan Raja dan pembesar-pembesar.
   Pakaian Mak Yong Puteri juga hampir sama. Mereka memakai kebaya sutera dan berkerongsang emas dan permata. Sarung sutera diikat dengan tali pinggang dan mereka mempunyai pending batu permata dan lebih cantik dari pending Puteri Mak Yong. Sehelai kain sibar tergantung di bahu kiri, di selitkan pada pending dan panjangnya hingga ke paras lutut. Kain sibar ini biasanya bertekat benang emas, gelang kaki emas dan cincin pemberian dari raja.
   Lain-lain pelakon yang mengambil bahagian ahíla watak dayang memakai kebaya dan sarung sutera tetapi tiada berpending atau kain sibar. Mereka memakai sanggul dan bunga melur dilekat pada sanggul. Peran-peran memakai baju pendek biasa, kain sarung dan sepasang seluar besar. Mereka juga memakai semutar daripada kain benang yang pada waktu yang lain juga boleh juga diikat ke pinggang.
   Selain perkakas-perkakas ini Pak Yong juga membawa seikat rotan yang dipanggil rotan bera. Rotan ini digunakan untuk keperluan lain seperti menggambarkan wau, anak yang baru lahir atau digubah untuk menyerupai gajah.
Tempat pertunjukan
   Kerana persembahan Mak yong dikhaskan untuk hiburan di raja maka cerita-cerita Mak Yong dimainkan sekitar istana sahaja. Setelah ia menjadi lebih popular dan keluar dari istana barulah Mak Yong dipersembahkan untuk tontonan rakyat biasa.

Watak-watak dalam Mak yong
   Watak-watak penting dalam sesebuah cerita Mak Yong:-

Pak Yong
   Menjadi raja atau pemerintah dan menjadi tulang belakang cerita Mak Yong

Pak Yong Muda
   Watak utama atau hero dalam cerita Mak Yong. Watak inilah yang mengalami berbagai-bagai peristiwa dari saat ia dilahirkan hingga dewasa semasa cerita berkisar di sekitar kehidupan Pak Yong Muda.
 
Mak Yong
   Juga Permaisuri dan dalam setengah cerita mengambil peranan yang penting sebagai watak utama.

Puteri Mak Yong
   Sebagai heroin dalam cerita Mak Yong

Peran
   Terdapat beberapa orang peran atau pelawak dalam cerita Mak Yong. Peran Tua biasanya memegang watak yang lebih penting daripada peran-peran lain dan bertindak sebagai orang suruhan raja. Lain-lain peran adalah watak kelakar.

Dayang-Dayang
   Terdiri daripada Gadis-gadis manis yang juga bertindak sebagai penari atau pengiring Mak Yong atau Puteri Mak Yong.

   Selain daripada watak-watak yang tersebut dii atas, watak-watak jahat ketinggalan, seperti raja jin dan sebagainya yang merupakan pihak lawan kepada watak-watak baik di atas…
Logged

"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga" Dr. Mahathir Mohamad.
arjunasukma
Akademi
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 3322



WWW
« Reply #7 on: July 02, 2007, 11:35:47 PM »

ada sedikit perkadasan @ kekeliruan dengan apa yang abe yie blajar..basa diwana ambil dari mana ni?siapa pengarang?
Logged

Akademi Arjunasukma" style="border:0
MoKa :-)
dikirbarat.net
Global Moderator
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1443


moka production...


WWW
« Reply #8 on: July 05, 2007, 07:27:13 PM »

Ambo ambik dgn student yg buat tesis tentang makyung
Logged

"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga" Dr. Mahathir Mohamad.
arjunasukma
Akademi
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 3322



WWW
« Reply #9 on: July 06, 2007, 03:04:59 AM »

Fotostat nota ghulam sarwar ko?haha..

molek la..cuma kewujudan asal tu ada tak srupa dengan hok abe yie tahu..nak kkemas lagi suruh dia ngadap Cek Man Gabus la..mafaka bulih tunjuk jalan klau tak tahu..hehe.

Logged

Akademi Arjunasukma" style="border:0
arjunasukma
Akademi
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 3322



WWW
« Reply #10 on: July 06, 2007, 03:07:10 AM »

sebelum terlupa..

Besok..07/07/07...pada peminat mak yong bleh g tgk persembahan dari puak klantan kita main makyong di Petaling Street..Puak Pok Su and the gang..pkl 8.00 mlm...
Logged

Akademi Arjunasukma" style="border:0
kencana putra
Awak-awak
*
Offline Offline

Posts: 6



« Reply #11 on: September 21, 2007, 12:00:58 AM »

kuat teh asal mokyong samapai jadilagu tu..... lain tu dari hok malaysia... hok tu mungkin hok siam kot...ha.he.he..

 
Logged
arjunasukma
Akademi
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 3322



WWW
« Reply #12 on: September 21, 2007, 03:37:21 AM »

hehehe..ore ngaji dia korek abih mie...tak kira mana pun..melangkaui sempadan tu..hehe
Logged

Akademi Arjunasukma" style="border:0
Lokanbertepuk
Tok Nebong [Moderator]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1249



WWW
« Reply #13 on: November 11, 2007, 12:12:42 AM »

Butir ni laa.. gamoknyo yg abg kan kembong perut sokmo2 ni. Kito nk royat takut gege habih, kalu x royat takut sesat barat habih.

Pike punyo pike kalu x bekki punoh rama la jwb dio. Jadi abag nk mintak izin lah kpd yg brnamo adik Diwana ni unk nk buat pemurnian akidah sikit brkenaan dgn keterenge yang bersangkutan dgn alat muzik mokyong. Adik pn mngaku amik hok student buat tessis jah (amik hok malini bdk saboh tu ko?), skure2nyo adik yng rama2 dale ni nih buleh tahu hok sebenar bkn berdasarkan kekhilafan atau versi, tetapi kenyataan.

TETAWAK ATAU GONG - Duo bate kayu yg dok ikat pada tali gong tu namo dio pengambang  buke nyo pengembang. Kalu pengembang atau kemban ialah tali hok dok ikat tali dbate rebab atau rote yg hok demo belit di temale gendangtu nok bui kemah. - Kalu sapo x ccayo gi tanyo poksu agil.

GENDANG - Ore palu gende mokyong paka tange buke paka kayu. hok guno kayu ni ore palu gende besilat, pahtu hok guno pemukul rote pulok ialah ore palu gende anok dale wayang melayu kelantan - Pahru kalu x ccayo jugok keno gi tanyo poksu agil sekali lagi.

CANANG - Caro utk membeza cane ano dgn cane ibu ialah:
               
                Cane anok = pitch suaro lebih tinggi dari cane ibu (ore kelate kato soro terek)
                Cane ibu    = pitch suaro lebih rendoh dari cane anok (ore kelate kato soro uba)

Kalu x ccayo jugok gi tanyo abe wahab istana budaya.

PEMAIN REBAB DIKENALI DGN NAMA TOK MINDOK - Haaa.... hokni keno syaroh panje siket supayo tidok bekacau wokyoh kerano pemain rebab dan Tok Mindok mempunayai dua tugas yg berlaine.

Pemain rebab adolah ore yg dok mmain rebab tu. Kalu dijawa dio panggil penggrebab, kalu dikelate kito pangge jon rebab.  pahtunyo perkatoen Tok Minduk ni tidok pernoh terdapat dale pemaine mokyong.- Kalu x ccayo demo gi tanyo Pok Berehim jong rebab & jon suna hok dudok Dtk Keramat. (Perkataan jon ini depercayai dari bahasa Thai iaitu "JOOM" istilah ini di gunakan bagi mereka yg memberi khidmat kpd Bikhu, bg org kelantan pula istilah ini di guna utk org yg mengendali sesuatu tanggungjawab atau tugas, seperti jon dondang, jon kako dsb)

Tok Mindok ni pulak ialah ore yg menjadi perantara (jong baso) bagi pehok ore sakit hok dok lawe bekecek denga to tteri (bagi pehok hatu/penggoda). kalu dio betugah sebagai begoni dale  main tteri tu walau pon dio tidok gesek rebab mako ketiko tu tok mindoklah namo dio.- Kalu x ccayo demo gi tanyo lah tok tteri mano2.

cumonyo ado la jugok tok mindok tu hok mempunyoi kebolehan menggesek rebab srupo pok brehim tadi. mungkin berpunca dari sinilah bg sek2 hok x tahu tu dio paka borong sekali selalu. Ssao bg akal  ko kalu kito kato " Tukang karut dikenali dgn nama Tok jogho" ko guano adek arjuna dio? hehe......

TERDAPAT LUBANG SELUAS 1 INCI DI PERMUKAAN REBAB YG DI TUTUP DGN SUSU - Hok ni pon tteweng jugok nih. Sepanjang penyelidikan hamba, tidak pernah melihat kelih lubang yg luas sebegitu rupa di permukaan rebab yg di tutup dgn susu. Muko rebab tu ore rambeng dgn kulit perut lembu yg sudoh di sepat supayo jadi nipis utk mendapat getaran dan gema bunyi (resonator), susu ditepek atah untok nk cari soro dan mengelak dari soro rebab bunyi kope (sebutan ngidong)

hok tmpt ore buat lube nyo ialah dsebeloh blake di kayu tepurong tu, tu pon buke besa mano. agok2 buleh holo kpalo puting ggesek jah. - Kalau demo x ccayo gi tanyo Anuar hok dok ngajar di UITM Shah Alam.

TALI REBAB SEKARANG MENGGUNAKAN SAMA ADA TALI GITAR, TALI GAMBUS ATAU TALI BIOLA - Sepanjang sejaroh penggunaan tali rebab ni meme betul doh bermulo dengan tali bene dulu, lepah tali bene tu ore paka dawai temaga, kalu jenih hok ado pitih sikit dio buat denga perok atau suaso dengan caro dawai ni dijangat utk mendapatke saiz yg x samo antaro ketigo2 tali tu iaitu tali cin hok kecik sekali, tali tengoh hok tengohe dan tali bor hok besar sikit.

haa.. lepahtu lah baru ore pakat tuka kepado tali gitar (gitar hollow) pulok skitar awal tahu 60'an kerano di koto baru tu ado jual kerano:

a)  Sene buat kijo, gi beli wat kelik gak buleh pase selalu doh.

b)  Bunyi lebeh deras daripada sekalo.

c)  Hargo pon tak mahal mano.

Jadi hok tali biola tu abg sediri pon pehe, setahu abg tali biola tu ukure dio pendek, xleh nok pase ko rebab. tali gambus nyo pulok di buat dari nyalon, lagu mano nok buboh di rebab. - Hoh.. kalu x ccayo pulok demo gi tanyo Kamarull Aswara kerano tmpt tu banyok budok don main gambus nga biola nih.

Bgitulah lebih kure nyo hok abg kan tahu sebanyok pasa begoni. kalu demo paka, paka lah. kalu demo  x ser paka amek tohok ttanoh pon ikut lah. cumo ore tuo2 kato kalu paksi gasing tu ugoh, uri lari selalu.
Buoh pengesutnyo kalu adik Diwana jjupo dgn pok sedaro hok namo aziz tu tulong kirim sale kedio getek, dok guo muse lagi ko dio lo ni?,.

Pade patut manih bangun doh kito ni, kito hile royat sini timbul nok royat di lain maso pulok.




Logged

arjunasukma
Akademi
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 3322



WWW
« Reply #14 on: November 11, 2007, 06:39:49 AM »

hehe...kemah..kemah..ayat pemurnian akidah tu ganasnya..Siap bagi senarai nama pakar rujuk nah dia tehh..gomo gehhh..hehe

Baru kena pada tempat, baru baju jahit padan ngan badan, baru pikul padan dgn "ghim" (tenaga).

Hamba kira penjelasan yang agak menyeluruh ini boleh memberi gambaran sebenar di mana perbezaan versi yang hamba maksudkan. Mungkin bahan rujukan yang adik Sa Diwana kita tu dia mengutip dari sumber yang agak berjarak dari dasar sbenar, jadi tak mustahillah kefahaman jadi sedikit terlencong ke denai keliru...semoga keterangan dari abe Kan ini mencerah jilah kabus ke'was-was' an yang berlegar di benak kita semua tentang Mok Yong...Tetapi..SIAPA LOKAN BERTEPUK????HIKS...

abe yie@arjunasukma
Logged

Akademi Arjunasukma" style="border:0
Pages: [1] 2 3 4   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.9 | SMF © 2006-2009, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!