|
senok
|
 |
« on: August 20, 2008, 04:36:41 AM » |
|
1. Sabah 2. Terengganu 3. Kelantan Nantikan laporan lengkap dari arjuna 
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
Datuk D
|
 |
« Reply #1 on: August 20, 2008, 07:22:11 PM » |
|
anok murid arjuna jadik johe jugak hahaha..
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
yunacomel
|
 |
« Reply #2 on: August 21, 2008, 12:53:40 AM » |
|
sedak 2 puok sabah.... congratulations........... 
|
|
|
|
|
Logged
|
dont look at me like u really love me dont come to me if u plan to leave me..
|
|
|
abeJo
Jong Bbano

Offline
Posts: 76
|
 |
« Reply #3 on: August 21, 2008, 07:52:19 AM » |
|
Sedakkk..... sedak sapa menjilat ayam kfc laa... tokkan nop jjilat siku. he heh heh. Arjuna tow, ulas sikit gak. Tubit jah puok sabahpetang tu , terus hile ngantuk kawe. Jjijok angin kato ore tuo.
|
|
|
|
|
Logged
|
Woook aloohh.... Sssoyok pulop doh....
|
|
|
|
arjunasukma
|
 |
« Reply #4 on: August 21, 2008, 07:54:29 AM » |
|
Trima kasih..Ulasan akan muncul sehari dua lagi...nak cari tempat nnulis sedap tak jupo lagi ni.. 
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
arjunasukma
|
 |
« Reply #5 on: August 21, 2008, 10:38:37 AM » |
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Alhamdulillah…disebalik kesibukan berkejar ke hulu hilir bawa bekal semangat di jiwa, maka terselitlah sedikit ruang waktu untuk hamba mencoret beberapa patah kata sebagai melempias gian bersama handai taulan.
Tanggal 17-18 Ogos yang lalu berlangsunglah Pertandingan Dikir Barat Karnival Seni Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan yang bertempat di KB Mall, Kota Bharu, kelantan. Setelah berpenat lelah mengejar beberapa kerat anak-anak yang dahagakan dikir barat, maka telah ditapis dari beberapa buah sekolah, di saring ke peringkat daerah diikuti negeri…lalu terlepaslah beberapa sekolah di bawah didikan hamba ke peringkat kebangsaan seperti di atas.
Bermula dari hujung Januari sesetengah sekolah sudah bertungkus lumus membuat pemilihan tok jogho, tukang karut, pemuzik dan juga awak2. Sekolah yang lebih serius dan bervisi serta misi lebih gigih dan ghairah serta tahu apa yang patut diburu untuk kemuncak kebangsaan tersebut.
Pada hari kemuncak tersebut terkeluarlah benih-benih yang berbeza tahap kematangannya bergantung pada masa yang disemai sebelum dituai. Di sebalik penat lelah itu, syukur..benih dari Sabah, Kedah, Melaka dan Putrajaya melepasi tapisan dimaksudkan dan berpeluang merasa panas hangat di pentas Kebangsaan, yakni kemuncak terhebat benih-benih baru di peringkat sekolah menengah.
Bermula wisel bermulanya pertandingan, benih bongsuku melangkah ke gelanggang meluahkan bagaimana buah dituai setelah disemai. Mewakili Putrajaya, cukup merimaskan jiwa hamba kerana masa yang diperuntukkan untuk membikin sang juara begitu singkat. Tapi apakan daya, rezeki setakat itu, sekurangnya memberi pengalaman berharga.
Diringkaskan cerita, pengamatan hamba pada keseluruhan pertandingan…masih ada dua kasta lagi dalam pertandingan berprestij itu. Kasta yang hamba maksudkan ialah peringkat kefahaman tentang dikir barat. Masih ada lagi negeri2 yang jauh lebih terkebelakang ditinggalkan negeri2 yang sudah meresap akan roh dikirnya. Bagaimana itu terjadi? Wakil peringkat kebangsaankah sebegitu rupa? Samada seluruh negeri belum mengenali dikir barat atau hakim yang dilantik diperingkat negeri silap pilih yang mana layak?
Dari segi keputusan yang diadili oleh hakim2…hamba sendiri masih mencari-cari bagaimana hakim2 berkenaan memegang prinsip untuk menjatuhkan hukuman. Adakah berpegang pada keaslian sepenuhnya atau berpaksi kontemporari. Jika anda salah seorang penonton pada pertandingan tersebut, sudah tentu anda juga boleh mendalami apa yang hamba maksudkan. Contohnya Sabah…bergelar johan dan persembahannya bermazhab keaslian dalam rukunnya, manakala Trengganu ditangga kedua dan diikuti Kelantan bagi saya ada sedikit ketinggalan jika dipandang dari sudut keaslian. Di mana ketinggalannya?? Jika diperhati Trengganu :- 1. Tidak tepuk tangan pada kiraan gong semasa Tok Jogho mengalunkan pantun.(Rangkap pertama) 2. Tidak tepuk tangan semasa sambut karut Yengki 3. Lagu Penutup@Irama Wau Bulan disadurkan menjadi sebuah irama baru samada disengajakan atau ingin serlahkan pembaharuan.
Kelantan :-
1. Gaya terlalu bersahaja seorang tukang karut. 2. Tidak tepuk tangan di atas kiraan gong semasa pantun tukang karut dalam lagu penutup@wau bulan.
Adakah perkara-perkara ini tidak diambil serius untuk dibuat pembetulan sepenuhnya agar nilai seni dikir ini lebih terperinci dari segi hukumnya…kerana, apa yang hamba pelajari…dikir barat tidak boleh dipisahkan dengan tepuk tangan. Tepuk di atas kiraan gong…Samada tepuk berganda atau tunggal di atas gong, tepuk mestilah tepuk…jangan menganak tirikan bunyi gong, memencilkan tepuk tangan jika bernama dikir barat. Seumpama mandi junub tidak rata akan airnya keseluruh badan…tidak lengkap rukun maka terbatallah kewajipan tersebut. Bukan apa, jika suatu hari negeri lain naik berdikir tanpa tepukan, apak yang hakim mahu katakan?apakah itu juga dikir barat??Sediakan payung sebelum berintik..
Sekian saja sedikit huraian serba ringkas berkait keputusan pertandingan tersebut…Apapun terima kasih kepada semua penyokong Akademi Arjunasukma.
Abe yie@arjunasukma
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
mY MuSliH
|
 |
« Reply #6 on: August 21, 2008, 05:48:00 PM » |
|
tahniah kepada sabah..yang tak menang,cuba lagi tahun depan..wilayah mana wilayah???
|
|
|
|
|
Logged
|
innasolati,wanusuki,wamahyaya,wamamati,lillahirabbila'lamin
|
|
|
|
Datuk D
|
 |
« Reply #7 on: August 21, 2008, 07:04:55 PM » |

lamo doh dok dahago benda lagu nih! hari ini ile sebentar.. kalu mitok mitok, ambo ni nok lagih! barulah berpulih urat tersimpul di umbi dasar!
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
abeJo
Jong Bbano

Offline
Posts: 76
|
 |
« Reply #8 on: August 22, 2008, 07:31:08 AM » |
|
Tuu diaa..... Tika senyap, senyap ttupah. Sekali dio buko mulut.... Memang sesuai dan serasilah namo arjuna denga demo tuh. SSalluuttt!!!! Tahniah sekali lagi! Suatu teguran ikhlas yang boleh diambil banyak ikhtibar! 
|
|
|
|
|
Logged
|
Woook aloohh.... Sssoyok pulop doh....
|
|
|
ayufaizal
Awak-awak
Offline
Posts: 49
|
 |
« Reply #9 on: August 27, 2008, 01:18:57 AM » |
|
wilayah x ke mana ni ha joho leh sangkut lak soro kaloh lagi tahun nih kena bertapa dengan muslih baru johan kot
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
mY MuSliH
|
 |
« Reply #10 on: August 27, 2008, 08:42:04 PM » |
|
ttapo nga ambo buleh,ambo suruh wat assignment ambo ada besar bukit nih duluh..cuba lagi2... wakil sokmo pon takpo, tapi kualiti kena koho banyok lah..buke kuali!!! kualiti..hehehehe
|
|
|
|
|
Logged
|
innasolati,wanusuki,wamahyaya,wamamati,lillahirabbila'lamin
|
|
|
|
poktar
|
 |
« Reply #11 on: August 28, 2008, 05:51:53 AM » |
|
rindu wess ko awok2 nih.....
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
karmook
Awak-awak
Offline
Posts: 2
|
 |
« Reply #12 on: August 30, 2008, 03:25:58 AM » |
|
askum... vcd dikir anti dadah 2008 tak dok ko?
|
|
|
|
« Last Edit: August 31, 2008, 04:26:01 AM by karmook »
|
Logged
|
|
|
|
raz
Tok Jogho
 
Offline
Posts: 141
Majulah Seni Dikir Barat Ke Arah Global
|
 |
« Reply #13 on: August 30, 2008, 04:47:10 AM » |
|
Ho 2 la..Pengadil mesti kena tahu asal usul dikir barat untuk mengadili pertandingan dikir barat. Di peringkat sekolah lagi kena kekalkan tradisi nenek moyang kita. Barulah dikir barat asli tidak luput ditelan masa. Sebagai warga Kelantan pun jangan ambil ringan atau sambil lewa dalam seni dikir ni walaupun dikir ni popular di Kelantan masa dahulu. Setakat mana penghargaan warga Kelantan terhadap dikir barat?Adakah perkara sebegini akan berulang lagi di masa akan datang?Tepuk dada tanya diri sendiri.jadikanlah perkara yang lepas sebagai pengajaran untuk kita semua.
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
arjunasukma
|
 |
« Reply #14 on: September 01, 2008, 12:05:52 AM » |
|
askum... vcd dikir anti dadah 2008 tak dok ko?
rakaman pertandingan dikir barat anti dadah 2008 akan dikeluarkan dalam bentuk dvd..akan dilancarkan di sini tidak lama lagi...tggu pengumuman dari Mr Snock..dont be runsing
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
|
|