Komuniti Dikir Barat Malaysia
July 29, 2010, 11:38:18 PM *
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News:
 
   Home   Help Search Calendar Login Register  
Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: PERTANDINGAN DIKIR BARAT TERBUKA LEMBAH KLANG 2008  (Read 1327 times)
arjunasukma
Tok Nebong [Moderator]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 3264



WWW
« on: January 30, 2008, 03:57:44 AM »

PERTANDINGAN DIKIR BARAT
TERBUKA LEMBAH KLANG 2008
ANJURAN KELAB HARMONI SELANGOR

TARIKH : 16 FEBRUARI 2008 (SABTU)

MASA : 08.30 PAGI

TEMPAT : STADIUM MBSA SEKSYEN 17, SHAH ALAM


KEPADA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI SAYA ABE YIE@ARJUNASUKMA DI TALIAN 013-3394000

JOHAN : RM2000
NAIB JOHAN : RM1000
KETIGA : RM800
TOK JOGHO TERBAIK : RM100
TUKANG KARUT TERBAIK : RM100

SYARAT PENYERTAAN SEPERTI BERIKUT :-

PERTANDINGAN DIKIR BARAT TERBUKA LEMBAH KLANG 2008
ANJURAN KELAB HARMONI SELANGOR


1.   PENDAHULUAN

Dikir Barat adalah satu bentuk kesenian yang popular di kalangan masyarakat Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan berasal dari negeri Kelantan. Kini, telah berkembang pesat ke seluruh Negara hingga ke Negara jiran. Persembahan kesenian ini dapat mengumpulkan lebih ramai peminat dan boleh digunakan sebagai medan penyampai mesej dari penganjur kepada khalayak.


2.    MATLAMAT

Menerapkan nilai cintakan Negara dan memupuk perpaduan sesama kaum.


3.    OBJEKTIF

   3.1    Mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia terutamanya warga Lembah Klang terhadap nilai cintakan perpaduan.

3.2    Penghayatan nilai-nilai murni dan budi bahasa melalui aktiviti-aktiviti kesenian dan juga akademik yang juga turut melahirkan insan yang berdaya kreatif dan mempunyai semangat daya saing yang tinggi.

3.3    Membentuk kesepaduan, keteguhan dan bersama-sama berganding bahu bagi mewujudkan satu komuniti yang harmoni dan utuh.

3.4    Menyahut seruan kerajaan dalam melaksanakan program kesedaran perpaduan di antara kaum.

4.    PESERTA

   4.1    Ahli Dikir tidak melebihi 15 orang termasuk seorang Juara Dikir dan seorang Tukang Karut.

   4.2    Pemain Muzik tidak melebihi 5 orang.

   4.3   Bagi setiap kumpulan dikir pesertanya adalah terdiri daripada lelaki sahaja atau perempuan sahaja.

4.4    Jumlah peserta keseluruhan ialah seramai 20 orang.


5.    TEMA : ? PERPADUAN TONGGAK NEGARA GEMILANG ?





6.    ALAT MUZIK

Alatan muzik yang dibenarkan tidak melebihi daripada alatan di bawah :-

a. Rebana Ibu
b. Rebana Anak
c. Gong/ttawak
d. Mong/Canang
e. Marakas /Tamborin


7.    PERSEMBAHAN

Persembahan Dikir Barat hendaklah mengandungi perkara di bawah :-

7.1    Lagu Juara

7.2    Lagu-Lagu Tukang Karut

7.2.1 Karut Perlahan (Yeng Ki)
7.2.2 Karut Cepat (Karut Kelantan)
7.2.3 Karut Matang / Kreatif
7.2.4 Penutup Irama Wau Bulan

8.    BAHASA

   8.1    Semua persembahan dikir hendaklah dalam Bahasa Melayu.

   8.2    Peserta dilarang menggunakan perkataan-perkataan yang berunsur    lucah.

   8.3    Peserta dilarang sama sekali menggunakan kata-kata yang
sensitive dan boleh menyentuh atau menyinggung perasaan mana-mana pihak terutaman pasukan lawan.

8.4    Kata-kata yang menyentuh soal-soal peribadi, gelar-menggelar dan sindir-sindiran tajam adalah dilarang sama sekali.


9.    ETIKA PERSEMBAHAN

9.1    Tema persembahan dalam Dikir Barat sama ada dalam pantun,
lagu ataupun karut hendaklah mengenai ?tajuk?.

9.2    Para peserta dilarang sama sekali menyentuh soal-soal politik,
perkauman, dasar kerajaan (kecuali untuk menerangkan kebaikan
dan faedah kepada rakyat), hal-hal agama (kecuali yang
bermaksud mengajak berbuat baik) dan hal-hal yang sensitif.

9.3    Jika menggambarkan peristiwa-peristiwa di peringkat
antarabangsa, para peserta dilarang menyentuh maruah sesuatu
bangsa dan negara.


9.4    Para peserta tidak dibenarkan sama sekali menyentuh perkara
perkara yang berkaitan dengan institusi istana sama ada berkaitan
dengan raja-raja, keluarga di raja dan hak keistimewaan raja-raja.

9.5    Kandungan isi dikir juga tidak dibenarkan menyentuh perkara
perkara yang menjadi rahsia negara.

9.6    Para peserta dilarang daripada menunjukkan perlakuan-perlakuan
yang kurang sopan, gerak geri yang melampau yang boleh
menimbulkan kemarahan atau gerak laku yang boleh didaftarkan
sebagai lambang perlakuan seks atau seumpamanya dan perlakuan
yang melambangkan unsur-unsur anti negara.


10.    PAKAIAN

Semua peserta boleh memakai pakaian seragam pasukan masing-masing dengan warna dan corak bebas mengikut pilihan pasukan. Walau bagaimanapun pakaian itu hendaklah yang bersesuaian dengan persembahan dan tidak menjolok mata.


11.    PENGHAKIMAN

11.1.1    Sebuah panel hakim mengandungi 3 orang termasuk Ketua Hakim

11.1.2    Seorang hakim akan menghakimi keseluruhan persembahan (100%)

11.1.3    Keputusan panel hakim adalah muktamad


12.    PEMARKAHAN

Markah-markah akan diberi kepada perkara-perkara seperti tersebut di atas.

12.1    Juara 25 markah
- Kemerduan suara = 10 markah
- Pantun dan mesej ( rima dan urutan ) = 5 markah
- Lagu dan kebolehan membawa lagu = 5 markah
(mengawal tempo dan ?key? suara yang merangkumi pelbagai melodi)
- Gaya persembahan, penghayatan dan kelancaran = 5 markah

12.2    Tukang Karut 30 markah
- Isi/Mesej = 10 markah
- Pemelihan lagu dan kebolehan membawa lagu-lagu = 8 markah
- Pantun = 6 markah
- Gaya persembahan dan penyampaian = 6 markah

12.3    Suara Ramai (Awak-Awak) 20 markah
- Kesepaduan suara = 10 markah
- Keseragaman gaya dan semangat = 10 markah

12.4    Muzik 15 markah
- Kemahiran bermain alat muzik
- Kombinasi bunyi antara alat-alat
- Kesesuaian rentak dengan lagu yang dibawa

12.5 Pakaian, disiplin dan gaya pakaian = 10 markah

----------------------------------
JUMLAH BESAR 100 markah
=================


13.    PANDUAN PEMARKAHAN DIKIR BARAT

13.1   Kesalahan (Markah Ditolak)

      13.1.1 Pasukan yang mempunyai lebih daripada 20 orang ahli akan
      ditolak 5 markah bagi setiap orang.

13.1.2 Pasukan yang membawa atau menggunakan lebih daripada
      alat muzik yang ditetapkan akan ditolak 5 markah.

13.1.3 Pasukan yang tidak mengikut peraturan-peraturan lain yang
      telah ditetapkan oleh pihak penganjur juga akan ditolak
      markah mengikut ketetapan yang akan dibuat oleh
      Jawatankuasa Penganjur.

13.1.4 Bahasa kasar, kesat, menyindir dan sebagainya (1 hingga 5
      markah)


14.    MASA DAN CARA PERTANDINGAN DIJALANKAN
 
   14.1    Setiap pasukan hanya diberikan 15 minit sahaja.

   14.2    Intro dibenarkan dengan tidak melebihi 2 minit , tetapi tiada markah diberikan.

   14.3    Setelah pasukan bersedia di atas pentas, isyarat mula bagi menandakan pasukan boleh memulakan dikir barat dengan bertabuh. Masa dan markah mula dikira dari saat bertabuh.

   14.4    Selepas 13 minit, isyarat akan diberikan menandakan masa persembahan ada lagi 2 minit lagi.
   
14.5   Setelah cukup 15 minit, isyarat akhir akan diberikan menandakan masa persembahan sudah tamat. Markah tidak akan diambil kira selepas setelah tamat masa 15 minit diberikan.






BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN DIKIR BARAT TERBUKA
LEMBAH KLANG 2008


Nama Kumpulan   :   HuhHuhHuhHuhHuhHuhHuhHuhHuhHuhHuh??

Ketua Kumpulan   :   HuhHuhHuhHuhHuhHuhHuh.. K/P : HuhHuhHuh?

Tok Jogho      :   HuhHuhHuhHuhHuhHuhHuh.. K/P : HuhHuhHuh?

Tukang Karut      :   HuhHuhHuhHuhHuhHuhHuh.. K/P : HuhHuhHuh?

Pemuzik      :   HuhHuhHuhHuhHuhHuhHuh.. K/P : HuhHuhHuh?

            HuhHuhHuhHuhHuhHuhHuh.. K/P : HuhHuhHuh?

            HuhHuhHuhHuhHuhHuhHuh.. K/P : HuhHuhHuh?

            HuhHuhHuhHuhHuhHuhHuh.. K/P : HuhHuhHuh?

            HuhHuhHuhHuhHuhHuhHuh.. K/P : HuhHuhHuh?

Awak-awak      :   HuhHuhHuhHuhHuhHuhHuh.. K/P : HuhHuhHuh?

            HuhHuhHuhHuhHuhHuhHuh.. K/P : HuhHuhHuh?

            HuhHuhHuhHuhHuhHuhHuh.. K/P : HuhHuhHuh?

            HuhHuhHuhHuhHuhHuhHuh.. K/P : HuhHuhHuh?

            HuhHuhHuhHuhHuhHuhHuh.. K/P : HuhHuhHuh?

            HuhHuhHuhHuhHuhHuhHuh.. K/P : HuhHuhHuh?

            HuhHuhHuhHuhHuhHuhHuh.. K/P : HuhHuhHuh?

            HuhHuhHuhHuhHuhHuhHuh.. K/P : HuhHuhHuh?

            HuhHuhHuhHuhHuhHuhHuh.. K/P : HuhHuhHuh?

            HuhHuhHuhHuhHuhHuhHuh.. K/P : HuhHuhHuh?

            HuhHuhHuhHuhHuhHuhHuh.. K/P : HuhHuhHuh?

            HuhHuhHuhHuhHuhHuhHuh.. K/P : HuhHuhHuh?

            HuhHuhHuhHuhHuhHuhHuh.. K/P : HuhHuhHuh?


TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 12 FEBRUARI 2008

« Last Edit: January 30, 2008, 03:59:22 AM by arjunasukma » Logged

Akademi Arjunasukma" style="border:0
raz
Tukang Karut
****
Offline Offline

Posts: 277


Majulah Seni Dikir Barat Ke Arah Global


« Reply #1 on: January 30, 2008, 05:31:54 AM »

ho..apo lagi?pakat turn belako la puok kito....serang laluh... Smiley
Logged
delyla
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1316


TITANIC - i'll jump...


« Reply #2 on: January 30, 2008, 07:23:20 PM »

ha ah skuad citra deewana bile lg nk gegarkan shah ale.. jange punah lana udah la.. haha  Tongue
Logged

Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira
delyla
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1316


TITANIC - i'll jump...


« Reply #3 on: February 03, 2008, 10:39:06 PM »

abe yie.. stadium 17 nh dekat ngan stesen bas kt sek 17 tuh ka Huh yg ada dewan tu..
Logged

Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira
arjunasukma
Tok Nebong [Moderator]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 3264



WWW
« Reply #4 on: February 11, 2008, 06:11:24 PM »

Dukacita dimaklumkan, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan Pertandingan Dikir Barat Terbuka Lembah Klang 2008 ditunda kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak (Sebelum bulan Mac). Segala kesulitan amatlah dikesali. Maklumat seterusnya akan dikemaskini di sini. Sekian.

abeyie@arjunasukma


 
Logged

Akademi Arjunasukma" style="border:0
ismada
Tok Jogho
***
Offline Offline

Posts: 153


BUDAYA MARUAH BANGSA,TERPEDAYA HILANG SEGALA


« Reply #5 on: February 18, 2008, 08:19:01 PM »

Dukacita dimaklumkan, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan Pertandingan Dikir Barat Terbuka Lembah Klang 2008 ditunda kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak (Sebelum bulan Mac). Segala kesulitan amatlah dikesali. Maklumat seterusnya akan dikemaskini di sini. Sekian.

abeyie@arjunasukma


 

SORRY LA ABAH SIBUK SIKIT LE NI ...... MASIH ADO PLUANG KE  KALU ADO KUMPULAN -KUMPULAN DIKIR NAK MASUK GETEK
Logged

BUDAYA MARUAH BANGSA
arjunasukma
Tok Nebong [Moderator]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 3264



WWW
« Reply #6 on: February 18, 2008, 10:00:21 PM »

aloh la abah..lamanya xdok melintas lalu sini...sibuk benar bokali..

peluang masih ada...kemaskan bala angkatan la..trun mari kuala lumpur..dijangka akan diadakan pada 01 @ 02 Mac ini..sempat lagi lah tu..syarat ada dlm borang di atas tu..standard jah dgn pertandingan lain tu..apa2 hal hubungi ambolah... Grin
Logged

Akademi Arjunasukma" style="border:0
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.9 | SMF © 2006-2009, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!