Komuniti Dikir Barat Malaysia
March 15, 2010, 12:42:09 PM *
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News:
 
   Home   Help Search Calendar Login Register  
Pages: 1 2 [3]   Go Down
  Print  
Author Topic: Ada teori baru...  (Read 3574 times)
mafaka
Tukang Karut
****
Offline Offline

Posts: 361



« Reply #30 on: March 05, 2009, 06:23:48 PM »

arjunawan..hok awok copy paste tuh, rasa2nya byk doh ado dlam forum ni..benda sama jah..
pasal alat muzik patun inai..lagumana rebana dua muka?pahtu rebana dua muka itu jugok dipanggil rebab atau rebana sunda...sah2 dah rebab dan rebana tu lain-lain..bakpo la nyo tulih jugok lagu tuh..
bagi ambo, dikir labo tak pakai soro keras...
benda2 lagu ni la yg menyebabkan kita payoh nak ccayo pada sesebuah bahan rujukan tuh..nyo tulih ikut dan dia jah..
Logged

Seni Tradisional Melayu - http://mafaka.org
arjunasukma
Tok Nebong [Moderator]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 2979



WWW
« Reply #31 on: March 05, 2009, 06:26:33 PM »

ajak saing gemulah ni mari sini nuh.. Tongue
Logged

Akademi Arjunasukma" style="border:0
Fuaat
Awak-awak
*
Offline Offline

Posts: 10



« Reply #32 on: March 06, 2009, 11:26:59 AM »

salam kepada warga komuniti .
bagi kawe apo2 teori pun yg puak2 kita bagi kalu di kaji dan di selidik tetap samo juga klu kita cari dlm intrnet pun jawapan dio lebih kure samo jah... ape yg penting kerjasama...ops Wink salah pulak...apo yg penting dikir barat ni warisan kito kalau kita tanya saim2 kito yg buke org. kelate pun dia ngoyat dikir barat tu dari kelate hanyo ore kelate jah yg suka berdikir . org luar kalu ado pun bunyi di dok samo . janji kita pertahankan dikir barat ni sebagai warisan kito x dok dari negeri lain dlm malaysia ni.... Grin
Logged
arjunawan
Awak-awak
*
Offline Offline

Posts: 15


« Reply #33 on: March 08, 2009, 08:08:04 AM »

 Grin Grin Grin

ambo cuma nak share je hehehe.

Ado lagi hak ambo jumpa. tapi blm sempat paste dlm nih. Cuma kalu tengok mmg ada persamaan dari dikir laba. cuma mungkin pengasasnya orang yang lain. serupa tapi tak sama. gitu ko? hehehe nanti ambo pastekan asal-usul dikir laba. so dari situ kita boleh tengok perkaitan. sama ada dikir barat dan dikir laba ni hak tulo atau beza atau lagu mana
Logged
arjunasukma
Tok Nebong [Moderator]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 2979



WWW
« Reply #34 on: March 08, 2009, 09:45:59 AM »

ok..tepek la..asal ko bulih pakat baca..kena ta kena soal lain..pah kita pakat pikir.. Grin
Logged

Akademi Arjunasukma" style="border:0
arjunawan
Awak-awak
*
Offline Offline

Posts: 15


« Reply #35 on: March 08, 2009, 09:53:10 PM »

Salam... nih ambo ada ambik dari satu forum tahun 2007......... enjoy.... Grin Grin Grin

Dikir Laba berasal daripada berzanji atau berkhasidah. Perkataan yang digunakan dalam Dikir Laba ini adalah perkataan-perkataan dari Libya, Parsi dan Arab serta juga dari Tanah Melayu sendiri.

Perkataan 'Laba' adalah diambil daripada perkataan 'labah-labah' yang ditujukan kepada sarang labah-labah yang merupakan bentuk yang kait-mengait cara buatannya. Mengikut pandangan Encik Wan Abdullah bin Wan Barun, atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Muda, dari Kampung Kutan, Wakaf Bharu, Kelantan, perkataan 'Dikir Laba' diambil sempena daripada senikata lagu berdikir laba yang dicipta atau dikarang mengikut sesuka hati, di mana sudah jauh daripada landasan berzanji yang asal.

Dikir Laba ini diperkenalkan oleh dua orang alim ulama - Ahmad Mahir dan Sidi Abdul Latif dari Patani. Di Kelantan, berdikir laba merupakan salah satu daripada kebudayaan tempatan yang telah wujud sejak dulu lagi, tetapi sekarang ini sudah mula berkurangan kerana terdapatnya kebudayaan-kebudayaan moden yang lain.

Ternpat yang mula-mula sekali diadakan pertandingan berdikir laba ini ialah di Kampnng Kutan, Wakaf Bharu, iaitu kira-kira dalam tahun 1930-an yang lalu, Seorang guru dikir yang termasyhur bernarna Haji Ahmad bin Embong. Beliau berserta dengan anak-anak muridnya telah memperdengarkan permainan berdikir laba ini sejak tahun 1920-an lagi, iaitu selepas berlakunya bah besar (yang dikenali dengan Bah Merah) dalam tahun 1926, Dalam masa yang tak berapa lama sahaja berdikir laba ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Akhirnya mereka menganggotai kumpulan berdikir laba ini dan telah menubuhkan pasukannya sendiri.

Kemuncak perkembangan bagi Dikir Laba ialah dalam tahun 1946 hingga ke awal tahun 1956, Seclepas itu Dikir Laba mengalami kemerosotannya hinggalah tahun 1960-an.

Pada masa 1946-1956 pertunjukkan serta pertandingan sering diperdengarkan di segenap ceruk di negeri Kelantan, khasnya di jajahan Pasir Mas. Sambutan terhadap Dikir Laba agak berkurangan kalau dibandingkan dengan sambutan terhadap Dikir Barat.  Penonton-penontoll yang datang untuk menyaksikan pertunjukkan Dikir Laba cuma dalam lingkungan 50-100 orang sahaja.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan dan kemalapan berdikir laba ini ialah: pertamanya, disebabkan kedatangan dan persaingan dengan berdikir barat. Berdikir barat telah dapat mengatasi berdikir laba kerana senikata yang didapati di dalam Dikir Barat adalah dapat difahami, sedangkan senikata yang didapati di dalam berdikir laba begitu sukar sekali untuk difahami, malahan tidak dapat diertikan langsung.

Antara kumpulan-kumpulan berdikir laba yang terkenal di Kelantan ialah Kumpulan Kampung Wakaf Bharu, Kumpulan Kampung Kutan. Kumpulan Bunut Susu, Kumpulan Kampung Mentuang, Kumpulan Kampung Repek dan Ketereh. Melor Kota Bharu Kelantan. Di antara kumpulan-kumpulan tersebut, Kumpulan Wakaf Bharu Kelantan sering menjadi johan di dalam pertandingan-pertandingan yang diadakan. Di samping itu kumpulan Kampung Kutan merupakan kumpulan yang tidak kurang handalnya.

Dalam tahun 1930-an dan 1940-an kumpulan Dikir Liba disanjung tinggi oleh masyarakat terutamanya di peringkat kampung. Kumpulan Dikir Laba dijemput untuk memperdengarkan suara mereka di majlis2 perkahwinan, kenduri Maulud dan sebagainya. Sanjungan terhadap mereka adalah sama seperti sanjungan terhadap orang-orang alim atau lebai kerana mereka dapat menghafal doa-doa selamat, selawat dan rawi dengan fasih sekali. Kumpulan Dikir Laba juga sering dijemput ke Istana Balai Raja Muda untuk memperdengarkan persembahan mereka .

Bulan Maulud adalah bulan yang paling sibuk bagi kumpulan-kumpulan berdikir laba. Pada masa seperti inilah mereka selalu sahaja mengadakan pertandingan serta sering dijemput bagi mengadakan pertunjukkan. Musim semasa selepas menuai adalah paling sesuai sekali bagi mengadakan pertandingan berdikir laba. Pada masa seperti inilah masyarakat desa memerlukan hiburan bagi merehatkan mereka setelah bekerja serta berpenat lelah selama beberapa bulan.

Pertandingan atau pertunjukkan Dikir Laba ini diadakan pada waktu tengah malam, iaitu antara pukul 11.00 dengan 12.00 malam hinggalah ke waktu pagi. Sebelum pertandingan diadakan latihan -latihan yang giat dan pesat dijalankan, samalah seperti Dikir Barat. Ini memakan masa satu atau dua bulan. Latihan ini juga diadakan pada waktu malam. Semasa pertandingan masa yang diambil bergantung kepada panjang atau pendeknya sesebuah lagu yang didikirkan. Kebiasaannya berdikir laba ini mempunyai 18 tingkat (lapis) iaitu mengikut sebagamana berzanji. Tiap-tiap satu lapis akan memakan masa selarna 25 atau 20 minit. Cara pertandingan dikir ini dijalankan adalah secara bergilir-gilir di antara tiap-tiap kumpulan yang bertanding.

Cara pemilihan pemenang atau johan bagi tiap-tiap kumpulan yang bertanding adalah berdasarkan beberapa perkara iaitu di atas kelembutan dan kelicinan suara. Lagu yang dinyanyikan adalah tidak putus-putus sama ada semasa aluan suara ditinggikan atau pun semasa direndahkan. Daya cipta atau pembaruan dalam penyampaian sesebuah lagu juga dipentingkan.

Dalam tahun 1930-an dan 1940-an pembayaran kepada tiap-ltap kumpulan yang memasuki satu-satu pertandingan adalah di antara 50 sen dengan $1.00. Maka bayaran itu tidak menjadi kemegahan; mereka hanya inginkan kemasyhuran nama bagi kumpulan mereka sahaja. Tetapi pada tahun 60-an dan 70-an pembayaran yang diberikan kepada satu-satu pasukan dikir ini adalah di antara $40.00 dengan $60.00. Pembayaran ini adalah bergantung kepada kebolehan dan kemasyhuran tiap-tiap pasukan itu. Mengikut pendapat Encik Shapien Taib, seorang penduduk Ketereh, Kelantan, yang telah ditemuramah, walaupun pendapatan itu agak lumayan, namun tidak dapat menyara kehidupan keluarga mereka dengan sempurna.

Senikata bagi lagu Dikir Laba dapat dibahagikan kepada tiga bahagian yang besar iaitu pengenalan (dalam dialek Kelantan), sualtum atau fatihah clan seterusnya lagu-lagu lain.

Sualtum : contohnya:

        Saaltu Ilaihi         -        Keblalmantiyana hadhrata
        Ilatabatilpaiha      -        Walqubatilhadra
        Wandhulluminbabi -        Lallami musallima
        Alal mustafalhadi  -        Waaprahubilbusra
        Pakultuyarasulillah -      Jiktukappa lida
        Takuali Sapiaya     -        Wanjalawaraqadra

Sualtum adalah perkara yang wajib dipersembahkan. Mengikut pendapat Encik Radhid Haji Mahmud (Gual Nibong, Pasir Mas) sualtum adalah fatihah dalam berdikir laba. Ianya dilagukan dengan suara yang masih perlahan dan tidak nyaring. Ia diikuti oleh lagu lain; contohnya:

Ya Sunul Warin, bilatipui Ya Sunul Warin
Makabil taslin majdin kalalmu biaksil
Marsin
Biaksil huna biaksil madsin
Anabaidal bayya ha, sirikal muni
Miktil mursin Makbil taslin majdui
Kalahubiaksil Marsin.

Dalam pada itu sedikit sekali senikata lagu berdikir laba yang dapat difahami maksudnya.

Sebagai kesimpulannya dalam pembentukan kebudayaan nasional, Satu rumusan untuk memilih dan menentukan unsur-unsur kebudayaan yang dapat disemai dan dipupuk sebagai dasar kebudayaan haruslah dicari. Dari sejarah perkembangan kebudayaan, sudah sewajarlah kebudayaan kita berteraskan tradisi Melayu yang lebih sesuai kerana ia bukan hanya merupakan kebudayaan asal rantau ini tetapi juga mendukung nilai-nilai estetik yang boleh menjadi alat yang berkesan bagi pembentukan cara berfikir yang moden dan dinamik di samping menimbulkan unsur-unsur berbilang bangsa di negara ini. Sememangnya berdikir laba patut dikembangkan juga dan diketengahkan sepertimana Dikir Barat, Mak Yong, Wayang Kulit, Dondang Sayang, Boria dan Ghazal yang sering diperdengarkan melalui siaran-siaran radio daerah, rancangan-rancangan T.V. dan sebagainya.


 Grin Grin Grin jadi.......... kalau artikel di atas di ambil kira dan diterima, maka jelaslah bahawa asal-usul Dikir Barat dan Dikir Laba berbeza. Dikir Barat satu kesenian lain, Dikir Laba satu kesenian lain yang berasal dari berzanji atau berkhasidah. Cuma ada juga beberapa elemen persamaan antara mereka contohnya dimainkan secara ramai-ramai, ada penyanyinya, ada sambutnya dan sebagainya. Hehehe.

« Last Edit: March 08, 2009, 09:57:43 PM by arjunawan » Logged
arjunasukma
Tok Nebong [Moderator]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 2979



WWW
« Reply #36 on: March 09, 2009, 04:20:19 AM »

Dikir Laba ini diperkenalkan oleh dua orang alim ulama - Ahmad Mahir dan Sidi Abdul Latif dari Patani

mari alik siam jugak nih..lagu mana?? Grin
Logged

Akademi Arjunasukma" style="border:0
arjunawan
Awak-awak
*
Offline Offline

Posts: 15


« Reply #37 on: March 09, 2009, 06:14:33 AM »

yup, kita buleh setuju dua-dua mari dari selatan thai...  Grin Grin Grin

cuma kita nak tengok hak dikir barat nih mmg ada susur galur patani hak sama atau tak... mari kita buat kajian lagi hehehe
Logged
SangGupa
Tukang Karut
****
Offline Offline

Posts: 344


« Reply #38 on: March 19, 2009, 11:14:46 PM »

Dikir Laba ini diperkenalkan oleh dua orang alim ulama - Ahmad Mahir dan Sidi Abdul Latif dari Patani

mari alik siam jugak nih..lagu mana?? Grin


doh dulu klate ni bawah siam.ore siam ore klate jgok.aritu oyak doh....

sekat ambo dok saboh ambo gi pat ore brzanji...meme samo nga dikir labo.kali petamo ambo gi pat ore bzanji br npok apo itu zanji dan dikir laba...cara pembahagian suara,lirik dalam bhsa arab(tgok di buku) dgn irama dia sama dikir laba...suara tidak putus2 akan sntiasa bersambug....bacaan pendek dipanjangkan:
contoh:
          perkataan allah dipanjagkan aaaaaaaalllllllaaaaaahhhhhhh
Logged
arjunasukma
Tok Nebong [Moderator]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 2979



WWW
« Reply #39 on: March 22, 2009, 06:25:56 PM »

Dikir Laba ini diperkenalkan oleh dua orang alim ulama - Ahmad Mahir dan Sidi Abdul Latif dari Patani

mari alik siam jugak nih..lagu mana?? Grin


doh dulu klate ni bawah siam.ore siam ore klate jgok.aritu oyak doh....

MAKSUD AMBO MARI ALIK PATANI JUGAK...BUKAN DARI KG TAPANG ATAU WAKAF CHE YEH.. Roll Eyes
Logged

Akademi Arjunasukma" style="border:0
Wau_bule
Tukang Karut
****
Offline Offline

Posts: 299


« Reply #40 on: April 05, 2009, 04:08:11 AM »

nok celoh sikit..apo yang di kato kan namo 'Lebai dikir" tu ambo beso dengar..tapi adokoh ianya khusus kepado gelarae kepado ore dikir di sebeloh selatan thai..bendo ni pun keno kaji jugok.
Logged
senjatafakir
Guest
« Reply #41 on: April 07, 2009, 11:57:38 AM »

sejaroh dikir ni banyok la
kawe pom pening
alik koto baru kato
pokleh tape wt
alek tupat kato
ore patani wt gege alik male xse wi rima mai make lembu
alek pasir mah oyak
ore narathiwat(naro) dok balas2 patun bele2 dok pade alek pete
pah ado jugok penkaji kato asal dari joget ine
ni kato asal dr dikir labo plok
banyok nyor
Logged
Pages: 1 2 [3]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.9 | SMF © 2006-2009, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!