Sementara ada masa berehat di serambi di hujung minggu, sempat hamba membelek-belek ruangan dan laman-laman yang berkaitan dikir barat. Belek punya belek terjumpa satu fakta baru untuk dikir barat. Ucapnya berbunyi begini :-
"Dalam irama lagu dikir barat yang asal, tidak ada bertepuk tangan oleh awok-awok seperti hari ini.Pada waktu itu awok-awok dikehendaki meletakkan kedua belah tangan ke pipi untuk menguatkan suara masing-masing.Selain itu juga diadakan satu alatan yang dinamakn ”ceret” diperbuat daripada buluh lebih kurang 8-11 keping dan di cucuk hujung pangkalnya.Berbunyi bila di ketuk.Tepuk tangan seperti hari ini dibuat kerana hendak mensesuaikan dengan berbagai irama baru yang dimasukkan dalam dikir barat.Persembahan dimulakan dengan nyanyian oleh tok juaro.Selepas itu disusuli pula oleh tukang karut."
Lalu hamba bertanda nama Arjunasukma pun terus terbuah soalan diakar akal...alat muzik apakah yang dimaksudkan dalam kenyataan itu? "ceret"..mcm pernah dengar..tapi bagamana ya rupabentuknya..ada sesapa bleh terangkan??
Kenyataan itu hamba kepilkan dari karya asal
http://sharimi.wordpress.com/2008/04/16/cara-cara-berdikir/#comment-38abeyie@arjunasukma