Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: CIKGU NAIM DALAM KENANGAN  (Read 2611 times)
senok
Tok Nebeng [Admin]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1047


Google Talk
WWW
« on: April 09, 2007, 01:04:46 AM »

salam semua, ambo buat ruangan khusus utk memperingati jasa2 cikgu naim semasa umur hayatnya dalam memperjuangkan seni dikir barat...

mungkin anda semua tahu pasal latar belakang arwah cikgu naim dan semua yang berkaitan dengan arwah sbb ramai tak tahu tentang latar belakang arwah sebenarnya...

harap dapat sumbangkan cerita kat sini

p/s: abe yie mesti byk cerita pasal cikgu naim nie..
Logged

Weblog Salam Pantai Timur - http://salampantaitimur.com
arjunasukma
Tok Nebong [Moderator]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1577



WWW
« Reply #1 on: April 12, 2007, 07:21:44 AM »

Allahyarham Cikgu Naim...mmg tidak asing di kalangan peminat dikir barat. Di awal tahun 2000 kemunculan satu gelora baru dlm seni dikir iaitu VCD dan CD. Dengan arus ini nama Cikgu Naim berdentum melonjak menghiasi dada-dada dunia hiburan dikir barat dengan meriahnya. Lontaran idea dan modal-modal bernas dari lirik lagunya membawa beliau lebih laju melangkah ke depan dalam arus persaingan lagu-lagu yang membawa mesej-mesej dan jenaka ringan dari isi hati ke khalayak sehingga memberi impak yg tiada taranya di kalangan penggemar dikir...

Jiwa kekampungannya diterjemahkan kepada suara lantang melalui lagu secara tak langsung mengajak penggemar dikir barat yang berbilang watak dan cara hidup mengenal perit jerih suasana hidup sebagai orang kampung..seorang pelajar berterima kasih kepada guru...seorang rakyat marhain melafaz isi hati kepada pembesar negeri dan tak lupa juga lagu-lagu motivasi yang boleh membangkit persoalan di mana kita sepatutnya berada. Ini gambaran hamba..utk lebih jelas perhalusilah lagu dan jalan cerita dlm2 lagu-lagunya..

Beliau seorang guru..pendidik..namun di dalam bangsal berdikir..gelaran cikgu itu ditinggalkan bersama baju kemeja seluar slack di rumahnya..Dalam bangsal berdikir Cikgu Naim adalah Naim...seorang tukang karut..boleh bergurau senda..bertegur sapa..dengan jujur mencemar duli untuk bergaul dengan awak2 dikir yang berbilang jenis watak lakaran peribadi..dari golongan berkaki ayam hingga ke bersepatu kulit.

Apa yang hamba boleh banggakan dari beliau...Sombong dan bongkak dlm seni tiada pun terbenih sekelumit dlm dirinya...Semoga antara kita boleh mewarisi sifat ini...Kita hanya insan biasa tidak terlepas dari kesilapan...Orang yang lebih mengenali Cikgu Naim pasti akan faham maksud ayat terakhir hamba ini...

*** Gugurmu terpahat seribu makna ***


abe yie@arjunasukma
Logged

Akademi Arjunasukma - http://arjunasukma.com
miey78
Awak-awak
*
Offline Offline

Posts: 11



« Reply #2 on: September 10, 2007, 06:34:59 PM »

Al-fatihah...
Logged

huje mari saloh musim,
angin mari saloh tiko,
 nok tohok bui kokrey lain,
 ingat pesey ayoh, pusako bonda...
Ayoh Ali
Awak-awak
*
Offline Offline

Posts: 12



« Reply #3 on: September 10, 2007, 09:48:35 PM »

Assalamulaikum,

Ambo memang menggemari lagu dikir yang dihasilkan oleh Allahyarham Cikgu Naim. Setiap lirik yang diluahkan di dalam lagu oleh beliau walaupun disampaikan dengan gaya yg bersahaja tetapi mempunyai maksud yang mendalam .
Walaupun ambo memang tidak mengenali beliau secara dekat, dari jauh ambo melihat dapat melihat dia sebagai seorang yang peramah, mudah bergaul dan menghargai semua peminatnya.

Pemergian Arwah Cikgu Naim merupakan satu kehilangan besar dalam Dikir Barat itu sendiri. Semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbila'lamin

Alfatihah...........

Logged
Datuk D
Tukang Karut
****
Offline Offline

Posts: 421


« Reply #4 on: January 18, 2008, 07:19:18 PM »

ambo ingat..

antara lagu mula2 cikgu naim hok ambo dengar masa skoloh mula..

siri kaset dikir budak u dengan  cikgu sulizi..

lagu 'training main sukan' dengan 'penyakit gatal'... tak lekang dek panas tok panas nok hujang
Logged
Abe Yin
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 574


Daun Kayu Selai Di Tengah Jale


« Reply #5 on: January 18, 2008, 07:49:01 PM »

pernah dikir sebangsal....
ore kampung ambo tuh....
selalu duk ggura maso minum air dale keda kg gak
nakal sokmo stail dio
Logged

Takkan Kelate Hilang Di Dunia....
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to: