Patani, Kelantan Dan Dikir Barat
Patani (Pattani) merupakan sebahagian daripada Negara Purba Srivijaya yang merangkumi beberapa wilayah di Thailand pada masa ini iaitu Pattani (Patani), Yala (Jala), Narathiwat (Menara) dan sebahagian daripada utara Malaysia. Raja Patani dipercayai telah memeluk islam pada abad ke-11 (Ada sumber sejarah lain menyatakan pada abad ke-13). Pada abad ke-14, Patani telah ditakluki oleh Negara Siam oleh Raja Ramkhamhaeng dari Sukhothai. Tanpa fakta yang jelas, kemudian Patani berada di bawah naungan Raja dari Ayutthaya sehingga abad ke-18.
Pada abad ke-18, Ayutthaya diserang Burma menyebabkan Negara Siam berpecah belah dan Patani mendapat kemerdekaan pada 1767. Pada tahun 1785, Siam yang diperintah Kerajaan Chakri menyerang Patani dan Berjaya menakluk Patani pada 1786. Bermula dari situ, sehingga ke 1808 terdapat beberapa pemberontakan menentang siam namun gagal serta berakhirnya Negara Patani menjadi sebuah negeri.
Dari tahun 1842 sehingga 1902, negeri Patani telah diperintah oleh keturunan Tuan Besar Tuan Ahmad,
bekas Perdana Menteri Kelantan dan juga Raja Kampung Laut semasa Kelantan di bawah pemerintahan Long Jenal (1837-39) (Rahmat Saripan 1979, 72-73). Perlantikan Tuan Besar sebagai Raja Patani dalam tahun 1842 itu mempunyai kaitan dengan pergolakan politik di Kelantan dalam tahun 1838-39 yang dikenali sebagai Peperangan Saudara II.
(Quote from
http://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Pattani_Besar)
Walaupun diperintah oleh Raja-raja Melayu, Patani masih di bawah naungan Siam termasuklah Kelantan. Dalam tahun 1826, penaklukan Siam terhadap Patani diakui oleh British. Pemerintahan Raja Melayu di Patani berakhir pada 1902 selepas Siam menyusun atur semula pentadbiran wilayah mengikut Sistem Thesaphiban.
Pada 1909, Perjanjian Bangkok dimeterai dan Patani diakui oleh British sebagai sebahagian kawasan jajahan Siam manakala Siam menyerahkan tuntutan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain, dan Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British.
Pada 8 Disember 1948, jepun telah menyerang dan menakluk Kelantan dan semasa penaklukan Jepun, Kelantan berada di bawah kuasa Siam semula. Namun setelah kekalahan Jepun pada 1945, Kelantan dikembalikan semula kepada British.
Dipercayai bahawa semasa penaklukan jepun, ramai rakyat Kelantan menyelamatkan diri ke Siam. Selepas Kelantan dikembalikan semula kepada British pada 1945, rakyat Kelantan mula kembali ke kelantan dan dipercayai budaya Dikir di bawa pulang ke Kelantan pada 1946 oleh Pak Leh Tapang (Hj. Salleh) yang kemudiannya dikenali sebagai Dikir Barat.
Menurut beberapa sumber sejarah, budaya Dikir berasal dari Tarian Patung Inai yang terkenal dikalangan orang Siam dan Kelantan. Namun begitu, berdasarkan sumber lisan, ia bukannya Tarian Patung Inai tetapi Pantun Inai dimana Pantun merujuk kepada aktiviti berbalas pantun dan Inai pula merujuk kepada majlis perkahwinan. Pantun Inai biasanya diadakan semasa majlis perkahwinan.
Menurut sumber lisan, dipercayai bahawa Dikir Barat juga pernah dijadikan medium kempen menentang Malayan Union dan hal ini menepati sumber sejarah di mana Malayan Union ditubuhkan oleh British pada 1 April 1946 iaitu pada tahun yang sama Dikir di bawa masuk ke Kelantan.
Rujukan :
http://en.wikipedia.org/wiki/Patanihttp://en.wikipedia.org/wiki/Pattani_Kingdomhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Pattani_Besarhttp://en.wikipedia.org/wiki/Kelantanhttp://en.wikipedia.org/wiki/Dikir_barathttp://en.wikipedia.org/wiki/Malayan_UnionSumber Lisan :
Mohd Sulhie Bin Yusuf (Arjunasukma@Abe Yie@Abe Jati)
013-3394000
Semoga dapat memberi sedikit penjelasan...
