Pages: [1] 2   Go Down
  Print  
Author Topic: POK LEH TAPANG  (Read 1431 times)
abeorekelate
Jong Bbano
**
Offline Offline

Posts: 68


M.e a.N.d M.y B.E.L.o.vE.d W.i.F.e


« on: March 08, 2007, 01:28:12 AM »



Nama penuh beliau ialah Mat Salleh Bin Haji Ahmad merupakan pengasas dan pendikir barat yang terulung. Beliau lebih dikenali di kalangan pendikir dengan nama Pak Leh Tapang. Beliau sangat dihormati dan dan mendapat sanjungan semua pihak.

Beliau memulakan dikir barat selepas Perang Dunia Kedua. Pak Leh mengubah corak dikir yang sedia ada iaitu dikir laba di kalangan masyarakat Kelantan kepada corak baru dengan mempertahankan pantun.

"Pak Leh mengambil asas daripada negeri Siam dicampur dengan corak dikir di Kelantan, lalu dinamakan dikir barat (Siam). Nama itu lekat hingga ke masa ini," jelas beliau.

Pada masa lalu, dikir barat menjadi hiburan orang-orang kampung seperti petani dan nelayan. Sekarang ini telah menjadi alat penghibur dan nasihat hingga ke peringkat bandar dan pelancong dari luar negara. Kini dikir barat telah pun mendapat tempat melalui radio, TV dan kaset-kaset.

Menurut Pak Leh ,beliau menggunakan media berdikir barat dalam berbagai tujuan seperti pendidikan, menasihat, hiburan dan dakwah melalui pantun-pantun dikirnya yang keluar secara spontan.

"Pak Leh boleh berpantun secara spontan dengan menggunakan penglihatan ,sebutan dalam apa sahaja tajuk. Tambah lagi kalau berlawan (bertanding) hujah-hujah pihak lawan dapat dipantun balik dan mengenakan pula kepada lawan-lawan," tambahnya lagi.

"Pernah Pak Leh diminta oleh Pejabat Penerangan Negeri Kelantan membuat dikir barat di kawasan-kawasan hitam dan sempadan dengan menyeru pengganas-pengganas supaya keluar hutan menyerah diri pada masa darurat dulu", jelasnya.

Peranan Pak Leh sebagai penghibur dikir barat bermula di bawah bangsal kecil di kampung-kampung telah meningkat hingga membawa ke majlis-majlis rasmi di istana, radio, TV hingga ke peringkat tertubuhnya Dendang Rakyat oleh RTM. Yang membanggakan ialah Pak Leh adalah yang mengasas dan memulakannya.

Apabila ditanya tentang kebolehannya untuk melaksanakan tugas tukang karut dengan berkesan sekali dalam semua majlis dan upacara, beliau mejelaskan bahawa tukang karut mesti luas pengetahuan termasuk yang terkini, banyak membaca dan tajam pula perhatian. Itulah isi pada diri tukang dikir yang ulung ini.

Pak Leh tidak mengasingkan diri dari masyarakat. Beliau pernah menjadi penghulu Mukim Teluk dan MukimTapang di Kota Bharu , ahli jawatankuasa PIBG beberapa buah sekolah berdekatan dan lain-lain badan kebajikan.

Atas jasa-jasa dan ketokohannya itu, beliau dianugerahi Surat Kepujian tahun 1988 dan Pingat Setia (PS) 1994 oleh Sultan Kelantan .

Pak Leh sekarang menetap di Taman Harmoni Kampung Beris Jambu, Jalan Panji Kota Bharu dalam usia 69 tahun. Beliau memiliki empat orang anak.

Pak Leh menasihatkan pasukan-pasukan dikir barat termasuk tukang karut , supaya sentiasa menjaga nama baik pasukan dengan berfikir tentang kebaikan dan elakkan yang mengarut (berbentuk cabul), atau apa sahaja yang memburukkan. Dengan ini, imej dikir barat sentiasa baik dan menjadi alat yang berkesan dalam pendidikan dakwah dan lain-lain sambil menghibur.

 *Sumber daripada: "Pak Leh Tapang Guru Ulung Dikir Barat", Utusan Malaysia 11hb. Januari 1997.
« Last Edit: March 08, 2007, 01:30:07 AM by abeorekelate » Logged

Wahai kawanku bangunlah berjuang
Gugur dimedan jangan kau hiraukan
Sumpah pemuda tidak kan pulang
Nyawa & darah jadi taruhan
abeorekelate
Jong Bbano
**
Offline Offline

Posts: 68


M.e a.N.d M.y B.E.L.o.vE.d W.i.F.e


« Reply #1 on: March 08, 2007, 01:36:14 AM »



Seman Mamat atau Seman Wau Bulan aktif berdikir barat bersama 50 orang rakan dalam kumpulan nyanyian bersama kumpulan "Puak Kampung Pondok Kubang Tin" , Peringat pada tahun 1958. Beliau juga belajar daripada tokoh-tokoh termasuk Pak Leh Tapang dan Hussin Belimbing pada masa itu.

Menyentuh tentang gelaran wau bulan , beliau memberitahu bahawa setiap tukang karut mempunyai gelaran tersendiri mengikut pilihan lagu bagi menutup persembahannya. Lagu wau bulan yang asal-usulnya mempunyai kaitan dengan Hikayat Dewa Muda menyebabkan beliau berminat untuk membawa lagu tersebut.

Menurut beliau, lagu wau bulan yang didendangkannya semasa penutup persembahan dikir barat, adalah satu cara untuk meminta maaf daripada penonton sekiranya terdapat kata-kata yang yang menyinggung perasaan ramai.

Lagu Wau Bulan ciptaannya berjaya mengangkat namanya sebagai seorang pendikir Kelantan yang popular, bahkan lagu berkenaan masih popular hingga ke hari ini.

Bukan itu sahaja lagu terbabit menjadi lagu wajib setiap kali persembahan dikir barat diadakan di mana ianya menjadi lagi penutup setiap persembahan.

Allahyarham juga turut menghasilkan berpuluh-puluh buah album termasuk album terakhir bertajuk Dewan Muda yang diterbitkan sebanyak enam siri sekitar tahun 2000. Sebagai menghargai jasa beliau dalam dikir barat, Allahyarham pernah mendapat beberapa anugerah, antaranya Anugerah Tokoh Budaya Kelantan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada tahun 2000.

Selain itu, Allahyarham juga turut menerima Anugerah Tokoh Budaya Parlimen Peringat pada tahun 1998 dan turut dikurniakan Pingat Bakti oleh Sultan Kelantan sempena keputeraan baginda pada tahun 1980.

Beliau meninggal dunia di rumahnya di Kampung Belukar Beta Hulu pada usia 65 tahun akibat serangan sakit jantung. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Khadijah Md Noor, lapan orang anak termasuk empat anak tiri dan sembilan orang cucu.

« Last Edit: March 08, 2007, 01:39:18 AM by abeorekelate » Logged

Wahai kawanku bangunlah berjuang
Gugur dimedan jangan kau hiraukan
Sumpah pemuda tidak kan pulang
Nyawa & darah jadi taruhan
senok
Tok Nebeng [Admin]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1047


Google Talk
WWW
« Reply #2 on: March 08, 2007, 01:37:24 AM »

ok be..br jah create saknie bahagian  nie..slamat berposting tue.... Grin
Logged

Weblog Salam Pantai Timur - http://salampantaitimur.com
abeorekelate
Jong Bbano
**
Offline Offline

Posts: 68


M.e a.N.d M.y B.E.L.o.vE.d W.i.F.e


« Reply #3 on: March 08, 2007, 01:41:03 AM »



Ariffin Ana memulakan kariernya sebagai tukang karut antara tahun 1958 dan 1959. Beliau dilahirkan pada 1955 di Kampung Siam, Pasir Mas. Beliau digelar Ana kerana kerana namanya melonjak ketika menetap di Kampung Ana, Tumpat, Kelantan.

Minat beliau terhadap dikir barat bermula sejak umur 11 tahun semasa mendengar Hassan Penyu dan Seman Wau Bulan berdikir. Beliau pernah dimarahi oleh gurunya kerana sering berdikir semasa belajar di sekolah pondok. Minat yang mendalam terhadap seni ini menyebabkan beliau berhenti belajar di sekolah pondok.

Sepanjang bergiat di dalam dikir barat, dia menjuarai beberapa beberapa pertandingan di negara ini. Beliau juga mengajar mereka yang berminat untuk berdikir barat. Jen Endoro adalah antara anak didiknya yang terkenal.

Beliau mempunyai 11 orang anak hasil perkongsian hidup dengan Khalijah Abdullah.Walaupun cacat penglihatan, beliau bergiat cergas di dalam dikir barat yang merupakan mata pencariannya.
Logged

Wahai kawanku bangunlah berjuang
Gugur dimedan jangan kau hiraukan
Sumpah pemuda tidak kan pulang
Nyawa & darah jadi taruhan
abeorekelate
Jong Bbano
**
Offline Offline

Posts: 68


M.e a.N.d M.y B.E.L.o.vE.d W.i.F.e


« Reply #4 on: March 08, 2007, 01:43:21 AM »

thanx to encik senok sbb buat bahagian sejarah & asal usul ni..baguh bahagian ni..boleh kito kenal tokoh-tokoh dikir kito hok mano kito tok kenal..tp hok abe ado ni..sket jah ni..nk keno g cari sumber-sumber tmpt lain pulok..kalu ado informasi terkini..abe posting sini lg..

kalu ado dikalangan kito hok ado informasi tntg tokoh-tokoh kito ni gak..pakat-pakat bubuh lah sini deh...mogo-mogo buleh tamboh pengetahue kito semo deh...
Logged

Wahai kawanku bangunlah berjuang
Gugur dimedan jangan kau hiraukan
Sumpah pemuda tidak kan pulang
Nyawa & darah jadi taruhan
chemat
Awak-awak
*
Offline Offline

Posts: 6


« Reply #5 on: October 25, 2007, 07:07:16 PM »

maklumat ini byk membantu
Logged
arjunasukma
Tok Nebong [Moderator]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1577



WWW
« Reply #6 on: October 25, 2007, 07:14:57 PM »

Izinkan hamba bertanya dari mana saudara mendapat sumber menyatakan Ripin Ana ini tukang karut??Setahu hamba yang lahir ke dunia pada tahun 1977...Ripin Ana adalah Tok Jogho...sila perjelaskan jika hamba terlepas pandang perihal ini..
Logged

Akademi Arjunasukma - http://arjunasukma.com
Lokanbertepuk
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 552


Google Talk
WWW
« Reply #7 on: November 30, 2007, 02:52:55 AM »

Haaa!!!!  tebeng ccari sangat...
dio tak keno angin nyyetok selalu......
Logged

raJHo
Tukang Karut
****
Offline Offline

Posts: 364


putih kuning peranoke cino,ite manis peranoke jawo


WWW
« Reply #8 on: November 30, 2007, 06:57:28 AM »

as'kum .... saing sobak semua...
menyentuh pasal perihal arwoh pok leh tape ni... pete td semaso kawe baru kelik dr berjumpo nga senok n nuar UIA kawe pase la siare kesukaan pok2 klate tok lain dan tok buke siare AKOK( tahu blako dok )..
masonyo dale pukul 5.30 ptg.. maso kawe buko radio tu sedamolek segmen pasal seni warisan budaya klate iaitu dikir barat.. terbitan kalu tok silap en.roslan..byk jugo maklumat hok kawe buleh dr situ bagai mano arwoh ni bw masuk dikir barat... hok jong critornyo jeng en doro..silap kawe tok leh rakam apo hok abe jeng en doro tu crito..walaupon segmen tu sementar tp byk hok buleh diambil utk jd kan ilmu pengetahuan pasal dikir barat... kalu buleh sapo2 hok ado kenal nga ore RTM klate kalu lah buleh tolong ejah ambik utk dimuatkan dale ni kiro molek sgt laaaa... rugi kalu tok dengar... tu kiro kito buleh wak simpane utk di jdkan bahan rujukan...
kalu buleh promot db.net nih di dale segmen AKOK pon molek jugok..kiro promosi la tuuuu
Logged

kawe mitok demo
Balik Kemari smula
hArap deMo Trimo
Mintok deMo sobar

http://www.josetakuya.blogspot.com
http://www.friendster.com/ymrajo
mY MuSliH
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1328


Buah cempedak di luar pagar:D


« Reply #9 on: December 09, 2007, 10:00:11 PM »

aaa...buleh gi temuramah abe jen la puok kito nanti....belan2 kita promote dk.net nih ko oghe klate pulok..
Logged

innasolati,wanusuki,wamahyaya,wamamati,lillahirabbila'lamin
mY MuSliH
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1328


Buah cempedak di luar pagar:D


« Reply #10 on: January 16, 2008, 05:01:55 AM »

Ambo rajin dengar ada soghe oghe tua kat rumah ambo dulu,lonih arwah doh..namo dia abe jak,dia main bbano duluh,peringkat lama benar doh,dia kata arwah ripin ana nih dia buleh pak tape,kiro buleh blakow lah,tapi dia lebih kepada jjogho lah,nyanyi pon jaghe2 jah,buleh jadi betul,buleh jadi tok betul,mugo ambo pon dengar hok oghe dok bbaghi ko ambo jah,abe yie rajin naik so bangsal nga gemuloh pok cik pin kalu tok silap,acu oyak maghi getek,nok mendekati nama2 besar dikir kita,,,
Logged

innasolati,wanusuki,wamahyaya,wamamati,lillahirabbila'lamin
arjunasukma
Tok Nebong [Moderator]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1577



WWW
« Reply #11 on: January 16, 2008, 08:08:47 AM »

A yie xdan lama sangat nga pak cik Pin ni..cuma masa baru2 dok belajar gendang kok kapung dulu..gi jgk la gendang di tepat dia ngajar masa tu dia ngajar di Terasil Jln Gual Ipoh, Tanah Merah. Masa dia dok jogho dan la jamoh gende semeta...abis dia jogho dia ambik slalu gende..pesen dia ggitu. Tapi bab ttabuh 'buka panggung'..a yie cukup respek kat dia...dan buah dan bunga dia a yie pakai sapa ko hari ni..

Dia yg a yie kenal juga..agak panas baran skit klau tak kena cara..awak2 dikir dia..amat takut walau pglihatan dia kurang pun...dia cepat tangkap alik mana bunyi sumbang dan tak sumbang..telinga cekap.Nga ore ttino pun bisa..hehe.. Grin..kelebihan tuhan wi ko dia..Gagah luar dan dalam ...dalam seni dikir barat.

abeyie@arjunasukma
Logged

Akademi Arjunasukma - http://arjunasukma.com
mY MuSliH
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1328


Buah cempedak di luar pagar:D


« Reply #12 on: February 01, 2008, 06:39:41 AM »

gemulah pok cik pin nih kalu tok silap terer jugok bahaian dikir laba nih...
Logged

innasolati,wanusuki,wamahyaya,wamamati,lillahirabbila'lamin
moka
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 539


Moka Production...

Google Talk
WWW
« Reply #13 on: November 06, 2008, 06:07:56 AM »

Dikir barat selalu dilihat sebagai sebuah persembahan kesenian tradisi yang mula bertapak di kelantan.Tetapi tidak banyak yang menyedari bahawa dikir barat adalah satu cabang kesusasteraan kerana di dalamnya ada puisi tradisional iaitu pantun.Dalam kata lain dikir barat menjadi pemangkin kepada penyuburan seni kesusasteraan genre pantun tanpa disedari dalam masyarakat.seni berpantun dalam dikir barat pula sangat unik kerana dilakukman secara spontan.Seni berpantun inilah yang mendukung dikir barat sbagai satu seni tradisi yang  popular hingga kini.Bagaimanapun tidak banyak yang tahu tokoh yang mula-mula mencipta dan mempopularkan dikir barat dalam direktori seni dan budaya negara.Tentunya kita tidak boleh melupakan Pak Leh Tapang begitu saja.Jasanya sangat besar terutama dalam seni dikir barat.

Siapa Pak Leh Tapang?Allahyarham Pak Leh Tapang adalah pengasas dikir barat telah kembali ke rahmatullah pada 17 Mac 2006 ketika berusia 79 tahun.Pak Leh Tapang atau nama sebenarnya Hj Mat Salleh bin Hj Ahmad yang mula berdikir sejak tahun 1940-an dulu.Beliau dilahirkan pada tahun 1927 di kg Tapang Panji Kota Bharu Kelantan.Mendapat pendidikan awal di sekolah melayu Rambutan Rendang Kota Bharu hinnga lulus darjah enam sebelum perang dunia kedua.Kemudian meneruskan pelajaran agama di pondok tok guru Hj Wan Ismail Tapang.beliau berminat dalam bidang seni dan bergerak secara aktif dalam pasukan rebana kampung Tapang,bermula sebagai tukang cipta pantun yang akhirnya dikenali sebagai dikir barat pada tahun 40 an.Istilah tukang karut dalam dikir barat juga adalah idea Pak Leh sendiri.

Orang yang mula-mula meniru pantun-pantun yang dibawa oleh Pak Leh Tapang ialah Dollah dari kampung Belimbing Pulau Tebu,Nilam Puri, Kota Bharu kemudian ditiru pula oleh Wahid.Selanjutnya ditiru oleh Zakaria,Na’amat dunia yang meneruskan pantun-pantun itu, ditiru pula oleh Awang Ikan Duyung,Seman Wau Bulan,Husin Keling dan berlarutan hingga ke generasi hari ini.Pantun-pantun mengarut dikir barat diucapkan secara spontan.Sebelum Pak Leh Tapang memperkenalkan dikir barat , istilah dikir sudahpun popular dalam kalangan masyarakat seperti dikir rebana,dikir yadah dan rebana kercing.Allahyarham pernah menjelaskan sebab-sebab dinamakan dikir barat kerana pada awal tahun 40-an ada orang-orang kelantan yang berhijrah ke Thailand untuk mencari pekerjaan di sana.justeru itu orang-orang inilah yang membawa balik ke negeri Kelantan irama dan seni kata dari Thailand lalu dinamakan lagu barat.

Tetapi pantun-pantun karut yang ada di dalam dikir barat adalah ciptaan Pak Leh Tapang sendiri mengikut idea spontan.sekitar tahun 50-an beliau diundang bukan sahaja oleh masyarakat kampung malah oleh ketua-ketua jabatan dan orang-orang kenamaan, pelbagai persatuan dan badan amal dengan tujuan memungut derma. Pak Leh berdikir ke segenap pelusok negeri.Malah pernah juga diundang oleh Paduka Raja Nik Mahmod(ayahanda kepada allahyarham Tan Sri Ahmad Kamil) .Sewaktu Paduka Raja Nik Mahmod menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1963,allahyarham diundang membuat persembahan di Kuala lumpur bersempena 10 tahun kemerdekaan.pada tahun 1998, allahyarham diminta membuat persembahan di dalam istana Balai Besar,Kota Bharu bagi meraikan keberangkatan tiba sultan Terengganu. Pak Leh Tapang julung-julung kalinya memperkenalkan nama-nama tok juara dikir barat sekitar tahun 50-an melalui perlawanan dikir barat.

Dengan adanya perlawanan itu, berkembanglah dikir barat di negeri Kelantan.antara kumpulan dikir barat yang wujud pada masa itu ialah kumpulan Husin Pulau Tebu,Kumpulan Pak Badol(tok juaranya ialah Awang Lubuk Nibong),kumpulan Bukit Akar(tok juaranya ialah Abd Rahman Bukit Akar), kumpulan Dollah Teluk Kemunting(tukang karutnya Mamat Pengkalan Petah)dan kumpulan Binjai(tukang karut Dolah Kulat Malam).Dikir barat berkembang juga ke Selatan Thailand seperti wujudnya kumpulan Awang Kampung Kersik, Patani, Kumpulan Ku Mat Lukla(Pak Ku Mat),kumpulan Jusoh Jabi, Sudin Jah Kerian, Nik Andak Jah Erong. Pak Leh Tapang pernah berdikir di hadapan pembesar-pembesar Jepun sewaktu penjajahan Jepun, bertempat di Pantai Cinta Berahi(Pantai Cahaya Bulan),pada pukul 10 pagi.

Beliau juga diundang berdikir semasa majlis perasmian stesen radio Wakaf Che Yeh(RTM Kota Bharu),pada 6 november 1994 yang dirasmikan oleh menteri penerangan allahyarham Datuk Senu Abdul Rahman juga pada pukul 10 pagi.Pak Leh pernah memberitahu tentang lahirnya tukung karut wanita yang bermula sekitar tahun 60-an terdiri daripada Che Jah dari kampung Ana, Natrah pula dari kampung Teluk Kemunting, dan Himah dari Perupok Bachok Kelantan.Allahyarham juga menjelaskan perubahan lagu-lagu dikir barat oleh tok juara dibawa oleh kumpula Awang Lah Jangga Barat dengan lagu asli dikir barat kemudian diubah suai oleh kumpulan Husin Pulau Tebu dengan membawa irama lagu makyung.seterusnya,diubahsuai oleh kumpulan Zakaria Pulau Belanga degan irama lagu dikir laba dan kemudian diubah suai pula oleh kumpulan Jusoh Kelong dengan irama lagu padang pasir dan irama lagu hindustan.

Pak Leh Tapang menjelaskan mengenai fahaman atau cara berpantun dalam persembahan dikir barat.Allahyarham tidak menggunakan perkataan lucah atau menghina sesiapa.kerana itu allahyarham amat kesal dengan perkembangan mutakhir ini kerana ada kumpulan dikir barat tanpa malu-malu berpantun dengan perkataan lucah kononya untuk melahirkan kelucuan atau menarik perhatian khalayak.Pak Leh Tapang mengudurkan diri dalam dikir barat pada tahun 1968.Beliau pernah dilantik menjadi pengadil dikir barat dalam pertandingan dendang rakyat pada tahun 1972 dan 1974.Bagi mengenang jasa sumbangan seni budaya warisan bangsa ,beliau pernah dianugerahkan surat kepujian oleh mahaguru silat gayong malaysia,Meor Abdullah Rahman di Shah Alam,Selangar pada tahun 1967.Pada tahun 1993 dianugerahkan pigat setia (PS) daripada Sultan Kelantan.Dikir barat masih hidup malah begitu subur ke seluruh rantau,namun tokoh iaitu pengasasnya Pak Leh Tapang telah pergi buat selama-lamanya.Allahyarham meninggalkan sejarah serta khazanah seni budaya yang tidak ternilai harganya.kita semu sebenarnya sangat terhutang kepadanya.

SUMBER : SUDUT SASTERA MINGGUANMALAYSIA

, AHAD 26 MAC
Logged

arjunasukma
Tok Nebong [Moderator]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1577



WWW
« Reply #14 on: November 06, 2008, 07:57:09 AM »

Sapo pengarang ni kowie kowie??
Logged

Akademi Arjunasukma - http://arjunasukma.com
Pages: [1] 2   Go Up
  Print  
 
Jump to: