miakkl
Awak-awak
Offline
Posts: 29
~ dikir 4eva ~
|
 |
« on: February 07, 2007, 08:23:57 PM » |
|
Apa itu dikir barat?? Asal usul nya dari mana?Pakat2 kita cari kesimpulan yang x pernah2 tersimpul lagi...
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
arjunasukma
|
 |
« Reply #1 on: February 07, 2007, 09:36:26 PM » |
|
PENGENALAN Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.
Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman.
Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.
ASAL USUL
a) Dikir Barat Berasal Dari Selatan Siam.
Beberapa pendapat telah diperkatakan tentang asal-usul Dikir Barat. Ada yang mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam. Sebenarnya Dikir Barat ini yang lebih terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan. Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan Barat ini bermakna Selatan Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana padaa suatu ketika dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam. Rakyat daripada kedua dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara langsung Dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat. Ketika ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir dan di sana juga ianya ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan.
b) Dikir Barat Berasal Dari Pulau Tebu.
Ada orang mengatakan bahawa Dikir Barat ini berasal dari Pulau Tebu kerana pengasasnya ialah Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari sana. Sewaktu beliau memperkenalkan Dikir Barat, ramai orang menganggap Dikir Barat sebagai satu hasil seni yang baru kerana iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti Rebana Besar.
c) Dikir Barat Berasal Dari Ciptaan Pak Leh Tapang.
Bila memperkatakan Dikir Barat, nama Pak Leh Tapang tidak boleh dilupakan. Ramai orang mengenali beliau kerana Dikir Barat. Pak Leh Tapang atau nama sebenarnya Haji Mat Salleh bin Hj. Ahmad berasal dari Kampung Tapang, Kota Bharu. Beliau telah mengakui sendiri yang Dikir Barat ini sebenarnya berasal dari Selatan Siam. Beliau telah mengubahkan permainan ini dengan menambahkan pantun-pantun di dalamnya. Jadi sebelum itu, ketika Dikir Barat dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir tanpa pantun. Semasa pemerintahan Jepun, beliau pernah dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun. Masa itu juga ada satu kumpulan berdikir yang diketuai oleh Jaffar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan Dikir Barat di kampungnya. Awak-awaknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam). Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang pula yang mengubah dan menambahkan dengan pantun-pantun untuk menyedapkan lagi dikir barat.
AHLI KUMPULAN Di dalam satu-satu pasukan Dikir Barat terdiri daripada seorang Tukang karut , seorang juara dan beberapa orang awak-awak (Selalunya antara 15 ke 30 orang).
a) Tukang Karut
Tukang Karut merupakan orang yang paling penting dalam satu-satunya pasukan dikir barat. Tugas Tukang Karut yang paling penting sekali ialah berpantun dan bersyair. Pantun-pantun dan syair itu didendangkan dengan cara spontan mengikut seleranya. Maka idea-idea, isi-isi puisi itu, bahasa dan persoalan yang dikemukakan tanpa berfikir dua kali.
b) Juara @ Tok Jogho
Juara merupakan orang kedua penting dalam satu pasukan Dikir Barat. Tugasnya ialah berdikir sebelum Tukang karut mengarut. Hanya kadangkala, juara juga terpaksa mengarut iaitu di waktu Tukang Karut belum tiba (biasanya di awal permainan) , tapi masanya tidaklah lama, Juara berdikir sambil duduk di sepanjang permainan, tetapi Tukang Karut mendendangkan karutnya sambil berdiri.
c) Awak-awak
Awak-awak ialah kumpulan orang berdikir dalam satu-satu permainan Dikir Barat. Kebiasaannya awak-awak ini terdiri daripada muda mudi belasan tahun. Pada praktiknya orang dewasalah yang lebih ramai menjadi awak-awak. Gelaran awak-awak ini mengambil sempena dari nama kumpulan nelayan yang turun ke laut dalam sebuah perahu di bawah jagaan seorang ketua yang dipanggil "Keragan" jadi keadaan ini disesuaikan dengan pelakon awak-awak dalam permainan Dikir Barat yang di bawah jagaan ketua mereka, Juara.
LAGU KARUT DIKIR BARAT Di antara lagu-lagu Dikir Barat yang terkenal ialah: 1. Karut Kelantan Cepat. 2. Karut Kelantan Anjur (Perlahan) 3. Karut Petani 4. Karut Wok Yoh 5. Karut Pendek 6. Karut Yengki Cepat 7. Karut Yengki Anjur 8. Karut Yengki Tengahan (Sederhana) 9. Karut Yengki Ding Ding 10. Karut Hala 11. Karut Selampit 12. Karut Menora 13. Karut Jenaka Mak Yong 14 Karut Wau Bulan Ada tiga jenis irama Dikir :-
1. Irama Asli 2. Irama Padang Pasir. 3. Irama Hindustan.
PEMBAHARUAN DALAM DIKIR BARAT Semenjak pihak RTM (Radio dan Televisyen Malaysia) menyiarkan Dikir Barat ini sebagai salah satu rancangannya dan juga semenjak diadakan pertandingan Dendang Rakyat yang sekarang ini dikenali sebagai Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan, Dikir Barat ini mengalami beberapa proses perubahan dari beberapa segi. Perubahan dan pembaharuan terdapat di dalam bentuk pakaian, tempat, cara persembahan dan juga lagu-lagu yang didikirkan.
Pada asalnya tidak ada pakaian seragam di dalam permainan dikir barat, tapi sejak kebelakangan ini dan sejak diadakan pertandingan Dikir Barat dalam Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan kebanyakan pasukan Dikir Barat ada mempunyai pakaian seragam bagi kumpulan masing-masing.
Lagu-lagu yang didikirkan kebanyakannya bertemakan pembangunan, dasar ekonomi baru kerajaan, pembelajaran, perpaduan, kebudayaan dan lain-lain. Tidak terdapat lagu-lagu berunsur lucah didikirkan seperti beberapa tahun yang lalu.
Di peringkat antarabangsa pula, dikir barat telah menjadi aktiviti para muda mudi di Singapura. Dikir barat di sana begitu hebat aktivitinya sehinggakan terdapat lebih daripada 5 pertandingan sepanjang tahun dan dijalankan secara komersial dan besar besaran.
Untuk mengekalkan budaya dikir barat di Malaysia, pertandingan di peringkat sekolah telah diadakan pertandingan ini setiap tahun yang mana diselitkan dalam Karnival Seni Pencegahan Dadah.
PENUTUP
Demikianlah persembahan Dikir Barat yang asalnya adalah dalam bentuk Dikir yang diubah suai dengan pantun-pantun yang ada dalam masyarakat melayu. Kemudiannya diselit dengan lagu-lagu lucu, sedih dan sebagainya.
Dikir Barat ini berkembang begitu pesat dengan tertubuhnya beberapa kumpulan Dikir Barat di tanahair dan telah menjalani beberapa proses perubahan dan pembaharuan. Dikir Barat bukan sahaja sebagai arena hiburan tetapi ianya juga mampu menyampaikan "mesej" Kerajaan kepada rakyat dan cara pemikiran masyarakat.
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
Baban Kala Adi
|
 |
« Reply #2 on: February 15, 2007, 06:13:19 AM » |
|
abeyie ni boleh jadi orang sejarah ni.
banyak info ni..ambo xrajin baca bende ni.
reti sebut jah..
maka bolehlah ambo ilmu baru..
bendo ginila hok kalo boleh biar semo ore tahu.
bagus abeyie.kalo ado lagi sila tepek sini.bereh
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
DShahrul
|
 |
« Reply #3 on: February 26, 2007, 06:21:42 AM » |
|
Ni ambo patut tulis di ruange pendapat, tapi takpolah...supotulo jah kalu tulis sini dop?
artikel Abe yie ni patut ada di page dikirbarat.net...bukey stakat di forum.
Mr.Sere buleh la buat kolum khas utk Abe yie, miakkl, or other otai's utk contribute articles ke dikirbarat.net. Baru la napk updated sokmo site kito.
Ko guano?
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
arjunasukma
|
 |
« Reply #4 on: February 26, 2007, 08:17:09 AM » |
|
Sejarah dikir barat ni ada dua tiga versi sebenarnya....tapi yang paling sahihnya versi temuramah dgn Pak leh Tapang (Pengasas Dikir Barat)...nati abe yie cari utk karang yang lebih detail..yang ni versi malas menulis..main paste aja karangan org lain..
Nanti free skit abe yie tulis 2-3 versi itu..sbb dari abe daud bukit abal agak berbeza skit ceritanya..tapi lebih kurang aja..
arjunasukma@abe yie
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
MoKa :-)
dikirbarat.net
Global Moderator
Kepala Pengat
   
Offline
Posts: 1390
moka production...
|
 |
« Reply #5 on: March 09, 2007, 10:47:55 PM » |
|
cuba senarai setiap orang nama tukang karut dengan tok joh=gho. setiap orang 10 tokoh...boleh? tak boleh serupa la
|
|
|
|
|
Logged
|
"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga" Dr. Mahathir Mohamad.
|
|
|
|
senok
|
 |
« Reply #6 on: March 09, 2007, 11:04:18 PM » |
|
aik demo bukak sini plak kow...kawe reply doh di thread so lagi tue..
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
sobat
Awak-awak
Offline
Posts: 24
Sobat Nak Ssaing
|
 |
« Reply #7 on: May 19, 2008, 06:39:30 PM » |
|
LAGU KARUT DIKIR BARAT Di antara lagu-lagu Dikir Barat yang terkenal ialah: 1. Karut Kelantan Cepat. 2. Karut Kelantan Anjur (Perlahan) 3. Karut Petani 4. Karut Wok Yoh 5. Karut Pendek 6. Karut Yengki Cepat 7. Karut Yengki Anjur 8. Karut Yengki Tengahan (Sederhana) 9. Karut Yengki Ding Ding 10. Karut Hala 11. Karut Selampit 12. Karut Menora 13. Karut Jenaka Mak Yong 14 Karut Wau Bulan .
Ambo nak minta tolong pada sesiapa hak mana tahu, tolong jelaskan secara lebih terperinci tentang : 1. Karut Kelantan Cepat. 2. Karut Kelantan Anjur (Perlahan) 3. Wok Yoh 4. Karut Pendek 5. Karut Hala 6. Karut Selampit 7. Karut Menora 8. Karut Jenaka Mak Yong
|
|
|
|
« Last Edit: May 21, 2008, 02:24:10 AM by sobat »
|
Logged
|
"Musuh jangan dicari; Berkawan biar seribu"
|
|
|
sobat
Awak-awak
Offline
Posts: 24
Sobat Nak Ssaing
|
 |
« Reply #8 on: May 21, 2008, 02:28:22 AM » |
|
Adakah pertandingan dikir barat masa kini tidak lengkap kerana tidak meletakkan kesemua 14 jenis karut yang dikatakan terkenal ini?
|
|
|
|
|
Logged
|
"Musuh jangan dicari; Berkawan biar seribu"
|
|
|
|
Datuk D
|
 |
« Reply #9 on: May 21, 2008, 03:47:20 AM » |
|
Adakah pertandingan dikir barat masa kini tidak lengkap kerana tidak meletakkan kesemua 14 jenis karut yang dikatakan terkenal ini?
Wak maso ni hok ambo tahu pertandingan DIkir Barat Asli Tidak Mensyaratkan Kesemua jenis karut ni dimasukkan.. tapi kalu masuk semua.. dok berasa tok genak sejeluk air nok kena tegok weh.. p/s: ambo tok pandai ngarut.. ngarut slow buleh laa.. heheh.. tu pun patun oghe kare petang hari
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
sobat
Awak-awak
Offline
Posts: 24
Sobat Nak Ssaing
|
 |
« Reply #10 on: May 21, 2008, 05:46:29 PM » |
|
ok, terima kasih. Kalau begitu kenapa dinyatakan 14 jenis yang dikatakan terkenal itu. Bagi saya hanyalah 6 jenis karut yang terkenal (asas), yang lain tu..hanyalah tambahan, iaitu :
1. Karut Yengki Anjur 2. Karut Yengki Laju 3. Karut Kelantan (boleh dilagukan anjur atau laju) 4. Karut Petani 5. Karut Matang (tidak dinyatakan dalam kenyataan sebelum ni) 6. Karut B’lah (Wau Bulan dsb)
|
|
|
|
|
Logged
|
"Musuh jangan dicari; Berkawan biar seribu"
|
|
|
|
Lokanbertepuk
|
 |
« Reply #11 on: May 21, 2008, 06:07:50 PM » |
|
PENGENALAN c) Awak-awak
Awak-awak ialah kumpulan orang berdikir dalam satu-satu permainan Dikir Barat. Kebiasaannya awak-awak ini terdiri daripada muda mudi belasan tahun. Pada praktiknya orang dewasalah yang lebih ramai menjadi awak-awak. Gelaran awak-awak ini mengambil sempena dari nama kumpulan nelayan yang turun ke laut dalam sebuah perahu di bawah jagaan seorang ketua yang dipanggil "Keragan" jadi keadaan ini disesuaikan dengan pelakon awak-awak dalam permainan Dikir Barat yang di bawah jagaan ketua mereka, Juara.
Nak perbetul perkataan sikit: Perkataan "Keragan" yg tertulis di atas tu sebenarnya ialah "Jeragan". Biasanya puok2 kelaut sebut "Tok jeragan".
|
|
|
|
« Last Edit: May 21, 2008, 06:11:39 PM by Lokanbertepuk »
|
Logged
|
|
|
|
dzlan_d
Tok Jogho
 
Offline
Posts: 248
Aku Insan Biasa
|
 |
« Reply #12 on: May 21, 2008, 07:00:46 PM » |
|
b) Dikir Barat Berasal Dari Pulau Tebu.
Ada orang mengatakan bahawa Dikir Barat ini berasal dari Pulau Tebu kerana pengasasnya ialah Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari sana. Sewaktu beliau memperkenalkan Dikir Barat, ramai orang menganggap Dikir Barat sebagai satu hasil seni yang baru kerana iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti Rebana Besar.
Kalau Pak Leh Tapang, asal di Kg Tapang, Jalan Hospital, 16100 Kota Bharu, Kelantan. Ambo nak tanyo.. Husain Mok Nab Pulau Tebu pula terletak di mana?
|
|
|
|
« Last Edit: May 21, 2008, 08:52:34 PM by dzlan_d »
|
Logged
|
Berasow dulu wei....
Retoralo
|
|
|
|
mafaka
|
 |
« Reply #13 on: May 21, 2008, 08:53:04 PM » |
|
nak masuk getek ehh... mengikut pendapat, ada 14 lagu karut yg terkenal, tapi bakpo lloni ada beberapa karut jah hok supo sobat royak tu laa..kalu bulih kita pon nak tahu jugok balah mana karut wok yoh, karut hala, karut selampit dan juga karut jenaka mok yong yg dikatakan terkenal tu....ada lagi ko dok karut2 hok royak tuh?? andainya lloni karut2 itu sudah tiada, kenapa ianya dikatakan terkenal?? ada sapo2 bulih jawab heh? tolong wehh...
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
Lokanbertepuk
|
 |
« Reply #14 on: May 21, 2008, 10:02:19 PM » |
|
Aaii....lamo ken bare tulo...pahtu pakat tepek lebel buboh jenama mace2...jadi banyok sunggoh kalu lagu tuh.
sebabnyo sebelum ni pun ambo beso buat kiasan doh keatas beberapo lagu dikir ni ...ibarat kereta wira, demo tukar buboh sport rim pahtu gi lapik ebsober belake bui napok ccongek sikit pasang pulok exzos turbo pahtu demo tak kata kereta wira doh tuh. kereta WAJA lagi demo halih huruf dio bui jjadi JAWA....ambo takut jadi lagu jugak eh ke atas jenis2 karut nih.
Tp kena tanyo demo2 lain la getek setaro mano....
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|