Hak ambo tahu...
1.
Karut Yengki Karut Yengki pada asasnya ada dua iaitu yengki pendek dan yengki panjang. Yengki pendek, menurut Gemulloh Tok Ngoh Seman pada seorang anak muridnya adalah ciptaan Gemulloh Husin Alor Kuang@Gelang Mas@Tok Uban. Pembawakan lagu yengki pendek samada anjur atau perlahan, bergantung kepada pegalunan masing-masing oleh tukang karut bergantung kepada nafas seseorang itu. Contoh rangkap karut pendek ialah seperti:
Hai terima kasih selamat male;
Mulo-mulo menyampai sale.
manakala yengki panjang adalah ciptaan Gemulloh Tok Ngoh Seman sendiri. Contohnya seperti :
Hai assalamualaikum; mulo-mulo myampai sale;
Tanda jadi masuk panggung; bdikir barat ini male.
2.
Karut KelantanKarut Kelantan adalah merupakan karut yang boleh dianggap lama. Sesetengah pendapat pula beranggapan karut yang menjadi titik tolak kepada dikir barat di Kelantan.
3. Karut PetaniKarut ini pada pendapat ambo adalah memang berasal dari Wilayah Petani, Thailand. Ambo sebenarnya, mula-mula dengar karut ini semasa ambo terlibat dengan rakaman secara khusus ngarut ttani bersama Gemulloh T’do Mat Yeh dan Abe Loh To’Deh pada tahun 1991. Selepas itu barulah ambo dengar dalam sessi pertandingan peringkat negeri mahu pun kebangsaan. Contoh ngarut ttani ialah:
Musang ekor panje;
Terjun relunng dale telago.
Atau pun:
Mek Ye, oh mek Ye;
Bakpo tak jual cendo.
4. Karut MatangKarut ini rasanya adalah ngarut era baru.(Tak tahu sangat, tak leh nak kkecek). Contoh ngarut ini ialah:
Kaya sunggoh Negeri Kelantan;
Kaya dengan seni budayo.
5. Lagu B’lah Lagu ini menurut cerita merupakan lagu penutup kepada persembahan dikir barat yang dikatakan telah diperkenalkan oleh Gemulloh Tok Ngoh Seman. Kesinambungan dari lagu Wau Bulan lah maka wujudnya lagu Ikan Duyung, Empat Belas Haribulan, Selamat Tinggal, kulat Male dll. Contoh lagu ini ialah:
Wau..wau...bule...,
Wau bule…toraju tigo…
Sekian.
#Kalau salah ppakat bbetul, kalu terkure tolong tambah.
Hak lain-lain jenis ngarut, ambo tak tahu..