Pages: 1 2 3 [4] 5 6   Go Down
  Print  
Author Topic: Salasilah DIKIR BARAT  (Read 5822 times)
chepar61
Awak-awak
*
Offline Offline

Posts: 15


« Reply #45 on: September 02, 2008, 06:24:49 PM »

Dalam kamus dewan dia meletakkan makna yang pertama DIKIR adalah '(1) d. ucapan (doa) utk memuji-muji Rasul, biasanya dgn berlagu (lazimnya diadakan ketika Maulud Nabi); 2. lagu atau nyanyian dgn berpantun yg dilakukan beramai-ramai; ~ barat Kl lagu (nyanyian) beramai-ramai sambil berbalas-balas pantun; ~ jelotah sj tarian berserta dgn dikir beramai-ramai dlm upacara mengirik padi selepas menuai;
oa memuji
.. Ini adalah makna yang asal, tetapi evolusi bahasa telah berlaku menyebabkan kita faham sepertimana kita faham hari ini....., Contohnya hari ine kita dah tak kenal istilah 'jebol' kalu tahun 60an itu bahasa harian kepada botol oleh masyarakat kelantan.........
Logged
GrutuK
Tok Nebong [Moderator]
Tok Jogho
*****
Offline Offline

Posts: 165


« Reply #46 on: September 03, 2008, 07:07:54 PM »

maaf deh abe par...tak berapa bulih meyakinkan lagi lagi fakta2 tuh...

acu abe par kaji pulok...kebiasaannya sesuatu bentuk seni saduran, ianya akan mempunyai persamaan dengan bentuk seni yg disadurkan. sama ada mungkin dari segi bahasa atau kostum atau peralatan muzik atau tujuan persembahan...cuba kita perati woye kulit kelate..ggapo dia dale ddikir barat tu, yang sgt jelas ada persamaan dengan qawwali? kalu ghazal tu sungguh jugok seakan sama nga qawwali.

pahtu abe par ada kato pasal evolusi bahasa...hok ore tua royak ko ambo, awal2 kewujudan dikir barat, ore tak panggil dikir barat, ore panggil ddikir karut...setelah dibawa masuk ke tanah melayu baru ore panggil dikir barat iaitu barat yg merujuk kepada selatan thailand..pahtu pada masa tu pon jare sgt bulih dgr ore ngarut pasal ketuhanan...ko dok ngarut pasal politik,sosial dan ekonomi pada masa tu...ddikir nyapung pon berkembang maju pada satu ketika dulu..
Logged
mY MuSliH
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1328


Buah cempedak di luar pagar:D


« Reply #47 on: September 03, 2008, 08:35:10 PM »

Quote from: chepar61 link=to pic=12.msg15362#msg15362 date=1219753945
Dalam kajian ambo, dikir barat berasal dari India yang di bawa oleh Pedagang India dan Hyderabab. Ia di persembahkan di Patani, Thailand sekitar tahun 1940an dalam bentuk qawali (seperti filem hindi-dok nyayi ramai2 tu, ikat kain kat lengan). Ia di persembahkan oleh pedagang untuk raikan perkahwinan komuniti India/pakistan di Patani. Memandang perkataan hindi dan loghat Patani hampir sama dan ia turuti minat orang patani ia pun merebak dengan cepat. Perkatan Barat adalan diambil dari perkataan asal negera India iaitu Bharat (Nama asal benua kecil India) Macam tea Bharat kat Cameron Highland tu. Kemudian orang Patani kata Barat. Jadi lekat lah nama Dikir Barat. Ia masuk ke Kelantan setelah Pak Leh Tapang melihat satu persembahan di majlis perkahwinan anak kerabat nya di Patani dan ia bawa balik ke Kelantan. Peralatannya pun sama yang digunakan dalam persembahan qawali. Peranan filem hindi juga menjadi faktor dikir barat ini berkembang pesat sekitar tahun 1950an, apabila filem hindi memasuki pasaran bangkok. Panjang lagi....


jadi abe par dia..maah la deh..kita nih tok tahu banyok sangat pasal ni..tapi ada la kajian hudus2...
Mat Leh Tapang atau pok leh tidak terlibat sama sekali dengan kemasukan dikir barat atau usul dikir ni ke kelantan..ini diakui oleh pok leh sendiri didalam temuramah nya semasa arwah masih hidup.. jadi jika beliau menafikan bahawa dia bukan orang yang membawa masuk dikir ke kelantan, kita mungkin kena mempertimbangkan lagi sejarah yang abe par quote dari mana-mana lagi..mungkin kena bermuzakarah secara berhadap[an untuk mencari penyelesaian dalam kebuntuan..

-muslih uia-
Logged

innasolati,wanusuki,wamahyaya,wamamati,lillahirabbila'lamin
chepar61
Awak-awak
*
Offline Offline

Posts: 15


« Reply #48 on: September 05, 2008, 12:51:29 AM »

ambo tak rajin dengar pasal dikir karut.. kalu ada pun ore tua kata, ambo rasa dalam istilah 'marah'. Kerana marah dk dok buat lagu nyapong ngarut dan dk bahasa lucah nie muncul antara tahun 1970-1976 (kurang pasti) hak kuat sangat kerana ketika tu muncul penyanyi tino dalam dk, spt Faridah Bobby dll, pada maso Kak Jah Ana tak dok pun dk ngarut ini. Kito dok kecek pasal dikir nie pon hanya dok korek masa tahun kebelakangan in jah... zaman ore kito stat nak belajar buat kajian. Tapi ore putih dah bukukan kajian dia.. antara yang ada sikit pasal budaya kelate dan patani nie ada cerita sikit2 dalam The Malay-A Cultural History oleh R.O Winstedt, London 1961. Ambo pun tak berapo reti bahasa nie. Betul kata tu ghazal adalah salah satu cabang dalam qawwali, kasar nyo qawwali nie ada 8-12 jenis, ikut daerah dan tempat. Ia mula tahun 1125 M lagi. Qawwali ambo malas jelas sangat sbb ada artikel banyak dalam internet. Cuma minta pakat pikir/kaji asal dk ini dalam kontek perkembangan Islam di Kelantan dan Patani sekitar tahun 1800-1940an kerana pada masa ini muncul pelbagai ajaran kesufian yang di bawa masuk oleh pendakwah, pedagang, pelajar kito yang menuntut dari Asia Barat dan Bharat. Dan ambo cukup yakin dk adalah ciplak ritual kesufian kerana semasa ambo budak2 ada ikut ore tua ambo ki belajar Pondok Kg Apa-Apa, Pasir Mas singgah kedai kopi sebelah rumah Husin Gelang Mas, kito budak2 nie dok kata Abe Husin bila nak behenti dk.. tak takut dosa ko.. Dia suka ko ambo.. Dia kata dk nie asalnya ore beramal jah reti... jadi ambo tak faham maksud dia, pada masa budak2.. Bila dah besar sikit reti cari buku dan ngaji sikit2 baru takat gapo hok dia kata.

Pasal wayang kulit ni... nak tanya dulu bakpo ada di tiga tempat saja.. Kelante, Patani dan Grisek Jawa.. Bakpo tak dak di Johor, Selangor atau pantai Barat sedangkan orang jawa ramai belah sini... Sambong semula pulak..
Logged
GrutuK
Tok Nebong [Moderator]
Tok Jogho
*****
Offline Offline

Posts: 165


« Reply #49 on: September 05, 2008, 01:34:39 AM »

pah ada ore kata pokleh tapang sediri ngaku dia tak terlibat dengan kemasukan dikir barat ke kelate tuh lagu mano chepar dia wehh...

pasal ore panggil ddikir karut tuh bukannya bermakna ore bdikir tu nyapung ataupun mencarut, karut adalah lebih kepada makna spontan. hok ambo nok tanyonyo, pasal apa pada satu ketika dulu ada/wujud ddikir lucah sedangkan chepar kata dikir barat ni berasal dari zikir sufi puok2 pakistan. takkanlah ore pada masa tu sudah lupa bahawa dikir barat ni berasal dari sacre art...untuk memuji tuhan..

ambo ada dengar rakaman org berdikir pada tahun 1957 (ada lagi dlm simpanan), pada masa tu ore panggil ddikir karut. peralatan muzik adalah gedombak dan 2 biji tetawak. mengikut pemerhatian ambo,lagu2 yang dia bawak sikit pon takdok bbunyi melodi dari india atau hindustan. kalu chepar nak dengar, bulih jjupo nga ambo.

sapo kata di johor takdok woye kulit? di selangor pon ado (tahun 70an), di Perak utara pon ada. kalu chepar nak tahu lebih lanjut lagi, bulih baca salah satu buku yang ditulis oleh amin sweeney. dia ada royak pasal woye kulit dan tok dalang di Malaysia. apa yang chepar nak buktikan melalui woye kulit tuh?

johor, selangor, perak utara, kedah 70an. buku amin sweeney ada menyatakan.
Logged
dzlan_d
Tok Jogho
***
Offline Offline

Posts: 248


Aku Insan Biasa


« Reply #50 on: September 05, 2008, 06:30:06 AM »

Quote
... Bakpo orang kelantan panggil ore belah siam tu orang barat.. maksud dia ore sebelah barat tu mana orang sebelah arah negara Bharat (India). Kerana secara lokaliti patani terletak adalah disebelah utara kelantan. Acu try kaji hak ni.. Buku Inggeris banyak dak cerita pasal salsilah ni.. Tapi orang kita banyak ilmu tak di dokumentasikan.

Ada pulak orghe kato lagu ni.. kalu tak betul tlg bbetul la... Alik barat tu adalah berpunca dari salah satu nama tempat di selatan thailand, sebab tulah ore dulu2 ado kato, "gi nnoreh alik barat, tembakau barat dll". Jadi kalu merujuk kepada dikir barat ni mungkin jugak kalu ore klate kata dikir barat.. iaitu merujuk kepada tempat tadi (barat). Hak ni lagu mana eh...??
Logged

Berasow dulu wei....

Retoralo
Lokanbertepuk
Kepala Pengat
*****
Online Online

Posts: 552


Google Talk
WWW
« Reply #51 on: September 05, 2008, 09:40:46 PM »


Pasal wayang kulit ni... nak tanya dulu bakpo ada di tiga tempat saja.. Kelante, Patani dan Grisek Jawa.. Bakpo tak dak di Johor, Selangor atau pantai Barat sedangkan orang jawa ramai belah sini... Sambong semula pulak..

Apabila sebut pasal wayang kulit takdak di johor ni, amba nk cerita sikit pengalame amba tengok wayang kulit nih.
Setahu amba di johor pada masa dulu terdapat beberapa kumpulan wayang kulit. kumpulan2 ini banyak terdapat di daerah Batu Pahat, dan Kluang. Di antara tok dalang yg agak aktif ialah Pak Margono bin Sitir dari kg Parit Puasa Batu Pahat Johor. Pada tahun 2003 saya berkesempatan pergi ke kg Parit Lapis Bangas Sri Medan Batu Pahat dan sempat berjumpa Pak Margono (sekarang sudah meninggal). Sekarang  ini masih ada lagi satu kumpulan yg bergiat di johor, iaitu kumpulan Sri Wahyuni.

Kalu tak silap saya, dalam buku cenderamata perayaan sambutan 100 tahun bandar batu pahat, ada di sebutkan nama beberapa orang dalang yg masih lagi bergiat sekitar tahun '70an dulu. Yg saya masih ingat samar2 namanya ialah Tukimn bin Koyet.

Saya juga pernah menyaksi sebuah persembahan wayang kulit sempena dengan konvokesyen UKM tahun '70an(pada masa itu kampus ukm terletak di jln lembah pantai bersebelahan dgn kampus UM). Apabila saya bertanya kpd pemain muziknya, mereka berkata mereka datang dari Bukit Cerakah, Jeram Selangor. Bahkan diceritakan oleh W.W Skeat dalam bukunnya Malay Magic, beliau pernah membeli wayang kulit dari seorang dalang bernama Abas di Kuala Langat Selangor.

Di negeri Perak juga terdapat kumpulan wayang kulit dalam tahun '70an dahulu. Tempatnya ialah Sungai Siputeh, Sungai Bayur Selama Perak. Selepas kematian dalang di situ, tidak ada lagi orang yg mahu mewarisi tradisi itu.Gambar2 mereka ini dulunya ada dalam simpanan saya, tp telah hilang.

Begitu juga dgn negeri Kedah, Selain dari kumpulan wayang gedek, ada beberapa kumpulan lain juga masa dulu. Yg sempat saya dengar ialah kumpulan kg Jabi, jln ke Kuala Nerang. Kalau kita lihat di dalam buku sejarah kedah, terdapat satu gambar Sultan Abdul Hamid Halim Shah Bekwoh menikoh anok dio. Di dalam gambar tesebut ada terdapat sebuah bangsal wayang kulit terletak di tepi istana serupalah dengan bangsal wayang kulit kelantan.

Di Trengganu juga dulunya ada terdapat wayang kulit di sekitar kg mengabang Telipot dan Maras dekat Batu Rakit. Orang tua2 biasa bbari ko ambo...kalu ada watak Pak Kadir nga Pak Dimang...wayang kulit teganu la tuh.

Pernah diceritakan oleh seorang sahabat saya, sewaktu beliau menjadi pegawai kebudayaan di Pahang, beliau pernah membaca satu ketas penyelidikan berkenaan dgn kebudayaan di Pahang. Di situ ada menyebutkan terdapat sekumpulan wayang kulit dan wayang orang di kg Ulu Gali Raub Pahang sebelum perang dunia kedua.

Sekian seba sedikit dari pengalaman saya.
« Last Edit: September 05, 2008, 10:26:20 PM by Lokanbertepuk » Logged

mY MuSliH
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1328


Buah cempedak di luar pagar:D


« Reply #52 on: September 05, 2008, 10:16:43 PM »

mungkin jugak keyakinan abe par dia tuh ada benarnya..akan tetapi jangan diabaikan kemungkinan keyakinan hok abe par pegang tuh salah sama sekali..

pada asas dan awalnya,ambo nok tanyo deh, kalu dikir barat ni asal maghi dari alek qawwali nuh,ggapo strong element hok masih dipertahankan daalm dikir barat ni hok membenarkan kenyataan usul maghi dikir ni adalah dari qawwali?
Logged

innasolati,wanusuki,wamahyaya,wamamati,lillahirabbila'lamin
Lokanbertepuk
Kepala Pengat
*****
Online Online

Posts: 552


Google Talk
WWW
« Reply #53 on: September 07, 2008, 05:21:12 PM »

ambo tak rajin dengar pasal dikir karut.. kalu ada pun ore tua kata, ambo rasa dalam istilah 'marah'. Kerana marah dk dok buat lagu nyapong ngarut dan dk bahasa lucah nie muncul antara tahun 1970-1976 (kurang pasti) hak kuat sangat kerana ketika tu muncul penyanyi tino dalam dk, spt Faridah Bobby dll, pada maso Kak Jah Ana tak dok pun dk ngarut ini. Kito dok kecek pasal dikir nie pon hanya dok korek masa tahun kebelakangan in jah... zaman ore kito stat nak belajar buat kajian.

Ambo ni boleh dikatakan salah seorang yg bernasib baik kerana walau pun pada tahun '50an ambo tak tahu gapo satu lagi, tp beberapa tahun kebelakangan ini ambo telah diperdengarkan 3 rakaman lama dikir yg dibuat pada 1953 di Ulu Kelantan, pada 12/7/56 dan 14/7/56. Pada bahagian awal pengenalan didalam rakaman itu ada disebutkan bahawa dikir barat adalah dikir karut.

Sebab itulah kalau kita melihat kpd istilah "Tukang Karut" yg dipakai dalam dikirbarat itu pun sudah cukup sebagai bukti ada hubungan pertalian dgn perkataan "Dikir karut". Kerana istilah tukang karut itu sendiri muncul jauh lebih awal drpd orang bedikir menyapong mengarut.
Logged

chepar61
Awak-awak
*
Offline Offline

Posts: 15


« Reply #54 on: September 08, 2008, 12:18:54 AM »

Molek benar... baru nampak rancak... nie gak pakat dok senyap dik lama tu moo.. Lepas nie ambo tulis pulak...Wassallam.
Logged
arjunasukma
Tok Nebong [Moderator]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1577



WWW
« Reply #55 on: September 08, 2008, 03:35:57 AM »

Apa yang hamba bleh selit sikit di sini iaitu tahap profesional antara kita berhujah..berjurus kan tu..bertutur susun bahasa dengan molek walau bertentang pendapat.ini yang kita nak..

Berbalik kepada persoalan pokok, setelah hamba perhati balik menyelongkar setiap butir perkataan dalam dikir barat lama yang hamba jadikan rujukan, yang difahamkan oleh hamba, memang dikir karutlah perkataan yang disebut sejak tahun 1953 (rujukan ada dalam simpanan hamba, grutuk pun ada jgk rupanya)...mengikut pemahaman hamba juga, di thailand pada masa dulu pendikir mahupun peminat dikir tak sebut dikir baghat, tapi di sebut Lebai Dikir..jika dilihat dari sudut ini, jika dikir barat berasal dari Baghat, mesti orang selatan thailand dah panggil dikir baghat dah..tapi mengapa dipanggil Lebai Dikir..Setelah seberang sungai golok saja dikir dipanggil Dikir Barat..seolah buah sawa nila melintas tol gombak baru disebut Ciku..

Adakah 'Lebai' yang dimaksudkan ini berkait dengan pemahaman Abe Par di atas? Walau bagaimanapun tekak hamba tak boleh nak telan lagi buah yang abe Par ketengahkan ni, ada rasa sabut butir pauh lagi ni... sama-sama kita rungkaikan...Nampaknya lagi bersiur simpangnya...ayuh..di mana lagi cendikiawan dikir yang lain? Roll Eyes

abeyie@arjunasukma

Logged

Akademi Arjunasukma - http://arjunasukma.com
Lokanbertepuk
Kepala Pengat
*****
Online Online

Posts: 552


Google Talk
WWW
« Reply #56 on: September 10, 2008, 05:24:53 PM »

Rupa2nya ada jgk peristiwa lain yg serupa dengan kesah salsilah dikirbarat berasal dari Bharat ni dih..
Ssari dua ni ambo ada baca sebuah majalah... ada la sore penyelidik gi ko kelate nk kaji pasal salsilah permaine kelate ni. Dio g tanya satu ore pasal salsilah mokyong.

Ore tu kata salsilah Mokyong ni berasal dari Bukit Yong.  Pada suatu hari ada la saing dia tanya balik, bakpo mu gi royat salsilah mokyong lagu tu nyo....ore tu kata  "Aku nak ko pitih dio jah". Grin

 
Logged

Datuk D
Tukang Karut
****
Offline Offline

Posts: 421


« Reply #57 on: September 10, 2008, 09:32:45 PM »

Rupa2nya ada jgk peristiwa lain yg serupa dengan kesah salsilah dikirbarat berasal dari Bharat ni dih..
Ssari dua ni ambo ada baca sebuah majalah... ada la sore penyelidik gi ko kelate nk kaji pasal salsilah permaine kelate ni. Dio g tanya satu ore pasal salsilah mokyong.

Ore tu kata salsilah Mokyong ni berasal dari Bukit Yong.  Pada suatu hari ada la saing dia tanya balik, bakpo mu gi royat salsilah mokyong lagu tu nyo....ore tu kata  "Aku nak ko pitih dio jah". Grin

 

weii.. ada jugak hok oghe pesen ni...
berdasarkan oghe tua.. dan pegangan ambo hok ada dlm diri ni.. dikir barat berasal hok pok leh tapang wak mari..ada laa sikit campuran dari tarian patun inai dan sebagainyo.. ada jugak oghe kata.. Bunga bunga paluan dikir barat hok pelik2 tu Mulah Ripin Ana wat mula..

tapi wah ni tak cerak alah mana.. kena nnutut ngan poksu agil sdiri lain kali..sebab paksu agil jugak merupakan sumber terdekat hok hidup la la ni mengenai salasilah dikir barat nih..beliau jugak ada cerita psl perjuangan dikir barat Tok Ngoh Seman masa Mulah ni idup dulu walau tok banyak pun..

lebih kurang la..
Logged
GrutuK
Tok Nebong [Moderator]
Tok Jogho
*****
Offline Offline

Posts: 165


« Reply #58 on: September 10, 2008, 11:50:38 PM »

rindu weh ko abe par...abe par toww!!!
Logged
arjunasukma
Tok Nebong [Moderator]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1577



WWW
« Reply #59 on: September 11, 2008, 07:40:48 AM »

apa dok korek telinga rimau tido nga kemuncup toww..hehe..beringat skit..rasa puah hidup dah kow.. Tongue
Logged

Akademi Arjunasukma - http://arjunasukma.com
Pages: 1 2 3 [4] 5 6   Go Up
  Print  
 
Jump to: