Ambo pulok bui pendapat....

Merujuk kpd perkataan "Lebai" yg diguna pakai dalam dikir ni bukanlah ada hubungan puok2 ahli tasauf, tp perkataan lebai itu hanya pinjaman utk nak bagitahu kata individu itu adalah seorang penggiat dan pengamal yang masih aktif dan berpengetahuan atau pakar di dalam sesuatu bidang itu. Oleh kerana puok yg menyebut istilah "Lebai dikir" terdiri dari jenis ore kapung, maka dia pakai lah istilah yg mudah difahami sesama dia, muga nk sebut istilah yg pelik2 muga tak mengaji tinggi dan pendedahan pun tak banyak.Jadi dia paka sebut tok lebai jugak, cuma lebai ni dia mahir dalam bidang yg dia ceburi.
Perkataan lebai ni jugak bukanlah hanya disebut khas untuk penggiat dikirbarat sahaja, tp merangkumi di dalam permainan yg lain juga. Ambo beso abg Lah sg keladi beso sebut lebai ssilat, lebai ggocoh. lebai tteri, lebai kertok, lebai bbano. Adakah hok ni pun dikira sebagai puok2 tasauf jugak?.
Begitulah juga dengan budaya panggilan orang sebelah utara yg sama maknanya dengan "Lebai" tadi. Dia pakai istilah "Alim". Kalu orang tua2 di kawasan Kepala Batas (kawasan PM) memang dia sebut begitu kpd orang yg mempunyai pengetahuan yg meluas di dalam sesuatu bidang. Bahkan kalau sesaorang itu pakar dalam baiki enjin motokar pun dikira sebagai alim juga. Tp dalam bab enjin motokar.
Kita nak buat guano muga bahasa orang alik barat dulu lagu tu... 10 tahun yg lepas ambo dok bbual dengan orang dari Cenok. Bila ambo tanya Haji Ya Cenok, dia jawab Hj Ya ada lagi. Anok ttino dio loni dok mengaji di Universiti amik bahagian (jurusan) BOMOH. Ambo tepikir jugak mana ada universiti menawar kursus bomo. Apabila ambo tanya2 lagi rupa2nya istilah bomoh itu ialah DOKTOR. Dia tak reti nak sebut doktor, bahasa yg paling mudah sekali bagi dia ialah sebut Bomoh. Bagi mereka ini bomoh dan doktor tu sama saja iaitu orang yg mengubat penyakit. Begitulah dengan perkataan lebai tadi, bagi mereka ialah orang yg berpengetahuan dan beramal dan pakar dalam sesuatu bidang. Kalu nak sebut specialist koho jauh sekali

Napok pesen ujung jatuh abe par ni nk kata dewa agong sealam tunggal ni nur muhammad ko guano, atau nak amik kot wayang kulit dari wali songo?...ko abe par belajar nga nakula. Atau pun abe par betukar dengan nama Dewa Sanghyang Tunggal.
