Pages: 1 2 [3] 4 5 6   Go Down
  Print  
Author Topic: Salasilah DIKIR BARAT  (Read 5836 times)
dzlan_d
Tok Jogho
***
Offline Offline

Posts: 248


Aku Insan Biasa


« Reply #30 on: May 26, 2008, 02:49:17 AM »

Besar harapan ko demo tu Lih, nak sama besar ngan ppalo keretapi. heheh
Logged

Berasow dulu wei....

Retoralo
mY MuSliH
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1328


Buah cempedak di luar pagar:D


« Reply #31 on: May 26, 2008, 06:44:38 AM »

haaa..napok ayoh mat surh tu kena gi doh tuh...ppalo keretapi nah abe lan...selok buleh adik bongsu.. hahaha..insyaAllah kita trai ejah luang masa...
Logged

innasolati,wanusuki,wamahyaya,wamamati,lillahirabbila'lamin
Datuk D
Tukang Karut
****
Offline Offline

Posts: 421


« Reply #32 on: May 26, 2008, 10:30:41 PM »

palo kheto api.. hehhehehe..
Logged
dzlan_d
Tok Jogho
***
Offline Offline

Posts: 248


Aku Insan Biasa


« Reply #33 on: May 28, 2008, 01:14:07 AM »

Sementara menunggu Adik Lih mendapatkan maklumat di Arkib Negara. Saya ada sedikit info untuk sama-sama kita bincangkan.

Gemuloh Pak Leh Tapang mula bergerak secara aktif dalam bidang seni dengan Pasukan Rebana Kampung Tapang sebagai tukang cipta pantun yang akhirnya dikenali sebagai dikir barat pada tahun 40-an.
Istilah tukang karut dalam dikir barat juga adalah idea Gemuloh Pak Leh sendiri. Orang yang mula-mula meniru pantun-pantun yang dibawa oleh Gemuloh Pak Leh Tapang ialah Dollah dari Kampung Belimbing Pulau Tebu, Nilam Puri, Kota Bharu, kemudian ditiru pula oleh Wahid.

Selanjutnya ditiru oleh Zakaria, Na'amat Dunia yang meneruskan pantun-pantun itu ditiru pula oleh Awang Ikan Duyung, Seman Wau Bulan, Hussin  dan berlarutan hingga ke generasi hari ini. Pantun-pantun mengarut dikir barat diucapkan secara spontan.

Sebelum Gemuloh Pak Leh Tapang memperkenalkan dikir barat, istilah “ddikir” sudah pun popular dalam kalangan masyarakat Kelantan seperti dikir rebana, dikir yadah, dan rebana kercing (hak ni jah beso tengok, dk bbano & yadah tak tahu).

Gemuloh ni pernah menjelaskan sebab-sebab dinamakan dikir barat kerana pada awal tahun 40-an ada orang-orang Kelantan yang berhijrah ke Thailand untuk mencari pekerjaan di sana. Justeru itu orang-orang inilah yang membawa balik ke negeri Kelantan, irama dan seni kata dari Thailand lalu dinamakan “Lagu Barat” tetapi mengarut yang ada di dalam dikir barat adalah ciptaan Pak Leh Tapang sendiri mengikut idea spontan.

Sekitar tahun 50-an, beliau diundang, bukan sahaja oleh masyarakat kampung malah oleh ketua-ketua jabatan dan orang-orang kenamaan, pelbagai persatuan dan badan amal dengan tujuan memungut derma.

Pak Leh Tapang julung-julung kalinya memperkenalkan nama-nama tok juara dikir barat sekitar tahun 50-an. Dengan adanya tok-tok jogho itu, berkembanglah dikir barat di negeri Kelantan. Antara kumpulan dikir barat yang wujud pada masa itu ialah Kumpulan Hussin Pulai Tebu, Kumpulan Pak Badol (joghonya ialah Awang Lubung Nibung), Kumpulan Bukit Akar (joghonya ialah Abdul Rahman Bukit Akar), Kumpulan Dollah Teluk Kemunting (tukang karutnya: Mamat Pengkalan Petah) dan Kumpulan Binjai (tukang karut: Dollah Kulat Malam).

Gemuloh juga menjelaskan perubahan lagu-lagu dikir barat oleh tok jogho dibawa oleh Kumpulan Awang Lah Jangga Barat dengan lagu asli dikir barat kemudian diubah suai oleh Kumpulan Hussain Pulau Tebu dengan membawa irama lagu makyung.

Seterusnya, diubahsuai oleh Kumpulan Zakaria Pulau Belanga dengan irama lagu dikir laba dan kemudian diubahsuai pula oleh Kumpulan Jusoh Kelong dengan irama lagu padang pasir dan irama lagu Hindustan.
Gemuloh Pak Leh pernah memberitahu tentang lahirnya tukang karut wanita yang bermula sekitar tahun 60-an terdiri daripada Che Jah dari Kampung Ana, Natrah dari Kampung Teluk Kemunting, dan Himah dari Perupuk, Bachok, Kelantan.

Dikir Barat berkembang juga ke Selatan Thailand, seperti wujudnya Kumpulan Awang Kampung Kersik, Pattani, Kumpulan Kumat Lukla (Pak Ku Mat), Kumpulan Jusoh Jabi, Sudin Jah Kerian, Nik Andak Jah Erong.

Pak Leh Tapang menjelaskan mengenai fahaman atau cara berpantun dalam persembahan dikir barat. Allahyarham tidak menggunakan perkataan lucah atau menghina sesiapa. Kerana itu allahyarham amat kesal kerana sebelum ini ada tukang karut tanpa malu-malu berpantun dengan perkataan lucah kononnya untuk melahirkan kelucuan atau menarik perhatian khalayak.
Dikir barat masih hidup malah begitu subur ke seluruh rantau, namun tokohnya Gemuloh Pak Leh Tapang telah pergi buat selama-lamanya. Beliau telah meninggalkan sejarah serta khazanah seni budaya yang tidak ternilai harganya.

# Mohon sedekahkan Al-fatihah buat Gemulloh ni.
Al-fatihah …….
Logged

Berasow dulu wei....

Retoralo
Wau_bule
Tok Jogho
***
Offline Offline

Posts: 219


« Reply #34 on: June 08, 2008, 02:15:32 AM »

salam semo...beraso diri bulu romo ambo baco penerenge dale ruange ni...berkaitan dengan perbincenge bab jenis karut ambo nok berngaju kan satu soalan bagaimano pulok yang dikatokan 'Karut Jakje' atau 'Karut Jakjang' duk raso ejaannyo begitu. keduo2 tu bendo samo bezo podo ejoan jah...karut jenis ni pernah dibawa di pertandingan dikir barat Peringkat Kebangsaan pada 2007 oleh saudara Mohd Zain Hussin atau Jen KD(Johan Tukang Karut 2007)...di sini ambo ingin bertanyo adokah karut ini merupakan karut asli kelantan atau bagaimano.,ingin penjelasan buleh ko...terima kasih..
Logged
chepar61
Awak-awak
*
Offline Offline

Posts: 15


« Reply #35 on: August 26, 2008, 05:32:25 AM »

Dalam kajian ambo, dikir barat berasal dari India yang di bawa oleh Pedagang India dan Hyderabab. Ia di persembahkan di Patani, Thailand sekitar tahun 1940an dalam bentuk qawali (seperti filem hindi-dok nyayi ramai2 tu, ikat kain kat lengan). Ia di persembahkan oleh pedagang untuk raikan perkahwinan komuniti India/pakistan di Patani. Memandang perkataan hindi dan loghat Patani hampir sama dan ia turuti minat orang patani ia pun merebak dengan cepat. Perkatan Barat adalan diambil dari perkataan asal negera India iaitu Bharat (Nama asal benua kecil India) Macam tea Bharat kat Cameron Highland tu. Kemudian orang Patani kata Barat. Jadi lekat lah nama Dikir Barat. Ia masuk ke Kelantan setelah Pak Leh Tapang melihat satu persembahan di majlis perkahwinan anak kerabat nya di Patani dan ia bawa balik ke Kelantan. Peralatannya pun sama yang digunakan dalam persembahan qawali. Peranan filem hindi juga menjadi faktor dikir barat ini berkembang pesat sekitar tahun 1950an, apabila filem hindi memasuki pasaran bangkok. Panjang lagi....
« Last Edit: August 26, 2008, 05:40:30 AM by chepar61 » Logged
chepar61
Awak-awak
*
Offline Offline

Posts: 15


« Reply #36 on: August 26, 2008, 09:30:28 PM »

Mengikut cerita Allahyarham Mat Yeh semasa ambo tanya dia di rumah Gemuloh Pak Him Chabang Empat Tok Mek Ngah pada tahun 1970 dia kata Pak Leh Tapang ni telah membuat inovasi daripada persembahan qawwali (komuniti Pakistan/Gujerat/Hyaderabad) dari Negara Bharat (Nama lama India) yang di persembahkan oleh masyarakat ini di Pattani Thailand sekitar lewat tahun 1940an. Setelah melihat persembahan qawwali ini masyarakat Melayu dan Masyarakat Bharat di Pattani mengubah suai persembahan dalam Bahasa Melayu Pattani. Sebab itu lagu dikir pada awalnya banyak di pengaruhi oleh unsur filem Hindi. Antaranya lagu Mat Yeh sendiri yang cukup popular semasa itu (1970an) lagu 'Jahanam', yang di petik dari salah sebuah filem terkenal pada era itu ( kalu tak silap ... Tun Se Acha Ko Nahim). dari era 1940an hingga 1960an banyak perubahan dilakukan mengikut budaya tradisional setempat seperti Makyong, Main Puteri dan Wayang Kulit. Cuma lagu Wau Bulan dan Kulat Malam adalah keaslian dikir barat Kelantan. Kenapa dikir barat di persembahkan pada lewat malam hingga ke pagi .....?
Logged
arjunasukma
Tok Nebong [Moderator]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1577



WWW
« Reply #37 on: September 01, 2008, 01:02:49 AM »

aaiii...ada rasa muskil skit dengan penjelasan saudara ni..

hamba nak tanya...peralatan qawwali tu lagu mana benda? sejauh mana persamaan dengan alat dikir barat sekarang?? Ada cukup lengkapkah Rebana Ibu, anak, gong, canang dan marakas?minta penjelasan dari saudara..

Klau tahun 70 dh bleh bbual nga gemulah mat yeh dah...masa tu ambo tak dilahirkan lagi..agak muda kakloh orenya ni..hehe

abeyie@arjunasukma

Logged

Akademi Arjunasukma - http://arjunasukma.com
chepar61
Awak-awak
*
Offline Offline

Posts: 15


« Reply #38 on: September 01, 2008, 09:24:06 PM »

Awak2 dalam qawwali ada 8 ke 12 orang, ada lead singer, peralatan sama cuma tak ada gong jah dia pakai tabla dan dholak serta harmonium (ambo pun tak pandai sangat nak sebut- orang lama), yang lain sama. masa tu ambo dalam darjah 6 curi2 pukul gendang (takut orang tua marah) kat rumah Abe Nor dan Abe Pin Ana. Rumah dia dengan rumah ambo dalam 3 km jah.. Gitu lah adik yie..
Logged
chepar61
Awak-awak
*
Offline Offline

Posts: 15


« Reply #39 on: September 01, 2008, 09:32:50 PM »

Minta maaf lah adik Yie.. ambo pun tak tahu sangat. Qawwali adalah adalah persembahan lagu-lagu yang bersifat ketuhanan (kesufian), sebab tu Allahyaram Mat Yeh banyak lagu nyayian dia bersifat ketuhanan. Selain dikir barat kelantan/patani persembahan tradisional ini hampir sama dengan persembahan qawal di Fiji, Surinam dan Trinidad. Semuanya dipelopori oleh Pendatang Gujerati/Pakistan di sana. Walahualam... sekadar jenguk2 dan fikir2 tu jah.
Logged
GrutuK
Tok Nebong [Moderator]
Tok Jogho
*****
Offline Offline

Posts: 165


« Reply #40 on: September 02, 2008, 01:09:00 AM »

haaaa....menarik jugok keterangan chepar nih....macam2 andaian dih pasal asal usul dikir barat nih...

chepar kata disebabkan dikir ni berasal dari India, kemunculan awal lagu2 dikir di pengaruhi unsur2 hindi contohnya lagu mat yeh 'jahanam'...yo lo ko nih?? antara lagu joro, ngarut dan nyanyi dale dikir barat, hok mano wujud dulu? tp kawe raso yang pastinya buke lagu nyanyi..lagu 'jahanam' tu lagu nyanyi dih? pahtu kebanyakan lagu2 joro lamo2 tak banyak yang amik irama hindustan.
unsur muzik pula, qawwali ada instrument melodi, dikir barat takdok, itu adalah perbezaan yg sgt ketara.

adakah benar perkataan hindi dan pattani sama? bagi kawe jauh bbeza wei.

aaaii...musykil jugok weh berkenaan nama 'barat' nih. demo kata ore pattani panggil ko india, Baghat pahtu bakpo ore kelate panggil pattani sebagai nama barat? ore kelate panggil india sebagai keling. rasa2 ore pattani pun lagu tu jugok sebab kelate nga pattani ni supo adik beludik jah.

so lagi saja nak tanya...chepar lahir tahun 61. tahun 70 gi bbual nga gemulah mat yeh dah, tanya pasal asal usul dikir barat. kalu nak kira, baru umo 9 tahun jah tu...yo lo ko che par wei?

banyok jugok chepar buat kajian dih??..dalam betuk lagumano chepar buat kajian heh? sudah dibukukan atau dok lagi...kena buat buku tuh..generasi loni dan akan date nak baca.
« Last Edit: September 02, 2008, 02:04:31 AM by GrutuK » Logged
chepar61
Awak-awak
*
Offline Offline

Posts: 15


« Reply #41 on: September 02, 2008, 03:31:47 AM »

Minta maaf mungkin ambo salah connggak tahun tu..nak royatnya tahun 70an. Yah lah ore tua sekolah pun tak lah mana.....tapi ambo masa tu darjah enam dan dam gi semasa Alahyarham mat Yeh nikah dengan gadis Padang Mandol, Tumpat (anak lelaki dia ada sorang, tak pasti lah aktif dikir ko dok).  Pasal juara dengan tukang karut mana dulu... kalu tak silap dulu karut dulu... lepas tu bila ada nya nyayian dalam dikir barat ada perubahan .. stat nyayi..lepas juara dan ngarut. Dulu dikir di mula jam 10 mlm habis 4,30 pagi (dekat subuh) la nie lain dah.. Qawwali pun ada macam2 irama mcam jenis2 ngarut dikir juga. Tapi nama-nama jenis ngarut nie baru dijenamakan setelah di buat pertandingan secara rasmi jah...
Nak cerita pasal qawwali masuk ke kawasan nusantara ni sikit... dia dibawa mari  oleh pendakwah dan pedagang Bharat (Bharat adalah nama asal India) di persembahkan untuk acara kesufian bagi mendekati Sifat2 Ketuhanan. dan ini banyak dah tertulis dalam buku. Pasal loghat bahasa patani/hindi bukan maksud ambo sama disegi dialek tapi ada persamaan perkataan, ....

... Bakpo orang kelantan panggil ore belah siam tu orang barat.. maksud dia ore sebelah barat tu mana orang sebelah arah negara Bharat (India). Kerana secara lokaliti patani terletak adalah disebelah utara kelantan. Acu try kaji hak ni.. Buku Inggeris banyak dak cerita pasal salsilah ni.. Tapi orang kita banyak ilmu tak di dokumentasikan.
Logged
arjunasukma
Tok Nebong [Moderator]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1577



WWW
« Reply #42 on: September 02, 2008, 07:06:15 AM »

Guano bekadah nga pengajian ambo bab fakta usul asal nih...Ada setengah kata pecah pecil dari dikir laba yang dibawa balik dari puak2 ore klate hok ngaji mekah dulu..pah hokni mari alik india plak..hok mana so ni..jgn pandang mudah perkara gini, takut anak cucu belago mata golok bgaduh bahas benda ni..ko gerano??.kalu kita jupo beradap rupa bersua cakta lagu mana weh...berasa tak sudah dok tanya ssini nih..supo akad nikah pegang tangan tok imam pakai sarung tangan jah berasa..pak nik chepar dok alik mana eh?..Berasa ada masa sms no ni takpo..kita jupo mana2..belam2 minum tea..013-3394000 - adik yie.. Grin
Logged

Akademi Arjunasukma - http://arjunasukma.com
Lokanbertepuk
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 552


Google Talk
WWW
« Reply #43 on: September 02, 2008, 03:32:39 PM »

... Bakpo orang kelantan panggil ore belah siam tu orang barat.. maksud dia ore sebelah barat tu mana orang sebelah arah negara Bharat (India). Kerana secara lokaliti patani terletak adalah disebelah utara kelantan. Acu try kaji hak ni.. Buku Inggeris banyak dak cerita pasal salsilah ni.. Tapi orang kita banyak ilmu tak di dokumentasikan.

Setahu ambo yg tak berapa tahu ni, sebab orang kelantan panggil ko orang belah siam tu ore barat bukan kerana
arah negara Bharat (India) tp mengikut arah mata angin dalam sebutan ore melayu kelantan iaitu sebelah siam tu di sebelah Barat, walaupun lokasi patani dalam peta terletak di utara kelantan.

Oleh kerana negeri kelantan ni terletak di tengah2 antara siam dan trengganu, maka orang tua2 kita dulu memanggil negeri trengganu dengan perkataan TIMUR dan belah siam dgn perkataan BARAT. (sila rujuk kpd orang tua2 kelantan yg berumur 70 tahun ke atas)

Jadinya berdasar kepada fakta ini, amba lebih yakin perkataan barat itu ialah sebenarnya panggilan arah mata angin, bukannya berasal dari perkataan Bharat (India). Sebab kalu kita berpegang kpd panggilan Bharat India, mana mungkin wujud perkataan Timur yg letaknya dari arah yg berlawanan.

2.  Sebagaimana yg kita ketahui bahawa di selatan siam itu majoriti penduduknya terdiri dari orang2 melayu dan sudah pun mempunyai nama2 wilayah masing2. Dari segi lojiknya takkan lah kerana kedatangan segelintir orang2 Bharat (India) ini kesana telah merubah terus panggilan orang kelantan kpd orang sebelah siam. Amba kata begitu kerana perkataa barat ni bukan hanya tertumpu kpd dikirbarat sahaja, malah merangkumi banyak perkara.
Sebagai contohnya, ore barat, musim barat, angin barat, perahu barat, kuba barat, lagu barat.

3.  Coba pakat2 cari....sapo gak dulu yg sebut nama dikir barat ni, ore belah siam ko atau pun ore kelantan?


Kalu amba salah kena tulong bbetol la wei.
« Last Edit: September 02, 2008, 05:01:35 PM by Lokanbertepuk » Logged

chepar61
Awak-awak
*
Offline Offline

Posts: 15


« Reply #44 on: September 02, 2008, 05:30:13 PM »

Ada benar kata Adik Yie... dia adalah pecah pecil dari dikir laba... kerana dikir (tak leh terjemah dalam bahasa mudah lagi.. lepas nie lah) ini asalnya majlis kesufian oleh orang beramal tarikat dari Iran, Arab,  Afganistan, Pakistan dan Bharat mengamalkan dzikir dan mezahirkan keagongan kepada Allah SWT mengikut guru masing2. Kalu dari Arab cara arab dan kalu Iran cara Iran... (Mengikut ajaran tarikat masing) Amalan ini dibuat pada lewat malam.... sebab itu asal persembahan dikir barat dibuat (dipersembahkan) pada lewat malam hingga ke subuh... Asal usul ini kita kena lihat dalam skop yang lebih luas dan jangan lupa kontek sejarah tak kala mula negeri kita, dan perkembangan agama Islam itu sendiri..... Tak kan seni itu muncul dengan tiba2... ko guano....

Masalah istilah ore barat nie.... insyalah ambo perjelaskan dalam bahasa yang lebih kemas, kenapa beranggapan sedemikian...
Logged

Pages: 1 2 [3] 4 5 6   Go Up
  Print  
 
Jump to: