katerine
Awak-awak
Offline
Posts: 1
|
 |
« on: July 25, 2007, 01:02:19 AM » |
|
Dikir Barat berasal dari Pattani, Selatan Negeri Thai. Perkataan barat bermakna datang dari luar iaitu datang dari negeri Thai. Perkataan dikir barat adalah kombinasi daripada dua perkataan iaitu dikir dan barat. Berdikir adalah nyanyian beramai-ramai dengan suara yang nyaring, mengikut satu rentak yang tertentu. Biasanya, persembahan dikir barat dimulakan pada jam dua belas malam dan akan berakhir pada awal pagi ataupun waktu subuh. Dikir barat selalunya dipersembahkan di tempat yang lapang supaya mudah orang ramai senang menyaksikannya.Menurut Haji Aziz Deraman, dan juga Wan Ramli Wan Mohamad, penulis buku yang bertajuk "Muzik dan nyanyian Tradisi Melayu",mengikut kebiasaannya, terdapat dua pasukan dikir barat yang akan mengambil bahagian. Ini adalah kerana untuk mengasingkan kedua-dua pasukan tersebut. Selain daripada itu, terdapat seorang penjaga masa yang dilantik untuk memulakan dan menamatkan giliran berdikir. Setiap pasukan dikir barat yang telah bersedia akan diberikan masa selama setengah jam untuk berdikir. Setiap pasukan dikir barat mempunyai seorang tukang karut dan juga sekumpulan pengikut. Juara memainkan peranan yang sangat penting, manakala tukang karut pula akan berpantun sambil mengejek pasukan lawan ataupun menjawab ejekan lawannya itu. Pengikut hanya akan menyanyikan sebahagian daripada pantun yang dinyanyikan oleh Juara Dikir dan juga Tukang Karut dan akan menyanyikan korus dikir sambil bertepuk tangan mengikut gendang dan gong. Kebiasaannya jumlah ahli pasukan Dikir Barat termasuk Juara dan Tukang Karut adalah di antara 10 hingga 15 orang satu pasukan. Pantun Dikir Barat. Buah kedondong, buah rambai, Mari dipetik bersama galah, Berdikir barat beramai-ramai, Jangan sekali mengaku kalah. Sekian Terima kasih. Oleh, Catherine@UM Oleh, katerine_um06@yahoo.com 
|
|
|
|
« Last Edit: July 25, 2007, 01:23:13 AM by katerine »
|
Logged
|
|
|
|
|
senok
|
 |
« Reply #1 on: July 25, 2007, 03:05:07 AM » |
|
hi Catherine@UM..awk nie buat research pasal dikir barat nie ye...erm thanx 4 info..bleh la kenal2 kan diri dulu 
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
Yiie
|
 |
« Reply #2 on: October 26, 2007, 10:02:19 AM » |
|
Banyak yang sudah dibongkar dan diselidiki tapi masih belum mendapat jawapan yang setepat dan sepadat. Mengikut sejarah yang datang dari sumber , dikir barat ini adalah saduran dari permainan tarian yang dipanggil 'Tarian patung Inai' yang begitu digemari masyarakat Siam dan Kelantan pda tahun-tahun 1800 hingga tahun 1940an apabila Pak leh Tapang atau nama sebenarnya Hj Salleh mengubahkanya menjadi dikir barat.
Tarian Patung Inai dipersembahkan dalam majlis perkahwinan yang mana seorang Juara (Tok Jora) menyanyikan lagu dan disambut oleh awok-awok secara beramai-ramai sambil menyaksikan orang-orang menari mengikut nyanyian dan paluan rebana dua muka (rebab atau ada dipanggil rebana Sunda) dan gong besar sahaja. Tarian ini menjadi aktiviti tetap pada setiap majlis perkahwinan yang dihadiri penduduk kampung.
Dikir Barat juga ada kaitannya dengan Dikir Laba atau dipanggil Dikir Punjab Dikir Punjab ini dipersembahkan dalam bahasa Punjab (Hindustan) atau Bahasa Arab dan berkait rapat dengan Qawwali, sejenis budaya orang India yang begitu popular. Dalam Dikir Laba, awok-awoknya mengikut rentak dengan mengibarkan kipas dan menggerakkan badan serta melaungkan suara sehingga tahap menjerit, tetapi jeritannya mestilah dengan suara yang keras dan tidak 'pecah'. Dikir Punjab atau Qawwali pula mempunyai awok-awok yang bernyanyi secara berlutut dan menepuk mengikut pergerakkan pergelangan tangan.
Apa yang jelas adalah jenis-jenis dikir yang ada hanya mempunyai peranan juara sahaja, walaupun juara itu bergilir-gilir.
Pada tahun 1948, pelopor seni dikir barat Pak Leh Tapang, mengubah cara permainan Patung Inai dan diselitkan unsur Dikir Laba dan Dikir Punjab untuk dijadikan Dikir Barat. Perkataan Barat ini timbul kerana orang-orang Kelantan atau orang-orang yang tinggal di Selatan Siam digelar orang sebelah barat dan dikir yang dimainkan dipanggil dikir barat. ambo nok tanyo tok2 guru hok arif sini la terutamanyo abeyie.. betul ko fakta sejarah dikir barat hok ambo jupo nih.. petikan ni ambo terbaca dlm satu laman web harap abeyie ko sapo2 tok guru buleh bui komen la.. 
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
arjunasukma
|
 |
« Reply #3 on: October 27, 2007, 08:49:02 PM » |
|
Abe Yie bukan bkn pandai dan bkn jgk TOK guru...dan masa Pak Leh Tapang bawak dikir ke Kota Bharu pada tahun 1940 tu pun abe yie tak jadi benih lagi...hehe..
Akan tetapi, setelah abe yie mula belajar bertanya apa yang perlu tahu dlm dikir barat ni..separuh dari fakta ini ada kena mengenanya..
Patung Inai... "dikir barat ini adalah saduran dari permainan tarian yang dipanggil 'Tarian patung Inai' yang begitu digemari masyarakat Siam dan Kelantan pda tahun-tahun 1800 hingga tahun 1940an apabila Pak leh Tapang atau nama sebenarnya Hj Salleh mengubahkanya menjadi dikir barat"
Apa dia patung inai??abe yie pun nak tahu jgk...mengikut pengetahuan abe yie, perkataan sebenarnya 'Pantun Inai'...yakni acara berbalas pantun di majlis2 kenduri kahwin pada zaman itu..bermula dari pantun inai inilah dikir barat di wujudkan setelah dimasukkan alat2 muzik mengiringi acara berbalas pantun ini..dalam acara pantun inai ini juga, sudah ada muzik mengiringi pantun2 ini..Tempurung kelapa dua belah yang dilagakan telah dijadikan muzik pantun2 tersebut.. ini mengikut kefahaman pengajian abe yie..
yang lain2 ni juga berkaitan...cuma tiada siapa yang boleh memberi satu fakta yang lebih tepat,..sbb tiada bahan bukti bercetak pd masa itu...Harap generasi kita bermula hari ini tidak akan terpinga pinga sebegini di masa depan hari lagi..
abe yie@arjunasukma
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
mY MuSliH
|
 |
« Reply #4 on: November 27, 2007, 08:58:13 AM » |
|
pantun inai ialah satu acara majlis yang mana biasanya wujud pada majlis orang berkahwin..
2 orang berpantun dan orang ramai akan bertepuk tangan mengagah tukang pantun tu..ada sikit persamaan yang wujud dengan dikir barat..kaitan dengan dikir barat sejauh mana,tok leh dak dipastikan,
|
|
|
|
|
Logged
|
innasolati,wanusuki,wamahyaya,wamamati,lillahirabbila'lamin
|
|
|
|
Lokanbertepuk
|
 |
« Reply #5 on: November 28, 2007, 06:11:19 AM » |
|
Abe beso denga la jugok ore tuo dok beroyak pasal pantun inai ni tmpt ore bbewoh, dio kato:
Sedap dudok di pulau pine Sedap lagi ore di kedoh Sedap dudok ore betune Sedap lagi ore baru nnikoh.
Awe lih nnikoh doh ko? hehehe......... cobo royat.. pantun pantun ni begapo dio gak asal dio?
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
arjunasukma
|
 |
« Reply #6 on: November 28, 2007, 06:17:32 AM » |
|
ajat nak jawab...tp dah tanya awe muslih...biar muslih jawab lah.. 
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
Lokanbertepuk
|
 |
« Reply #7 on: November 28, 2007, 06:21:53 AM » |
|
Kalu Nok jwb pon x dok masoaloh. Acu jawab teh nok denga....
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
abeming
|
 |
« Reply #8 on: November 28, 2007, 06:26:43 AM » |
|
aaa ambo pun nak tumpang tahu...begapo pantun2 nih... 
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
arjunasukma
|
 |
« Reply #9 on: November 28, 2007, 06:28:10 AM » |
|
aaa...wat lolok jah sakni..nyo wat bsungguh plak dah..tp dan hulur stangisih, ikat bekung, kena bersilat dah kok mana mana pun...
hok ambo tahu..pantun ni adalah rangkaian ayat yang mempunyai rima yang sama pada setiap penghujung ayat...dan sifat asal pantun ialah mempunyai pembayang dan pemaksud..dalam lagu dikir barat..salah satu yang uniknya ialah bukan 100% pantun..kerana empat baris ayat pantunnya adalah pemaksud..tanpa pembayang..itulah dikir barat..bukan pantun berlagu...
apa beza dgn abe lokan untuk menjawab atau menyangkal dakwaan hamba???kekeke
abe yie@arjunasukma
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
Lokanbertepuk
|
 |
« Reply #10 on: November 28, 2007, 06:34:12 AM » |
|
hok tu makna pantun... hok abe nok nyo perkataan PANTUN itu begapo dio?
Aloh nyo ppelin teh.....
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
arjunasukma
|
 |
« Reply #11 on: November 28, 2007, 06:36:12 AM » |
|
makna PANTUN...tak sapa nak mmikir tuh..tlg la.. 
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
abeming
|
 |
« Reply #12 on: November 28, 2007, 06:37:25 AM » |
|
Pakcik Lokan tulon royat selalu la buleh? ambo berminat nak tahu kalu bab asal bab mengusul ni...buleh la cerito sikit kalu dah tentu pak cik kan tahu.... 
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
Lokanbertepuk
|
 |
« Reply #13 on: November 28, 2007, 06:45:15 AM » |
|
Kalu tok guru soal, pahtu tok guru pulok tulong jawab gak... bodo sokmo anak murid. muga toksey mmikir doh.hehehe....
Acu cari gak dulu..
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
|
|
|
|