Komuniti Dikir Barat Malaysia
March 15, 2010, 08:06:39 AM *
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News:
 
   Home   Help Search Calendar Login Register  
Pages: [1] 2 3 4 5 6   Go Down
  Print  
Author Topic: Sejarah Awal Negeri Kelantan...  (Read 18420 times)
senok
Tok Nebeng [Admin]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1238



« on: January 01, 2008, 08:56:34 AM »

Suatu topik yang menarik untuk di kupas...setelah berborak panjang ngan abe lokan, byk perkara dan persoalan yang timbul di fikiran mengenai sejarah awal Kelantan.....

Sebenarnya byk topik yang boleh di huraikan melalui topik ini, mungkin selama ini kita biasa belajar sejarah

sekolah dulu..tapi hanya belajar untuk mengambil periksa semata-mata tanpa menghayati sejarah sebenar

negeri Kelantan...bg sy sendiri byk lagi yang belum di ketahui tentang keunikan negeri Kelantan ini...

Sebagai permulaan mari kita pakat kupas tentang kewujudan negeri Kelantan itu sendiri...diharap abg

lokan dapat menghuraikan lebih detail pasal sejarah awal pasal Kelantan ini..... Grin

rakan2 sekalian pn boleh menanyakan soalan yang berkaitan...smg perbincangan kita akan menrungkai

segala persoalan yang bermain di benak fikiran....
« Last Edit: January 01, 2008, 09:05:36 AM by senok » Logged

Weblog Salam Pantai Timur - http://salampantaitimur.com
senok
Tok Nebeng [Admin]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1238



« Reply #1 on: January 01, 2008, 10:15:56 AM »



Pakaian " kasual umum " bagi majoriti lelaki Kelantan sehingga 100 tahun lepas. Kain pelekat lepas, kain basahan, semutar ( sejenis lilitan kain di kepala ) dan keris...

**petikan dan gambar dari http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=550590

nenek moyang kita semua pakai pakaiang lagunie blakow dulu...hehe...
Logged

Weblog Salam Pantai Timur - http://salampantaitimur.com
Lokanbertepuk
Kepala Pengat
*****
Online Online

Posts: 1145



WWW
« Reply #2 on: January 01, 2008, 07:19:16 PM »

hehehe....sebutan nama2 kain yg di pakai oleh orang2 dlm gambar tu
tak betul toow adik senok wei...

Bukan kain pelikat lepas tp namo dio kain punca potong,
Hok wat ikat bekong tu napok supo kain pere.
hok dok seba atah bahu tu buke kain basahan tp kain limar,
dio lepas kot alik belake pahtu hujong kain tu sakut atah keris,
hok dok atah kepalo tu bkn semutar tp kain setange iseh.

kain setange = ringkasan dr sebutan kain sapu tange.
iseh = susun atau gubah supaya kelihatan kemas dan menarik apabila pakai di kepala.

tp takpo lah sekurang2nya sudah ada minat dikalangan adik2 kita disini
utk mengetahui sejarah dan budaya warisan nenek moyang kita yg tencinta.

Perlu di ingatkan bahawo negeri kelate kito ni negeri tuo wei...
sbb tu mace2 hmene dan budayo dulu2 kito ado kalu nok banding dgn ore lain.

« Last Edit: January 01, 2008, 08:25:40 PM by Lokanbertepuk » Logged

senok
Tok Nebeng [Admin]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1238



« Reply #3 on: January 01, 2008, 08:49:52 PM »

terima kasih abe lokan atas pembetulan info..ambo amik dr sumber yang mungkin tak betul jgk..tp mintak abe lokan betul la deh...

nk tanya abe lokan ....apa fungsi setiap kain yang di pakai tue....
Logged

Weblog Salam Pantai Timur - http://salampantaitimur.com
Lokanbertepuk
Kepala Pengat
*****
Online Online

Posts: 1145



WWW
« Reply #4 on: January 01, 2008, 10:47:37 PM »

Nok royak secaro menyeluruh jah nih, bkn nk ulas sebutir2.

Kain punca potong tu sebagai pakaian utama utk menutup bhgn tubuh badan
yg perlu di tutup antara pinggan dengan lutut.

Kain bengkung di lilit pd pinggang untk nk bui kemah kain punca potong tadi,
ikat bengkung ini juga sebagai tmpt nk selit keris, parang, sadat dll senjata,
dale kain bengkung ni jugo sebagai tmpt nk simpan sireh pine/rokok daun.

Setange iseh tu kalu terbuat kain batik empat segi sama yg mmg di reka corak
utk itu, tp kalu dio kain yg panjang biasa ini bolehlah juga kita panggil semuntar di
lilit kepala utk nk wat tehe panas matahari.

Kain sebar tu utk nk wat kesat peluh, kalu sejuk buleh wat selimut mugo jame tu
tak berapo ado baju2 ni. Kalu nk wat basahan mandi ore tak paka kain limar sbb
harga mahal, munkin paka kain yg muroh.

natilah abg lokan balik rayo cino ni bui ko adik senok segala sember2 yg bersangkutan
dgn sejaroh awal kelantan ni yg banyak terdapat dlm catitan pengembara cino dll.
Dan ado sumber gitu baru sedap demo pakat kube.....Bui ore mudo2 pulok bekecek..

Logged

Lokanbertepuk
Kepala Pengat
*****
Online Online

Posts: 1145



WWW
« Reply #5 on: January 05, 2008, 09:02:58 AM »

Walau bagaimana pun pada tahun 1898 sultan Mansor telah mengeluarkan perintah supaya rakyat
negeri Kelantan menukar cara berpakaian, daripada berpakaian seperti dalam gambar di atas kepada memakai kain sarung, baju teluk belanga dan songkok dan juga lelaki di larang memakai keris. Begitu juga orang perempuan, di perintahkan memakai kain sarung, baju kurung dan kain kelumbung.

Hulubalang raja telah di perintah supaya menunggu segenap jalan empat bersimpang tiga, kedai bugih kedai pesara, kedai wong kedai pelata. Barangsiapa yang lalu lalang di dapati tidak mematuhi akan larangan sultan, maka pakaiannya akan di rampas dan badannya pula akan di como dengan belakin (sejenis cecair likat seperti cat hitam).

Dikatakan bermula daripada peristiwa itu budaya cara berpakaian rakyat Kelantan telah bertukar. Kalau orang lelaki akan memakai bersemutar dengan kain lepas sebagai mengganti kain setange iseh, memakai baju prak atau baju potong siam. Sampai ke hari ini pun kita  masih lagi dapat melihat orang2 di kelantan yang berjalan dengan menyelit kapak, parang, sadat atau lain2 senjata, kononnya masih lagi terbawa2
dengan budaya menyelit keris di pinggang pada zaman dahulu. Begitu juga dengan Orang perempuan memakai kelumbung dengan kain lepas apabila keluar kemana2 sebagai menutup aurad, walau pun masih ada lagi sampai sekarang saki baki wanita yg masih memakai kain berkemban gantung.
Logged

senok
Tok Nebeng [Admin]
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1238



« Reply #6 on: January 05, 2008, 09:56:45 AM »

Walau bagaimana pun pada tahun 1898 sultan Mansor telah mengeluarkan perintah supaya rakyat
negeri Kelantan menukar cara berpakaian, daripada berpakaian seperti dalam gambar di atas kepada memakai kain sarung, baju teluk belanga dan songkok dan juga lelaki di larang memakai keris. Begitu juga orang perempuan, di perintahkan memakai kain sarung, baju kurung dan kain kelumbung.


nak tanya skit ngan abe lokan..sbb apa Sultan Mansor nie bui perintah gtu...adakah sbb pada zmn Sultan Mansor nie baru bermula penerimaan Islam di Kelantan?
Logged

Weblog Salam Pantai Timur - http://salampantaitimur.com
Lokanbertepuk
Kepala Pengat
*****
Online Online

Posts: 1145



WWW
« Reply #7 on: January 05, 2008, 04:54:21 PM »

Memanglah masuknya islam ke kelantan jauh lebih awal daripada peristiwa di atas, tetapi di katakan
Sultan Mansur atau Long Mansur ini adalah seorang sultan yang sangat wara'. Baginda dikatakan byk
mendampingi dan sentiasa berunding dengan ulama2 dalam urusan pentadbiran negeri. Bukan setakat
itu sahaja bahkan dikatakan undang2 hudud ke atas pencuri dan undang2 qisas ke atas pembunuh pun
di kuatkuasa juga.

Ini mungkin juga menjadi kesinambungan daripada pemerintahan sultan Muhammad lll sebelumnya yang
sudah pun menjalankan undang2 Syara'.

Wallahualam....



Logged

muhymeen
Awak-awak
*
Offline Offline

Posts: 2


« Reply #8 on: January 05, 2008, 09:46:48 PM »

Nak tanyo sikit...

Lagu mano asal siloh bulih namo KELANTAN ni???
Logged
Muslih Aling
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1846


Mohamad Muslih Bin Aling


« Reply #9 on: January 05, 2008, 11:29:42 PM »

pada buku ni ada banyak teori terjumpanya perkataan kelantan nih...medan kilatan salji, nama kelantan dahulu,dipendekkan menjadi kilatan dan seterusnya berubah menjadi kelantan...

ada jugak teori terjumpanya syiling lama tertulis perkataan kelantan dalam tulisan jawi... ada jugak hok kata masa cahaya terkeluar daripada bukit panau kalau tok silap,oghe kata teranggnya kilatan...kilatan tu jadi panggilan dan seterusnya berubah jadi kelantan....

teori yang pelbagai ini tok tahu lah mana hok betulnya...abe lokan tow...
Logged

Lokanbertepuk
Kepala Pengat
*****
Online Online

Posts: 1145



WWW
« Reply #10 on: January 06, 2008, 08:29:40 AM »

Awe muslih ni gak... nyo brehi melaong pangil abe lokan teh!!

cari lagi cari lagi.. ado lagi toow..selagi tok bjupo abe lokan tokleh ngaku jadi adik akat..hehehe...
Biar abe lokan royak hok namo2 kelantan zame ribu2 tahun dahulu. Hok nk buleh jadi lagu mano sebutan kelantan tue biar muslih royak..Hok muslih sebut medan kilatan salji tu pon salah satu dr cerito asal ssiloh
namo kelantan jugak mengikut salah satu cerita.

Abe lokan masih ingat lagi tahun 70'an dulu sewaktu pegi ikut gemulah Ayah Mat Menara main wayang kulit sempena dgn keputeraan sultan pahang di pekan, beliau telah membawa satu cerita yg bertajuk "Singa Merbau Pelangi", dalam cerita itu ada di sebut negeri Medang Kilatan Pulau Salji. Apabila abe lokan tanya pada keesokan harinya, gemuloh ayah mat kata itulah kesah negeri kelantan dahulu kala.

Mula2 sekali kelantan ni dikatakan negeri bernamo "Medang Kemulan". Lepahtu bertukar menjadi
"Medang Gana" sehingga abad kelima. Lepahtu betukar pulok menjadi "Kalathana" yg berarti tanah kala. dalam catitan2 pengembara cina di sebut dengan perkataan "Ho-lo-tan" atau di sebut juga sebagai "Ko'u-lo-tan". Lepahtu bertukar menjadi "Raktamrittika" yg bererti tanah merah.

Mengikut catatan seorang pengembara cina yg bernama Wei Cheng (581-643), negeri "Chi'ih-tu terletak
di bahagian selatan Langkasuka dan pantainya mengadap ke utara.. jarak perjalanan antara Chi'ih-tu
dengan Campa memakan masa lebih kurang 10 hari. Drpd catatan ini para sejarawan berpendapat bahawa Chi'ih-tu itu ialah Kelantan.

Dan ada lagi beberapa nama negeri kelantan ni yg abe lokan tosey nok sebut di sini. Abe lokan nk bui ko senok hurai pulok sikit lagi. hehehe....
Logged

cenDawan
Tukang Karut
****
Offline Offline

Posts: 372


« Reply #11 on: January 06, 2008, 08:48:28 AM »

huh, mnarik sguh sjarah negeriku ini... ambo tahu melalui buku teks jah
 ms sekolah dlu... x detail sgt... em nak tnya sjarah cik siti wan kembang... crito cket pakcik lokan kto
Logged
Muslih Aling
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1846


Mohamad Muslih Bin Aling


« Reply #12 on: January 06, 2008, 07:28:04 PM »

sejarah perkataan kelantan nih tok jjupo cari doh..buku2 banyak dok di rumah ambo di klate,,paka bui mo abe lokan lah..hehehe

cendawan minat cik siti wan kembang ko..nih ambo bui sikit cerita dia...

Sultan Ahmad, ayahanda cik siti wan kembang mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabal menjadi Raja Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah Tenggara Kuala Krai.

Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti". Baginda mempunyai seekor kijang yang kemudiannya menjadi lambang kebesaran negeri Kelantan.

Semasa dalam pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, di bawah pemerintahan Raja Sakti 1638M (1046H). Setelah Baginda mangkat, maka putera Baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Raja pada 1649M (1059H). Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.

Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Baginda mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti.

Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.

Puteri Saadong telah diculik oleh Penglima Tentera Siam bernama Phraya Decho dan dibawa kepada Narai Maharaja Siam (1656-1688), kerana kesetiaannya pada suami baginda tidak boleh disentuh oleh Maharaja Siam. Setelah Puteri Saadong kembali ke Kelantan telah berlaku pergaduhan dengan Raja Abdullah. Akibat pergaduhan itu Raja Abdullah terkorban kerana kena tikaman cucuk sanggul Puteri Saadong.

Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim iaitu saudara raja Abdullah menjadi Sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi.

Kemudian, Raja Abdul Rahim telah mangkat ditikam oleh rakyatnya di tepi Tasek Lelayang Mandi. Dengan itu putuslah sejarah "kerajaan mahligai" dan wujud pula Kerajaan Jembal yang pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada 1675M (1086H).


Logged

Muslih Aling
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1846


Mohamad Muslih Bin Aling


« Reply #13 on: January 06, 2008, 07:43:52 PM »

Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah".

ambo songlap dari wikipedia...komen2...
Logged

Lokanbertepuk
Kepala Pengat
*****
Online Online

Posts: 1145



WWW
« Reply #14 on: January 06, 2008, 09:45:43 PM »

Adooooow...sedap doh jugok muslih buleh royak bari Che siti nga puteri saadong tu. 
baru buleh mengaku wori. hehehe.....

Ado beberapo perkara yg muslih keno semok balik;

1. Adakah benar Kota Jelasin terletak di Mahligai?

2. Apa nama sebenar Puteri Saadong?

Sbb sepengetahuan abe lokanlah perkataan Saadong ni bermaksud ore ttino come.
Jadi mesti ado nama bate tubuh dio yg asli sprt jenab ko, kelsom ko. Mokje ko atau lain2.

Pah satu lagi nyo kalu Cendawan nok tahu agok2 rupo Che Siti ni demo cubo cari dale buku
Pengembaraan Ibnu Batuttah, kalu tak silapnyo dio ado sebut maso di Kilu Krai tu ado sebuoh
negeri yg di perintah oleh seorang raja perempuan yg mempunyai rupo paras dan berpakaian sekian2.

Setengah pendapat mengatakan nama Kelantan tu mulonyo di kuala krai lah.
Ho....cari pulok muslih sapa bejupo kesoh ni.hehehe..
Logged

Pages: [1] 2 3 4 5 6   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.9 | SMF © 2006-2009, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!