ayahanda lokan ku yang mat ku hormati,
adakah betul kelantan yang tercinta kita itu dahulunya adalah tanah siam..tidak pula anakanda pasti secara keseluruhan atau sebahagian sahaja...dan bagaimanakah kawasan kelantan pada hari ini telah terjadi seperti mana yang kita diami pada hari ini..
Anakanda selalu terdengar cerita besut di berikan kepada terengganu sebab kekalahan pemerintah kelantan pada perlawanan sabungan ayam..apakah cerita ini benar2 berlaku..
Kepada anaknda muslih yg di kasihi,
semoga di berkati Allah sepanjang masa.
Pertanyaan pertama = Mengikut sejarah..peta negeri kelantan zaman silam tidaklah sama dgn peta yg terdapat pada hari ini, peta skrg ini telah pun di buat balik pada tahun 1909 sempena dgn penjanjian Bangkok antara inggeris dgn siam. Kalau nk ikut pada peta yg asal dulu, kawasan tabal , che hel hingga ke bukit tanjung tu asalnya duduk dlm pemerintahan kelantan kita. Tp oleh kerana dlm proses utk nk memudahkan buat sempadan antara kelantan dgn siam melalui sg golok maka oleh kerana kawasan yg di sebutkan di atas itu berada di atas (utara) pd sg golok yg terus kelaut melalui kuala tabal maka kawasan itu diberikan kpd siam. Sebagai cucor atau gantinya maka siam telah memberi kawasannya yg berada di kawasan ulu sebelah selatan sg golok kpd kelantan...mengikut cerita kata..kawasan ini bermula dari batang merbau teruslah bkt bunga, air lanas, jeli hingga sampai ke batu melintang. Kawasan ini pada zaman dulu berada dlm wilayah legeh thailand..maka sbb tu demo2 kata masih ada lagi nama satu kampung dok dekat sebelah air lanas yg bernama legeh..abg lokan masih ingat lagi masa kecik2 dulu kalu baso jenis budak2 hok cemar cepolok rambut gereseng gerbang gak ore2 tuo kata "Baso mari di ulu legeh".
Jadi kalu muslih kata negeri kelantan tu asalnya dari tanah siam, mmg betullah jwapan dio..TETAPI bukan seluruh negeri kelantan, cuma di bahagian2 yg berada di jajahan jeli dan ada juga sikit yg termasuk dlm jajahan tanah merah skrang ini. Kalu mengikut sumber dlm buku Patani dahulu dan sekarang edsi jawi krngan A. Bangnara, pada asalnya inggeris mintak semua sekali negeri2 melayu yg berada dlm takluk siam termasuklah yg kita panggil dgn kawasan 4 wilayah hingga sampai ko cenak dekat denga senggora nu, mengikut inggeris semua rakyat hok ada dlm ni semua tu mempunyai satu bangsa , satu bahasa, budaya dan cara hidup. Tp oleh kerana siam taksey bui..maka ssajo jgok inggerisnyo.
Pertanyaan kedua = Hok muslih cerita tu kata besut ni di beri kpd trengganu krn kalah belaga ayam tu ambo tak ajin dengar lagi.. kalu sanggupa beso denga doh tak tahu la pulok.. pasal dekat dgn kampung dia. Hok abg lokan besa dengarnya ialah anak raja kelantan pergi ketrengganu belaga ayam bagi pihak raja trengganu utk melawan ayam panglima bugis..hok ni ada tulis dlm sejarah walau pun ada sesetengah mcm tak berapa nk yakin..tp bia g lah hoktu tuh..doh kito sebut pasal besut ni, kito bbari sikit cerita besut ni..
Mengikut cerita kata hikayat royak..nama besut ni adalah asalnya drpd nama ketua ore pange hok dudok di situ. pada suatu masa sekumpulan orang meniaga belayar dr patani dan singgah di besut. Setelah puak menega berasa bekenan nk duduk di besut ni maka demo ni pon berbincanglah dgn ketua pange tu yg bernama pak wong. Dlm perbincangan tu puok demo ni mintak suruh puak pange ni pindah pegi dudok llain sikit dengan di beri tukaran segantang mata kail. Maka puak pange ni pun pindahlah ketempat lain sikit..
Sanggupa!! dengar kata puak ni pindah ni g aloh ko kapung demo...yo lo ko?...ko demo ado tali persaudaraan jugok nga puok ni? hehehe....jange di maroh gupal lamo kan keno supoh jadi katok puru ke!!
Balik kita kpd kesah balaga ayam tadi...Long Gapar ni anak raja reman, Long Yunus ni anak Long Sulaiman raja kelantan masa pusat pemerintahan di Kubang Labu..masa ni demo dua ni tengah muda lagi..long yunus pun tak jadi raja kelantan lagi masa ni. Demo dua ni berehi belaga ayam dan pada suatu masa demo ni bejalan sampai masuk dlm negeri trengganu.
Nak jadi ko cerita..masa ni raja trengganu dok tengah cari ayam utk nk belaga dgn ayam panglima bugis..cerita katanya kalu ayam raja trengganu kalah maka kawasan yg bermula dr seberang takir hingga ke kuala setiu buleh ko panglima bugis dan jika ayam panglima bugis kalah maka semua harta dlm 7 buah jong panglima bugis tu buleh ko raja trengganu.
Maka setelah berjemak jembung kira becara bertambat rembat berikat janji...maka belagalah ayam long gapar yg bernama "Bakah Racun" dgn ayam panglima bugis (Bakah ni ialah sejenis roma ayam jantan seakan2 beritik) dan berakhir dgn kekalahan ayam panglima bugis, maka harta benda dlm 7 buah jong tu dapatlah kpd raja trengganu. Hok kata raja kelantan kalah belaga ayam dan mempertaruhkan kawasan besut tu abg lokan tak bejupa lagi setakat ni. Tp ada juga beso dengar khabar angin orang dok cerita mulut.
Lepas tu nyo..ada satu lagi riwayat yg menceritakan pasal sempada kelantan trengganu ni mengatakan bahawa baginda Nang Cayang raja patani telah mengutus surat kpd raja kelantan dan trengganu supaya berbicang mengenai sempadan di antara kedua2 negeri tersebut. Sempadannya bermula dari laut pulau susudara melalui keluang melalui limau nipis melalui kuala rasau
melalui bukit batu terus ke bukit yong. Kalu kita baca buku Trengganu dari bentuk sejarah hingga tahun 1918m ms 101 ada di ceritakan perkara ni.
Setakat ni jah la hok kita tahu pun..kalu baso ado tempat hok tak brapo keno muslih keno bbetul balik lah. Takleh kira nga puak ni...hak tahu pun dia kata tak tahu....