|
Lokanbertepuk
|
 |
« on: January 18, 2008, 02:57:34 AM » |
|
Dalam kesempatan ini abg lokan nk bbari pasal beberapa kejadian yg berlaku dikelantan. di antara beberapa kejadian ini adalah di kira sgt penting jugak bagi orang tua2 kelantan dulu2. Sebagaimana kita maklum bahawa tok nenek kita dulu2 ni kebanyakannya buta huruf, kalau ada yg jenis buleh bbaca dan menulis ni hanya sikit sangat mugo sekolah pun tak jenuh supo lo ni.
Jadinya bagi mereka2 ini kalau nak menceritakan sesuatu mereka akan mengenang sesuatu peristiwa yg pernah berlaku di zaman mereka. Sebagai contoh, orang tua2 kita zaman dulu ni bukannya amik tahu pasal surat beranak ni, bg mereka itu semua tidak penting termasuk arwah ayah abg lokan sendiri. Bila kerajaan nk buat pendaftaran utk nak buat kad pengenalan maka di situlah telah menjadi masaalah kerana masing2 tidak tahu tahun berapa mereka di lahirkan.
Maka dengan mengingati beberapa peristiwa inilah akan dapat di jadikan sebagai kayu ukur utk mengandaikan berapakah sudah umur si anu itu. Umpamanya dalam sesi perbualan antara orang tua2 dulu mengenai umur ini mereka sering berbual:
T : Masa bah air merah tu demo besar mano doh?
J : Kawe tak masok jawi lagi....demo besar mano?
T : Aeh...gemuloh mok ni royak kawe dok dale 40 lagi..
J : Hooh kalu ggitu demo ni mudo pado kawe banyok bena lagi..
Berpandu kpd detik peristiwa sprt ini-lah orang tua dulu dapat mengetahui berapa umur masing2. Kalu perbualan itu berlaku pada tahu 2008 dan bah air merah pula berlaku pada 1926, maka umur si T sekarang lebih kurang 94 tahun kerana budak zaman dulu masuk jawi umur antara 12-15 tahun, kadang2 dah tumbuh bulu pahat baru masuk jawi...bkn macam sekarang. Umur si J pula ialah 72 tahun kerana tahun 1926 itu umurnya lebihkurang sebulan.
1849-Gajah Mengamuk. Ramai penduduk disekitar Kota Bharu yg mati akibat dari se ekor gajah yang mengamok. Gajah tersebut bernama "Berma Sakti".Gajah tersebut akhirnya dapat di tundukkan oleh Datok Kaya Pahlawan Kadok.
1880-Angin Besar. Telah berlaku satu peristiwa taufan yang amat dahsyat di sebut oleh orang tua kelantan sebagai "angin besar". Di katakan bahawa angin ini bertiup pada hari raya haji petang sabtu 13hb nov hingga waktu subuh hari ahad. Mengikut bari orang tua2 sebelum itu tak ada lagi angin yang begitu dahsyat.
1881-Binatang Mati. Segala binatang ternakan habis mati kerana wabak penyakit, mungkin ada kaitan dengan peristiwa angin besar yang berlaku pada tahun sebelumnya.
1882-Peristiwa Kelaparan. Telah berlaku peritiwa kelaparan. Orang kampung nak bertanam padi sudah tak dapat kerana segala lembu kerbau yang selalu di guna untuk membajak telah mati akibat dari wabak penyakit pada tahun sebelumnya (mungkin penyakit kuku & mulut, tp orang zaman tu mana la tau nak sebut benda ni sumo). Orang ramai pula telah di serang penyakit taun dan malaria. Ekoran dari inilah ramai rakyat telah meninggalkan kelantan untuk pergi mencari makan dan memulakan penghidupan di luar kelantan, antara tempat yang menjadi tumpuan ialah Trengganu, Kedah, Perak dan Johor.
Ekoran dari penghijrahan ini abg lokan pernah di ceritakan oleh salah seorang guru abg lokan, yang menceritakan bahwa abang kepada bapa mertuanya berhijrah ke Sungai Siput perak dengan berjalan kaki merentasi banjaranTitiwangsa.
1897-Bah Urai. Bandar Kota Bharu telah di landa banjir dan sagala ternakan mati. Dalam waktu yang sama seorang perempuan bernama Urai telah mati di tikam kerana bermukah. Mayatnya telah di heret kedalam air untuk di tanam.
1909-Api Hj Samba. Dalam kebakaran ini telah memusnahkan 390 buah rumah di Kota Bharu yang di percayai bermula di rumah Hj Samba. Oleh itu orang menyebut api hj samba.
1910- Lembu Belaga Harimau. Telah di adakan perlagaan antara lembu dengan harimau yang berlangsung di jel burok jalan Tok Hakim. Harimau tersebut di katakan kepunyaan seorang inggeris. Dalam peristiwa tersebut tiba2 harimau melompat keluar dan mencakar orang2 yan berada di situ menyebabkan ramai juga yang mati.
1915-Musoh Tok Janggut. Di antara banyak tragedi yang menjadi sebutan ramai di kelantan ialah cerita pemberontakan tok janggut menentang inggeris di kelantan. Akhirnya beliau gugur sebagai syuhada pada 24mei 1915 kerana membela tanah air dari cengkaman pejajah.
1921-Puja Umor. Buat pertama kalinya sambutan Puja Umor atau hari keputeraan sultan. Sambutan yang telah di adakan selama 3 hari ini di serikan dengan pelbagai permainan kebudayaan rakyat kelantan.
1922-Rombongan Kebudayaan. Pada 25hb mac satu rombongan kebudayaan telah di hantar ke Singapura sempena dengan Malay & Borneo Exhibition. Para serta terdiri dari 20 orang besilat, 60 orang jong kayuh perahu, 12 orang pemain bolasepak, 40 orang pemain makyung, menora, wayang kulit, 2 orang penenun kain sonket. Puok dikir barat demo tak padah sebab belum wujud lagi.
1926-Bah Air Merah. Banjir ini berlaku pada 24hb dec yang menenggelamkan bandar Kota Bharu, Pasir Mas dan Kuala Krai. Air banjir ini di katakan berwarna kemerah2an dan berlaku selama 4 hari. Mengikut cerita orang tua2 itulah banjir yang paling besar yg belum pernah berlaku sebelum ini. Banjir tersebut surut pada 2hb jan 1927.
1927-Kota Bharu Terbakar. Sekali lagi bandar Kota Bharu mengalami kebakaran pada malam 13hb jan 1927. Antara harta benda yang musnah ialah 235 buah gudang dan 26 buah rumah. Api ini di katakan datang dari sebuah gudang cina yang terbakar bernama Bah Cik.
1931-Wayang Gambar. Pertama kali tayangan wayang gambar di Kota Bharu. Tayangan tersebut bertempat di panggung Sekebun Bunga Kota Bharu pada 11hb mei 1931.
1927-Sarkas. Pertama kalinya pertunjukkan sarkas di adakan di kelantan pada 14hb oktober 1927.
1941-Perang Jepun. Tentera jepun telah menyerang Kuala Pak Amat pada 8hb disember 1941 jama 12.25 pagi iaitu kira2 10 minit awal dari jepun menyerang Pearl Harbour di Hawaii. Seramai 6,000 orang tentera jepun mendarat melalui kuala pak amat ini. Jepun di katakan memerintah tanah melayu lebih kurang 3 tahun setengah. pada 15hb ogos 1945 tentera jepun menyerah kalah.
1957-Merdeka.
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
|
|
Muslih Aling
|
 |
« Reply #2 on: January 18, 2008, 01:22:15 PM » |
|
nok tanyo kejadian hok kucing blago nga anjing ko gapo..di gunung gheng tuh ayahanda lokan.. hok nok jadi ko gunung gheng kena hempap atah kampung tuh...
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
Lokanbertepuk
|
 |
« Reply #3 on: January 18, 2008, 06:08:32 PM » |
|
Nati dulu muslih soalan anaknda tu..kita selesai soalan ppalo pengat hok alik atah tu dulu.....
1. Kalu lembu siam bangkok hok demo royak tu buleh di sapu dgn lemok rimau.. takkan lembu melayu kelantan ore takleh buat lagu tu getek...... Mugo ni nak kena ajar bui beso jah..dan dio beso denga bau jebat rimau sokmo2 gak dia tak takut doh la.
2. Takkan tuan lembu tu tak tahu lembu dio nk belago denga rimau....kalu dio tak yakin dgn sesuatu keistimewaan dan kelebihan yg ada pada lembu dia..takkan dia nak pelago.
3. Dalam maso tengoh dok belago tu..tibo2 rimau tu lompat pagar lari tubit..pahtu dok gi cakar ore hok dok tengok tu.. Soalnyo bakpo jadi ggitu...
a) Adokah rimau tu berasa malu kerana di sorak oleh penonto. b) Adokah rimau tengok muka lembu tu tak napok muko lembu dah yg menyebabkan dio ketakutan. Tu ya lari tubit lopat pagar jel pegi dok cakar ore menengok sebagai nk lepas geram. c) Adokah rimau tu telah di kunci kuku dan mulut secara bomo yg menyebabkan rimau tu takleh nak buka mulut maso dale jel tu.
Semua kemunkinan2 ini pasti berlaku kerana ore melayu maso tu apabila belago lembu mesti mempunyai gembala lembu, tok jogho lembu dan tok bomo lembu. Ambo kata begitu tu pasal ambo beso tengok kitab manuskrip lama bab kita nak pelago menatang ni. Di situ di terang bagaimana cara nk pakan, nak kambang, jarum lepas, wajah rajah dan mcm lagi.
Kalu tak silap ambonyo dale buku "The malay magic" oleh W.Skeat ado tulis ado sore tok bomo racun di klate buleh minum racun ggitu jah..tak jadi ggapo satu (kalu tidok dale buku ni pun mungkin buku lain..ambo telupo doh).
Hok ambo nk royaknyo masa tu ilmu2 pelik ni ada mcm2 di klate tu baik hitam atau pun putih. jadi setakat nak kunci mulut rimau tu mudoh bedooh la bg puok tu.
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
arjunasukma
|
 |
« Reply #4 on: January 18, 2008, 08:33:21 PM » |
|
hehe...kena..  pecah pecil dari soalan dan rantaian jawapan tu...nak tanya..ada lagi ko titih baris anak beranak puak-puak tuan lembu tu..berasa nak kenal kalu ada cucu cicit dia hok tua2...(memanda lokan toww..napok ko ambo nak jatuh alah kuano ni?).. 
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
Lokanbertepuk
|
 |
« Reply #5 on: January 19, 2008, 12:12:42 AM » |
|
nok tanyo kejadian hok kucing blago nga anjing ko gapo..di gunung gheng tuh ayahanda lokan.. hok nok jadi ko gunung gheng kena hempap atah kampung tuh...
Cerita hok gunung Reng tu lebih kurang begini: Apabila Sultan Abdullah mati di tikam oleh puteri Saadong lalu di ganti oleh Sultan Abd Rahim. Oleh kerana sultan baru ni cara pemerintahannya ada zalom sikit menyebabkan Puteri Saadong jadi tension, apa2 yg berlaku akibat dari tindakan sultan baru ni, orang kampung pegi mengadu ko Puteri Saadong di bukit marak nu... Apabila doh banyak kali bedooh sakni puteri saadong nak pikir tak kena..nak gamok pun tak sapa..lalu dia mengambil keputusan meninggalkan bukit marak dan pergi ke Gunung Ayam tmpt bonda angkat dia paduka cik siti wan kembang. Haa...hok ni kesoh yg agok pelik sikit..semasa perjalanan puteri saadong ke gunung ayam tadi dia dok mengepek belan.. mmaroh belan ko sultan abd rahim kerana zalim ko rakyat tu. Apobilo mari pada satu tahap yg dio pun takleh nak konrol perasaan doh bakali gak (Hok ni la demo dok kata angin limpah tu) dio pun nk pelepah geram jugok..main denga angin dok ssumat sokmo pun tak jadi jugok. Puteri Saadong pun amik sebuah batu besar, belan2 dok sumpah sultan abdul rahim tu dio pun guling batu tu...di kahandaki tuhan maka batu tu pon terpelanting jauh..jatoh kemana nak jatoh, maka batu tu pon jatohlah menimpo di atas sebuah kampung yg pada masa tu puok2 kapung ni pakat duduk tengok ore tengah dok pelaga anjing dengan kucing. Mengikut cerita kata..dalam banyak2 ore kapong tu..ado sore saja yg terselamat kerana kebetulan ore ni dok jjemo padi jauh sikit dari tempat demo dok belaga kucing nga anjing tadi. Batu ni lah jadi gunung reng tuuu. (Reng tu bakali kederat/tenaga gamoknyo) PERHATIAN: KAUNTER PERTANYAAN DI TUTUP DARI 23hb jan--2hb feb 2008. SEGALA KESULITAN AMAT DI KESALI.
|
|
|
|
« Last Edit: January 19, 2008, 02:43:39 AM by Lokanbertepuk »
|
Logged
|
|
|
|
|
mafaka
|
 |
« Reply #6 on: January 19, 2008, 03:26:34 AM » |
|
1882-Peristiwa Kelaparan. Telah berlaku peritiwa kelaparan. Orang kampung nak bertanam padi sudah tak dapat kerana segala lembu kerbau yang selalu di guna untuk membajak telah mati akibat dari wabak penyakit pada tahun sebelumnya (mungkin penyakit kuku & mulut, tp orang zaman tu mana la tau nak sebut benda ni sumo). Orang ramai pula telah di serang penyakit taun dan malaria. Ekoran dari inilah ramai rakyat telah meninggalkan kelantan untuk pergi mencari makan dan memulakan penghidupan di luar kelantan, antara tempat yang menjadi tumpuan ialah Trengganu, Kedah, Perak dan Johor.
Ekoran dari penghijrahan ini abg lokan pernah di ceritakan oleh salah seorang guru abg lokan, yang menceritakan bahwa abang kepada bapa mertuanya berhijrah ke Sungai Siput perak dengan berjalan kaki merentasi banjaranTitiwangsa. patutla kalu ambo gi ke perlis melalui kedah tu, banyak sgt nama2 kapung yg menggunakan perkataan2 kelantan..bokali ada ore kelate hok buko kapung ssitu...ambo pon tak igt dh nama2 kapung tu, nati ambo gi ,a ambo tulis so so..
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
Lokanbertepuk
|
 |
« Reply #7 on: January 19, 2008, 06:21:51 AM » |
|
Heh mafaka!! demo dan kenal bakali Ahmad Yusoh ketuo kumpulan sri maharani ghazal muar johor. dulu2 dio dok g sokmo lah ngajar ghazal kt UM tu. Ayah dia tu ore klate la, ore wakaf che yeh, ambo panggil ko dio pok soh.
Ambo dan la bbual nga dio tu maso tahun 1976, maso tu omo dio bakali 80 lebih doh. dia ni bkali penghijrah peringkat kedua g dudok di muar johor tu. Sedak jugok bbual nga dio ccaro ko main tteri ni.. rupo2nyo dio ni tok mindok tteri jugok..buleh gesek rebab.
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
Muslih Aling
|
 |
« Reply #8 on: January 19, 2008, 11:19:34 AM » |
|
comel2 lote nyo hurai ko ayahanda lokan...trimo kaseh..terima kasih...
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
Lokanbertepuk
|
 |
« Reply #9 on: January 19, 2008, 04:57:28 PM » |
|
hehe...kena..  pecah pecil dari soalan dan rantaian jawapan tu...nak tanya..ada lagi ko titih baris anak beranak puak-puak tuan lembu tu..berasa nak kenal kalu ada cucu cicit dia hok tua2...(memanda lokan toww..napok ko ambo nak jatuh alah kuano ni?)..  Isk isk takdok arohlah adik abg lokan sorang ni...tanya bare pelik selalu dio... Titih baris cucu cicit tuan lembu tu takdak habis dah bokali....tp kalu lembu tu ada lagi lo ni duduk di KL.. kalu demo nk jjupo mata nga lembu tu gak..23hb ni demo g Batu Caves..dia ada la bertugas di situ ari tuh. hehehehe........... ho dekpon ni gak nya tanya soalan tu tak menasaboh selalu la...hehehe..
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
raJHo
|
 |
« Reply #10 on: January 19, 2008, 05:59:25 PM » |
|
abe mat tuu... kito nok tanyo sikit.. maso dok ngaji mulo ado jgk cikgu kito duk royak pasal pok2 ketere main lumbo kuro sapa ado so tiko nyo mari ribut petir hok paling kuat situ...
persoalannyo jolor ko? kalu jolor gak tahun brapo abe mat dio?
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
Lokanbertepuk
|
 |
« Reply #11 on: January 19, 2008, 06:20:41 PM » |
|
Demo royak munkyG...sbb peristiwa tu berlaku dekat dengan kawasan kapung demo tu.
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
munkyG
|
 |
« Reply #12 on: January 19, 2008, 10:48:33 PM » |
|
Demo royak munkyG...sbb peristiwa tu berlaku dekat dengan kawasan kapung demo tu.
yarrkkk... abe mat nyo sebut namo kawe, kawe timbol selalu...  kawe rajin dgr la ore kapong (dulu-dulu) dok sebut pasal lumba kkura dgn cocoh dgn besi panas tu... tapi secara detail, mintak maaf kawe tak tahu... ore2 berpengalaman dan banyak 'santan nya' seperti abe mat mungkin buleh perincikan peristiwa tarsabut... 
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|
Lokanbertepuk
|
 |
« Reply #13 on: January 19, 2008, 11:54:46 PM » |
|
Oaloh matG gak..kita harap ko dio doh..nya kona pusing aloh kkita balik. hehehe..
Tmpt lumba kkuro hok mula2 sebenarnya bkn berlaku di ketere tp di sebuah kapong antara ketere dengan melor, ambo pun tak ingat mano doh. Kalu tak silapnyo dekat dgn kg Buloh Poh di awal tahun '90an rasanya. Betul dohtu hok matG kata tu..nya cocoh besi panas di punggong kkuro tu nk bui kkra tu hungga cepat sikit. kalu ambo jadi pengajur..ambo suruh sumat mercun di punggong kkuro tu bui koho cepat hungga lagi.
Peristiwa hok berlaku ribut tu masa demo buat pertandingan lumba kkura di sek. Ren. Ketereh anjuran Mahmud Rel. Saing ambo bdk alor bakat royak.
Lepas drpd peristiwa ribut tu gak..demo2 pakat tak berani main dohlah, takut tuhan turun bala pulak. Sakat tu jah lah hok ambo tahu pun. Tp cerita ni mmg dale suratkhabar pun ada keluar masa tu.
Habis pada tu demo tak tahu nak buat betanding ggapo maka timbul pulok betanding belale ruso.
|
|
|
|
« Last Edit: January 20, 2008, 07:19:01 AM by Lokanbertepuk »
|
Logged
|
|
|
|
|
Wau_bule
|
 |
« Reply #14 on: January 20, 2008, 04:22:26 AM » |
|
asaalamualaikum semo forumer dk.net ni....ambo nok japuk tajuk abe mat kito ni..mintok ampun la abe mat dio...ambo beso dengar tu sepertimano perbualan hok serupo abe mat tulih tu...tok ambok beso cerito...dio kato tok nyaei..ambo maso bah air meroh tu dio tak siyar jjawi lagi....tapi ado hok kato bah air meroh tu hok pertamo dan keduo..peristiwa tu ado tercatat ko dale sejaroh selain daripado abe mat tulis mulo2 tu...ambo raso terperinci doh hok abe mat tulis tu... 
|
|
|
|
|
Logged
|
|
|
|
|