Komuniti Dikir Barat Malaysia
March 16, 2010, 06:56:55 PM *
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length
News:
 
   Home   Help Search Calendar Login Register  
Pages: [1]   Go Down
  Print  
Author Topic: Pejuang Wau  (Read 295 times)
tecks
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1261


R Limited


« on: November 09, 2009, 06:25:11 PM »

Kasmin pejuang wau

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
lutfi.abdulrahim@kosmo.com.my

Pereka wau tradisional, Kasmin Mirun,51, berkongsi ilmu dengan penuntut universiti di Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Itali, Korea Selatan, China, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengenai keunikan wau.

SELAGI hayat dikandung badan. Cikgu Kasmin akan meneruskan usahanya mengekalkan kesenian wau tradisional.

WAU merupakan salah satu permainan tradisi khususnya bagi kaum Melayu sejak sebelum merdeka lagi.

Permainan wau atau layang-layang masih mendapat tempat di hati generasi masa kini, namun mereka lebih gemarkan layang-layang berbentuk moden. Hanya golongan berusia emas sahaja yang masih sayangkan seni permainan wau tradisi dan berusaha meneruskan warisan turun-temurun itu.

Uniknya, wau ialah salah satu jenis layang-layang yang terindah di dunia dari segi rekabentuk, pertukangan, hiasan dan penggunaan warna.

Salah seorang yang telah lama berkecimpung sebagai pereka wau tradisional ialah Cikgu Kasmin atau nama sebenarnya Kasmin Mirun. Bekas guru besar sekolah rendah di Kedah itu memberitahu dia serius dengan permainan tradisi itu sejak tahun 1974 lagi.

“Dahulu, saya hanya bermain wau semasa kecil dengan membuat layang-layang secara sambilan selain cuba memahami erti di sebalik layang-layang. Namun kini, saya sangat bersemangat mahu berjuang bagi mengekalkan hayat permainan tradisi Melayu ini daripada menjadi pupus,” ujarnya yang menetap di Kampung Seberang Pekan, Baling, Kedah.

Selain dikenali sebagai pembuat wau, dia juga seorang peminat seni tradisional lain seperti permainan gasing dan gendang silat.

‘Kegilaan’ Cikgu Kasmin terhadap permainan tradisional itu menyebabkan dia kemudiannya menyertai pertandingan wau di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Dia acap kali menjadi johan antaranya Johan Pesta Wau Kedah, Johan Pesta Wau Perak, Johan Pesta Wau Johor dan yang paling membanggakan ialah apabila dia menjuarai Pertandingan Wau Peringkat Antarabangsa di China pada tahun 1990-an.

Teroka idea wau lipat

Namun setiap kali menyertai pertandingan di luar negara, Cikgu Kasmin akan menghadapi masalah yang sama berkaitan dengan saiz wau yang dibawanya bertanding.

“Wau yang dibawa biasanya bersaiz besar, justeru agak sukar untuk dibawa jika untuk pertandingan di luar negara. Namun, masalah itu dapat diatasi setelah melihat kreativiti peserta luar negara yang menghasilkan wau moden, malah boleh dipasang siap hanya dalam masa beberapa minit.

“Dibantu dua orang anak, Izani dan Izamzuri, saya cuba mencari idea menghasilkan produk yang hampir sama, tetapi tidak sama sekali mahu meniru, sebaliknya mahu menerapkan imej tradisional dan memastikan bahan asas utama dalam pembuatan wau yang boleh dilipat itu iaitu buluh dikekalkan.

“Kami meneroka idea untuk menghasilkan wau lipat menggunakan buluh dan kertas pada tahun 1994. Selepas kajian demi kajian dijalankan, akhirnya kami berjaya mereka cipta wau menggunakan kain organza yang digabung dengan kertas dan buluh tiga tahun kemudian,” jelasnya.


Mereka berjaya menghasilkan wau menggunakan fabrik berasaskan nilon yang diimport, selain pencetak skrin sutera untuk memudahkan dan mempercepatkan proses mencetak corak pada wau,

“Syukur, usaha itu berjaya dan bagi menjamin hak ciptaan wau lipat itu kekal milik saya, ia didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Myipo) awal tahun lepas untuk mengelakkan idea itu ditiru,” katanya yakin.

Menurut anak lelakinya pula, Izamzuri Kasmin, 27, yang kini bekerja sebagai jurutera di Jabatan Kerja Rakyat (JKR) Kuala Lumpur, keterujaannya terhadap wau tradisional berputik sejak kanak-kanak lagi.

“Sejak kecil lagi asyik tengok ayah (Kasmin) buat wau dan main jadi kita pun jadi minat.

“Malah jika pada waktu cuti saya main wau di sebuah padang di Selayang menggunakan wau kesayangan sepanjang 6 meter menggunakan kain rip top yang biasa digunakan untuk membuat payung terjun,” ujarnya.

Menurutnya yang berkelulusan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pengajian Ijazah Kejuruteraan Elektronik, dia tidak dapat melupakan peluang melancong di Thailand, Australia dan Oman ketika mengikuti bapanya itu mempromosikan wau tempatan di sana.

“Tapi yang paling tidak dapat dilupakan ialah semasa bertungkus-lumus membuat rekaan wau lipat bersama ayah dan abang, Izani yang kini berada di Sarawak bekerja sebagai pensyarah di sana.

“Kami membuat percubaan berpuluh kali dan gagal sehingga mengambil masa selama setahun setengah sebelum berjaya.

“Jika bangsa lain berjaya kita juga mampu kerana akal fikiran manusia semua sama cuma bezanya usaha sebaik mungkin,” ucapnya bangga.

Bersilat di waktu malam

Dalam pada itu, waktu malam Cikgu Kasmin pula dipenuhi dengan bermain gendang silat bersama-sama kumpulan Gabungan Sungai Baru iaitu salah satu kumpulan gendang silat yang terkenal di daerah Baling.

“Di dalam kumpulan ini, saya akan mengambil generasi muda menyertainya bagi menjamin kelangsungan muzik tradisional terutamanya kumpulan muzik gendang silat agar tidak luput ditelan zaman.

“Muzik yang dimain oleh kumpulan gendang silatnya juga turut dimainkan semasa bermain wau,” ujarnya.

Menurut Cikgu Kasmin, corak-corak wau tradisi negeri Kedah lebih menekankan kepada motif kangkung dan bunga padi dan negeri Johor pula terkenal dengan motif lada hitam.

“Negeri-negeri lain seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Perak dan Negeri Sembilan bebas mencorak wau mereka sama ada motif tumbuh-tumbuhan dan awan larat.

“Negeri Kedah Darulaman pula terkenal dengan wau jalabudinya,” ujarnya.

Jualan cecah RM1,000


Bagi memberi kelainan pada corak wau, Kasmin mengadunkan empat jenis warna iaitu biru, hijau, hitam dan merah yang merupakan warna asas dalam proses membuat wau.

Namun begitu, pelanggan-pelanggannya lebih menggemari warna biru kerana warna tersebut kelihatan jelas dan cantik bila diterbangkan

“Saya menjual wau mengikut warna dan saiz dari harga RM14 sehingga RM1,000 kepada orang perseorangan dan juga pihak korporat dengan tempahan dari sekitar Semenanjung dan juga dari luar negera,” katanya lagi.

CIKGU Kasmin ketika menjuarai pertandingan wau peringkat tempatan dan antarabangsa di China.

Dia juga menjadi duta khas menjelajah ke serata dunia sebagai wakil negara memperkenalkan seni permainan tradisional Melayu, malah turut mendapat kepercayaan menyampaikan ceramah kepada penuntut universiti luar negara.

“Antara negara yang pernah saya kunjungi ialah Jerman, Amerika Syarikat, Perancis, Itali, Korea Selatan, China, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Malah saya juga mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia yang mula mengikat kontrak dengan saya sejak 2003 untuk membekalkan wau lipat jenama Wau Baling untuk pejabat cawangannya di seluruh dunia.

“Cuma saya berharap generasi akan datang supaya meneruskan seni pembuatan dan permainan wau tradisi agar tidak luput di telan zaman,” ujarnya yang pernah muncul dalam dokumentari Lensa Malaysia menerusi episod arahan Rahmat Sukirman berjudul, Wau Baling di Persada Dunia yang disiarkan di RTM.
Logged

tecks@WEL3236
kudrat80 abelanun
Sang_plakar
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 737


Berilmu & Berbudaya..


« Reply #1 on: November 09, 2009, 07:39:40 PM »

wau!!
hahha
Logged

D-zack Anok Kudo Hija
Rid
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 788


Iman Islam Kelantan


« Reply #2 on: November 11, 2009, 05:55:43 PM »

panje mooolekss...
hehehe...
Logged

Hak Allah..
tecks
Kepala Pengat
*****
Offline Offline

Posts: 1261


R Limited


« Reply #3 on: November 11, 2009, 06:11:14 PM »

kuta area klantan ambo xtahu mana pakar2 atau pejuang wau ni...hok ambo tahu gak di kg mok ambo di pauh lima...masa budak2 dulu brehi main lepas musim menuai...
Logged

tecks@WEL3236
kudrat80 abelanun
Pages: [1]   Go Up
  Print  
 
Jump to:  

Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.9 | SMF © 2006-2009, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!