Titih Pusaka UiTM Johan Pertandingan Dikir Barat RTM 2010

Titih Pusaka UiTM Johan Pertandingan Dikir Barat RTM 2010

KUANTAN 2 Nov. – Kumpulan Titih Pusaka dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor muncul juara Pertandingan Akhir Dikir Barat 2010 peringkat kebangsaan yang diadakan di Auditorium Kompleks Penyiaran Sultan Ahmad Shah di sini, baru-baru ini.

Kemenangan itu membolehkan kumpulan yang diwakili oleh Hamar @ Ahmad Abdullah dan tukang karut, Fazlisham Mat Hussin berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, piala dan sijil penyertaan.

Selain itu, kumpulan tersebut juga memenangi persembahan terbaik dengan membawa pulang wang tunai RM3,000.

Kumpulan Sri Gedombak dari Pasir Puteh, Kelantan yang diketuai Tuan Abdul Rahman Tuan Soh dan tukang karut, Mohd. Muslih Aling terpaksa akur dengan kelebihan lawannya apabila menduduki tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai RM15,000, piala berserta sijil.

Pada pertandingan anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) itu, Hamar turut dinobatkan sebagai Tok Juara Terbaik, manakala Tukang Karut Terbaik disandang oleh Mohd. Muslih Aling dengn masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 seorang.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D‘Cruz.

Dalam pada itu, Hamar yang merupakan kakitangan UiTM Shah Alam berrkata, walaupun kumpulan yang ditubuhkan baru berusia setahun tetapi berkat kesungguhan dan komitmen di antara ahli mereka berjaya menjadi juara.

Katanya, persiapan dan latihan hanya mengambil masa dua minggu memandangkan ramai di kalangan ahli lebih menumpukan kepada peperiksaan mereka.

‘‘Syukur dan puas hati di atas kerjasama yang diberikan dan tidak menyangka kemenangan berpihak kepada kami apatah lagi kesemua ahli bukan terdiri daripada anak jati Kelantan malah kesemua mereka merupakan pelajar,” katanya.

Bagi Tukang Karut Terbaik, Mohd Muslih, mereka akur dengan kehebatan kumpulan Titih Pusaka yang menampilkan persembahan yang bertenaga.

Katanya, walaupun telah cuba melakukan terbaik namun mereka tetap berpuas hati meskipun menjadi naib johan.

‘‘Sebagai tukang karut, saya akui agak gementar dan gugup kerana perlu memberi idea secara spontan dan bukannnya dirancang. Takut juga kalau buat silap dan terpesong dari tajuk yang diberikan,” tambahnya.

  • Duesabak86

    asal dulu Sri Perindu….. tp sekarang Titih Pusako, uitm Shah Alam

  • Zz_kawaii

    patOt r… GoOd luck 4 uOLS…. “majulah seni budaya bangsa”

  • TengkuEmmy

    Salam..
    Tahniah. ALL the best to Isey Salok Madu n the rest of team.

  • MeGnasium

    pembetulan…titih pusaka uitm shah alam…

  • moka

    nama kita dah betulkan dah..gbr tu sbg hiasan saja…beres set kita belaka

  • Ijan_victorious

    titih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! sssssssssssaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkoooooooo….

  • Az_rl07

    yoyo daripada ex uitm dungun yang pernah bertanding dikir barat di uitm shah alam tetap menyokong uitm shah alam(titih pusaka)………ex student uitm dungun gak masuk dikir barat under titih pusaka…sekian daripada yoyo the phukat uitm dungun

  • pencinta seni

    Salam, kalau saya nak contact utk persembahan dikir barat, dengan siapa saya boleh hubungi? sila emailkan contact dan nama ke email saya: ireani@gmail.com.

    Terima kasih

  • Iffliea

    Harap Dikir Barat akan terus kekal keaslian kesenian orang Kelantan dan dijauhkan daripada barah-barah kelucahan dan campur-aduk dengan kesenian lain.

    /Iffli

  • Cahayapetunjuk35

    salam,semua,,,saya sokong kumpulan merkang sebab kumpulan mereka bagus…,selain itu,kita nantikan pertandingan final…..gomo kelate gomo!!!

  • Wrmrsbrown

    salam…blh tk upload video yg uitm ni???nk tgk,aritu terleps laa…huhu..;)

  • Nuranishafizaismail

    ask0m ………………………………titih pusaka best laa…………………… tahniah sebab menang…………………………………………………….bye…….bye…….bye…….bye……g00d luck

  • Salsabilah Zulkifli

    salam ………………………………………………………………ttttttttttttttiiiiiiiiiiiiittttttttttttiiiiiiiiiiiiiihhhhhhhhhh ppppppppppuuuuuuuuuuuuuussssssssssssssaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkaaaaaaaaaaa bbbbbbbbeeeeeeeeeeeeeeesssssssssstttttttttttt ……………………

  • legend

    Waqarri budak IS adalah salah seorang ahli kumpulan dikir ITM

  • musang berapi

    brader yang depan pakei baju kaler oren tu nama dia Sham, dia lah coach set set nie

  • Akmalzaki_ez

    dikir apa …..$$$$$$$$$$$

  • Ummikhasanah

    Salam…………………..satu…………..MALAYSIA dan tiiiiiiiiiiitiiiiiiiiihhhhhhhhh?????PuSaKa…………..B………Y………E……         ; ]