Pentas Dikir : 1 Rentak 1 Jiwa

Pentas Dikir : 1 Rentak 1 Jiwa


Pentas Dikir di bawakan oleh Radio Televisyen Malaysia, satu-satunya program realiti TV yang mencari bakat Juara & Tukang Karut terbaik. Bertemakan 1 Rentak 1 Jiwa, program ini akan di tayangkan di saluran Astro Channel 180.

Ujibakat akan bermula 11 Jun 2011 dan 12 orang akan dipilih iaitu seramai 6 Calon Juara dan 6 Calon Tukang Karut. Mereka akan dikuarantin selama 10 hari bagi mengikuti kelas dikir dan persedian ke konsert mingguan. Saringan akan meliputi dua pusingan dan 4 orang dari setiap kategori akan ke peringkat separuh akhir dan seterusnya 2 pasangan akan dipilih ke Grand Final bagi merebut hadiah utama.

Sesi ujibakat pada 11 Jun 2011 akan di acarakan oleh Amir Raja Lawak, Kelas Pentas Dikir pada 18 Jun – 26 Jun 2011 di acarakan oleh Wan Sharmila. Manakala Konsert Saringan 30 Jun 2011, konsert separuh akhir 2 Julai 2011 dan konsert akhir di acarakan oleh Nabil Raja Lawak.

Tenaga pengajar pula di barisi Megat Nordin sebagai Pengetua@ AdiGuru, Yie Arjuna sebagai Tok Nebeng, Halim Yazid sebagai Pengkritik Tetap dan Sabri Yunus sebagai Pengkritik Jemputan.

Facebook Rasmi : Pentas Dikir – 1 Realiti 1 Jiwa

  • http://www.facebook.com/zaidi.yaacob Zaidi Yaacob

    Selamat maju jaya kepada pelopor program Pentas Dikir untuk RTM. Syabas saya ucapkan. Tetapi di harap pihak yang bertanggungjawab sentiasa mengemas kini laman web ini serta hendaklah sentiasa peka terhapat apa yang di tulis.  Pada hemat saya ada sedikit isi yang agak mengelirukan terutamanya di dalam menyatakan sesuatu kenyataan itu dan biarlah berfakta agar tidak timbul isu yang berbangkit terhadap apa yang telah di nyatakan bagi mengelak situasi yang agak mengelirukan. terima kasih…. Syabas !!!!…

  • Along Pm72

    semoga denagan ada rancangan tersebut memberi ruang memertabatkan lagi arena seni dikir barat di tanah air kita..tahniah..

  • Nkzaman