Persembahan Dikir Barat Sempena Pembukaan Restoran Anis Corner, Pantai Dalam

Sabtu, 14 November – Satu persembahan dikir barat telah diadakan sempena pembukaan Restoran Anis Corner di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Persembahan telah diadakan oleh pasukan Bandar Teknologi Kajang bersama pasukan Irama Warisan Pantai Dalam. Persembahan telah dimulakan dengan alunan merdu lagu-lagu ‘Jogho’ oleh Li Irama Warisan dan seorang Jogho yang memiliki suara ala ‘Mat Udy’.

Persembahan yang berjalan selama 3 jam tanpa henti, bermula dari jam 10 malam sehingga 1.30 pagi boleh diiktiraf sebagai persembahan paling menarik pada tahun 2009. Tarikan utama persembahan apabila kedua-dua kumpulan menampilkan 3 tukang karut masing-masing menjadikan jumlah Tukang Karut yang membuat persembahan sebanyak 6 orang. Tukang-tukang karut yang tidak asing dikenali di Lembah Klang yang telah memberikan persembahan mantap termasuklah Abe Mie Gajah Putih (Mie Puchong), Jemie Kebah, Muslih Sang Saka (Sutrapawana UIA), Tok We Ali, Ise Salak Madu (UITM) dan penampilan khas Mat Yi Tupai. Selain itu, kedua-dua kumpulan membuat persembahan ‘Karut Kelantan’ tidak kurang daripada 45 minit bagi setiap kumpulan. Semasa persembahan, kedua-dua kumpulan turut menyelitkan mengenai isu-isu semasa, jenaka, seloka dan senda gurau yang amat melucukan secara spontan.

Persembahan menjadi lebih hangat apabila 3 orang Tukang Karut yang mewakili kumpulan Bandar Teknologi Kajang yang dikepalai oleh Mat Yi Tupai yang tidak putus idea dalam menyampaikan ’syarahan’ hampir sejam walaupun ‘pengikut-pengikutnya’ iaitu Ise Salak Madu dan Tok We Ali memberikan isyarat untuk menghentikan huraian pada malam itu. Keunikan itu telah menjadi buah mulut para peminat-peminat Dikir Barat yang datang dari seluruh pelosok Lembah Klang termasuk Singapura (Azam dan Fique) yang sangat terhibur dengan persembahan mereka.

Kemuncak persembahan diakhiri dengan nyanyian penutup ‘Wau Bulan’ oleh Abe Mie Gajah Putih.

Muslih Sang Saka (kiri) yang telah 'Ditembak' Bertubi-tubi oleh Mat Yi Tupai (kanan)

Muslih Sang Saka (kiri) yang telah 'Ditembak' Bertubi-tubi oleh Mat Yi Tupai (kanan)

  • Helmi
    memang sedap malam tuh..tp ambo tak dan habis tengok.maklumlah "budok tengoh ngaji sekoloh"
blog comments powered by Disqus