Kumpulan Dikir Barat Merkang Johan Pertandingan Akhir Dikir Barat Kebangsaan 2008

Pertandingan akhir dikir barat yang berkonsepkan kebudayaan Melayu telah berlangsung dengan jayanya dan merupakan satu pengiktirafan terhadap kesenian dikir barat kerana telah ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia. Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menjadi penganjur Pertandingan Akhir Dikir Barat Kebangsaan 2008 telah memasuki edisi ke 15 pada 06 Disember 2008 (Sabtu) di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Hj. Ahmad Shah, Kuantan, Pahang, jam 09.00 malam yang dipancarkan secara langsung di RTM1.

Dua kumpulan yang telah berentap pada pusingan akhir bagi merebut gelaran juara iaitu Kumpulan DK Merkang dari Pasir Puteh dan saingannya iaitu Kumpulan Sri Budi dari Kota Bharu. Kedua-dua kumpulan tersebut telah mempamerkan kecemerlangan mereka daripada 34 kumpulan lain yang mengambil bahagian dalam uji bakat pertandingan ini yang diadakan sejak Mei lalu yang turut menerima penyertaan daripada seluruh negara.

Pertandingan Akhir Dikir Barat Kebangsaan 2008 ini menjanjikan hadiah menarik iaitu Johan Pertandingan menerima wang tunai RM20 000 berserta trofi dan sijil penyertaan. Naib Johan pula telah menerima RM15 000 bersama trofi dan sijil penyertaan. Wang tunai RM 3000 juga disediakan sebagai hadiah untuk Juara Terbaik Dikir Barat bersama trofi dan sijil penyertaan serta bagi kategori Tukang Karut Terbaik Dikir Barat pula akan menerima hadiah wang tunai RM 3000 berserta trofi dan sijil.

Keputusan Pertandingan Akhir Dikir Barat Kebangsaan:

Johan: Kumpulan DK Merkang, Pasir Puteh Kelantan
Naib Johan: Kumpulan Sri Budi, Kedai Lalat, Kota Bharu Kelantan.

Juara Terbaik: Mohd Hanafiah Jusoh (Kump. DK Merkang)
Tukang Karut Terbaik: Mohd Shuhaimi Ibrahim(Kump. DK Merkang)

  • afif (pandamaran)
    tukang karut abg mie mmg bgus..
    da brapa kali masok peringkat akhir kebangsaan...
    menang...
  • seri
    dk puak merkang ni biso ko,ya menang sokmo 2 la
blog comments powered by Disqus