[Kemaskini Video] Pertandingan Dikir Barat Antara IPTA Sempena FEStKUM ‘09
Pertandingan yang di tunggu-tunggu di kalangan peminat-peminat Dikir Barat di Malaysia, Pertandingan Dikir Barat di antara IPTA yang lebih di kenali sebagai Pertandingan Dikir Barat MAKUM. Tahun ini lebih meriah dengan penganjuran Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia 2009 (FEStKUM ‘09) yang akan di adakan di Dewan Dectar Universiti Kebangsaan Malaysia pada 10 Disember 2009.
![[festkum-2009.gif]](http://1.bp.blogspot.com/_2dwhj0H7LoM/Sx6dPacfTEI/AAAAAAAAAzc/XOWkqW0ILCg/s1600/festkum-2009.gif)
Dua sesi diaturkan iaitu sesi petang (2.00 hingga 5.00 ptg) dan sesi malam (8.00 mlm – 11.00 mlm) pada hari yang sama. Difahamkan 16 kumpulan mengesahkan penyertaan dengan tema ‘Satu Malaysia”. Pertandingan akan diadakan secara dua kumpulan satu masa, 12 minit pusingan pertama, 8 minit pusingan kedua. Jadual penuh FEStKUM ‘09 boleh di dapati di laman web rasmi MAKUM.
Datanglah beramai-ramai untuk melihat aksi Tok Jogho Muslih Sang Saka bersama Kumpulan Sutrapawana UIA, Kumpulan Basa Diwana dari Universiti Malaya dan juga Kumpulan Warisan Artisukma dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Ketiga-tiga ini adalah kumpulan terbaik di pertandingan dikir barat yang lepas.
Kemaskini :

Kami berkesempatan untuk mengikuti sesi kedua pertandingan yang bermula pada 8.30 malam melibatkan 7 lagi kumpulan.

Persaingan sengit bermula dengan Kumpulan UM vs. UIA dan berikutnya UPM Vs. UKM

Pertandingan di teruskan dengan kumpulan UPSI vs. USIM dan di akhiri dengan UTEM vs. UKM skali lagi di sebabkan UPNM menarik diri di saat-saat akhir.

Pemenang akan di umumkan pada malam penutup 13 Disember 2009 berlangsung di Universiti Malaya. Koleksi gambar-gambar pertandingan boleh di ikuti di Facebook Komuniti Dikir Barat Malaysia dan Weblog Salam Pantai Timur.
Keputusan Keseluruhan :
| Kumpulan Terbaik |
Joro Terbaik |
Tukang Karut Terbaik |
Muzik Terbaik |
Busana Terbaik |
|
| Emas | UKM | UKM | UIA | UPSI | UKM |
| Perak | UIA | UIA | UKM | USM | UMT |
| Gangsa | UM | UM | UM | UITM | UITM |
Ulasan Terkini :
“Dari pengamatan hamba, keputusan ini mencetus seribu persoalan antara mimpi dan sedar kerana jauh tersasar dari konsep penilaian peribadi hamba. Walau apapun kita kena sedar hieraki susunan pentas dunia…Pertama tuhan, kedua raja dan ketiga adalah hakim“ – Akademi Arjunasukma
Kaitan :
Blog Muslih Sang Saka – Ujian Sepasang Sahabat FEStKUM 2009
Flickr Dian Nais – Gambar Dikir Barat FEStKUM 2009
Blog Tunas Warisan Artisukma UKM – Johan Keseluruhan
Kemaskini Video Pertandingan :
Kredit Video – Moka Production
