Tag Archives: Dikir Barat RTM
Titih Pusaka UiTM Johan Pertandingan Dikir Barat RTM 2010

Titih Pusaka UiTM Johan Pertandingan Dikir Barat RTM 2010

Posted 12 July 2010 | By | Categories: Pertandingan, Terkini, Umum | 17 Comments

KUANTAN 2 Nov. – Kumpulan Titih Pusaka dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor muncul juara Pertandingan Akhir Dikir Barat 2010 peringkat kebangsaan yang diadakan di Auditorium Kompleks Penyiaran Sultan Ahmad Shah di sini, baru-baru ini.

Kemenangan itu membolehkan kumpulan yang diwakili oleh Hamar @ Ahmad Abdullah dan tukang karut, Fazlisham Mat Hussin berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, piala dan sijil penyertaan.

Selain itu, kumpulan tersebut juga memenangi persembahan terbaik dengan membawa pulang wang tunai RM3,000.

Kumpulan Sri Gedombak dari Pasir Puteh, Kelantan yang diketuai Tuan Abdul Rahman Tuan Soh dan tukang karut, Mohd. Muslih Aling terpaksa akur dengan kelebihan lawannya apabila menduduki tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai RM15,000, piala berserta sijil.

Pada pertandingan anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) itu, Hamar turut dinobatkan sebagai Tok Juara Terbaik, manakala Tukang Karut Terbaik disandang oleh Mohd. Muslih Aling dengn masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 seorang.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D‘Cruz.

Dalam pada itu, Hamar yang merupakan kakitangan UiTM Shah Alam berrkata, walaupun kumpulan yang ditubuhkan baru berusia setahun tetapi berkat kesungguhan dan komitmen di antara ahli mereka berjaya menjadi juara.

Katanya, persiapan dan latihan hanya mengambil masa dua minggu memandangkan ramai di kalangan ahli lebih menumpukan kepada peperiksaan mereka.

‘‘Syukur dan puas hati di atas kerjasama yang diberikan dan tidak menyangka kemenangan berpihak kepada kami apatah lagi kesemua ahli bukan terdiri daripada anak jati Kelantan malah kesemua mereka merupakan pelajar,” katanya.

Bagi Tukang Karut Terbaik, Mohd Muslih, mereka akur dengan kehebatan kumpulan Titih Pusaka yang menampilkan persembahan yang bertenaga.

Katanya, walaupun telah cuba melakukan terbaik namun mereka tetap berpuas hati meskipun menjadi naib johan.

‘‘Sebagai tukang karut, saya akui agak gementar dan gugup kerana perlu memberi idea secara spontan dan bukannnya dirancang. Takut juga kalau buat silap dan terpesong dari tajuk yang diberikan,” tambahnya.

Pertandingan Dikir Barat Separuh Akhir RTM 2009

Posted 15 August 2009 | By | Categories: Pertandingan | 6 Comments

Saksikan Kumpulan dikir barat terhebat zaman ini…

Tempat: IKM Lubuk Jong, Pasir Mas Kelantan
Tarikh: 18 August 2009
Masa: 8.30 mlm

Sutra Pawana UIAM Gombak (Adi Kuning Manja & Muslih Sangsaka) vs Sri Istana Tumpat Kelantan (Rodhi Mamat & Kohar Teknik)

Sri Arena Tumpat Kelantan (Hassan Sri Panggung & Matyie Kotaraya) vs Sri Tujuh Tumpat Kelantan (Daud Tujuh & Ngah Salleh)

Datang lah memberikan sokongan kepada seni budaya yang kita ingin pertahankan…