Baru-baru ini hamba bersama dengan Pasukan Dikir Barat Basa Diwana Universiti Malaya telah dijemput untuk mengadakan Persembahan Dikir Barat bersempena dengan Karnival Seni Budaya yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, agensi Kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dianais dan Basa Diwana UM
Persembahan dijalankan dua kali iaitu di sebelah petang dan acara kemuncak pada waktu malam. Antara lain persembahan adalah dondang sayang, nyanyian lagu asli, nyanyian lagu moden dan persembahan kugiran turut diadakan. Selain itu, hadirin yang mengunjungi karnival itu turut mengambil kesempatan untuk mencuba bakat menyumpit, memiliki karikatur dan mendapatkan penerangan daripada Orang Asli mengenai kegunaan beberapa jenis akar kayu yang turut dipamerkan di karnval tersebut.
Karnival ini amat dialu-alukan oleh penggiat seni budaya bagi menonjolkan aktiviti dan bakat oleh penggiat seni sekaligus menambahkan lagi aktiviti pelancongan dalam negara khususnya.
Penglibatan hamba dalam karnival ini turut dimuatkan dalam akhbar Metro bertarikh 9 November 2009 pada halaman V16 slot Variasi seperti foto berikut.

Paparan Metro bertarikh 9/11/2009
Karnival tersebut turut berjalan lancar walaupun keadaan hujan yang agak lebat pada waktu petang dan kami amat risau akan tiada pengunjung untuk bersama menikmati persembahan kami. Mujurlah hujan berhenti selepas jam 7.30 pm. Walaupun pentas basah namun kami amat seronok mempersembahkan persembahan dikir barat tersebut..

Dianais bersama Muslih Sang Saka
Syabas hamba ucapkan kepada penganjur dan semoga acara-acara seperti ini diteruskan lagi dengan kepelbagaian seni budaya seperti wayang kulit mahu pun Mak Yong.
http://dianais.com