Tag Archives: Komuniti
[Kemaskini Video] Pertandingan Dikir Barat Antara IPTA Sempena FEStKUM ‘09

[Kemaskini Video] Pertandingan Dikir Barat Antara IPTA Sempena FEStKUM ‘09

Posted 09 December 2009 | By admin | Categories: Pertandingan | Comments

Pertandingan yang di tunggu-tunggu di kalangan peminat-peminat Dikir Barat di Malaysia, Pertandingan Dikir Barat di antara IPTA yang lebih di kenali sebagai Pertandingan Dikir Barat MAKUM. Tahun ini lebih meriah dengan penganjuran Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia 2009 (FEStKUM ‘09) yang akan di adakan di Dewan Dectar Universiti Kebangsaan Malaysia pada 10 Disember 2009.

[...]

Kumpulan Sri Arena, Tumpat Johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2009

Posted 22 November 2009 | By moka | Categories: Pertandingan, Terkini, Umum | Comments

Kuala Lumpur 22 Nov – Sri Arena Tumpat Kelantan telah berjaya menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM 20,000 apabila di nobatkan sebagai johan pertandingan Dikir Barat Kebangsaan anjuran RTM. Manakala naib johan pula disandang oleh kumpulan Sri Istana, Tumpat dengan hadiah sebanyak RM 15,000. Bagi Juara terbaik pula disandang oleh Hassan Sri Panggung (Sri Arena, Tumpat) dengan hadiah sebanyak RM 3000, manakala Tukang karut terbaik pula di sandang oleh Azhar atau Kohar Teknik (Sri Istana, Tumpat) dengan hadiah sebanyak RM 3000. Kedua-dua kumpulan dikir barat tersebut telah memberikan persembahan yang terbaik tetapi nasib lebih menyebelahi kumpulan Sri Arena walaupun terdapat kecacatan persembahan semasa tukang karut menyampaikan persembahan. Walau bagaimanapun tahniah diucapkan kepada kumpulan Sri Arena Tumpat Kelantan dari Komuniti Dikir Barat.net kerana berjaya menjadi johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan RTM. Bagi kumpulan yang tidak berjaya di harapkan jangan berputus asa cuba lagi di tahun hadapan.

Persembahan Dikir Barat Sempena Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia – Kelantan VS Negeri Sembilan

Posted 03 November 2009 | By admin | Categories: Persembahan | Comments

Dikir Barat sempena sesi rakaman untuk rancangan Sekilas Liga Terbitan TV1 untuk terbitan hari Jumaat ini6/11/2009 jam 2.30 ptg menjelang final Piala Malaysia 2009 akan dijalankan di HTO de Futsal, Subang (Gambar Ihsan Ahli Kelab Kelate.net)

Persembahan Dikir Barat sempena meraikan dan memeriahkan perlawanan akhir bola sepak TM Piala Malaysia akan diadakan seperti berikut : Kumpulan Dikir Barat Komuniti Dikir Barat Malaysia (http://dikirbarat.net) VS Kumpulan Dikir Barat Bandar Teknologi Kajang dengan kerjasama Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan.

Tarikh : 7 november 2009 (Sabtu)

Masa : 3.00 petang

Tempat : Perkarangan Stadium Bukit Jalil.

Persembahan percuma… tiada sebarang tiket dikenakan..datanglah beramai-ramai..Gomo Kelate Gomo

Aturcara Ahli Kelate.Net & DikirBarat.Net pada Sabtu 7hb November 2009

# 08.00 am – 01.15 pm (bebas)
# 01.15 pm (sembahyang zohor)
# 03.00 pm (persembahan dikir barat bermula)
# 04.15 pm (sembahyang asar)
# 05.00 pm (berkumpul sebelum masuk ke dalam stadium)
# 05.30 pm (memasuki stadium, semua ahli menuju ke tempat yang di gariskan didalam stadium)
# 06.00 pm (gantung banner sambil menyanyi lagu olek-olek)
# 07.15 pm (sembahyang magrib)
# 08.15 pm (sembahyang isyak)
# 09.00 pm (menonton perlawanan)
# 12.00 am (bersurai)

http://bit.ly/dikirfinalpialamalaysia atau
http://forum.kelate.net/viewtopic.php?f=98&t=3123

(sila klik diatas utk mengetahui dgn lebih lanjut)

Gambar Sepanjang Rumah Terbuka Komuniti Dikir Barat Malaysia

Posted 20 October 2008 | By senok | Categories: Persembahan | Comments

Telah berjaya diadakan rumah terbuka pada 18 hb Oktober 2008, bertempat di rumah saudara Mafaka. Disusuri dengan persembahan dikir barat antara Kumpulan Sutrapawana UIA vs Seni Proton.

[...]

Komuniti Dikir Barat Malaysia V2

Posted 03 April 2008 | By senok | Categories: Webmaster | Comments

Komuniti Dikir Barat Malaysia – dikirbarat.net kini melangkah lebih maju ke hadapan dengan pelancaran laman web versi kedua. Dengan penambahan ahli dan sokongan dari banyak pihak, dikirbarat.net merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga.

Versi kedua dikirbarat.net ini akan lebih tersusun dan di kemaskini dengan bahan-bahan yang bermutu. Segala persoalan dan permasalahan tentang dikirbarat.net boleh di ajukan kepada kami.

http://dikirbarat.net/v2/hubungi/