Tag Archives: Kuala Lumpur

Kumpulan Sri Arena, Tumpat Johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2009

Posted 22 November 2009 | By moka | Categories: Pertandingan, Terkini, Umum | Comments

Kuala Lumpur 22 Nov – Sri Arena Tumpat Kelantan telah berjaya menggondol hadiah wang tunai berjumlah RM 20,000 apabila di nobatkan sebagai johan pertandingan Dikir Barat Kebangsaan anjuran RTM. Manakala naib johan pula disandang oleh kumpulan Sri Istana, Tumpat dengan hadiah sebanyak RM 15,000. Bagi Juara terbaik pula disandang oleh Hassan Sri Panggung (Sri Arena, Tumpat) dengan hadiah sebanyak RM 3000, manakala Tukang karut terbaik pula di sandang oleh Azhar atau Kohar Teknik (Sri Istana, Tumpat) dengan hadiah sebanyak RM 3000. Kedua-dua kumpulan dikir barat tersebut telah memberikan persembahan yang terbaik tetapi nasib lebih menyebelahi kumpulan Sri Arena walaupun terdapat kecacatan persembahan semasa tukang karut menyampaikan persembahan. Walau bagaimanapun tahniah diucapkan kepada kumpulan Sri Arena Tumpat Kelantan dari Komuniti Dikir Barat.net kerana berjaya menjadi johan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan RTM. Bagi kumpulan yang tidak berjaya di harapkan jangan berputus asa cuba lagi di tahun hadapan.

Keputusan Pertandingan Dikir Barat Antidadah Peringkat Kebangsaan 2009

Posted 19 June 2009 | By admin | Categories: Pertandingan | Comments

09.06.09 ini berlangsung Pertandingan Dikir Barat Karnival Seni Pencegahan Dadah untuk tahun 2009. Pertandingan ini merupakan yang paling berprestij di kalangan pendikir peringkat sekolah menengah seluruh Malaysia. Di sinilah kemuncaknya bakat-bakat baru dikir akan muncul untuk melangkah lebih jauh ke peringkat IPTA dan badan-badan berkanun bila lepas sekolah nanti.

[...]

Update Konsert Dikir Barat : Lintas Langsung Konsert Dikir Barat di MHI

Posted 11 April 2008 | By senok | Categories: Persembahan | Comments

Lintas Langsung Konsert Dikir Barat dari Istana Budaya di Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3

Tarikh : 11 April 2008
Masa : 7.30 – 9.00 pagi

[...]